18/11/2009

Bermulalah Seperti Bayi


  Bermulalah Seperti Bayi






Mengimbas kembali tempoh kehidupan yang telah saya lalui, saya senang mengakui saya belum berjaya.  Masih banyak lopak-lopak kekurangan, kesilapan, kesalahan dan kegagalan di sana-sini sepanjang jalan kehidupan saya. Saya memiliki banyak memori yang membuatkan saya malu, sedih dan kecewa jika saya terkenang dan teringat tentangnya. Alangkah indahnya, jika saya memiliki 'pensieve' macam milik Prof. Dumbledore dalam Harry Potter itu:-)

Dalam melihat kegagalan, kerapkali saya gagal kerana tidak yakin untuk bermula. Tidak kurang juga disebabkan oleh sikap yang bertangguh-tangguh untuk bermula. Banyak  kali juga saya gagal sebelum bermula. Sikap-sikap yang disebutkan itu berpunca daripada banyak faktor; salah satu faktornya ialah 'tidak mengetahui dan melakukan kaedah bermula yang betul'.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang bagaimana untuk memulakan sesuatu dan cara betul untuk memulakan sesuatu usaha. Kaedah ini saya baca dari buku "Buat duit Cara Mudah sebagai Penulis Bebas" karya Zamri Mohamad. Dalam buku tersebut, Zamri ada menuliskan "Kaedah Bermula Seperti Bayi" yang dicipta oleh Jack Rawlins.


"KAEDAH BERMULA SEPERTI BAYI"

1. Bayi memerlukan masa untuk belajar.
2. Bayi sentiasa berlatih.
3. Bayi sentiasa belajar tanpa ada rasa jemu.
4. Bayi dikelilingi ibu dan ayah sebagai modelnya.
5. Bayi sentiasa menginginkan sesuatu.
6. Ibu bapa tahu seorang bayi akan belajar.
7. Bayi sering gembira apabila dikelilingi orang yang disukainya.
8. Bayi tidak akan belajar dalam paksaan emosi.
9. Bayi banyak belajar dari dirinya sendiri.
10. Bayi belajar berkenaan sesuatu tetapi tidak mengetahui dia sudah memilikinya.
11. Bayi akan cuba belajar setiap perkara dalam satu masa yang sama.


Dalam mengusahakan sesuatu, saya telah mendapat pengalaman supaya tidak boleh menunggu benar-benar cukup dan sempurna baru hendak bermula. Kecukupan dan kesempurnaan bukan syarat, ia adalah sebuah proses. Semua  yang berjaya, bermula dari belajar dan mencuba. Bermulalah seperti bayi; kita tidak akan  ke mana-mana  jika takut untuk bermula dan masih menunggu kesempurnaan.



5 ulasan:

  1. suka jadi bayi sentiasa harum dan wangi, tidak putus asa, disayangi ramai

    BalasPadam
  2. Betul tu kak mas. Dulu, saya digelar bayi dumex sebab rambut saya agak kuning:-)

    selalu saya terfikir, jika waktu bayi dulu kita cepat putus asa, rasanya sampai sekarang kita tidak dapat berjalan..

    BalasPadam
  3. ustaz, perjalanan yg jauh hanya bermula dengan setapak langkah..mulakan ia dengan langkahan pertama..rumah banglo yang besar dimulakan dengan sebiji batu-bata.mula lepakan ia dengan simen..pasti menjadi ustaz, insyaAllah......

    BalasPadam
  4. sahromnasrudin, terima kasih kerana memberi kata-kata semangat. Setuju dengan saudara, 'perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah'.

    Saya suka senikata dalam lagu ni, banyak kata2 hikmah dalamnya. Ini url nya:

    http://www.youtube.com/watch?v=hGJzeL0wN0Q&feature=related

    BalasPadam
  5. Assalmualaikum Ustaz,

    Baru bertemu blog ni .. banyak jugak ilmu yang dikongsikan. Terima kasih ustaz kerana berkongsi ilmu, semoga diberkati,dirahmati serta murah rezeki.

    BalasPadam