Ahad, Oktober 11, 2009

Saya Tidak Berehat?

Hari ini sudah 11 hari bulan Okbtober 2009 ini berlalu. Alhamdulillah, sejak bercuti bermula pertengahan Ramadhan yang lalu (bercuti dari blogging dan projek internet maksud saya), saya rasa semakin rajin;-) Sepanjang bulan Oktober ini, saya sudah berkerja lebih daripada biasa. Mungkinkah berkat didikan Ramadhan. Mudah-mudahn ia berkekalan, Amin.

Sejak 1 Oktober yang lalu, saya menghadap laptop lebih daripada 6 jam sehari. Bosan berkerja di rumah, saya bawa laptop dan usb modem ke perpustakaan. Perpustakaan Awam di tempat saya ni, walaupun ada kemudahan jalur lebar tapi tidak seorang pun staff perpustakaan tersebut yang tahu password nya. Sesuatu yang pelik bagi saya yang tidak pernah dapat menggunakan kemudahan jalur leber di perpustakaan tersebut.

Letih menghadap laptop, saya ke cc menggunakan pc di cc. Hari ini, sejak pagi tadi sehingga saya menulis catatan ini, saya sudah berkerja 6 jam. akan ditambah lagi selepas ini dan akan ditambah lagi malam nanti.

Dalam masa terdekat ini, saya terikat dengan Jurnal Lelongan Online saya. Mudah-mudahan Allah mencukupkan segala keperluan saya, memberi saya bimbingan dan petunjuk, serta mentakdirkan rezeki, kejayaan dan kekayaan untuk saya. KEKAYAAN? Mungkin ada yang agak 'pergh' 'err', Ustaz mengejar kekayaan? Ya, kekayaan yang hakiki. Kekayaan zahir dan batin. Jika belum, saya cadangkan anda membaca buku Aa Gym yang bertajuk 'Saya Tidak Mahu Kaya Tetapi Harus Kaya'.

Saya tidak pula berasa penat, letih dan bosan dengan apa yang sedang saya lakukan. Penat buat yang ini saya buat yang itu. Letih buat ini saya buat itu. Bosan siapkan yang ini, saya siapkan yang itu. Ini membuatkan saya percaya, kita boleh berehat dengan melakukan sesuatu yang kita suka. Ya, saya tidak letih melakukannya kerana saya suka dan menikmati saat-saat saya melakukannya. Blogging memberi saya banyak ilmu dan kemahiran baru, ia memberi saya kerehatan minda dan ia menyeronokkan;-)

Sebelum menaip post ini tadi, saya youtube sekejap. Menonton beberapa buah lagu lama yang ada 'kenangan' kepada saya. Saya percaya, semua orang ada kenangan. Bagi saya, apapun kenangan itu, ia sebenarnya guru dan teman yang baik kepada kita. Jika kita melayan kenangan dengan baik, Insya Allah, ia akan baik untuk kita masa kini dan masa akan datang. Namun ramai yang bersikap sebaliknya, iaitu melupakan kenangan yang pahit untuk hidup lebih baik. Apapun, itu pendirian masing-masing kan'.

Kekadang saya berangan juga, alangkah best nya jika saya memiliki sebuah pensieve. Erm, anda tahu 'pensieve' (betul ke ejaan aku ni..?), Jika anda adalah pembaca/ penonton Harry Potter anda tentu tahu. Ia adalah sebuah basin batu, di mana kita boleh 'store' kan memori kita, bila kita hendak kembali ke masa silam, kita masuk basin itu dan kita boleh berada pada zaman silam kita itu;-) Huhu, Harry Potter. Agaknya saya dapat tak hasilkan sebuah novel seperti itu? ;-D

Ok, ini saja untuk kali ini. Saya hendak sambung berkerja. Di bawah ini saya kongsikan dua buah daripada beberapa buah lagu kenangan saya. Lama sudah tak main gitar eh;-)





.... sebenarnya, hidup ini indah jika kita menikmatinya....
...........dan sanggup menerima baik buruknya....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan