Sabtu, Januari 16, 2010

English Ke Lawut Pun Boleh Buat Duit


  English Ke Lawut Pun Boleh Buat Duit





Saya adalah seorang dalam kategory 'English Ke Laut'. Namun itu bukanlah penghalang untuk saya menulis dan menjana pendapatan melalui bidang yang memerlukan komunikasi dalam bahasa Inggeris. Untuk menulis dalam bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya untuk kita yang boleh membaca bahasa Inggeris, ada banyak tool dan perisian yang boleh membantu. Antaranya ialah 'Google Translate'. Saya pernah menulis panduan 'Google Translate'  di blog ini. Anda boleh KLIK SINI untuk membacanya.




GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH ADALAH BUKTI
'English ke laut' boleh digunakan dalam perniagaan



Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

TERIMA KASIH Kepada Tuan Zamrin
www.zamrin.com

(Gambar-gambar saya ambil dari blog Zamrin dotcom, dengan izin Tuan Zamrin. KLIK SINI untuk ke URL asal gambar-gambar ini)
 



Melihat gambar-gambar di atas, saya lebih yakin dan percaya, walaupun kita dalam tahap 'English Ke Laut', kita masih boleh berniaga dalam bahasa Inggeris;-)

Satu Kisah Lucu Bahasa Inggeris dalam Sejarah Sarawak

 

Dikatakan pada zaman penjajahan British di Sarawak.

Satu hari, seorang pak cik ni yang baru pulang dari kebun dengn memikul dua tandan pisang di bahu kiri dan kanan beliau. Beliau melintasi sebuah kedai kopi. Di kedai kopi itu, ada beberapa orang pak cik dan seorang Residen Inggeris.

Seorang pak cik melaung kepada beliau, "Oi pok, benar na juak ya".

* Terjemahan dari bahasa Sarawak. -'Pok' dalam bahasa Sarawak ialah panggilan kepada seseorang. 'Benar na juak ya' - bersungguh-sungguh nampaknya (memikul pisang).

Pada pendengaran Residen Inggeris itu hanya yang dapat ditangkap beliau ialah perkataan 'benar na' yang disangkanya bermaksud pisang. Sejak itu, pisang dinamakan 'banana'.

Sekadar sebuah jenaka. Sebenarnya, setiap negeri, daerah dan tempat, pasti memiliki kisah jenaka seperti ini..

4 ulasan:

  1. salam ustaz,
    saya selalu juga nampak banner dan papan tanda yg tersilap ejaan dan silap tatabahasa Bhs Inggeris. Sbb pernah jd ckgu Bhs Inggeris, selalu juga saya ingatkan bekas2 pelajar spy berhati2 bila guna BI. Tapi bg saya dlm bhs apa pun kalau boleh elok kita guna yg betul kan. (alamak pjg pulak komen)

    BalasPadam
  2. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani. Terima kasih, saya suka dan tunggu komen yang lebih panjang;-)

    Harap Kak Nurad sudi semak dan tegur 'latihan karangan' saya di MBP ya. Saya perlukan teguran tentang penulisan BI saya, yang mungkin boleh dikatakan termasuk dalam kategori ke lawut itu;D

    BalasPadam
  3. ye la..lawak betul kalau baca satu-satu signage tu..

    BalasPadam
  4. dbalkis:

    Salam puan Dayang Balkis. Memang lawak. Di tempat saya dan di mana-mana pun di Malaysia juga mudah kita lihat benda begini;-)

    BalasPadam