Sabtu, Oktober 31, 2009

WADUH BAGAIMANALAH PIHAK BANK TIDAK BOLEH MENGESAN KECURIAN WANG DALAM AKAUN PELANGGAN MEREKA


PENJENAYAH SIBER LEBIH HANDAL
DARIPADA PIHAK BANK:
 

TERKEJUT WANG GAJI DALAM AKAUN BANK HILANG




Hari ini saya membaca dalam akhbar, seorang pelukis pelan di Kuching terkejut apabila mendapati wang gaji dalam akaun bank beliau hilang. Peristiwa malang ini dialami oleh Syarmiza Mohd Sebli, 32 tahun yang menetap di Taman Sri Wangi, Kuching. Menurut berita yang saya baca, wang gaji dalam akaun bank Syarmiza telah dipindahkan ke akaun lain melalui perbankan internet sedangkan dia tidak pernah menggunakan perbankan internet.

Saya tidak terkejut membaca kisah ini, cuma saya kasihan kepada mangsa. Namun, yang mengejutkan saya ialah kenyataan pihak bank yang 'terlalu lurus' dan berterus terang. Perhatikan kenyataan mangsa (Syarmiza) di bawah:

"Apa yang pelik, saya sendiri pun tidak pernah menggunakan khidmat itu. Saya juga dimaklumkan pihak bank tidak dapat mengesan ke mana wang itu dipindahkan dan saya diminta membuat laporan polis"

Apakah anda berfikir sama seperti apa yang saya fikirkan?:-)

"..pihak bank tidak dapat mengesan ke mana wang itu dipindahkan?"

Bayangkanlah jika penjenayah tersebut juga membaca akhbar yang sama. Agaknya, apa pula yang penjenayah itu rasakan ek? saya bukanlah bermaksud untuk mencadangkan pihak bank supaya berbohong, tapi bukankah lebih bijak jika pihak bank tersebut mengatakan bahawa mereka akan menyiasat perkara tersebut dan cuba mengesannya. (..dan sepatutnya mereka menyiasatnya..).

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan 'terlalu lurus' pihak bank tersebut. Cuba kita bayangkan; seteruk mana sekalipun satu jenayah, pernahkah kita dengar polis mengatakan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut? Tidak pernah kan. Paling koman pun, polis akan berkata mereka akan menyiasat walaupun kesan dan bukti yang ditinggalkan tidak banyak membantu? Waduh, bagaimanalah pihak bank boleh senang-senang mengaku tidak dapat mengesan perpindahan wang dalam bank mereka. Ini akan mendedahkan kelemahan sistem keselamatan pihak bank.

Ps1; Bagaimana pula perasaan dan pendapat anda? Alangkan orang yang tidak mengggunakan perbankan internet pun boleh terdedah kepada 'kecurian' siber; bagaimana pula 'kita-kita' ini yang memang selalu menggunakan perbankan internet?

Ps2; Peristiwa ini mengingatkan saya ketika wang saya dalam sebuah bank (bank yang bermaskot kan ***) hilang sebanyak RM200 pada hari raya tahun 2008. Berkali-kali juga saya semak semula menggunakan mesin atm di tempat yang berbeza. Sah hilang. Disebabkan waktu itu bank tutup dan cuti, saya call customer center. Mulanya saya dilayan dengan baik oleh penyambut telefon tersebut. Kemudian dia meminta saya menunggu sementara beliau menyambungkan saya kepada pegawai yang berkenaan. Anda nak tahu? Sampai habes kredit telefon saya menunggu beliau menyambung kepada pegawai yang berkenaan itu.. (kredit hp saya masa tu memang agak banyak). 

PS3: Syukurlah saya dapat kembali wang saya itu setelah saya ke bank pada hari Isnin berikutnya; tanpa banyak soal, setelah buku bank saya diambil, saya menunggu sekejap, dan dipanggil semula, dan saya ditunjukkan buku bank saya, dan wang saya sudah 'kembali pulang'.

PSP: Sebelum menulis ini saya sempat berbual dengan seorang sepupu saya, kebetulan ada jamuan harijadi seorang sepupu. Kami berbual tentang ini; dan kami sama bersetuju, dunia kini sudah kurang selamat. Anda ikuti tak program 'Menjenayahkan Perang' oleh Tun Dr. M? Tun juga berpendapat sama seperti kami; Beliau mengatakan dunia sudah tidak selamat kerana teknologi perang yang dapat menembus apa saja.


Jumaat, Oktober 30, 2009

SAHM dan WAHM di SOHO

Hari Jumaat; hari feveret saya datang lagi. Alhamdulillah, masih berkesempatan menemui satu Jumaat lagi dan dapat menulis post ini. 

Beberapa hari yang lalu, saya sampai ke blog Puan MasAyu. Di sana saya membaca sebuah artikel bertajuk "Anda mahu jadi SAHM, WAHM atau SOHO, tetapi tiada idea untuk memulakannya". Saya sudah biasa mendengar tentang stay at home mom, dan work at home mom, homemaker dan soho: tetapi baru kali inilah saya terperasankan singkatan SAHM dan WAHM. Mulanya saya ingatkan apa. (Wahm, dalam Pendidikan Islam adalah istilah berkaitan ilmu Tauhid).

Alhamdulillah, untuk menyesuaikan dengan konsep yang lebih Islami, tidak semena saya mendapat idea berkaitan tiga singkatan itu dan menamakan semula ketiga-tiga singkatan itu seperti di bawah:

1. SAHM (Stay At Home Mom)- Stay At Home Muslimah.

2. WAHM- (Work At Home Mom)- Work At Home Muslimah.

3. SOHO- (Small Office Home Office)- Safe Office Home Office.

Menurut Puan MasAyu:
"konsep soho, sahm dan wahm sudah lama dipratikkan di negara2 maju

malah di negara ini juga sudah sebenarnya, tetapi konsep ini mula diminati sejak kebelakangan ini

inilah pilihan untuk bersama anak-anak, kerana membesar dan mendidik anak era ini sangatlah mencabar
"
Ibu menetap di rumah, berkerja di rumah dan memiliki pejabat di rumah, sebuah konsep yang amat baik sekali. Terutama pada zaman kini yang memerlukan ibu lebih banyak masa untuk anak-anak. Lebih daripada itu, sebenarnya masa kini peluang keusahawanan dan kerjaya dari rumah terbentang luas untuk para muslimah yang memilih untuk menjadi 'at home muslimah'. Bukan saja boleh menyumbang kepada pembangunan negara dan ekonomi, malah menyediakan negara dengan generasi (anak-anak mereka) yang cukup terjaga, terdidik dan terpelihara.

Sememangnya, mustahil untuk semua muslimah menjadi SAHM dan WAHM; negara kita masih memerlukan doktor, peguam, jururawat, guru dan lain sebagainya dari kalangan wanita. Namun, saya dengan rendah hati merangka sebuah 'free report' berkaitan "SAHM and WAHM at SOHO" ini. Insya Allah, saya bercadang untuk menggunakan cuti hujung minggu kali ini untuk membuat draf pertama laporan tersebut. Insya Allah, selepas disemak oleh beberapa orang terpilih, saya akan mengedarkan laporan tersebut secara percuma.

Ps; Semoga ini merupakan antara ikhtiar yang mampu kita lakukan untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Zaman Kegemilangan Islam ibarat permata, ia tetap permata walaupun tertanam dalam lumpur. Namun, setiap umat Islam bertanggungjawab untuk menggali dan menggilap permata tersebut dari palitan lumpur.


Khamis, Oktober 29, 2009

Ketika Kita Perlu Menunjukkan Passport Untuk Menyambung Ke Internet


Hari Selesa yang lalu, dalam ruangan Rencana akhbar Berita Harian, saya membaca perbincangan tentang seorang murid yang ditukarkan sekolah kerana meluahkan rasa tidak suka beliau kepada pengetua beliau di laman FaceBook. Dalam isu ini saya sendiri berpendapat, tidak perlu dihalang para pelajar untuk meluahkan perasaan mereka di facebook. Apa yang perlu, di kalangan guru ada yang mampu menyamar menjadi remaja dan menjadi sahabat setiap pelajar di laman facebook. Dengan ini, pihak sekolah tahu apa masalah yang berlaku di kalangan murid dan boleh bersedia untuk menghadapinya.

Juga, boleh jadi di FaceBook ada kumpulan pelajar yang sedang merancang satu kejahatan, contohnya untuk memukul pelajar yang lain, tentulah perkara begini dapat dielakkan jika ada guru yang mengambil inisiatif menjadi 'Detektif Conan' di FaceBook. Sebenarnya, masih berlaku jurang digital antara murid dan guru; walaupun jangan terkejut jika ada guru-guru yang tidak bertanggungjawab yang bertukar-tukar video lucah dengan pelajar mereka.

"Sepatutnya, guru kaunseling perlu mempunyai pendekatan yang selari dengan perkembangan situasi semasa. Jika pelajar guna Facebook, guru juga perlu guna. Jadi kawan mereka dalam Facebook dan ajak mereka kongsi masalah. Guru perlu dekat dengan kehendak mereka"
Datuk Dr Mohammad Ali Hassan,
Presiden Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN).


"Kemahuan pelajar meluahkan perasaan tidak wajar disekat dan sepatutnya pihak sekolah menggunakan pendekatan yang seboleh mungkin seiring dengan kehendak dan cara pelajar. Keengganan dan kekerasan pihak sekolah menyekat kebebasan melepaskan tekanan di kalangan remaja menyebabkan berlaku banyak perkara tidak diingini, sekaligus mendorong pelajar bertindak di luar batas norma yang sepaututnya"
Ruslan Madon, Yang Dipertua Majlis Guru Besar.

Hari ini pula, di ruangan yang sama, saya membaca tentang usaha JAKIM dan AADK untuk menghampiri golongan bermasalah dalam usaha dakwah dan pencegahan jenayah dan dadah. Saya sangat bersetuju dengan pendekatan tersebut. Ini mengingatkan saya dengan perbual saya dengan seorang pendakwah dari negara jiran beberapa tahun yang lalu. Beliau menceritakan tentang ada pendakwah di negara mereka yang mengambil inisiatif untuk 'melanggan' pelacur yang beragama Islam pada malam Jumaat, ya seperti malam ini. (Anda jangan salah faham dulu ya).

Pelacur ini dilanggan dan dibawa ke rumah/ madrasah untuk bersama-sama beribadat pada malam Jumaat, paling tidak pun untuk membaca Yasin dan tahlil. Keesokan paginya, pelacur ini akan dihantar kembali. Ada juga yang dapat diselamatkan melalui perkahwinan dan program anak angkat. Mungkin anda juga pernah mendengar tentang pertandingan tilawah al-Quran golongan pelacur di negara jiran kita. Saya terharu mendengar kisah seperti itu. Betapa, golongan pendakwah seperti ini memahami keadaan negara mereka dan mencuba sedaya mereka untuk menyelamatkan saudara seagama mereka.

"Apabila datang dengan pakej bantuan kita perlu kenal pasti apa yang diperlukan dan kita tidak dapat menjangka jika tidak mendekati mereka. Ini juga inisiatif kita untuk membuktikan anggapan mereka terhadap agensi agama kurang tepat yang selalu mengaitkan sebagai agensi pencegah maksiat, musuh harian, musuh siang dan malam", Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM.

Saya melihat dua isu ini sebagai berkaitan. Jika kita mengahadapi pelajar bermasalah; dekatilah mereka, selidiki masalah mereka dan bersedia untuk menghadapinya. Ada pelajar yang nampak pendiam dan tidak bermasalah di sekolah, tapi mungkin juga bermasalah di luar sekolah. Perlu ada golongan guru yang boleh menjadi seperti Puan Hajah Norbi Husin; seperti yang beliau catatkan dalam buku "Asam Pedas, Gula Melaka". Bertanyakan pelajar secara langsung tentang masalah mereka, boleh dikatakan tidak praktikal. Lebih baik, gunakan cara yang lebih halus dan tersembunyi seperti menyamar di FaceBook:-)

Dalam akhbar hari ini juga, dalam sisipan Ekonomi, saya membaca cadangan Eugene Kaspersky tentang penggunaan Passport Digital di alam siber. Satu masa nanti, kita semua perlu memiliki passport digital, yang perlu diimbas sebelum kita menyambung ke internet. Passport digital memudahkan mengesan penjenayah siber. Beberapa negara sudah mencubanya dan ia dalam proses perintis. Saya juga sangat bersetuju dengan idea ini, namun apakah tidak ada risiko 'Pendatang Asing Tanpa Izin' (PATI) yang boleh terlepas di dunia siber seperti mereka (PATI) terlepas di dunia nyata ini:-) Hehe.. apapun, tentu Kaspersky lebih kukuh selepas ini. Anda guna internet security jenama apa? Jika anda peminat Jackie Chan, gunalah Kaspersky:-)




Rasanya di alam siber nanti, bila dah guna passport, tidak wujud masalah PATI; jika passport kita dikawal oleh sistem, program atau software...
kerana tiga benda ini tak terima rasuah:-)

UstazCahaya

"Passport Digital ini adalah sama seperti kad pintar pengenalan diri bagi mewujudkan identiti diri setiap pengguna yang melayari internet"
Eugene Kaspersky,  Pengasas dan Ketua Eksekutif, Kaspersky Lab.

Ps; Jika anda baca NST, hari Rabu minggu lalu, di ruangan Opinian (page 17), saya tertarik dengan tulisan Prof Emeritus W. Scott Thomson. Beliau menulis tentang Amazon Kindles Passion for Reading. Beliau menceritakan tentang Amazon Kindles yang menjadi teman setia beliau, dan tabiat membaca. Antaranya beliau menulis; "...Compared especially to the British, Asians aren't readers". Benarkah? :-)




Rabu, Oktober 28, 2009

10 Kebaikan Aktiviti Blogging (Bahagian 9)

 Blogging Boleh Mengangkat Blogger Yang Jatuh:-)

Ada masanya mungkin kita berasa 'jatuh' dalam hidup. Kenangan dan kejayaan yang indah pada masa lalu boleh membantu ketika ini. Kita boleh membaca artikel-artikel lepas di blog kita yang mungkin boleh dikaitkan dengan kejayaan dan kenangan indah. Mungkin juga, ada artikel terbaik yang pernah kita tulis, sekurang-kurangnya kita tahu kita pernah melakukan yang terbaik juga kita pernah berada di atas.

Sudah selalu dikatakan bahawa 'hidup umpama roda, ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah'. Begitulah kehidupan; bukankah bumi ini bulat, sudah tentu ada masanya kita berada di atas dan ada masanya pula kita berada di bawah. Apa yang pasti, selagi graviti mahu menarik kita ,kita tidak akan terjatuh sekalipun kita mungkin berada di bawah;-) (hehe..)

Selagi kita bernama manusia, selagi itu kita akan melalui keadaan yang bertukar-tukar; ada masa gembira, ada masa sedih; ada masa senang, ada masa susah; ada masa indah, ada masa gundah (..gulana:-)..) dan lain sebagainya.

Ada masanya mungkin kita mengalami 'kejatuhan' dalam hidup. Kejatuhan dalam hidup boleh berlaku dalam pelbagai keadaan; kejatuhan kewangan, kejatuhan iman, kejatuhan motivasi, kejatuhan kasih sayang, kejatuhan estim diri, dan berbagai-bagai kejatuhan lagi. Kenangan dan kejayaan yang indah pada masa lalu boleh membantu ketika ini. Kita boleh membaca artikel-artikel lepas di blog kita yang mungkin boleh dikaitkan dengan kejayaan dan kenangan indah. Mungkin juga, ada artikel terbaik yang pernah kita tulis. Sekurang-kurangnya kita tahu kita pernah melakukan yang terbaik.

Dalam bahagian terdahulu post ini, saya ada menulis tentang 'menulis masalah yang kita alami dalam blog'. Mungkin juga, kita boleh membaca post luahan masalah kita yang lalu, ketika kita mengalami kejatuhan. Imbas kembali, bagaimana masalah itu berlalu dan selesai. Renung kembali bagaimana kita menghadapinya. Jika kita telah melaluinya dengan bijak, Insya-Allah, ia boleh memberi kita semangat untuk melalui masa jatuh kini. Jika yang kita renung kembali itu menunjukkan kepada kita betapa ruginya kita kerana bertindak tidak bijak, maka ia boleh menjadi peringatan kepada kita.

Alangkan Rasulullah (SAW) juga mengalami 'kejatuhan' dalam kehidupan Baginda, dan kita perhatikan bagaimana Allah (SWT) memujuk Baginda dengan membawa Baginda merenung masa yang lalu dan menggesa Baginda membandingkan dua keadaan; yang lalu dan yang kini. Pada waktu sedang mengalami kejatuhan dalam hidup, saya suka memujuk diri dengan Surah Ar-Rahman, Surah Ad-Dhuha, Surah Al-Insyirah dan Surah Al-Kautsar. Renungkan Firman Allah dalam surah-surah tersebut dan perhatikan bagaimana Allah memujuk Rasulullah (SAW) ketika Baginda sedang jatuh..

Selasa, Oktober 27, 2009

10 Kebaikan Aktiviti Blogging (Bahagian 8)


  10 Kebaikan Aktiviti Blogging (Bahagian 8):
BLOGGING MENJADIKAN KITA LEBIH BIJAK





Photobucket



Aktiviti yang melibatkan bahagian tubuh boleh menjadikan kita lebih sihat dan bijak. Dr Tuah Iskandar ada mengatakan menghitung biji tasbih sambil berzikir boleh mengurangkan stress. Dalam buku-buku beliau, beliau ada mengatakan bahawa beliau sendiri mengamalkan berzikir dengan menghitung biji tasbih sambil berjalan di sekitar tasik pada waktu pagi. Otak adalah pusat diri dan tubuh kita. Fikiran dan perasaan mempengaruhi otak. Pergerakan tubuh badan berhubungkait dengan otak. Kebijaksanan pula dicetuskan oleh jalinan sel-sel otak. Oleh faktor itu, adalah disarankan kita melakukan aktiviti yang dalam masa yang sama melibatkan fikiran, perasaan dan gerakan fizikal.





Menurut pakar pendidikan, ada tiga jenis kaedah pembelajaran iaitu;



1. Kaedah Visual.

Pembelajaran yang melibatkan aktiviti melihat, membaca, menonton, memerhati.


2. Kaedah Auditori.

Pembelajaran yang melibatkan aktiviti mendengar.


3. Kaedah Kinestetik.

Pembelajaran yang melibatkan aktiviti yang menggerakkan anggota fizikal.

 


Ada mengatakan satu jenis kaedah pembelajaran yang baik berbanding satu jenis yang lain; contohnya ada yang mengatakan kaedah auditori lebih baik daripada kaedah visual. Namun, sebenarnya yang paling baik ialah kaedah pembelajaran yang melibatkan ketiga-tiga jenis sekaligus. Walaupun tidak dinafikan bahawa setiap menusia mempunyai kecenderungan semulajadi untuk termasuk dalam satu-satu jenis kepintaran.

Ada orang yang semulajadi adalah mudah belajar melalui satu-satu kaedah pembelajaran. Saya ada contohnya; seorang kenalan saya yang sudah memiliki Master dari Unimas. Beliau seorang yang 'malas membaca'. Beliau tidak betah membaca. Sejak kecil beliau memberi tumpuan penuh dalam kelas dan jarang membaca untuk ulangkaji; beliau lebih memilih membuat latihan dan latih tubi. Semasa membuat master, beliau sudah berumahtangga dan baru melahirkan anak sulung. Sepintas lalu, kita dapat mengatakan beliau termasuk dalam jenis pelajar auditori dan kinestetik, namun sebenarnya beliau juga adalah pelajar visual (walaupun beliau 'malas membaca'). Alasan saya ialah, beliau memberi tumpuan dalam kelas bermakna beliau melihat pengajar, melihat apa yang ditunjukkan dan beliau membaca (membuat) latihan dan latih tubi. Rakan saya itu membuktikan, tidak ada satu-satu jenis kaedah pembelajaran yang boleh dikatakan terbaik. Apa yang terbaik ialah pembelajaran yang melibatkan ketiga-tiga jenis tersebut. (Walaupun beliau pasti menolak untuk dikatakan termasuk dalam jenis visual; kerana beliau 'malas membaca').




Kita belajar melalui 'Enam Deria' yang dianugerahkan Allah (SWT) kepada kita. Sebenarnya, pendapat tentang "Enam Deria" ini agak kontroversi kerana ahli sains menerima-pakai "Lima Deria". Enam deria yang kita miliki ialah;

1. Deria Penglihatan.
2. Deria Pendengaran.
3. Deria Sentuhan.
4. Deria Rasa.
5. Deria Bau.
6. Deria 'Ke-Enam' yang kontroversi iaitu gerak hati, emosi dan minda.


Ringkasnya, kita belajar daripada..

.. apa yang kita LIHAT.
.. apa yang kita DENGAR.
.. apa yang kita RASA.
.. apa yang kita SENTUH.
.. apa yang kita HIDU.
.. apa yang kita BUAT.
.. apa yang kita FIKIRKAN.

Aktiviti blogging melibatkan ketiga-tiga jenis kaedah pembelajaran iaitu;

- kaedah visual. Pembelajaran  yang melibatkan aktiviti melihat, membaca, menonton, memerhati.
- kaedah auditori.Pembelajaran  yang melibatkan aktiviti mendengar.
- kaedah kinestetik. Pembelajaran  yang melibatkan aktiviti yang menggerakkan anggota fizikal.

Kesimpulannya, aktiviti blogging melibatkan banyak anggota tubuh dan deria kita. Tentunya ia satu aktiviti yang baik untuk kesihatan dan kecerdasan; dengan syarat selama mana kita kekal dengan kebaikan dan menjauhi kejahatan dan keburukan:-)

Isnin, Oktober 26, 2009

10 Kebaikan Aktiviti Blogging (Bahagian 7)

 KEBAIKAN AKTIVITI BLOGGING NOMBOR 8

8. Tidak adil adalah fitrah dunia-jika ada pembaca yang sama situasi, di sini kita boleh berkongsi rasa.

Jika kita ingin mencari dan menegakkan keadilan di dunia ini; ia adalah sesuatu perkara yang mustahil. Ketidakadilan adalah lumrah dunia. Jika anda baik, tidak bermakna dunia akan melayan anda dengan baik. Begitu juga dengan orang yang jahat, kita dapat melihat dunia masih melayan mereka dengan baik.

Ada masanya ketika menghadapi ketidakadilan dunia terhadap kita, kita boleh menuliskannya di dalam blog kita. Mungkin ada orang lain yang menghadapi perkara yang sama dengan kita, maka kita boleh berkongsi rasa dan bertukar pendapat. Kita juga boleh membaca luahan perasaan blogger lain di blog mereka.

Adakalanya, kita merasakan masalah orang lain adalah kecil dan berasa lucu ketika membaca kesedihan mereka kerana perkara tersebut. Malah kita merasakan masalah kita lebih besar dan cabaran kita lebih hebat. Pada masa yang lain pula, kita berasa malu kerana kita berputus asa dan sedih oleh perkara yang kecil. sedangkan di blog orang lain kita boleh membaca bagaimana mereka yang menghadapi cabaran dan ujian yang lebih hebat daripada kita masih boleh menghadapinya. Kita kagum dengan mereka dan malu kerana tertekan dengan masalah kecil yang kita hadapi. Ini secara langsung boleh meningkatkan motivasi, samangat dan keyakinan diri kita.

Ada masanya kita mempunyai pendirian dan pendapat, atau idea dan cadangan yang baik; tetapi ia tidak diterima oleh orang-orang di sekeliling kita. Mungkin dalam keadaan seperti ini, kita boleh mencari orang lain yang bersetuju dengan kita atau sama dengan kita di blogosphere. Membaca tentang orang lain juga mempunyai pendapat dan idea seperti kita, dan melihat mereka mampu menjayakannya; boleh menjadi pendorong kepada kita dan yang lebih penting, kita boleh mengelakkan daripada merasa kecewa dan menghadapi kejatuhan motivasi.

Kita perhatikan, tokoh, pakar dan ilmuan  dalam masyarakat kita juga begitu. Banyak daripada pemikiran dan idea mereka yang hebat dan baik tidak dapat diterima oleh orang lain namun mereka tetap memperjuangkannya. Mereka berkumpul dalam golongan yang memahami dan dapat menilai pemikiran dan idea mereka dengan adil. Begitu juga yang boleh kita sebagai orang biasa lakukan. Kita boleh mencari di blog-blog di seluruh dunia tentang  mereka yang sama dengan kita yang boleh menilai pendapat dan idea kita dengan lebih baik, bijak dan adil.

Ya, dunia ini tidak adil. Dunia tidak membalas semua kebaikan kita dengan baik dan dunia tidak menyokong semua idea dan usaha baik yang kita rancangkan. Namun, ingatlah selalu, dunia ini tidak kecil. Dunia ini luas tambahan pula dalam zaman blog seperti kini. Jika kita mahu meneroka dunia yang luas, di ceruk lain dunia ini sebenarnya ada tempat yang kita boleh mendapatkan sedikit keadilan daripadanya. Jika di sini kita merasa ditolak, di sana, di ceruk lain dunia ada tersedia satu tempat di mana dunia bersedia menyambut dan mengangkat kita.

Jika anda menutup dunia anda kepada tanah di tempat anda berdiri sahaja, maka anda akan percaya bahawa dunia ini tidak adil. Namun jika anda bersedia melangkah lebih jauh ke ceruk lain dunia, anda akan percaya dunia masih menyediakan keadilan. Anda pilih yang mana? Jika anda bertanya saya, saya akan memilih untuk melangkah kerana saya tahu dunia ini tidak adil tetapi dalam masa yang sama ia tetap adil. Kita tidak boleh menunggu keadilan dan kebaikan dunia datang kepada kita kerana kebaikan dan keadilan itu patut dicari dan didekati.

Ahad, Oktober 25, 2009

10 Kebaikan Aktiviti Blogging (Bahagian 6)

 KEBAIKAN AKTIVITI BLOGGING NOMBOR 7

7. Melakukan aktiviti yang berbeza dari rutin boleh mencambah kreativiti. (Dr YKK, pakar kreativiti malaysia)

Menurut pakar kreativiti, hobi adalah antara pencetus kreativiti seseorang, lebih-lebih lagi jika hobi berkenaan berbeza daripada karier utama dan perkerjaan seseorang. Dr YKK (Dr Yew Kam Keong), seorang pelopor dan pakar kreativiti di negara kita; ada menulis dalam sebuah buku beliau bahawa kreativiti manusia boleh dicetus dengan membaca bahan bacaan dalam tajuk di luar bidang kita dan melakukan perkara di luar rutin dan tugasan kita.

Berikut adalah petikan daripada buku Dr YKK yang bertajuk 'Bebaskan Kreativiti Anda':

"membaca dan mempelajari subjek di luar bidang pengetahuan anda adalah penting untuk mewujudkan pembaharuan dalam pekerjaan anda. Sebagai contoh, jika anda seorang jurutera, cubalah membaca buku-buku yang tidak berkaitan dengan bidang anda seperti sastera, astronomi dan bidang-bidang lain. Cara yang terbaik untuk melepaskan diri daripada pemikiran yang terbatas dan menghasilkan idea-idea yang benar-benar inovatif adalah dengan melepaskan diri daripada tugas rutin. Bacalah majalah yang belum pernah anda baca, pergi menonton wayang gambar yang kurang anda gemari, mulakan hobi yang baru, pelajari kemahiran yang baru, cubalah berbual dengan seorang yang belum anda kenali dan jangan takut untuk mencuba sesuatu perkara atau pengalaman baru".

Apakah maksud saya? Ya, saya ingin mengatakan bahawa blogging boleh mencetus kreativiti kita. Jika kita belum pandai blogging, maka belajar blogging adalah sesuatu yang baik. Bukan saja menambah ilmu dan kemahiran diri, mempelajari perkara baru adalah pendetus kreativiti seperti yang dikatakan oleh Dr YKK.

Jika anda ingin bermula dengan mudah, cubalah menulis tentang sesuatu yang anda ketahui. Contohnya anda seorang juruwang di bank. Perkerjaan anda seharian hanya berkaitan wang dan urusniaga dengan pelanggan. Cubalah menulis di blog anda tentang perjalanan kehidupan seharian anda seperti; karenah pelanggan, bagaimana tadi anda tersilap 'key-in' sejumlah wang, bagaimana anda mungkin bosan dan tertekan dengan tugas anda dan sebagainya. tulislah dengan kreatif seperti sebuah diari atau novel. Disamping itu anda mungkin boleh menulis tentang kewangan. Ya, buat blog dengan niche kewangan kerana ia adalah niche yang tidak pernah lapuk dek hujan dan tidak pernah lekang dek panas (terbalik kot ni:-)..); selama mana manusia masih memerlukan wang.

Saya ada beberapa kenalan yang merupakan pekerja bank. Di bank, semasa bertugas mereka kelihatan amat membosankan dan ada antaranya kelihatan sombong. Namun, bila sekali-sekala kami duduk dan berbual, meraka sangat suka berbual. Terutama tentang betapa bosannya pekerjaan mereka, betapa untungnya si fulan itu kerana melabur dalam sesuatu dan lain sebagainya. Mengejutkan, di luar bank mereka adalah orang yang petah dan suka berborak.

Jika anda lebih berani, cubalah menulis blog dengan niche yang bukan berkaitan dengan pekerjaan dan kemahiran anda. Ya, jika anda berani dan itu adalah apa yang saya cuba. Saya sudah set-up sebuah blog, tentang satu permainan. Sebenarnya, saya tidak pernah mengetahui tentang permainan tersebut dan baru mempelajarinya. Permainan apa ya? Saya tidak mahu dedahkan dulu. Kisahnya begini, saya baru 'mengenali' permainan ini dari bonus PLR artikel yang saya perolehi semasa membeli sebuah ebook. Saya membaca pakej artikel PLR tersebut, membeli sebuah buku tentangnya dan mempelajarinya. Eureka! Anda teka apa yang saya dapat? Saya mendapat idea untuk membuat satu versi sendiri permainan tersebut. Berdikit-dikit saya menyusun versi saya sendiri dan saya sudah membeli nama domain dan hosting untuk saya promosikan permainan tersebut.

Pakar berkata, buatlah blog dengan apa yang anda minat. Ya, mereka benar dan saya mempercayainya. Namun, apa salahnya jika anda memberanikan diri mencuba sesuatu yang anda belum ketahui? Kita tidak tahu sama ada kita meminati sesuatu sebelum kita mengenali dan mencubanya. Mana tahu, kita akan menguasai bidang itu. Apa yang saya katakan ini adalah, prinsip cetusan kreativiti.

Kesimpulannya, blogging boleh mencetus kreativiti, dan boleh menjadikan anda semakin kreatif. Mencubalah untuk menjadi berani mempelajari dan mendalami suatu bidang yang bukan berkaitan dengan kelulusan dan kerier kita. 

Sabtu, Oktober 24, 2009

10 Kebaikan Aktiviti Blogging (Bahagian 5)

(Ini adalah sambungan siri post "10 Kebaikan Aktiviti Blogging". Jika anda ingin membaca dari mula, anda boleh klik di sini)


6. Belajar perkara baru boleh menjadi ruang melupakan masalah.

Memiliki, menulis dan mengurus blog memberikan ruang yang banyak kepada saya untuk mempelajari perkara baru.Saya bukan pelajar jurusan komputer dan IT, namun dengan blogging setidak-tidaknya saya mempelajari sedikit sebanyak tentang komputer dan IT. Blogging bukan saja mendedahkan saya dengan ilmu berkaitan blog dan bidang blogging namun lebih daripada itu. Blogging memberi saya ruang mempelajari banyak perkara termasuk perkara berkaitan komunikasi, psikologi dan motivasi.

Blog adalah salah satu medium komunikasi. Perkara berkaitan komunikasi dalam aktiviti blogging adalah seperti belajar menulis post di blog, bagaimana menjalinkan hubungan dengan rakan-rakan di dunia maya agar kehadiran kita sebagai blogger diketahui oleh orang lain, bagaimana menulis komen di blog orang lain, dan lain sebagainya.

Berkaitan psikologi pula, menulis post di blog melatih kita untuk menulis dengan 'memiliki hubungan minda'. Maksudnya, bagaimana kita menulis sesebuah post dan bagaimana untuk supaya penulisan kita itu boleh menjadi hubungan minda antara kita dengan pembaca. Ya mungkin pada tempoh permulaan blog kita belum mempunyai audiens dan pembaca setia, tapi adanya 'sentuhan' tarikan minda dalam post yang kita tulis boleh menarik orang lain untuk sampai ke blog kita dan membacanya. Saya juga melatih kemahiran ini semasa menulis komen di blog orang lain. Perkara psikologi penulisan ini saya pelajari dari buku-buku teknik penulisan.

Mungkin kata-kata saya dalam perenggan di atas akan diketawakan oleh pakar-pakar SEO di luar sana:-). Namun, ini bukanlah teori saya, ini adalah dapatan oleh pakar-pakar dalam bidang psikologi dan ia terbukti malah saya mempercayainya. Sebenarnya, terlalu banyak keajaiban dalam kehidupan kita ini yang belum berjaya dirungkai oleh pendekatan yang logik atau saintifik.

Blogging mengajar saya tentang motivasi diri. Ya, tidak syak lagi. Pertama di blog ini contohnya; saya cuba melatih disiplin diri dan bagaimana untuk tetap melakukan apa yang telah dirancang walau apapun cabaran mendatang. (Wah, semangatnya..). Saya tegar menulis sebuah post sehari di blog ini, dan saya melakukan ia seakan-akan blog saya ini dibaca orang lain setiap hari. (Ada orang yang akan menganggap ini sebagai 'syok sendiri'). Namun, hanya saya yang tahu tujuan saya menulis dan menguruskan blog ini; dan penting untuk saya terus menjaga motivasi saya. Setidak-tidaknya, di blog ini saya berlatih untuk menulis, 'berbicara' dan menjalinkan hubungan minda. Apapun, seperti yang saya baca dalam sebuah novel, '..tidak akan kita gusar selagi kita tahu tujuan kita..'.

Selain itu, dalam menjalani kehidupan seharian; hidup ini tidak sunyi dari masalah. Antara kaedah penyelesaian masalah ialah kaedah yang saya gelar 'tunggu sejuk dulu'. Masalah selalu bersifat seperti air di dalam bekas, jika kita mahu ia tenang maka biarkan ia dan jangan dikocak. begitulah masalah, selalunya masalah hidup itu perlu dibiarkan dulu kerana jarang ia dapat diselesaikan dengan paksaan dan tekanan. Blogging menjadi ruang untuk saya melupakan seketika masalah saya yang lain. Blogging yang saya maksudkan, bukanlah terbatas kepada apa yang saya lakukan di blog ini sahaja. Ia adalah blog ini, blog lain yang sedang saya bangunkan, melawat dan membaca blog orang lain, meninggalkan komen di blog orang lain dan menghubungi blogger lain.. itulah aktiviti blogging bagi saya;-)

Jumaat, Oktober 23, 2009

Jangan Bersedih Bila Nasi Menjadi Bubur

Post Khas Hari Jumaat 1:
"Jangan Bersedih Bila Nasi Menjadi Bubur"


(Sambungan siri post '10 Kebaikan Aktiviti Blogging' akan kembali ke udara semula pada hari esok).
"  Beranilah untuk bangun dan mengakui kesilapan diri.
Jangan pura-pura pengsan setelah tergelincir di tangga jejantas untuk cover malu;-)"

 "   Nasi yang sudah menjadi bubur,
Insya-Allah masih boleh  menjadi bubur ayam special"

Dalam masyarakat kita, kesilapan dan kegagalan sering dikaitkan dengan peribahasa 'Nasi sudah Menjadi Bubur'; yang dari segi bahasanya bermaksud "sesuatu yang sudah tidak boleh diperbaiki lagi" atau dalam ertikata yang lebih keres* lagi bermaksud; "sesuatu yang sudah tidak berguna lagi". Pada hari Jumaat yang indah dan penuh barokah ini, saya berfikir kembali; Betulkah begitu? Betulkah jika nasi sudah menjadi bubur ia sudah tidak berguna lagi? Betulkah tidak dapat diperbaiki lagi?

[*sebut sebagai 'ke-res'('res' dalam perkataan restu), saya selalu sebut begitu:-)]

Pendakwah terkemuka Indonesia-Malaysia; KH Abdullah Gymnastiar a.k.a. Aa Gym dalam sebuah ceramah beliau telah memberikan saya jawapan kepada soalan di atas.  Menurut Aa Gym; "tidak sewajarnya kita terlalu bersedih jika menghadapi situasi ‘Nasi Sudah Menjadi Bubur’. Nasi yang sudah menjadi bubur, dicampur kacang tanah, cakoi, telur, ayam, sayur-sayuran dan beberapa bahan lainnya, Insya-Allah masih boleh  menjadi ‘bubur ayam special’.  

Apa yang berlaku hari ini, menyedarkan saya bahawa sebagai manusia adalah fitrah kita untuk melakukan kesilapan dan kesalahan. Seseorang tidak boleh dikatakan hebat jika dia tidak melakukan kesalahan kerana pasti tiada manusia sehebat itu kecuali para Nabi dan Rasul yang maksum. sebagai manusia biasa, kita dinilai oleh bagaimana kita memperbaiki kesilapan dan bangkit semula dari kegagalan. Namun, jika kesilapan dan kesalahan yang sama masih berulang, tentulah perkara itu boleh menjatuhkan wibawa seseorang. Berbeza dengan kegagalan; semakin tegar seseorang menghadapi kegagalan bermakna dia semakin hampir dengan kejayaan, kerana begitu menurut Thomas Adison; setiap kali melalui kegagalan bermakna kita lebih semakin menghampiri kejayaan. Justeru, perlulah kita bijak menilai antara kesilapan dan kesalahan dengan kegagalan.
"..kita perlu bijak membezakan antara kesilapan dan kesalahan dengan kegagalan."
Dalam kehidupan di dunia ini, adakalanya yang terjadi tidak seperti yang kita harapkan. Bukan sekali; impian, cita-cita dan keinginan kita tidak tercapai. Berkali-kali kita terlanjur melakukan kesilapan demi kesilapan yang memberi kita kekesalan. Kerapkali juga kita dikecewakan dan disakiti oleh orang lain. Ada masanya juga kita menanggung kesedihan dan keperitan disebabkan oleh kejahatan dan kecuaian orang lain. Maka terasalah seperti kita berada dalam keadaan nasi sudah menjadi bubur.

Namun, Sebagai orang Islam yang wajib beriman kepada Qada’ dan Qadar serta beriman kepada Hari Kiamat dan alam akhirat, tidak sewajarnya kita terlalu bersedih jika menghadapi situasi ‘Nasi Sudah Menjadi Bubur’ ini. hadapilah hidup ini dengan kritis dan kreatif. Hidup untuk dihadapi bukan untuk ditangisi. Nasi yang sudah menjadi bubur, dicampur kacang tanah, cakoi, telur, ayam, sayur-sayuran dan beberapa bahan lainnya, Insya-Allah masih boleh  menjadi ‘bubur ayam special’ dan bubur asyura. 

Jika kita merasa berdosa dengan Tuhan, makanya segerakan taubat. Tuhan tidak menjadikan manusia tanpa dosa, Tuhan ingin melihat bagaimana sikap hamba-Nya selepas melakukan dosa. Jika kita bersalah kepada orang lain, maka perlu minta maaf dan menubusnya jika perlu. Tidak ada manusia menjadi mulia kerana tidak melakukan kesalahan tetapi manusia menjadi mulia dengan meinta maaf dan mengakui kesalahan. Jika kita terlanjur melakukan kesilapan yang menyusahkan diri sendiri, makanya mesti berani menanggung kesusahan itu. Beranilah untuk bangun dan mengakui kesilapan dan kesalahan diri. Jangan pura-pura pengsan setelah tergelincir di tangga jejantas untuk cover malu;-)

Ingatlah kata yang berikut; 'jika kita mencari wira di kalangan manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan, maka kita tidak akan menemuinya. Wira sebenar ialah mereka yang tegar menghadapi kegagalan'. Gagal mengelakkan diri dari kesilapan bukanlah penentu harga diri kita. Namun, jika terus-terusan melakukan kesalahan yang sama, tentu ia boleh mencalar wibawa dan kredibiliti kita.

"  Orang yang terus mencuba
setelah sepuluh kali gagal
adalah wira sebenar jika dibandingkan
dengan orang yang baru berjaya sekali.."

 ........................................................
Ps 1; Alhamdulillah lepas maghrib dapat menyiapkan post ini. Selepas solat asar, mendapat idea untuk memulakan siri post 'Entry Khas Hari Jumaat' ini. Juga, terhasilnya sebuah sajak bertajuk "Sebuah Puisi Berani Gagal". Klik Sini Untuk Baca sajak tersebut.

Ps 2: Seperti yang sudah saya tuliskan dalam post yang lalu; daripada 7 hari dalam seminggu, hari Jumaat adalah hari kesukaan saya sejak zaman kanak-kanak saya lagi. Hari Jumaat ada 'feel' yang tersendiri dan yang pasti, hari Jumaat adalah hari yang indah serta barokah. Hari ini, hari Jumaat datang lagi. Tidak terasa sudah seminggu selepas Jumaat yang lalu. Seperti biasa, hari Jumaat punya 'feel' tersendiri kepada saya. Tambahan pula pagi tadi sepupu saya telah selamat diijab kabulkan. Makanya, malam ini, esok dan lusa tentulah sibuk dengan majlis perkahwinan beliau.

Ps 3; Bandar Bintulu menjadi pusat sambutan harijadi TYT tahun ini. Maka ramailah yang datang ke sini untuk sambutan malam nanti dan perhimpunan esok hari. Di masjid tadi saya seperti ternampak kelibat seorang sahabat lama (yang kini telah menjadi YDP ABIM Sarawak). Namun tidak sempat untuk bertemu dan berbual dengan beliau.

PSP: Seorang lagi rakan yang sudah setahun tidak berhubung yang saya temui di masjid hari ini ialah Saudara C. Beliau menyalami saya dan terus ke saf depan. (Pilihan hari Jumaat saya ialah tempat berdekatan air pancut. Indah dan menyamankan). saudara C adalah seorang sahabat saya sejak Tingkatan 1 lagi. Beliau pernah melalui zaman kegemilangan dalam perniagaan ketika saya dan rakan-rakan yang lain sedang menuntut di pengajian tinggi. Beliau seorang sahabat yang pemurah dan baik hati. Semasa saya masih di IKMAS, beliau pernah menjalankan perniagaan komputer dan pernah mendapat tender memasang komputer di Hospital Umum Bintulu. Dengar khabarnya tender tu dalam RM100k. Beliau pernah membuka sebuah FoodCourt di tepi sungai dan dalam masa sama pernah membuka kedai menjual kereta dan kedai mencuci kereta dalam kawasan sama dengan foodcourt tu. Memang tanah yang luas di tepi jambatan itu milik keluarga beliau. Namun kini semuanya sudah tiada. Sejak foodCourt beliau tutup, kami jarang bersama dan berjumpa. Hari raya lepas pun tidak beliau datang ke rumah saya. Saya tidak pula terasa hati kerana saya juga tidak datang ke rumah beliau;-) 


Tentunya, semua orang ada masalah sendiri;-)

'Sebuah Puisi Berani Gagal' (Tribute to Thomas Alva Edison)

Photobucket

“I have not failed. I’ve just found 10000 ways that won’t work”  (Thomas A. Edison)

Maka diri, bangkitlah sebagai wira.
 
Di sini bukan tempat untuk menjadi sempurna;
di sini tempatnya orang yang penuh kreativiti.

Di sini bukan tempat untuk orang yang manja;
di sini tempatnya orang yang berani.

Di sini bukan tempat untuk orang yang tidak pernah gagal;
di sini adalah tempatnya orang yang tidak pernah gagal dalam bertahan...

di sini, di dunia ini,
kehidupan menjadi bererti
bagi orang yang tidak pernah
putus asa memperbaiki diri

di sini, di dunia ini,
kehidupan malamnya disinari oleh hasil ketabahan
'dia' yang telah berjaya bertahan melalui
kegagalan lebih seribu kali.


dia yang mengatakan:


"saya tidak gagal,
saya hanya melalui seribu jalan yang salah"
..dan dia tidak mengalah.

(Bintulu, 23 Oktober 2009; 20:33)

Hak Cipta Terpelihara. 
Peliharalah hak orang lain, Allah akan memelihara hak kita, Insya Allah.

Khamis, Oktober 22, 2009

10 Kebaikan Aktiviti Blogging (Bahagian 4)

5. Hukum Pareto.

Hukum Pareto mengatakan bahawa 20% daripada masa yang digunakan untuk sesuatu, akan memberi 80% hasil. Selepas menggunakan 20% masa untuk sesuatu kerja, berhenti dan buat kerja lain. Ini kerana, produktiviti kita akan menurun selepas 20% masa yang digunakan. Tentu ramai yang sudah mengetahui tentang hukum pareto ini, namun tidak mustahil juga ada yang belum mengetahuinya.

Sebenarnya, masa produktif antara individu adalah berbeza. Tempoh produktif saya tentu tidak sama dengan tempoh produktif anda. Namun, apa yang pasti, produktiviti seorang manusia ada had masanya. Oleh itu, menurut hukum pareto, kita buat sesuatu dengan fokus dan apabila merasakan produktiviti kita menurun, maka tukarkan kepada kerja yang lain.

Blogging boleh dijadikan antara tugas selingan kita semasa melakukan tugasan dan rutin hidup seharian. Katakan kita berkerja di pejabat, mungkin kita melakukan satu tugasan selama satu hingga satu jam setengah kemudian kita berhenti melakukannya. Luangkan sedikit masa untuk blogging selama beberapa minit, contohnya sepuluh minit.

Tempoh 'rehat' sepuluh minit itu mungkin boleh digunakan untuk merangka post blog, mungkin boleh digunakan untuk membaca blog orang lain, menjawab komen di blog kita atau meninggalkan komen do blog lain. Cukup sepuluh minit kita berhenti dan teruskan dengan tugasan seharian kita. Fokus pada tugasan kita sehingga satu ke satu setengah jam berikutnya. selepas itu mungkin kita perlu makan tengah hari, mandi, solat dan sebagainya. Begitulah blogging boleh dijadikan aktiviti selingan dalam kehidupan kita dan ia bertepatan dengan hukum pareto.

Sebagai muslim, kita patut tahu, hukum pareto itu bertepatan dengan kewajipan solat. Solat memberi kita kerehatan pada 5 waktu dalam sehari dan mengikut kajian yang dibuat oleh Ng Siew Chok bersama dua orang pensyarah UM; solat boleh memberi kerehatan kepada pelakunya malah solat memberi kesediaan untuk kita meneruskan rutin kehidupan seharian yang mencabar dan memenatkan.

Anda boleh baca lanjut tentang kajian tersebut dalam risalah yang telah saya sediakan. Klik sini untuk download risalah tersebut.

Rabu, Oktober 21, 2009

10 Kebaikan Aktiviti Blogging (Bahagian 3)

4. Kepuasan.

Kepuasan adalah sesuatu yang sukar untuk dihuraikan dengan kata-kata. Kepuasan manusia berkaitan dengan perasaan dalaman dan bersifat batiniah. Kepuasan adalah sesuatu yang abstrak dan subjektif. Lain orang, lain kepuasaannya. Namun, secara mudahnya kepuasan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian:

a. Kepuasan yang bersifat lahiriah.
- Ia berkaitan dengan fizikal, kesihatan, tempat tinggal dan sebagainya.

b. Kepuasan yang bersifat batiniah.
- Ia berkaitan seks, makanan dan minuman, tidur, rehat dan sebagainya.

c. Kepuasan yang bersifat perasaan.
- Ia berkaitan rasa gembira, puas hati, dan sebagainya.

Ada orang yang mendapat kepuasan dengan melakukan hobi. Ada orang yang mendapat kepuasan dengan berkongsi ilmu dan kemahiran. Ada orang yang mendapat kepuasan dengan berkongsi perasaan. Namun, satu perkara yang pasti, fitrah manusia mendapat kepuasan dengan menunjukkan hasil kerja, pencapaian, hobi dan aktiviti yang mereka lakukan kepada orang lain.

Tidak mengira apakah kepuasaan yang anda perlukan; sama ada kepuasan untuk hobi saudara, kepuasan untuk berkongsi ilmu dan kemahiran, kepuasan untuk berkongsi perasaan, kepuasaan untuk menunjuk dan lain sebagainya, semua itu boleh diperolehi daripada aktiviti blogging.

Ps; Malam ni cuma dapat sambung no. 4 ni je. Al-maklum baru mulakan bisnes di lelongan online, jadi tengah sibuk 'mengisi kedai' dengan barang2;-)

Selasa, Oktober 20, 2009

10 Kebaikan Aktiviti Blogging (Bahagian 2)

(Ini adalah sambungan post semalam. Jika anda belum membaca post semalam, sila klik di sini)

Dalam bahagian sebelum ini, saya ada menyenaraikan "10 Kebaikan Aktiviti Blogging" yang saya kaitkan dengan tips dari Dr Sarah Edelman. Dalam post ini saya akan menjelaskan kebaikan no. 1 hingga kebaikan no. 3 dalam senarai itu.

1. Menulis boleh mengurangkan tekanan.

Menurut Dr Sarah Edelman, menulis surat boleh meredakan kemarahan. Luahkan kemarahan anda dalam bentuk surat tapi tidak perlu dikirimkan atau diberikan kepada sesiapa. Meluahkan perasaan boleh meredakan keadaan.

Secara peribadi, bagi saya boleh kita meluahkan perasaan dalam penulisan blog kita tapi jangan diterbitkan luahan perasaan yang panas membara itu:-) Simpan dulu sebagai draf. Besok bila dah cool dan kembali normal, cuba baca balik luahan itu. Biasanya ia boleh diedit dan menjadi artikel yang baik. Sesudah diedit baru boleh dipublishkan di blog;-)

Jika kita konsisten menulis di blog kita, bukan saja kita mendapat kepuasan, malah ia membantu dalam mengurangkan tekanan fizikal dan mental kita.


2. Berkongsi adalah antara kunci kebahagiaan.

Lanjutan daripada perkara no. 1 di atas. Katakan anda sedang berada dalam 'angin' yang tidak baik atau dalam lain perkataan, sedang berada dalam kepanasan dan kemarahan. Tidak semena-mena, anak anda yang berumur 4 tahun memecahkan pasu bunga kesayangan anda. Anda yang sedang marah terlanjur 'menangankan' anak anda sehingga terseliuh tangan si kecil itu. Selepas itu anda semakin tertekan.

Semasa menunggu giliran di klinik (anda bawa anak anda yang seliuh itu ke klinik), anda membuat catatan peribadi di handphone anda. Malamnya sebelum tidur anda luahkan lagi kemarahan anda. Mungkin kemarahan anda kerana perbuatan orang lain yang membuat anda marah tetapi kesannya ke atas anda dan anak anda. Anak anda merajuk dan paling teruk tangannya terseliuh.

Dalam luahan perasaan anda, anda meluahkan kemarahan anda kepada orang yang membuat anda marah, kekesalan anda kerana anda telah menyakiti anak kecil anda dan tekanan yang semakin berat yang anda rasakan. Anda tulis semua itu dalam blog anda tapi jangan post dulu, simpan sebagai draf.

Badai pasti berlalu, angin pasti berhenti, hujan akan teduh. Begitulah juga dengan kemarahan anda. Ia pasti akan reda dan anda akan kembali normal. Pada waktu ini, anda patut membaca kembali luahan perasaan anda tempoh hari. Setelah membaca semula, anda rasakan ia patut dikongsikan dengan pembaca di blog anda. Bagaimana kemarahan yang tidak berjaya dikawal akhirnya membuatkan tangan anak anda terseliuh. Mujur tidak patah atau tidak berlaku kecederaan yang lebih teruk lagi.

Anda patut sertakan tips mengawal kemarahan, dan ia adalah pengajaran daripada apa yang anda hadapi. Nyatakan juga kekesalan anda kerana gagal mengawal perasaan sendiri. Anda patut mengatakan, semasa marah, usahalah untuk bertenang berdasarkan tips yang anda konsikan. Jangan menyesal kemudian kerana menurut hati yang marah.

1. Disiplin


Tidak dapat dinafikan lagi, blogging memerlukan disiplin diri. Inilah yang sedang saya latihkan di blog ini. Di blog ini saya hendak mendisiplinkan diri untuk berlatih menulis setiap hari walaupun sebaris ayat. Saya juga menetapkan agar sebuah post diterbitkan sehari di blog ini.

Tujuan utamanya ialah untuk mendisiplinkan diri. Selain memastikan blog ini menerbitkan post baru setiap hari , saya juga belajar untuk 'memperkemaskan' (istilah saya sendiri) paras rupa blog ini. Selain itu, saya cuba follow dan komen di blog (dot blogspot) orang lain sekurang-kurangnya 2-3 hari sekali bertujuan untuk mempromosikan blog ini.

Ada orang memiliki kecenderungan semulajadi suka akan tanggungjawab sebegini seperti saya. Ini kerana saya lakukan semata-mata kerana keinginan dari lubuk hati saya. Walaupun belum memiliki khalayak pembaca setia blog ini, namun saya puas selagi dapat memastikan satu post sehari diterbitkan di blog ini.

Insya Allah bahagian seterusnya akan diterbitkan esok;-)

..................Satu post sehari, 
....................walaupun hanya satu ayat....

Isnin, Oktober 19, 2009

10 Kebaikan Aktiviti Blogging (Bahagian 1)

[Post ini diterbitkan secara automatik. Saya menulis post ini pada hari Ahad, 18 Oktober 2009]

Ahad, 18 Oktober 2009. 9:40 AM.

Saya baru berkesempatan membaca Reader's Digest edisi Oktober 2009 hari ini. Cover isu bulan ini ialah Kanak-kanak Jutawan Slumdog (Slumdog Millionaire Kids). Di mukasurat 13 digest ini, ada disiarkan "10 Tips Mengawal Kemarahan" dari Dr Sarah Edelman, pakar psikologi dan penulis buku 'Change Your Thinking'. Tidak semena-mena, saya mengaitkan tips tersebut dengan aktiviti blogging. Almaklumlah, kita kan blogger:-)

Kebetulan pula, hari ini saya rasa tidak berapa selesa. Mungkin kerana terlalu fokus kepada projek yang sedang diusahakan, bebanan tugas dan tuntutan hidup.

Di sini saya kongsikan dengan anda "10 Kebaikan Aktiviti Blogging" yang saya kaitkan dengan tips dari Dr Sarah Edelman.

10 KEBAIKAN AKTIVITI BLOGGING 


  1. Menulis boleh mengurangkan tekanan.

  2. Berkongsi adalah antara kunci kebahagiaan.

  3. Disiplin.

  4. Kepuasan.

  5. Hukum Pareto.

  6. Belajar perkara baru boleh menjadi cara melupakan masalah.

  7. Melakukan aktiviti yang berbeza dari rutin boleh mencambah kreativiti.

  8. Tidak adil adalah fitrah dunia-blogger berkongsi rasa.

  9. Aktiviti yang melibatkan bahagian tubuh boleh menjadikan kita lebih sihat. Blogging memerlukan kita menaip apa yang kita fikirkan.

  10. Ada masanya mungkin kita berasa 'jatuh' dalam hidup. Kenangan dan kejayaan yang indah pada masa lalu boleh membantu ketika ini.
Insya Allah, anda boleh membaca sambungan post ini esok..


Photobucket
Ps: Anda tengok baju yang saya pakai itu berwarna biru atau hijau?



Ahad, Oktober 18, 2009

SEMANGAT SYAWAL



Bulan yang penuh berkat..Ramadhan, telah berlalu. Kemeriahan Hari Raya Aidil Fitri juga telah pergi. Kehidupan kembali seperti biasa dengan beberapa perubahan pada emosi dan gaya hidup. 


Mengenang semua yang telah dilalui.. menghadapi apa yang di depan kini.. dan, memikirkan hari muka… timbul SEMANGAT baru dalam diri…


SEMANGAT untuk mengatur diri menjadi lebih tenang dan stabil.. SEMANGAT untuk menjadi lebih baik.. SEMANGAT untuk berusaha mendapatkan apa yang dikehendaki… 


SEMANGAT tu dah ada, Alhamdulillah.. semoga usaha yang lahir daripada semangat ini lebih BESAR DAN KUAT daripada SEMANGAT itu sendiri..!!


Dan BERDOA.. dan PENYERAHAN SEPENUHNYA kepada Qudrat dan Iradat ALLAH (SWT) seiring SEMANGAT DAN USAHA itu.


Apapun, semacam 'RESTART' diri sendiri..TAUBAT! Kembali kepada fitrah diri yang suci yang menginginkan segala yang BAIK DAN TERBAIK!


Akhirnya, apalah ada pada SEMANGAT.. apalah ada pada USAHA... apalah ada pada DOA.. dan, apalah ada pada PENYERAHAN jika tidak dimulai dengan PEMBERSIHAN DAN PENYUCIAN…iaitu TAUBAT!


PS: Hari ini hari Ahad. Maka bermulalah minggu yang baru. Sebagai seorang muslim, saya menganggap hari Ahad adalah permulaan hitungan hari-hari dalam seminggu. (Dah sah2 nama dia Ahad yang bermaksud satu-pertama;-))hehe


PSS: Post ini saya masukkan pada hari Jumaat, jam 22:02. sebelum ini tadi saya memasukkan post semalam (17.10.2009) Post ini diambil dari blog pertama saya yang ditulis pada tahun 2006, kurang lebih 3 tahun yang lalu.

Sabtu, Oktober 17, 2009

Sunan Bonang, Tombo Ati dan Peterpan (Method Dakwahnya Deh..)





(UNGU-SHALAWAT)
" Bagus lagu dan method dakwahnya band ungu ini ya;-)
kapan kok dari malaysia band2 porpularnya akan punya inisiatif begini?"


[Sebagai seorang Guru Agama dan Pendakwah, saya tidak bermaksud untuk melupakan bencana yang sedang dihadapi oleh saudara kita di sebelah sana. Sebagai rakyat Malaysia, saya juga tidak bermaksud untuk berpeluk tubuh dengan isu semasa antara dua negara. Namun sebagai blogger, saya berhak menyuarakan pendapat saya dan di sini saya ingin menarik perhatian ahlul-muzik dan pendakwah negara kita kepada apa yang dilakukan oleh 'mereka' di sebelah sana. Saya masih berfikir sebagai seorang guru agama dan pendakwah, kerana itu saya ada istilah 'blogger dakwah'].

Sebut saja band-band indon seperti Slank, Padi, Radja, Peterpan dan Ungu; pasti semua itu adalah peminat saya;-). Hehe.. Siapa tidak pernah mendengar lagu-lagu dendangan band-band ini? Apa ya istimewa band ini berbanding band-band yang ada di negara kita?

Padi, Radja, Peterpan dan Ungu istimewa kerana mereka punya lagu berunsur keagamaan dan bercorak dakwah. Padi punya lagu kolobarasi dengan Haddad Alwi berjudul Doaku. Radja punya lagu Taubat (istimewa Ramadhan 2007). Peterpan pernah menyanyikan lagu Tombo Ati karya Sunan Bonang (salah seorang legenda Wali Songo). Ungu memang sudah dikenali sebagai pelopor 'lagu pop religi' (bahasa Indonesia bermaksud lagu keagamaan) sama ada di Indonesia juga di Malaysia.

Setidak-tidaknya, peminat-peminat mereka ini yang mungkin juga terdiri daripada orang-orang yang 'jauh' dari agama; dengan inisiatif sebuah dua buah lagu dakwah mereka dapat juga sedikit sebanyak kembali kepada agama. Contoh mudah; cewek-cewek yang ngefan (bahasa Indonesia= peminat) dengan Ungu tentulah segan untuk berpakaian tidak sopan ke konsert ungu selepas transformasi yang dibawa oleh Pasha dan rakan-rakan dalam Ungu.

Inisiatif Haddad Alwi yang mencipta lagu koloborasi dengan band-band seperti Padi dan Shiela on 7 harus dipuji. Sekurang-kurangnya usaha Haddad Alwi ini boleh menjadi dakwah kepada anggota band tersebut dan peminat-peminat mereka.

SLANK. Anda kenal mereka? Mereka adalah lagenda rock di Indonesia seperti Search dan Wings di Malaysia. Saya sendiri mengenali Slank dari Aa Gym, seorang pendakwah terkemuka Indonesia dan Malaysia dalam sebuah buku beliau. Hubungan baik Aa Gym dengan Slank dan method dakwah yang Aa Gym usahakan bersama Slank bagi saya sesuatu yang harus diberi "Dua Ibu Jari Ke Atas" (Two Thumbs Up;-D). Walaupun Slank belum mengeluarkan lagu religi yang direct, tapi banyak lagu-lagu mereka yang membawakan motivasi yang baik. Adakah anda tahu? Slank memiliki program dan pusat pemulihan dadah khas untuk peminat-peminat mereka yang terlibat dalam gejala penagihan dadah dan arkohol.

Bila agaknya tokoh-tokoh dakwah dan artis di Malaysia akan membawa transformasi sebegini ya? Bagi saya, tidak perlu menunggu sehingga artis tersebut 'berubah' dan menjadi 'alim' untuk memberikan mereka kepercayaan dan peluang dakwah. Dakwah kepada artis dan peminatnya harus berjalan seiringan. Juga tidak perlu artis menukar konsep; dari 'rock' ke 'irama padang pasir' contohnya untuk usaha dakwah melalui lagu ini.

