Khamis, Januari 14, 2010

Enaknya Hujan.. Hujan Duit!


  Enaknya Hujan.. Hujan Duit!




Photobucket

(Foto dari http://rooneyruni.files.wordpress.com/2008/06/hujan-uang1.jpg)


Bangun sebelum subuh pagi tadi, bumi Bintulu sudah dibasahi hujan. Sejuk dan nyaman. Selepas membersihkan diri dan berwuduk, saya membuka tingkap depan rumah, menghirup udara yang bersih dan segar setelah 'dibasuh' oleh air hujan. Nyaman dan tenang sekali, solat subuh pun lebih khusyuk. Sepanjang hari ini, tempat saya disirami air rahmat dari langit iaitu hujan. Ada reda sekejap, kemudian bersambung lagi. Sebenarnya, di media-media sudah dimaklumkan amaran hujan lebat dan berpanjangan di seluruh Bumi Kenyalang. Saya berdoa, agar parit di kawasan kediaman kami ini tidak lagi dipenuhi air dan menimpah hingga masuk ke dalam rumah. Azab dan memenatkan untuk membersihkan rumah selepas itu.

Saya sukakan waktu hujan begini. Seronok, santai, tenang, sejuk, nyaman, nostalgik dan bermacam-macam lagi perasaan indah merebak dalam hati dan diri. Blues jadinya pada hari hujan begini. Selera pula bukan main, lapar saja memanjang. Alangkah indahnya jika pada waktu hujan begini saya tidak perlu ke mana-mana keluar rumah. Di saat waktu begini (meminjam ayat Dian Sastrowardoyo dalam Alhamdulillah bersama Too Phat;D), saya hanya duduk di rumah, menulis, membaca, minum dan makan. Namun, realitinya, saya belum sampai ke tahap itu. Saya masih perlu keluar kerana saya belum mampu menyara diri dan keluarga hanya dari rumah. Doakan saya, semoga mungkin suatu hari nanti, Insya Allah, Amin.

Lebih enak lagi, jika yang jatuh dari langit itu adalah hujan duit. Bagaimana saudara? Seronok dan indahnya jika dihujani duit. Namun, mungkin juga tidak, kerana jika langit itu menghujani kita dengan duit, pasti kita akan berebutan malah mungkin bercakaran dan bergaduhan merebut duit yang jatuh bagaikan hujan. Mungkin saudara juga sudah mengetahui kisah hujan duit di Kota Serang, Indonesia ini.

Hujan duit ini dianjurkan oleh Tung Desem Waringin, seorang motivator di Indonesia. Jujur, saya kurang mengenali beliau dan belum pernah membaca buku beliau. Apa yang beliau lakukan itu, mendapat pelbagai respon dan komen. Anda boleh google keyword 'Hujan Duit' dan baca blog-blog yang menulis tentang itu. Saya sendiri berpendapat, mungkin Tung ingin menghiburkan golongan yang susah itu dengan merealisasikan peristiwa 'hujan duit' yang mungkin selalu mereka mimpikan, namun dari segi lain, ya mungkin ada cara yang lebih baik untuk menghiburkan mereka itu selain daripada hujan duit.


Hujan Duit Di Kota Serang
(KLIK SINI untuk artikel asal)




Beratus orang penduduk Kota Serang dan sekitarnya berebut ‘hujan duit’ yang dijatuhkan melalui sebuah kapal terbang di lapangan Baladika Koppasus, Kecamatan Taktakan, Kota Serang, pada hari Ahad 1 Jun 2008 sekitar pukul 09.30 pagi. Hujan duit ini dianjurkan  oleh Tung Desem Waringin sempena pelancaran buku beliau. Dalam kesempatan ini Tung menerbangkan jutaan rupiah  Rp1.000 dan beberapa keping tiket bernilai Rp4.9 juta untuk mengikuti seminar Marketing Revolutions yang akan diselenggarakan Tung Desem Waringin.

Peristiwa ini disambut oleh penduduk dengan penuh teruja. Ramai yang  tersenyum setelah mendapatkan beberapa keping wang kertas tersebut. Namun tidak kurang pula yang pulang dengan tangan kosong dan hampa karena tidak mendapatkan sekeping wang sekalipun.

Jumaenah, penduduk Kampung Gurugui, Desa Lialang, Kecamatan Taktakan, terpaksa menerima kekecewaan kerana tidak mendapatkan sekeping pun wang. “Padahal saya sudah menunggu sejak pagi. Tapi selepas wangnya dihamburkan, anak saya pula menangis, jadinya  saya tidak dapat ikut merebut,” ujar Jumaenah.

Kekecewaan juga dialami seorang pemuda yang cuma mendapatkan sekeping tiket seminar. Walaupun nilainya cukup besar mencapai Rp 4.9 juta, namun dia tidak memerlukan tiket tersebut. “Harapkan dapat duit, daripada cuma dapat tiket seminar,” ujar pemuda berseluar  pendek tersebut.

Mahdi, mendapat nasib yang baik. Dia beruntung mendapatkan beberapa keping rupiah. Walaupun belum sempat dihitungnya, dia bersyukur mendapatkan rezeki  durian runtuh tersebut. “Cukup juga buat beli beras,” ungkapnya.

Sementara itu, dalam peristiwa yang hanya berlangsung sekejap ini, sejumlah  penduduk  didapati mendapat luka bahkan seorang kanak-kanak terpaksa dibawa ke Klinik Baladika kerana jatuh pengsan pada waktu berebut wang. (qizink)




Oleh qizinklaziva seorang penulis dan wartawan dari Indonesia.

1 Jun, 2008
 




Di bawah ini pula adalah video sebuah lagu hip-hop berjudul 'Hujan Duit' oleh Saykoji, penyanyi Indonesia. Menarik juga lagu ini.Video ini saya temui bersama saya menemui video dan kisah hujan duit. Layan ya lagu ni dan perhatikan liriknya.


Hujan Duit oleh Saykoji





"  Hidup sulit, pingin-pingin hujan duit..
Hidup sulit, pingin-pingin hujan duit..
Hidup sulit, pingin-pingin hujan duit..
Hujan duit siapa yang ngak mahu, tapi kerja keras, bukan mimpi, lho harus tahu.."

Selepas maghrib, terdengar suara-suara katak bersahut-sahut seakan mempersembahkan sebuah koir. Saya sendiri tidak pasti, orang tua mana yang mengatakan kepada saya dahulu, tapi seperti kata orang tua-tua, selepas hujan bila terdengar suara katak bersahut-sahutan, bermakna hujan akan berhenti. Iyala, waktu hujan katak gembira bersuka ria, bila hujan berhenti, mereka pun sedih dan hampa lalu meraung-raung merayu hujan turun lagi. Itu kata orang tua, dan sudah lama juga saya gunakan petua ini, nampaknya selalu tepat;-)



3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
    Saya mungkin mempunyai pandangan sedikit berbeza, pada saya seorang motivator tidak perlu melakukan perkara seumpa itu. Jika benar ingin memberikan wang bukankah lebih baik diberikan cara yang terbaik. Cara seumpama ini akan menimbulkan pergaduhan. Mungkin kali pertama ini semuanya teruja tetapi ambillah kisah ini bahawa andai banyak kali berlaku seumpama ini pasti akan berlaku pergaduhan berebut duit.

    BalasPadam
  2. Motivasi Kerja:

    Wa'alaikum salam wa rahmat Allah wa barakatuh, Bro Asrulnizam;-)

    Terima kasih memberi pandangan saudara yang baik itu. Saya juga sependapat dengan saudara, malah rakan-rakan yang lain juga sependapat dengan kita.

    PS: Saya suka dengan cara Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

    BalasPadam
  3. Yang ini benar-benar hujan duit, hanya dengan modal 50 ribu rupiah selanjutnya siap-siap rekening Anda akan dhujani duit pecahan 10 ribuan, bisa sampai 100 juta bahkan lebih...temukan caranya di sini http://goo.gl/FKn4Lf

    BalasPadam