Khamis, Disember 24, 2009

Rezeki Daripada Menulis Ulasan Buku


  Rezeki Daripada Menulis Ulasan Buku





Photobucket




Alhamdulillah, semalam saya mendapat satu berita gembira yang juga merupakan rezeki lagi daripada jurnal ini yang belum pun berusia 100 hari. Khabar gembira itu ialah, saya dipilih oleh Tuan Zamri Mohamad untuk memiliki set buku dan VCD Maxwell bernilai RM150.00.

Beberapa minggu yang lalu, saya mengulas sebuah buku tulisan Zamri Mohamad di blog ini untuk menyertai Peraduan Menulis Ulasan Buku yang beliau anjurkan. Anda boleh KLIK SINI untuk membaca ulasan tersebut. Saya sendiri tidak menyangka saya akan menang, kerana saya belum menguasi teknik menulis ulasan buku. Lagipun, saya belum biasa menulis ulasan buku. Saya hanya menulis dengan jujur. Namun, saya terkejut (dan teruja..) kerana Zamri Mohamad menganggap ulasan saya itu kreatif dan 'di luar jangkaan'.

Rezeki ini memberi dorongan kepada saya untuk mencuba nasib dalam bidang penulisan ulasan buku. Nampaknya, mungkin juga lepas ini saya boleh buka khidmat menulis ulasan buku pula;-)



Zamri Mohamad Keputusan pertandingan ulasan buku | Tuan Norudin Draman dari Bintulu Sarawak dipilih memiliki set buku dan VCD Maxwell bernilai RM150.00. Beliau mencipta kreativiti baru dalam mengaplikasi buku teknik menulis berjudul Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas menjadi bahan ceramah agama. Sememangnya di luar jangkaan... saya!




Photobucket




6 ulasan:

  1. tahniah ustaz...lepas ni boleh la lebarkan sayap ye

    BalasPadam
  2. siti ajar bt yaakob:

    Terima kasih, Cikgu Siti. Ha'ah, memang nak lebarkan sayap, tapi.. sayapnya gak ada deh, hehe;-)

    Terima kasih ya. Insya Allah, saya akan terus melangkah dalam bidang ini, doakan saya ya, amin;-)

    BalasPadam
  3. tahniah Ustaz. You definately have the niche in writing. Keep it up :D

    BalasPadam
  4. Nur,Nura, Nurad, Yani:

    Thank Kak Nuradyani, 'You definately have the niche in writing.', ameen;-)

    Insya-Allah, i'll keep it up, 7-Up;-)

    Thank you for your encouragement.

    PS: Alhamdulillah, syukur and congratz to your sister, Nur Amalin scored 8As for PMR. All the best to her for the future, amin;-)

    BalasPadam
  5. nadnye:

    Terima kasih. Amin. Nikmat dan kurniaan Allah (SWT) semuanya..

    BalasPadam