CahayaMU-UNGU



DOAKU- Padi feat Haddad Alwi





TAUBAT- Radja




TOMBO ATI- PeterPan


Jumaat, Oktober 16, 2009

Hari Terbaik Dalam Seminggu

Jika anda bertanya saya, daripada 7 hari dalam seminggu, apakah hari terbaik atau hari feveret saya? Jawapan saya ialah hari Jumaat dan jawapan ini tidak pernah berubah sejak sekian lama. Sejak saya mula pandai berfikir dan mula pandai menyukai sesuatu.

Saya sukakan hari Jumaat, sejak zaman sekolah rendah, sehingga ke zaman sekolah menengah, membawa ke zaman pengajian tinggi dan sehingga kini.. Saya Sukakan Hari Jumaat. Bila dah besar panjang ni, jika hari Jumaat adalah hari cuti, lagi best. Macam hari ini:-)

Bagi saya, hari Jumaat ada feel yang tersendiri. Tambahan hari ini cerah, angin agak kuat ketika saya balik dari masjid tadi, dan sungguh menyamankan serta menambah lagi mood indahnya hari Jumaat  ini. Namun, yang agak kurang bestnya ialah, hari Jumaat adalah hari yang pendek saya rasa. Terasa cepat je hari Jumaat ini berlalu. Sedar-sedar sekarang dah jam 9 malam.

Pagi tadi saya bersantai sekejap, membaca novel Harry Potter, meluangkan masa sejam untuk menulis ebook, bersarapan dan membaca. Bila dah berehat, mulalah fikiran mengembara... Berfikir dan mengalamun bermacam-macam perkara. Berfikir tentang hari Jumaat, mengenang kembali hari-hari Jumaat yang pernah dilalui dalam hidup ini setakat yang boleh diingati.

Dan waktu santai begini lebih dapat memuhasabah diri sendiri terutama dari segi umur yang sudah semakin 'dewasa'. Semasa ayah saya dulu berada pada umur saya sekarang, saya sudah berumur empat tahun, jika tidak silap perkiraan saya kerana saya lahir pada tahun kedua perkahwinan ayah dan ibu.

Ehem! Terlebih sudah..Jum layan video. Penjelasan untuk video ini akan menjadi post esok, hari Sabtu...

Pernah dengar lagu ini?
Wali Band -Ya Allah




Pendapat anda dengan lagu ini?
Wali Band -ToMat (Tobat Maksiat)




Mungkin lagu ini sudah tidak asing lagi kan?



Khamis, Oktober 15, 2009

"Hari Ini Tidak Rajin Kerja, Esok Mahu Rajin Cari Kerja"

"Hari Ini Tidak Rajin Kerja,
Esok Mahu Rajin Cari Kerja"


Pagi tadi, ibu saya meminta saya menghantarkan handphone beliau ke kedai. Saya pun menghantarkan handphone beliau ke kedai seperti yang dimintanya. Di kuanter di kedai itu, saya nampak sebuah kata-kata hikmat yang ditulis pada kertas bersaiz A4, yang berbunyi:

"Hari Ini Tidak Rajin Kerja, Esok Mahu Rajin Cari Kerja"

Tidak susah untuk memahami kata-kata tersebut dan saya sukakan ia. Bagi saya, itu 'amaran' daripada taukey kedai tersebut kepada para pekerja beliau. (Saya tahu siapa di sebalik kedai kecil ini; kedai kecil yang memiliki lima orang pekerja di dalamnya). Walaupun ia adalah amaran, tapi ia ditulis dalam bahasa yang menarik dan tidak kasar. Malah ia memberi inspirasi kepada saya, sehingga saya menulis post ini dan mengkemudiankan post yang sepatutnya untuk hari ini.

Anda sudah baca "Anekdot 3 Pasang Songkok" yang saya post semalam? Jika belum anda patut membacanya selepas ini. Saya memiliki beberapa pasang songkok sekarang, songkok manapun yang saya pakai, kata-kata hikmat di atas tetap mesti saya pegang. Untuk post ini, saya memakai 'songkok' seorang Usahawan Online.

Saya baru bermula sebagai seorang usahawan online sejak dua bulan lepas. Sejak tahun 2007 saya belajar, mengkaji dan mengumpul panduan serta maklumat berkaitan keusahawanan online. Baru pertengahan tahun ini saya menetapkan untuk mula menceburi bidang keusahawanan online. ini Saya memilih untuk bermula di bidang 'lelongan online' dan platform yang saya pilih ialah lelong.com.my dan eBay.

Secara rasminya, karier keusahawan online saya bermula dua bulan yang lalu, ketika saya menyertai 'bimbingan peribadi' dari seorang usahawan lelong iaitu Saudara Yuzafi. Saya masih dalam tahap berlatih dan belajar. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang perkembangan terkini perjalanan permulaan keusahawanan online saya, dan ia berkaitan dengan tajuk post ini.

Antara usaha terawal yang saya lakukan ialah mencari cara untuk membuat duit di lelongan online dengan tanpa modal atau dengan modal yang minima. Sambil itu, saya perlu membina perniagaan saya. Alhamdulillah, dua bulan lepas saya menemui sebuah pembekal yang memampukan saya untuk membuat duit di lelongan online dengan tanpa modal. Hari ini kali pertama saya menghubungi pengurus syarikat tersebut via email. Respon yang saya terima sangat memuaskan hati, tidak hairanlah syarikat tersebut menjadi antara 'empayar' dalam perniagaan online di negara kita. Pengurus syarikat tersebut iaitu 'Mr X' (bukan nama sebenar), sangat optimis dalam menjawab email saya.

Di bawah adalah screenshot email dari Mr X, menjawab soalan saya (yang saya tandakan dalam bulatan kuning). Yang saya tandakan merah adalah kata-kata semangat dari Mr X. Sekali lagi, tidak hairanlah beliau berjaya memimpin gudang online yang besar ini.


Photobucket

Sekurang-kurangya, jika istiqomah menghantar satu lelongan sehari di lelong, mudah dan ebay, setidak-tidaknya sebulan saya ada 90 peluang untuk mendapat rezeki. Andaikan rezeki saya hanya 1 per 10, setidak-tidaknya saya sudah menjual 9 produk dan mendapat 'rating'.

Jika hari ini saya tidak menghantar lelongan

di ebay ataupun lelong, apakah yang dapat saya tunggu?



"  Hari Ini Tidak Rajin Kerja,
Esok Mahu Rajin Cari Kerja"


Ps; Katakan email saya bukan dijawab oleh Mr X sendiri, let say setiausaha dia ke or someone yang memang ditugaskan untuk membalas email, ia tetap satu cara bisnes yang baik. Bagi saya, costomer servis adalah keutamaan dalam perniagaan. 


dan jika anda rajin,

silah le (saya tak salah eja) klik pada iklan di bawah ye;-)







Rabu, Oktober 14, 2009

Anekdot 3 Pasang Songkok

(Idea ini saya catatkan pagi semalam bersama point-point untuk post "Saya Berkerja Seperti Raja Drift". Ingin saya edit point-point ini sebelum dipos ke sini, tapi entah kenapa saya merasakan lebih mahu untuk menerbitkan terus ia begini; seperti mana yang saya catatkan semalam. Di atasnya adalah point-point post blog ini semalam, selepas garisan adalah 'Anekdot 3 Pasang Songkok')

--100% seperti idea yang saya catatkan di notepad pagi semalam---

10 minit ke pukul sebelas. Selepas menaip ebook. Sehari selembar benang eh- Sebenarnya bukan soal lambat atau cepat-tidak semestinya lambat itu bererti tenang dan sabar-tidak bererti cepat dan pantas itu gopoh dan tidak sabar.

Ia soal kemahiran- kenal Tengku Djan- raja drift msia-anda pernah drift?-drif memerlukan ketenangan, fokus dan kesabaran-tenang dalam pemanduan, fokus pada bagaimana kereta akan drif dan akhir, sabar menunggun masa dan tempat sepatutnya untuk didrif- Namun kereta mesti dipandu laju, baru dapat drif kalau slow memang tak jadi punya-Ini pengalaman saya main drif.. dalam game NFS Carbon dan D1 Champhionship;-)

Hanya yang mahir dapt drif- begitu juga untuk berjaya dalam hidup, pada zaman seperti sekrang, antara kreteria mereka yang berjaya yang saya perhatikan ialah, mereka dapat bertenang, fokus, dan sabar dalam apa yang mereka lakukan, dan untuk berjaya mereka perlu melakukannya dengan cepat!

ps;kerana blog ini adalah blog peribadi tentulah saya akan menulis tentang 'apa yang saya makan pagi tadi, saya sukakannya dan ia sedap juga memmbuat saya kenyang'. Nasi lemak adalah makanan kegemaran saya sejak kecil dan aroma pandan dan santan daripada nasi lemak memberikan saya rasa yang tidak dapat saya gambarkan

PS; Tapi sebagai seorang blogger dakwah, di blog ini tentulah saya akan menulis seperti "pagi tadi saya makan nasi lemak, ia sedap dan mengenyangkan saya. Semasa makan saya berfikir bagaimana makcik penjual nasi lemak itu boleh menyara 5 orang nak kecilnya sebagai ibu tunggal tanpa perkerjaan lain.Ia tentu bukan persoalan nasi lemak, ia persoalan rezeki yang telah ditentukan Allah, dan bagaimana sabarnya makcik itu menerima ketentuan Allah.Rezeki itu berjalan dari saya, ke tangan makcik itu dan akhirnya ke mulut anak2 makcik itu.

Pss; kemudian sebagai seorang usahawan, saya akan berfikir/ menulis "nampaknya aku perlu berusaha lebih keras agar satu masa nanti aku dapat beli 1000 bungkus nasi lemak pada setiap hari Jumaat, untuk di sedekahkan ke sekolah rendah berdekatan kot ada yang ke sekolah pagi tadi tertinggal duit belanja atau memang tiada duit untuk dibawa sebagai belanja. Sekurang2nya setiap hari Jumaat makcik tu dapat rezeki lebih, dan sekurang2nya setiap hari jumaat ada budak sekolah yang masih dapat makan nasi lemak percuma.

