20/01/2010

Cabutan Bertuah di Blog yanmieonline.com


  Cabutan Bertuah di Blog yanmieonline.com





Photobucket



Dalam bulan Disember yang lalu, saya ada memaklumkan untuk membuat sebuah pertandingan di blog ini sempena perpindahan tahun 2009 ke 2010. Di MBP juga saya ada memaklumkannya. Namun, oleh beberapa sebab dan masalah, pertandingan itu masih belum dapat saya jalankan. Apa yang pasti, lambat-lambat pun mesti jadi, tidak boleh tidak kerana sudah berjanji, Janji mesti ditepati, tak ya?

Antara sebab saya menangguhkan pertandingan ini ialah, kerana trafik blog ini masih sedikit, al-maklum blog baru berumur 3 bulan lebih. Saya kalau boleh, ingin la pertandingan itu disertai ramai dan juga ingin memberi hadiah yang berbaloi dan boleh diingati. Juga, saya sudah niat nak bagi hadiah kepada setiap peserta. Makanya, kini saya sedang jalan-jalan cari penaja hadiah untuk pertandingan ini (dan memang pastilah, kena sediakan bajet sendiri jugak). Apapun, doakan saya ya, agar saya mampu melancarkan pertandingan ini, sebelum Mac 2010. Amin Ya Rabb Al-Alamin.




Cabutan Bertuah di Blog yanmieonline.com


Saya mendapat tahu tentang cabutan bertuah ini, langsung dari blog 'Suka Bebel' di http://sukiprattle.blogspot.com/.

Jadi, sebagai menebus kegagalan saya untuk membuat pertandingan pada Disember 2009 dan Januari 2010, di sini saya kongsikan dengan anda, satu cabutan bertuah yang di anjurkan oleh blog 'Suka Bebel'. Bagaimana untuk menyertai cabutan bertuah ini? Di mana nak dapat tiket cabutan bertuah ini? Baiklah, sebelum itu, eloklah saya ceritakan serba ringkas tentang cabutan bertuah ini terlebih dahulu.

Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.

Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama

untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di:
http://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com/

 


Itu saja untuk malam ini. Saya ingin offline awal malam ini, sebab saya nak luangkan masa untuk kekasih baru, yang saya temui di kedai buku POPULAR petang semalam. Apa itu? Insya Allah, saya akan ceritakan nanti. Namun, apa yang pasti kekasih saya yang baru ini, memang best. Susah untuk menemuinya;-)


4 ulasan:

  1. salam,

    terima kasih dh join kontes, gud luck yea

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama21/1/10 13:08

    Aslmkm Ustaz.
    Maaf ya, lambat pulak berkunjung balas. Kak G kekadang terlepas pandang bila agak bz. Tp biasanya sedaya upaya Kak G balas komen di blog Kak G tu secepat mungkin.
    Hmmm, pertandingan ya .. Kak G sebenarnya lbh berpegang kpd nilai murni berkongsi ilmu, idea & pengalaman .. dah lama sgt tak ikut serta pertandingan sebegini .. maaf bbyk ya, jgn berkecil hati.

    BalasPadam
  3. yanmie:

    Salam Yan. Terima kasih buat kontes ni. Tahniah, anda sudah buat dengan baik;-)

    BalasPadam
  4. DDrfauziah:

    Salam Dr. Kak G..

    Terima kasih, datang juga ke sini. Datang lagi ya;-)

    BalasPadam