Khamis, Oktober 08, 2009

Catatan Projek Kumpulan Blog UCdc







Hari ini saya ingin menulis tentang perkembangan terkini 'projek besar' saya sekarang iaitu 'Projek Kumpulan Blog UCdc'. Blog Jurnal Online UstazCahaya ini adalah salah satu daripada blog dalam projek tersebut. Alhamdulillah, setakat ini projek tersebut berjalan dengan lancar terutama dalam blog ini. Setakat hari ini, saya masih mampu menulis 'satu post satu hari' untuk blog ini seperti yang saya rancangkan. Blog ini akan menjadi blog utama saya yang saya akan kemaskini setiap hari, Insya Allah.

Sebenarnya, Projek Kumpulan Blog UCdc sudah lama saya rancangkan iaitu sejak saya membeli nama domain www.ustazcahaya.com kira-kira setahun yang lalu. Untuk permulaan, ada lima blog dalam Projek Kumpulan Blog UCdc. Iaitu;
  1. Blog Utama- www.ustazcahaya.com
  2. Jurnal Online UstazCahaya- www.jurnal.ustazcahaya.com
  3. Jurnal Lelongan Online UstazCahaya- www.lelong.ustazcahaya.com
  4. Blogger Dakwah- www.blog.ustazcahaya.com
  5. Koleksi Video UstazCahaya- www.vlog.ustazcahaya.com
Blog no. 1, 2 dan 3, Alhamdulillah sudah dimulakan. Sebelum ini, hampir setahun saya menggunakan www.ustazcahaya.com untuk melatih skill blogging dan membiasakan diri untuk blogging menggunakan wordpress host sendiri. Blog no. 5 akan saya buat setelah selesai semua no. 1-4. Cuma masalah saya sekarang ialah pada blog no.4.

Sebenarnya blog no. 4 saya cuba buat sebelum no. 3 tapi kerana masalah-masalah yang mendatang, saya dahulukan no. 3. Antara masalah-masalah tersebut ialah:
  1. Tak dapat install.
  2. Tak dapat import.
  3. Tak dapat burn feed rss.
  4. Tak dapat activate API key.
  5. dan beberapa masalah lagi. 
Ada masalah yang dapat diselesaikan tapi kemudian ada lagi masalah lain. Beberapa kali saya delete dan cuba install semula blog no. 4 itu, tapi ada sajja maskalahnya. Terakhir, hari ini masalah saya ialah tak dapat ubah permalink. Rujuk gambar di bawah. Saya sudah update dan setkan permission file .htaccess kepada writable tapi masih tak writable jugek.

Setelah beberapa hari saya 'meninggalkan' blog no. 4 itu, pagi tadi saya cuba install semula blog tersebut. Mulanya semua macam ok. Burn feed rss, dapat. activate API key dapat. Sehingga tibalah masanya saya nak ubah permalink, saya dapati masalah di bawah ini.


Photobucket


Nevertheless, saya tak bosan dengan maskalah-maskalah itu. Ia semakin memantapkan sklik, ops.. skill blogging saya. Saya selalu percaya pada setiap dugaan dan cobaan itu ada hikmahnya. Malah adakalanya saya menganggap kesusahan semasa memulakan sesuatu itu sebagai petanda alamat yang baik;-)

Anda pernah menonton telefilem 'Aku Kaya'? Jika belum, anda cuba cari di YouTube. Banyak dugaan dan cobaan yang mereka adik-beradik hadapi yang berakhir dengan si adik bongsu (Yasin) menjadi jutawan. Hehe, filem ini menjadi antara kenangan yang tidak akan dilupakan oleh saya dan mungkin juga adik lelaki saya, kerana ada kesah di sebaliknya. (Best citer tu, rugi anda tak tengok. Semua ex-Senario).

Ps; Blogging itu sesuatu yang indah. Jika kita tidak merasakan ia indah, maka jangan blogging..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan