27/12/2009

Cerita Tentang Bubur dan Artikel Pilihan 10 Muharam


  Cerita Tentang Bubur dan Artikel Pilihan 10 Muharam





Photobucket


Bercerita pasal hari Asyura, pada zaman kanak-kanak saya, pasti terus teringatkan bubur Asyura lebih daripada tarikh 10 Muharam, Kisah Karbala dan sejarah pembunuhan cucu Rasulullah (SAW) Husin (RA). Bagi saya, saya tidak dapat membezakan bubur Asyura dan bubur ayam, walaupun saya adalah peminat bubur ayam. Ada satu restoran di Bintulu ini, yang bubur ayamnya sedap sekali, tapi sayang.. restoran itu sudah tutup. Teringat pada Ramadhan 2007, setiap malam saya dan beberapa orang kawan bersantai di situ selepas solat terawih. Bubur ayam juga adalah pilihan saya sewaktu saya demam. Bila sejuk, menikmati bubur ayam bercampur halia, sangatlah enak;-)

Hari ini, suka saya berkongsi dengan anda, beberapa tulisan menarik tentang 10 Muharam yang saya baca dalam seminggu ini. (Catatan: Artikel yang dipilih ini, tidak semestinya menggambarkan pendirian dan pendapat saya ya. Jangan pula timbul salah faham, spekulasi dan provokasi nanti).

AA GYM Pictures, Images and Photos

"  Nasi yang sudah menjadi bubur,
Insya-Allah masih boleh  menjadi bubur ayam special"

KLIK SINI Untuk Baca Lanjut


(Aa Gym)


4 ulasan:

  1. nasi jd bubur bleh mkn lagi pe hehe

    BalasPadam
  2. maiyah:

    Nak2 bubur ayam special kan kak;-)

    BalasPadam
  3. Dah lama tak makan bubur asyura. Kat sini, takde pun orang buat.

    BalasPadam
  4. Yati:

    Salam Kak Yati;-)

    Di tempat saya juga sudah jarang nak jumpa bubur asyura, yang ada dan mudah dicari ialah bubur ayam.

    Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru 2010 lebih baik daripada tahun 2009;-)

    BalasPadam