Khamis, Disember 03, 2009

Double A (2A=AA) Double D (2D=DD)


  Double A (2A=AA) Double D (2D=DD)







(My December- Linkin Park)



Double A (2A=AA) Double D (2D=DD)
------------------------
Bukan formula matematik ya:-)
Maksudnya..
-Ada Apa Dengan Disember-



Jangan pula ada yang terkejut. Dolu-dolu, lagu dalam video di atas itu adalah lagu feveret saya:-) Sesuai namanya, lagu itu membawa feel sejuk musim salji. Saya menaip post ini sambil mendengar lagu ini di  YouTube. Santai sekali.. Sebenarnya, banyak kenangan terimbas kembali bila mendengar lagu ini:-)

Disember datang lagi. Alhamdulillah diberi nikmat daripada Allah SWT untuk terus hidup sejak Disember 2008 yang lalu. Semoga Allah (SWT) mempertemukan kita dengan Disember tahun depan juga.. dan tahun-tahun berikutnya. Amin.

Bulan Disember adalah bulan yang agak sibuk bagi sesetengah orang. Bagi usahawan eBay, bulan Disember adalah bulan 'durian runtuh', kerana itu kebanyakkan mereka sangat-sangat sibuk sekarang. Bagi para kakitangan sama ada awam, swasta mahupun syarikat dan agensi; mereka juga agak sibuk pada bulan ini. Begitu juga bagi golongan peniaga di luar sana. Pendek kata, ramai yang sibuk dalam bulan Disember ini.

Bagi guru-guru dan pelajar sekolah, Disember tentunya bulan yang agak indah kerana musim cuti. Namun kita tidak pernah melupakan saudara-saudara yang menghadapi musibah banjir pada musim tengkujuh begini. Juga, kita prihatin kepada golongan nelayan, peniaga ikan, petani dan mereka yang sumber rezeki bergantung pada iklim dan cuaca. Allah sentiasa bersama mereka.

Saya juga termasuk golongan yang agak sibuk pada bulan Disember ini. Pertama, seperti dalam perancangan, bulan ini saya akan memulakan blog Siri Panduan Percuma. Juga, banyak perkara perlu dibereskan. Peluang rezeki di lelongan online terutama eBay tidak patut dibiarkan berlalu begitu sahaja. Sibuk juga dengan beberapa rezeki awal blog ini. Sibuk juga dengan perancangan untuk tahun depan... dan lain sebagainya.

Walaubagaimanapun, 'Satu Post Sehari' di blog ini akan saya pertahankan. Fikir punya fikir, saya bercadang untuk membuat pertandingan di blog ini. Lagipun, melalui pertandingan ini mungkin dapar membantu saya memenuhi pelawaan untuk bertukar link.

Pertandingannya mudah sahaja. Di bawah ini saya terangkan secara ringkas dulu, Insya Allah beberapa hari lagi saya akan terangkan dengan lebih lanjut dan jelas.


PERTANDINGAN REVIEW BLOG
anjuran
JURNAL ONLINE USTAZCAHAYA



1. Pertandingan terbuka kepada Follower blog ini.
2. Hanya ada dua tugasan mudah:

i) Tulis review tentang blog anda dan hantarkan kepada saya. Review itu akan disiarkan di blog ini.

ii) Tulis review tentang blog ini (Jurnal Online UstazCahaya) dan siarkan di blog anda. Emailkan kepada saya url review tersebut untuk saya adili.

3. Semua penyertaan akan mendapat hadiah penghargaan berupa pakej produk digital. Akan diumumkan pada masa akan datang.


4. Saya akan umumkan hadiah utama untuk pemenang pada masa akan datang.


5. Tempoh peraduan: Mula hari ini (3 Disember 2009) sehingga (31 Januari 2010).




Saya mengalu-alukan sebarang cadangan untuk memantapkan lagi pertandingan ini. Sebarang soalan, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah, atau boleh email kepada saya di ustazcahaya@gmail.com.




Photobucket
(Perbincangan berkaitan bulan 12 tahun 2012
antara saya dengan Guru Lelong saya Mr Yuzafi- Klik Untuk Baca Lanjut)

2 ulasan:

  1. hadiah penyertaan adalah pakej produk digital? mesti cd yang mengandungi pelbagai e-book kan? =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    BalasPadam
  2. Putra->>

    Ha'ah itulah yang saya fikirkan. Insya Allah, jika penyertaan menggalakkan, saya akan tambah lagi hadiah utama dan hadiah penghargaan. Putra jangan tak join pula ya=)

    BalasPadam