Semoga Allah memperbaiki, semoga Allah membantu, dan semoga Allah memberkati apa yang kuusahakan ini.

itulah 3 pasang songkok yang sentiasa saya pakai sekarang... Songkok blogger, songkok usahawan, songkok pendakwah.
(draf on 131009; 11:01)

[gunakan ini untuk ebook juga]

Selasa, Oktober 13, 2009

Saya Berkerja Seperti Raja Drift


Saya Berkerja Seperti Raja Drift


10 minit ke pukul sebelas pagi, sudah masanya untuk saya menutup laptop dan menguruskan rutin hidup  yang lain pula. Sebelum itu saya sempat menaip draf post ini, Insya Allah boleh diedit dan dipublish malam nanti.

Saya benar-benar bekerja seperti Raja Drift sekarang. Mungkin pepatah sehari selembar benang tidak sesuai untuk saya sekarang kerana saya menenun bergulung-gulung benang sehari eh;-)

Bagi saya, sebenarnya bukan soal laju atau perlahan. Tidak semestinya lambat itu bererti tenang dan sabar, sebaliknya pula tidak bererti cepat dan pantas itu gopoh dan tidak sabar. Mungkin ada yang setuju pasti ada juga yang tidak bersetuju.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang drif, dan drif sangat berkaitan dengan gaya kerja saya sekarang. Saya berkerja dengan laju, tapi masih dalam ketenangan, fokus dan kesabaran. Itulah yang diperlukan untuk sukan drift.. tenang, fokus dan sabar tapi mesti pandu laju.

Ini sebenarnya soal kemahiran. Kemahiran yang boleh dilatih. Anda kenal Tengku Djan?  Raja Drift Malaysia. Jika anda tidak kenal Tengku Djan dan tidak tahu apa itu drift, di bawah saya ada siarkan gambar Tengku Djan dan video drift beliau. anda pernah drift?

Drif memerlukan ketenangan, fokus dan kesabaran. Tenang dalam pemanduan ketika hendak drift, fokus pada bagaimana kereta akan drift dan akhir sekali, sabar menunggu masa dan tempat sepatutnya untuk drift. Ia juga berkaitan dengan sabar bila untuk pijak clucth, lepaskan ia dan bila boleh drift hanya dengan menukar gear. Namun apa yang lebih mencabar ialah, kereta mesti dipandu laju baru dapat drif. Kalau slow memang tak jadi punya.

Semuanya dalam kelajuan. Tenang, fokus dan sabar dalam kelajuan. Ini pengalaman saya main drift.. Main drift dalam game NFS Carbon dan D1 Champhionship;-) Hehe, jangan mare ye. Antara kedua-dua game tersebut, D1 la yang paling mencabar. Ia seperti real. Kena jaga clucth, gear, h-brake dan lain sebagainya.

Hanya yang mahir dapat drift. Begitu juga untuk berjaya dalam hidup, pada zaman seperti sekarang, antara kreteria mereka yang berjaya yang saya perhatikan ialah, mereka dapat bertenang, fokus, dan sabar dalam apa yang mereka lakukan, dan untuk berjaya mereka perlu melakukannya dengan cepat!

Tenang, fokus dan sabar tapi mesti melakukannya dengan cepat dan tepat!
Masanya saya berkerja seperti Raja Drif....




TENGKU DJAN LEE TENGKU MAHALIL

Tengku Djan


Tengku Djan sedang men'drift'...



Need for Speed Most Wanted
(The Best NFS ever)



Isnin, Oktober 12, 2009

4 Tips Melanggan Email RSS



Isnin datang lagi. Kita sudah berada 12 hari pada bulan Oktober. Sementara menunggu waktu maghrib, saya menulis post ini. Oh ya, sekarang saya di library, tadi kerana lupa terpaksa keluar semula dan pergi ke petronas untuk beli top up celcom broadband saya yang baru expired hari ini. Di library ni, walaupun ada jalur lebar, tapi tak seorang pun staffnya yang tahu kata laluan untuk akses kemudahan tersebut. Pernah juga saya meminjamkan usb modem saya ini kepada seorang pelajar sekolah yang bertanyakan bagaimana saya boleh akses internet di sini. Itu ketika cuti sekolah awal bulan puasa dulu.

Sudah dua bulan saya menggunakan celcom bb ni, sehari dua mula-mula dulu agak kecewa jugak dengan kelambatannya. Kemudian saya cari tips di internet, dan sekarang Alhamdulillah, celcom bb saya ini tidak mengecewakan. Insya Allah di lain post saya akan kongsikan tips dan teknik melajukan celcom bb. Saya sedang berkira-kira untuk melanggan celcom bb bulanan, tapi masih mencongak-congak pakej yang seswai;-)

(berhenti sekejap untuk solat maghrib)

(lepas solat maghrib, berhenti sekejap untuk buat kerja sikit.. Insya Allah, nanti malam sambung post ini lagi) 

4 TIPS MELANGGAN EMAIL RSS:



Di sini saya senaraikan 4 Tips malanggan email rss:
  1. Buat satu email khas utk langganan rss. Dua sebab mengapa kita perlu menyediakan satu email khusus untuk langganan RSS ialah;
    1) Menjaga email utama kita.
    2) Faktor keselamatan. Akan dibincangkan lebih lanjut dalam tips no. 4 nanti.

  2. Pilih blog untuk dilanggan.

  3. Menjadi pembaca yang bijak.

  4. Menjaga keselamatan alamat email.
 Sedikit penerangan tambahan..

1. Buat satu email khas utk langganan rss.

Saya memiliki sebuah email khas untuk langganan rss iaitu ******.rss@gmail.com. Semua langganan rss saya gunakan email tersebut. Biasanya saya buka email ini sekejap pada waktu pagi dan malam.

Katakan email utama anda ialah abc@gmail.com, anda buatlah satu akaun email abc.rss@gmail.com untuk melanggan rss. Faedahnya ialah;
  • MEMUDAHKAN. Anda tentu tidak mahu email utama anda penuh dengan email rss, email dari rakan-rakan, email dari facebook, email kerja dan sebagainya. Anda jugak yang binggung nanti.

  • Mengelakkan anda terdelete email yang penting. Ada masanya, mungkin semasa angin anda tidak baik;-) anda rasa terganggu dengan kesesakkan email anda dan anda mendelete email-email yang anda rasakan kurang penting, dan terus kosongkan folder trash anda. Tup2 terdelete jugak tadi email yang penting rupanya. Hah, tak ke naya tu. Insiden ini pernah berlaku kepada saya sendiri, kerana itu saya memberikan tips ini.

  • Dengan adanya email khas untuk rss, anda boleh tentukan masa untuk anda membukanya dan membaca artikel blog yang anda langgan. Mungkin sedikit masa pada waktu rehat, atau pada waktu senggang (jika anda seorang guru sekolah) dan sebagainya. Dengan ini, anda boleh mengelakkan kecurian masa berbanding jika anda mencampurkan rss di email utama anda.
2. Pilih blog untuk dilanggan.

Memilih blog yang baik adalah perkara yang subjektif. Ada blog yang memang baik, tapi ia tidak perlu untuk kita baca. Ini pendapat saya. Secara peribadi, saya memilih blog berdasarkan kepada keperluan saya sebagai seorang guru agama, pendakwah, blogger dan usahawan. Blog peribadi juga adalah pilihan saya. Saya memilih blog tokoh agama, guru, motivator dan usahawan.

Dalam hal ini saya berpendapat, anda langgan apa saja blog yang anda lawati. Lama-kelamaan anda akan mampu menyaring blog pilihan dan kegemaran anda.

 3. Menjadi pembaca yang bijak.

Ini perkara yang paling penting untuk kita sebagai pengguna internet. Menjadi pembaca yang bijak. Adakalanya, kita perlu melanggan blog yang 'agak jahat' agar kita dapat memantaunya. Jika benar blogger tersebut melakukan 'kejahatan', 'penipuan' dan sebagainya, kita boleh memilih untuk bertindak melalui saluran yang betul.

Saya ingat lagi dalam tahun 2008, kecoh di negara jiran tentang blog 'Murtadin Indonesia'. Penggguna internet yang beragama Islam telah bertindak dengan 'flag' blog tersebut dan akhirnya blog tersebut telah dibanned oleh blogger.com.

Satu perkara yang penting di sini, langganan rss dihantar kepada kita dalam 2 format mengikut pilihan blogger yang kita langgan. Iaitu:
  • artikel dihantar penuh. 
  • artikel dihantar hanya satu perenggan pertama (summary-boleh juga dua tiga perenggan pertama mengikut pilihan blogger. Apa yang pasti ia hanya sebahagian)
Saya sendiri menggunakan format artikel penuh untuk rss saya. Bagi saya, kemudahan pembaca adalah utama. Anda hanya perlu baca post blog saya di email anda dan hanya perlu ke blog saya jika anda ingin memberi komen atau memang jika perlu untuk anda berbuat demikian. Blog yang menghantar artikel penuh adalah pilihan dan kegemaran saya.

Senarai Email


Ada juga saya melanggan blog yang menghantar summary. Untuk langganan sebegini, saya hanya akan ke blog tersebut jika summary yang dihantar mampu membuat saya merasakan perlu untuk saya berbuat begitu. Masa itu emas. Jika anda blogger, pendapat yang saya pegang ialah.. menghantar artikel penuh ke pelanggan rss adalah pilihan yang bijak. Saya jarang membaca artikel yang dihantar summary kecuali dua tiga buah blog guru-guru blog dan guru lelong saya.

4. Jaga keselamatan Email anda.

FeedBurner telah memberi jaminan dan berjanji hanya akan menghantar email jika ada kandungan terbaru daripada blog yang anda langgan rss dan saya percaya dengan jaminan tersebut. Rujuk rajah 1 untuk jaminan tersebut.

Jaminan FeedBurner


Namun, harus anda tahu, alamat email anda boleh dilihat oleh pemilik laman yang anda langgan. Rujuk rajah 2. Oleh itu, untuk keselamatan, buatlah satu email khusus untuk melanggan rss.


(Rajah 2 menunjukkan senarai email pelanggan rss blog saya di www.ustazcahaya.com)

Anda tentu tahu banyak tentang keselamatan internet. Lebih-lebih lagi jika anda selalu menggunakan email utama anda untuk tujuan kewangan seperti perbankan, pembayaran, paypal dan sebagainya. Jadi berhati-hatilah.

Ps; satu dua peristiwa yang berlaku sejak petang semalam hingga ke petang ini, membuatkan saya berfikir.. alangkah bestnya jika kita ada 'pensieve' macam dalam cerita Harry Potter tu;-)

....Jika post ini bermanfaat untuk anda, 
apakata anda beri sedikit kredit kepada saya

dengan klik pada gambar di bawah: