07/12/2009

UstazCahaya Kini Penulis Di MomBloggersPlanet


  UstazCahaya Kini Penulis Di
MomBloggersPlanet





Photobucket
(Saya kini memiliki badge yang diberikan kepada MBP Contributors


Alhamdulillah, hari ini saya mendapat satu lagi rezeki di bidang blogging. Awal-awal pagi  tadi, saya telah mendapat email daripada Puan Ros a.k.a. LittleMama (pengasas MBP- MomBloggersPlanet.com) yang mengumumkan nama 10 Orang Blogger yang diterima menjadi penyumbang artikel di MBP. Daripada  sejumlah 30 lebih orang blogger yang memohon, hanya 10 orang yang dipilih. Saya adalah salah seorang yang terpilih. 9 orang lagi blogger lain yang bertuah ialah; UmmiKhayra, Christine, sitisifir10, alohamolly, catlina, syigim, Lyna, dan i_sofia. Sebagai MBP Contributors, kami telah diberikan badge seperti yang di atas itu dan beberapa lagi keistimewaan lain di MBP. Klik Sini untuk baca lanjut tentang MBP Contributors.

Namun, bukanlah keistimewaan itu yang mendorong saya memohon untuk menulis di MBP. Sememangnya saya sedang mencari ruang dan peluang untuk memperkenalkan konsep Islamik bagi SAHM, WAHM dan SOHO. Saya pernah menulis tentang konsep tersebut di blog ini. Anda boleh KLIK SINI untuk membacanya.


Seingat saya, saya sampai ke MBP beberapa bulan yang lalu melalui banner yang terdapat di sebuah blog yang saya lawati. MBP ialah sebuah portal tempat berkumpulnya para blogger wanita. Memilki hampir 600 pengikut, MBP merupakan salah satu platform yang paling popular sebagai tempat bersuara  bagi para blogger wanita, menjadi sumber motivasi kepada mereka, rujukan untuk panduan dan tools bidang blogging, serta memperluaskan rangkaian dan mempertemukan para blogger wanita. Ditambah lagi dengan banyaknya  pertandingan yang menawarkan hadiah sangat menarik dianjurkan dari semasa ke semasa di MBP, MBP sepatutnya menjadi senarai blog wajib baca oleh para blogger wanita. (Dirujuk dari blog Puan Syigim. Sila Klik Sini untuk baca lanjut).


Kepada Puan Ros, saya ucapkan terima kasih atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya. Insya Allah, saya cuba memberikan yang terbaik.

Kepada MBP Contributor yang lain, saya ucapkan tahniah dan all the best and good luck.

Kepada anda yang membaca post ini, anda patut melawat ke MBP jika belum. Klik sini untuk ke MBP




2 ulasan:

  1. salam Ustaz,
    nama saya pun seakan nama ustaz; Nuradyani. maksud nama saya pun cahaya agama. Saya nak cadangkan spy ustaz tulis pasal apa hukumnya kita meraikan perayaan bangsa2 lain krn skrg saya serba salah bila tinggal di NZ yg mmg meraikan sgt2 x-mas. saya ada tulis di satu entry di blog saya "The awkward feelings about x-mas". blog saya di
    http://nuradyanirosly.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Nuradyani:

    Wslm wrb. Datang dari MBP ke ni? Insya Allah saya akan tulis di MBP juga di blog ini. Ikut pendapat saya, Islam itu mudah dan indah. Islam tidak menyuruh bermusuh dengan bukan Islam selain jika bukan Islam itu yang memulakan permusuhan. Untuk perayaan banyak pendapat. Saya perlu buat rujukan dan penilaian kepada pendapat-pendapat itu untuk menulis.

    Semoga Puan menjadi contoh muslim yang baik ketika di negara orang yang Muslim bukan majoriti..

    BalasPadam