10/12/2009

Masanya Untuk Menilai Diri


  Masanya Untuk Menilai Diri





Photobucket



Alhamdulillah, semalam artikel pertama saya sudah tersiar di MBP, dan trafik ke blog ini juga turut meningkat. Sebenarnya, artikel tersebut adalah jawapan saya kepada soalan yang ditanya ketika saya memohon untuk menulis di MBP dulu. Anda boleh klik sini untuk membacanya

Bangun dari tidur sebelum subuh tadi, selepas berdoa dan bersyukur; perkara pertama yang saya fikirkan ialah tentang cuti sekolah ini. Berapa hari sudah cuti sekolah? Apa yang sudah saya lakukan? Bagaimana 'pengembaraan' saya? Apakah saya akan berjaya sampai ke semua destinasi yang telah dirancang sebelum cuti sekolah berakhir? Jika saya dinilai dan diadili, berapa agaknya markah yang saya perolehi? Jika saya sedang bertanding, agaknya di tempat mana kedudukan saya sekarang? Nampaknya, hari ini saya perlu membuat penilaian.

Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut Maal Hijrah. Juga, hanya tinggal 21 hari untuk ke tahun 2010. Mungkin, inilah masa yang sesuai untuk saya 'meluangkan masa kepada diri sendiri'; bagi memuhasabah diri dan bagi merancang perjalanan hidup seterusnya.

Alhamdulillah, tadi saya mendapat berita baik daripada Kak Masayu. Satu lagi rezeki dari jurnal ini. Patut la dua tiga hari ini saya rasa sejuk dan senang hati, rupa-rupanya ada orang berbincang pasal saya. Hehe:-)

Apapun, saya ucapkan terima kasih sangat kepada Kak Masayu, yang memberi kepercayaan dan peluang kepada saya. Semoga projek
Kak Masayu berjaya semuanya, begitu juga projek penulisan saya sendiri. Juga, semoga Kak Masayu, suami dan anak-anak sentiasa dikasihi Allah.

Ps; Rasa janggal pula menggunakan PhotoBucket 'yang baru' malam ini. Walhal hanya berlaku perubahan kecil saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan