Isnin, Disember 21, 2009

Masih Dalam Mood Maal Hijrah


  Masih Dalam Mood Maal Hijrah





Photobucket



Berair sudah mata saya, menghadap komputer saya ini. Qadak kerana semalam langsung tidak menyentuh komputer kerana sedikit kesibukan peribadi. Saya hanya ada masa sehingga jam 9.40 untuk jurnal ini. Dalam masa sama, saya sedang berbincang dengan Kak Masayu berkenaan projek kami.

Saya masih lagi dalam mood Maal Hijrah. Masih bersemangat dan sedang merasa sangat dekat serta rindu kepada seorang Sahabat Rasulullah (SAW) yang bernama Saidina Abdul Rahman Bin Auf. Betapa kaya-rayanya beliau, sehingga pernah menginfaqkan sebuah kabilah dagang dengan 700 ekor unta berserta muatannya sekali di jalan Allah. Subhanallah. Insya Allah, dalam minggu ini, saya akan menulis beberapa siri post yang berkaitan dengan Saidina Abdul Rahman Auf dan juga berkenaan matlamat harta dan kekayaan menurut Islam.

Hari ini, 21 Disember 2009. Lagi empat hari menjelang Krismas. Saya sedang mennyiapkan sebuah artikel berkenaan Krismas kepada kita umat Islam. Saya perlu menyiapkan artikel itu dalam dwi-bahasa, Bahasa Melayu untuk jurnal ini dan bahasa Inggeris untuk MomBloggersPlanet. Insya Allah, saya akan menyiarkannya sebelum 25 Disember 2009. Semoga Allah mengizinkan dan mentakdirkan saya boleh melakukannya.

Kawasan kediaman yang didiami oleh saya dan keluarga dilanda banjir kilat malam minggu yang lalu. Sebab itu semalam saya kurang sihat kerana keletihan dan sibuk mengemas rumah. Mujurlah hanya banjir kecil sahaja. Namun kesannya tetap terasa, terutama bab membersihkan rumah, menjemur karpet dan mengemas.



Lagi, petang tadi, sekali lagi kawasan perumahan yang kami diami ini dilanda kegemparan. Keluarga kepada seorang jiran kami, meninggal dunia. Arwah ditemui mati membunuh diri di rumahnya- di kawasan perumahan lain. Namun, jenazah beliau akan dibawa ke rumah ibu beliau yang terletak berhampiran rumah keluarga saya. Dari khabar yang sampai kepada saya, arwah membunuh diri kerana isterinya lari bersama anak-anak mereka. Na'uzubillah. Semoga kita dan keluarga dilindungi Allah daripada musibah sebegitu.  


9 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ustaz. Saya akan menanti kedua-dua artikel ustaz (Inggeris dan bahasa) dengan sabar. Semoga saya mendapat sesuatu yang berharga daripada artikel-artikel itu. Wallahualam.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Ustaz. Salam perkenalan dari saya. Kali pertama saya ke sini ternya ustaz sangat berbakat dalam menulis. Saya pasti satu masa nanti blog ini pasti akan tersohor seperti blog-blog hebat yang lain.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Ustaz,
    I'm also waiting for the article that you just mentioned. FYI there's not much happened here during Maal Hijrah. Only during the Friday Sermon at the mosque, the Imam said something.(according to my hubby). We only recited the prayer (doa akhir thn & awal thn) in our private homes.

    BalasPadam
  5. Mybabah:

    Wa'alaikumsalam wrb.

    Terima kasih Bang Samsudin atas galakan yang diberikan. Doa kan saya boleh menyiapkannya ya;-)

    BalasPadam
  6. Motivasi Kerja:

    Wa'alaikumsalam wrb, Saudara Asrulnizam Abas. Salam perkenalan juga daripada saya. Semoga perkenalan ini menjadi permulaan sesuatu yang baik untuk kita.

    Terima kasih atas doa dan galakan saudara, Amin Ya Rabb Al-Alamin. Blog saudara juga tidak kurang hebatnya. Saya doakan yang sama buat saudara dan saya, juga buat sesiapa yang membaca catatan ini, Amin.

    BalasPadam
  7. Nur,Nura, Nurad, Yani:

    Wa'alaikumsalam wrb, Kak Nuradyani. Thank for your encouragement. Hopefully so I can write the before 25/12.

    I also thank you, because you who sparked the idea for the article.

    Nothing happened during Maal Hijrah, was also an event and experience living in majority non-Muslim land.

    Thank ya;-)

    BalasPadam
  8. Ya Allah.macam2 hal berlaku sekarang ni.Semoga kita dilindungi dari segala mala petaka.

    BalasPadam
  9. e.l.i.s.s.m.i.e:

    Iye bener kan. Kadang-kadang naik takut kita jadinya. Semoga kita dilindungi Allah daripada segala malapetaka. Amin.

    BalasPadam