17/01/2010

Al-Fatihah Untuk Seorang Ibu (Pelangi Petang)


  Al-Fatihah Untuk Seorang Ibu (Pelangi Petang)





Photobucket

(Imej dari http://bilamasa.wordpress.com/)



Al-Fatihah untuk Puan Rossliana Rosli, 32, yang meninggal dunia jam 8.30 malam semalam (Sabtu, 16 Januari 2010). Allahyarhamah Puan Rosslina cedera selepas membakar diri pada 9 Januari 2010 yang lalu, kerana perselisihan faham dengan anak gadisnya. Beliau yang mencurahkan petrol ke badannya dan membakar diri sendiri, terbakar 54 peratus.

Saya berdoa, semoga Allah (SWT) mengasihi Allahyarhamah dan mengampuni dosa-dosanya, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

Saya juga menasihatkan rakan-rakan semua agar berhati-hati ketika memberi pendapat berkenaan peristiwa ini. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang pasti, saya sedih dengan berita ini, dan kasihan dengan anak-anak, suami dan keluarga Allahyarhamah.
 
Saya ingat lagi satu hari dalam minggu lepas, ketika membaca berita suspek kes bunuh hilang kepala yang  panas dua minggu yang lalu. Lama saya 'merenung' gambar-gambar yang disiarkan dalam akhbar itu. Melihat suspek yang berbaju oren, dengan tangan bergari, saya renung ke wajahnya, dan cuba menyelami perasaannya. Apa sebenarnya yang berlaku ya? Apa agaknya perasaannya kini?


Saya tidak dapat menahan perasaan tersentuh, sedih dan terharu melihat gambar ibu dan adik suspek. Betapa beratnya ujian yang menimpa mereka. Sudahlah kehilangan empat orang ahli keluarga dalam masa yang sama. ditambah lagi dengan kehilangan suspek. Lama saya merenung gambar mereka. Bagaimana agaknya perasaan seorang ibu melihat anaknya yang membunuh suami, anak gadis, ibu dan ayahnya. Paling saya tidak tahan ialah ketika membaca kata-kata ibu terhadap suspek dan bagaimana pilu dan sedihnya situasi pada hari suspek dibawa kembali ke rumah untuk menunjukkan bahan bukti.


Begitu juga ketika saya membaca berita ibu membakar diri ekoran kecewa dengan anak gadisnya. Apakah yang sebenarnya berlaku? Bagaimana perasaan mereka menghadapi musibah begitu? Agak lama saya termenung memikirkan dua kejadian ini.

Saya berdoa, semoga saya dan keluarga serta anda yang membaca ini, semoga kita semua dilindungi Allah oleh musibah dan ujian berat seperti itu, Amin.

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan anda yang membaca ini, apapun yang dihidangkan oleh kehidupan kepada kita, utamakanlah keluarga. Jangan hanya fikirkan diri. Hidup ini singkat. Apapun yang berlaku, hidup ini untuk 'diHARGAI, diHADAPI dan diNIKMATI' (meminjam formula Aa Gym H2N- Hargai Hadapi Nikmati).

PS: Saya memang seorang yang agak sensitif dan sentimental bila masuk bab keluarga.




Saya memang minat lagu 'Pelangi Petang' ini sama ada yang asal oleh Allahyarham Sudirman dan yang dalam video ini, dibawa oleh Def-Gab-C.




 



12 ulasan:

  1. Al-Fatihah
    hati ibu mudah terusik
    doa saya agar saya mampu menjadi ibu yang senantiasa meredhai anaknya dan mendoakan anak...
    dan pinta saya pada ibu saya....tolonglah redhai dan maafkan saya...

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah,semoga roh mereka di tempatkan di kalangan mereka yang di rahmati Allah.Amin.

    BalasPadam
  3. mmg membuat saya berfikir panjang jgk bila baca posting ustaz ni. betul ye, kita xpenah betul2 merenung & pikir ape sebenarnye dilema behind every crime.

    mmg bila kita baca satu laporang news tu, paling tidak kita ambik je ape yg kita baca. malas nk fikir panjang. tp ayat2 ustaz tntang wajah2 kluarga yg affected dgn situasi buruk tu yg buat saya terfikir.

    mmg Allah knows best apa yg berlaku :) Al-Fatihah.

    BalasPadam
  4. Fid:

    Puan Fid, saya mengaminkan doa-doa anda. Saya juga berdoa yang sama, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

    BalasPadam
  5. yuzafi:

    Salam Sifu. Saya berdoa yang sama, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

    BalasPadam
  6. Syigim:

    Salam Syigim. Saya setuju dengan Syigim. Iyala, kita mudah simpati dan emosi, namun saya masih belajar untuk bersikap 'emphati'. Belajar meletakkan diri dalam situasi orang lain, dan memahami setiap peristiwa dari sudut orang yang menghadapinya.

    BalasPadam
  7. Memang saya malu untuk mengatakannya, air bergenang di mata saya ketika saya menaip post ini, dan inilah antara post dalam blog ini yang saya merasa 'berat' untuk tulis dan edit.

    BalasPadam
  8. semua ini ada hikmahnya..dia insan terpilih utk menyedarkan kita semua agar kita jadikan diri dia sbg iktibar..al fatihah utk wanita ini

    BalasPadam
  9. Sy teringat anak lelaki sy. Memang Allah nak uji sy.Kadang=kadang sy terpaksa mengambil tindakan memotong duit poketnya sebagai pengajaran kerana meninggalkan solat subuh. Bimbang juga kalau dia solat hanya kerana takut kehilangan duit.. tapi apa lagi ikhtiar saya.Nak pukul...dah besar. (15 tahun). Ustz tolong doakan sy menjadi ibu yg sabar ye

    BalasPadam
  10. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom. Benar yang kamu katakan itu. Itulah maksdunya, setiap kejadian ada hikmah-NYA. Dan kerana itulah, dikatan agama Islam adalah agama bagi manusia yang berfikir. Amin Ya Rabb Al-Alamin.

    BalasPadam
  11. Pembetulan typo di atas:

    ..Itulah maksudnya, setiap kejadian ada hikmah-NYA. Dan kerana itulah, dikatakan agama Islam adalah agama bagi manusia yang berfikir.

    BalasPadam
  12. Mama Tanjong:

    Salam Kak Natra. Saya mendoakan akak menjadi ibu solehah dan mendoakan anak akak menjadi anak yang soleh.

    Saya nak komen pun segan jugak sebab saya belum ada anak kan, tapi saya juga adalah seorang anak. Jadi mungkin saya boleh berbicara dari sudut seorang anak. Benar apa yang akak takutkan itu. Insya Allah, ada masa saya akan menulis tentang itu. Namun, saya percaya seorang guru dan ibu macam akak, Insya Allah boleh menjadi ibu yang baik;-)

    PS: Jika belum, saya cadangkan akak baca Majalah ANIS Januari 2010. Bulan ini, ANIS fokus topik solat.

    BalasPadam