Khamis, Disember 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010


  Selamat Tahun Baru 2010





happy new year 2010 Pictures, Images and Photos



Sebenarnya, tahun Masehi dan tahun Hijrah sama penting dan perlu diperhatikan oleh kita sebagai umat Islam, kerana kedua-dua sistem kelendar itu penting dalam soal ibadat khusus dalam  agama kita. Kalendar Masehi dihitung berdasarkan pergerakan bumi mengelilingi matahari. Kalendar Hijrah pula dihitung berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi. Dalam Islam, kebanyakan ibadah khusus dilakukan mengikut ketetapan waktu tertentu. Solat misalnya, telah ditentukan waktu untuk melakukannya. Waktu tertentu untuk solat ditetapkan mengikut pergerakan bumi mengelilingi matahari. Puasa adalah ibadah wajib pada bulan Ramadhan. Ramadhan dikira bermula berdasarkan anak bulan Ramadhan, iaitu berdasarkan kelendar Hijrah.

Menyambut Tahun Baru Sebagai Seorang Islam

Seperti yang dikatakan di atas, kedua-dua sistem kelendar itu penting dalam soal ibadat khusus dalam Islam. Namun, tidak wajar bagi kita sebagai Muslim, meraikan tahun baru dengan perbuatan, acara dan sambutan yang bertentangan dengan syariat Islam. Membakar bunga api sahaja, sudah sah-sah merupakan satu pembaziran.

Bagaimanapun, memerhatikan peredaran bulan, matahari dan bintang adalah dituntut oleh Islam sehingga satu masa dulu, lahir tokoh-tokoh ilmu tersebut dari kalangan umat Islam. Sebagai muslim juga, kita di tuntut untuk memerhatikan peredaran masa dan hari yang menyebabkan pertukaran siang dan malam yang silih berganti.

Islam adalah agama yang memberi keterangan yang jelas tentang jalan kehidupan kita sebagai manusia. Sebagai manusia, kita pasti mati dan hari-hari yang berlalu semakin mendekatkan kita kepada mati. Islam juga mengkhabarkan dengan 'jujur' dan 'terus terang' tentang ke mana kita selepas mati.


Pasti, anda biasa mendengar kata-kata yang sangat berhikmah dan indah ini:

"Siapa yang hari ini lebih baik daripada semalam, dia adalah orang yang beruntung.
Siapa yang hari ini sama dengan semalam, dia adalah orang yang rugi.
Siapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam, dia adalah orang yang celaka."

(Ada berpendapat kata-kata ini adalah hadith Nabi (SAW) dan ada yang berpendapat kata-kata ini adalah kata-kata hikmah Sahabat (RA). Wallahu'alam. Sila berikan pendapat anda pula ya)  

Saya sudah merancang untuk menulis sebuah panduan melangkah ke tahun baru untuk kita sebagai umat Islam. Insya Allah, sekembali saya ke rumah saya di Bintulu nanti, saya akan menulisnya. Di luar, hujan sedang turun, kadang lebat, kadang perlahan. Ibu dan adik-adik sudah tidur di tingkat atas rumah nenek saudara saya ini- di Kampung Siol Kandis, Kuching, Sarawak). Saya di ruang tamu rumah ini- merangkap tempat tidur saya malam ini. Sepupu ibu dan anak-anaknya masih bangun. Rumah peninggalan nenek saudara saya ini sunyi.

Di bandar Kuching di seberang sungai sana, mungkin sudah sesak dengan manusia yang sedang berpesta menyambut tahun baru. Saya di sini sedang kesejukan dan sudah mengantuk. Cuma, saya perlu menyiapkan beberapa tugasan lagi, dan juga berziarah ke beberapa blog lain untuk mengucapkan salam tahun baru 2010.

PS: Celcom Broadband prepaid yang saya gunakan ini, ok-ok sahaja, bersilih ganti saya mendapat capaian 3G dan HSDPA. Cuma, capaian yang agak putus-putus sedikit mengganggu kelancaran internet saya.



"Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru 2010 lebih baik daripada tahun 2009;-)"




4 ulasan:

  1. Selamat thn baru 2010 utk Ustaz juga. Semoga Ustaz akan terus berdakwah dan memberi info2 utk kami.

    BalasPadam
  2. Salam Ustaz. Penerangan yang jelas dan melapangkan dada. Saya teringat akan mafhum sabda Rasullullah yang mengatakan "kamu lebih tahu akan urusan duniamu". Selamat Tahun Baharu 2010 kepada ustaz sekeluarga.

    BalasPadam
  3. Salam Kak Nuradyani;-)

    Terima kasih atas doa kakak. Amin.

    Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru 2010 lebih baik daripada tahun 2009;-)

    BalasPadam
  4. My Babah:

    Salam Bang Samsudin.

    Terima kasih dan Alhamdulillah kiranya post ini ada manfaat kepada kita bersama.

    Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru 2010 lebih baik daripada tahun 2009;-)

    BalasPadam