Jumaat, Disember 04, 2009

Berbicara Soal Jodoh Dengan Ibu


  Berbicara Soal Jodoh Dengan Ibu










Setahun ada 12 bulan. setiap bulan pula ada lebih kurang 4 minggu. Umum tahu dengan pasti seminggu ada 7 hari. Di sini saya ada 1 soalan..

"Hari apakah yang anda paling sukai
dalam satu minggu?"


Apakah Ahad, Isnin, Selasa,
Rabu, Khamis, Jumaat atau Sabtu?



Jika saya, hari kesukaan saya adalah hari ini, hari Jumaat. Mengapa hari Jumaat menjadi hari pilihan saya? Anda boleh klik di sini untuk mengetahuinya. Oleh kerana hari Jumaat adalah hari kesukaan saya, kerana itu dalam blog ini ada kategori 'Post khas Hari Jumaat"- Anda boleh klik di sini untuk membacanya.

7 hari, iaitu seminggu yang lalu; hari Jumaat memberi saya kegembiraan berganda. Pertama kerana hari itu adalah hari Jumaat yang menjadi kesukaan saya. Kedua kerana Hari Raya Aidil Adha. Hari ini juga saya merasakan yang sama. Sebab pertama tetap sama, dan sebab kedua kerana hari Jumaat ini dalam musim cuti sekolah. Makanya, saya pun mengambil keputusan untuk bercuti hari ini. Sedari bangun waktu fajar pagi tadi, sehingga ke saat menaip post ini-selepas solat maghrib- saya langsung tidak menyentuh apa-apa berkaitan kerja; sama ada kerja saya sebagai guru agama, atau pendakwah, atau penulis, atau blogger atau usahawan.

Pagi tadi, selepas solat subuh, saya tidur sekejap dalam 20 minit. Saya bercuti dari wirid pagi saya. Kemudiannya saya berehat, membaca buku David Goh dan bersarapan. Selesai semuanya tanggungjawab peribadi, saya ke perpustakaan membaca majalah Mastika. Saya memang tidak membeli majalah itu; hanya membacanya di perpustakaan saja sejak bertahun-tahun dahulu. Mastika sudah bertukar nakhoda. Segmen kegemaran saya juga sudah tiada- segmen tulisan pengasas eHomeMaker itu. Jam 11 saya selesai membaca Mastika.

Balik ke rumah, saya tidur lagi sebentar dalam 15 minit. Bangun tidur saya membersihkan diri dan ke masjid. Saya mengambil tempat di serambi. Nyaman sekali angin tengah hari, hari Jumaat ini. Balik ke rumah, saya menikmati makan tengah hari. Kemudian bersantai di rumah nenek bersama-sama sepupu-sepupu yang masih kecil menonton Astro Ceria. sempatlah saya menonton Belalang dan Geng Bas Sekolah bersama mereka. Seronok juga- tapi GBS yang lama macam lebih best:-)

Selepas solat asar di surau, saya berborak dengan ibu dan adik perempuan saya yang sedang menghadapi STPM itu. Mulanya kami berbual tentang perancangan masa depan adik setelah habis STPM nanti.  Entah bagaimana, perbualan kami membawa ibu menyentuh soal masa depan dan soal berumahtangga dengan saya. Jarang kami berbual tentang itu. Mungkin kerana adik perempuan saya yang seorang lagi itu sudah hampir menamatkan zaman bujangnya- cadangnya tahun depan, Insya Allah. Magiknya, ibu macam tahu-tahu pula itu yang saya fikirkan ketika di masjid tengah hari tadi. Adik yang STPM itu diam sahaja tidak menyampuk, adik perempuan yang seorang lagi sedang berkerja dan adik bongsu tidur di sofa bersebelahan saya. Adik bongsu tahun depan masuk Pra-3 di Tadika Bestari. Saya ada 3 orang adik perempuan dan yang bongsu itu, sayalah yang menanggung dan menguruskan persekolahannya. Memang saya tidak membiarkan orang tua saya untuk itu- lagi pula saya ni masih seorang lagi dan saya amat menyayangi adik bongsu itu dan dia sangat rapat dengan saya.

Saya memang bersetuju dengan semua nasihat ibu tadi namun saya tidak mampu berkata apa-apa. Sememangnya, saya sedang berkerja keras untuk tabungan bagi menunaikan haji dan tabungan untuk yang satu itu juga. Namun tabungan yang saya usahakan masih belum konsisten- selalu keluar dan jarang masuknya;-) Saya aminkan sahaja doa ibu. Iyalah kan, saya akur, siapapun saya sama ada guru agama, pendakwah, penulis, blogger dan usahawan; teman hidup termasuk kemestian dan kewajipan. Apa yang paling saya ingat kata-kata ibu tadi, berumahtangga itu adalah kejayaan terbesar dan utama bagi seseorang. Apapun, saya hargai ibu kerana tidak memandang rendah kepada saya. Terima kasih, ibu:-)


Kata ibu, sekiranya ada yang sudi dan dia pula seorang wanita yang baik dn berilmu.. janganlah terlalu memikirkan kekurangan diri. Insya Allah, Tuhan sudah sediakan bahagian masing-masing. Bahagian adik dah nampak, bahagian saya yang dia fikirkan.


Apapun, terima kasih ibu. Ibu saya bukan berasal daripada keluarga yang senang dan berada. Ibu telah melalui banyak kesusahan dan cabaran hidup. Ibu juga sudah melihat banyak kesusahan orang lain. Saya akui, ibu lebih memahami kehidupan daripada saya.

Tamat perbualan dengan ibu, saya ke rumah nenek meluangkan masa pula dengan sepupu-sepupu yang remaja. Kami bermain dart di halaman rumah nenek. Santai sekali petang-petang begini. Tambahan cuaca cerah dan berangin. Hampir maghrib saya kembali ke rumah dan mandi.

Waktu mandi, saya berasa amat tenang sekali. Minda saya berasa santai dan ringan; perasaan saya tenang dan jauh daripada segala projek, urusan dan masalah yang membebani diri. Waktu mandi tadilah saya merancang isi post ini.

Itulah perlunya kita merehatkan diri. Sedangkan agama kita sendiri mewajibkan kita merehatkan diri sebanyak lima kali sehari daripada urusan kehidupan kita untuk kita meluangkan masa berhubung dan berbicara dengan Tuhan kita.

Saya berasa agak lega dan puas ketika menaip post ini. Walaupun saya agak segan juga untuk menulis tentang perbualan saya dengan ibu di atas itu, tapi itulah kenyataan yang perlu saya depani dan hadapi. Saya memang tidak gemar berbicara tentang itu, namun itu tidak bererti saya tidak memikirkannya, Saya memikirkannya dan saya tetap merasakan kewajipan dan kepentingan berumahtangga, saya kan manusia. Apapun, jika anda membaca post ini, anda pasti boleh membantu saya.. Doakan saya ya' Amin.

Senyum..


Photobucket

Foto Terbaru: Saya dan Adik Bongsu- Asma Al-Husna-nama yang saya berikan.


9 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ustaz,
    bila baca kisah ustaz,ibu ustaz dgn 3 adik perempuan ustaz terus saya teringat Ketika Cinta Bertasbih =).

    BalasPadam
  2. Muhammad Fakhruddin..

    Wa'alaikumsalam wrb.

    Hehe.. agak2 saya boleh tak jadi hero novel baru Ustaz Habib nanti=)

    BalasPadam
  3. eeeda..

    Minat? erm.. dulu adik yang stpm tu yang beri lagu ni kat saya=)

    Tapi lagu nasyid dari Wali Band tu pun sedap juga;-)

    BalasPadam
  4. assalamualikum...
    ustaz ktk ada minta tolong mak ktk carikan jodoh utk ktk... heheh.. benda ktk boleh polah.. taaruf laa.. istiqarah la...

    BalasPadam
  5. atau mok kmk carikan... atau ktk dah jumpa seseorg?? bnyk2 newsletter ktk.. yang tok kmk suka.. ada kedak KCB. heehehhe....

    BalasPadam
  6. diyanadiya:

    Wa'alaikumsalam wrb, Diyan;-)

    Wah, camne kitak pandai terjumpa post tok? Setakat tok, belum gik ada kamek mintak tolong ngan mak, agik malu-malu pusyak. ehehe ;p

    Kitak tauk, masa hari raya riya. Setiap yang beli or dapat buku kamek, banyak yang doa pasal jodoh. Paling kamek tersentuh masa kamek bayar zakat. Panjang sekali doa haji hamdani untuk kamek, termasuk soal jodoh la kan. Kamek amin kan semuanya, amin amin amin ya Rabb al-Alamin.

    Kitak mok carik kan? Mena? Hehe.. janganlah ;-)

    PS: Kamek suka sms kitak petang ari Sabtu ya. Sungguh menganggu-gugah jiwa kamek eh. Taaruf then lalu bincang hal kawen. Camya? ;p

    BalasPadam
  7. yup.. kalau bukan jodoh pasrah la. mcm khairul azzam masa nya terlambat melamar putri ahmad mazuki. adik nya padah jodoh tok milik Allah. kita hny berusaha. dunia bukan sebesar daun bnyk gk perempuan yang pantas. sik kira jauh, dekat, depan mata, belakang, atau disebaliknya

    BalasPadam
  8. Diyan.. pantas? Ikut bahasa Indon layak/ padan kan? Tapi mun ikut kita.. arnab lari pantas, kura-kura jalan lambat, hehe;-)

    BalasPadam