17/12/2009

JAWAPAN: KUIZ MAAL HIJRAH 1431 (Apa Yang Saya Tahu Tentang Hijrah?)


  JAWAPAN:
KUIZ MAAL HIJRAH 1431
(Apa Yang Saya Tahu Tentang Hijrah?)







Photobucket





Saya sudah menyediakan jawapan untuk kuiz Maal Hijrah yang saya siarkan semalam. Anda boleh KLIK SINI untuk mendapatkan jawapan tersebut.


Anda boleh KLIK SINI untuk mendapatkan kuiz tersebut jika anda belum mendapatkannya. Kemudian, baru anda baca jawapan ini semula. 




Sejak minggu lepas, saya berfikir, apa yang perlu saya tulis di Jurnal Online UstazCahaya ini sempena sambutan Maal Hijrah 1431. Fikir punya fikir, saya rasa, saya tidak perlu menulis tentang hijrah kerana anda boleh saja google untuk mencari artikel, video dan audio berkaitan hijrah. Apa kata, kali ini kita bermain kuiz tentang hijrah. Saya sudah pun menyediakan Kuiz Maal Hijrah, dan sudah saya siarkan semalam.

Alhamdulillah, selepas Maal Hijrah 1430H yang lalu, malam ini Allah (SWT) memberikan saya kesempatan untuk menyambut Maal Hijrah 1431. Esok, bermulalah tahun baru bagi kita umat Islam. Saya menyambut petang Maal Hijrah kali ini di Surau Darussalam, Kampung Baru Darat, Bintulu, Sarawak. Tempat yang sama saya menyambut Maal Hijrah tahun lalu. Bezanya, malam ini saya tidak berceramah. Tahun 1430 dulu saya berceramah Maal Hijrah. Saya ada menulis tentang itu di blog ini. Anda boleh KLIK SINI untuk membacanya.

Syukur juga, kita hidup di negara yang aman dan bebas untuk meraikan hari kebesaran rakyatnya yang pelbagai kaum dan agama. Malam ini, semua masjid dan surau di kebanyakan tempat, ada membuat sambutan Maal Hijrah, ada ceramah dan ada jamuan. Di kebanyakan rumah juga, lampu raya dinyalakan. Menambahkan seri malam tahun baru ini, walau tidak seperti meriahnya tahun baru Masehi.

Meski ada segolongan yang menganggap amalan sambutan Maal Hijrah ini adalah bidaah dan mereka menolak untuk mengamalkannya, namun bagi saya, wajar kita bersikap sederhana. Apalah yang hendak dibantah dan dibanteras amalan yang baik ini, sedangkan di sekeliling kita banyak lagi soal umat yang besar dan berat yang menuntut perhatian dan keprihatinan kita. Terutama soal ekonomi dan kebajikan umat Islam.



Kepada anda yang membaca post ini, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431. Semoga kita menjadi muslim yang lebih baik. Saya juga berdoa, semoga anda dan keluarga selalu disayangi Allah (SWT). Amin. 


8 ulasan:

  1. Terima kasih Kak Nuradyani.

    Salam Maal Hijrah 1431. Semoga kita menjadi muslim yang lebih baik. Saya juga berdoa, semoga anda dan keluarga selalu disayangi Allah (SWT). Amin;-)

    BalasPadam
  2. Salam Ustaz. Saya sedang mengumpul kawan-kawan dan membentuk kumpulan penterjemah. Insya-Allah, dari masa ke masa saya akan memberikan tip menterjemah. Sekarang ini mahu dapatkan pembaca masuk ke blog dahulu. Ustaz, saya akan linkkan blog ustaz ke blog saya. Semoga pembaca saya dapat manfaat daripada blog ustaz.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Ustaz,
    Salam Maal Hijrah 1431H.Barakallahu fik...

    BalasPadam
  4. Mybabah:

    Wa'alaikum salam wrb. Terima kasih ya, nak link ke blog saya. Insya Allah, saya juga akan kongsikan apa yang menarik dan bermanfaat dari blog Abang Samsudin di blog ini. Saya belum buat link lagi di sidebar blog ini. Masih memilih.

    Insya Allah, saya selalu ikuti blog abang.

    BalasPadam
  5. C.I.A.:

    Wa'alaikum salam wrb. Terima kasih ya;-)

    BalasPadam
  6. Jard The Great:

    Terima Kasih;-)

    BalasPadam