13/01/2010

"Harga Barang Makin Naik, Jangan Lama Membujang Ye"



  "Harga Barang Makin Naik,
Jangan Lama Membujang Ye"




Photobucket

(Foto dari http://www.fuadlatip.com)
 

Subhanallah. Kata saya semasa membuka dompet yang dihuni oleh beberapa keping ringgit berwarna merah. Rasa baru saja seminggu lalu saya mengisi dompet ini dengan RM500. Selepas memberi ibu sedikit duit untuk keperluan keluarga dan membayar satu hutang, duit masih berbaki RM200. RM200 itu saya gunakan dengan sangat berhati-hati, kerana sudah banyak wang digunakan ketika ke Kuching tempoh hari.

Malam ini saya masih ingin menulis tentang duit. Hari ini, saya sempat membaca dua buah blog yang menceritakan tentang hadiah hari lahir Datuk Siti Nurhaliza, iaitu beg tangan yang dikatakan berharga hampir RM40 ribu itu. Subhanallah, rezeki mereka. Saya percaya ramai yang menulis tentang itu. Saya pun selit-selitkan lah sedikit dalam post ini, untuk tujuan SEO, hehe, boleh ke ni?;-)

"Bila harga barang naik, peniaga boleh naikkan harga untuk cover untung rugi mereka, TAPI bagaimana kita sebagai pengguna? Dari mana kita nak cover nilai duit kita yang semakin merosot? Ada terpaksa berhutang, berjualan barang2 di rumah, bergolok bergadai, berlaku konflik keluarga, jenayah dsbg. Semuanya kerana nilai duit kita yang semakin merosot...."


(Komen yang saya tinggalkan di blog Saudara Shahrom Nasrudin semalam- anda boleh KLIK SINI untuk membacanya. Beliau juga bercerita berkenaan wang dan kenaikan harga. Komen itu kemudiannya saya tuliskan di status FB saya seperti dalam gambar di bawah.)



Photobucket


Selepas solat maghrib tadi, saya teringin hendak makan nasi bersama sambal ikan bilis yang dalam tin itu. Iyala, waktu hujan dan sejuk begini, selera macam-macam saja mahunya. Balik rumah, selepas membuka tin tersebut, sekali  tengok sambal udang dah, bukannya sambal ikan bilis. Nak tak nak, saya makan juga la, walaupun tidak minat dengan sambal udang.

Tidak semena-mena, saya mendapat idea untuk menulis cerpen oleh insiden terbeli sambal udang. itu .Cerpen tentang kenaikan harga barang, konflik rumah tangga yang memiliki ramai anak dan pastinya ada kisah sambal udang.

Jika anda membaca ini, anda doakan saya ya, agar saya mampu menulis cerpen. Tolong juga, berikan saya tunjuk ajar. Sejak sekolah rendah saya teringin menulis cerpen, tapi saya tidak pernah suka dengan cerpen yang saya tulis;-) Sehinggalah, akhirnya saya melupakan sahaja keinginan tersebut.

Antara azam tahun baru saya, saya tidak mahu mensia-siakan ilham kurniaan Allah SWT, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

 
PS: "Harga barang makin naik, jangan lama membujang ya..", Tuan Zabidi Mohamed menulis di wall saya. Tersenyum-senyum saya dibuatnya;-) Terima kasih kepada Tuan Zabidi Mohamed, penulis saya kenali melalui buku 'TDPS'-yang popular satu masa dulu, dan kini merupakan penulis skrip drama TV yang telah memenangi beberapa anugerah. Itulah FaceBook, membolehkan kita untuk berhubung dengan sesiapa sahaja.

PS2: Encik Rohaizad dalam gambar di atas, adalah seorang Pro Blogger di negara kita. Apakah maksudnya pro blogger? Problogger adalah blogger yang mampu menyara kehidupan mereka dan keluarga dengan hasil yang diperolehi dari blog-blog mereka. Ingat, blog-blog, bukan hanya satu blog ya.;-) Kepada anda yang belum tahu, sila layari blog peribadi Encik Rohaizad di www.rohaizad.com untuk maklumat tentang dunia blogging dan perkongsian ilmu monetasi blog (jana pendapatan dari blog).

10 ulasan:

  1. gula naik semua akan naik...pengguna cuma naik angin..naik panik...naik tekanan darah tinggi....

    pening pening

    BalasPadam
  2. Berjimat cermat amalan mulia..Kita akan meredah lagi kenaikan harga barangan keperluan..hendak tak hendak kena beli juga jika barangan itu benar benar satu keperluan..

    BalasPadam
  3. Exchange rate is slightly better now at RM239 per S$100. It used to be RM244.

    Kesiankan orang yang ada anak kecil - Terpaksa beli susu tin (imported goods). Nak jimat macamana?

    Agak2 RM40,000 boleh beli berapa kilo susu bayi?

    BalasPadam
  4. As for infant formula milk the best way to save money ..berilah susu terbaik di dunia..susu ibu.....

    i think it's time for us to back to basic....

    BalasPadam
  5. Fid:

    Salam Puan Fid. Terima kasih. Saya suka ayat itu;-)

    [Sambil senyum dan buat ibu jari naik]

    BalasPadam
  6. relevan:

    Salam Bro Relevan. Terima kasih slogan yang bagus itu; Berjimat Amalan Mulia. Saya sokong;-)

    Ha'ah bang, nak buat gimana lagi ya. Yang naik itu harga barang keperluan. Katalah gula naik, kita boleh kurangkan gula dalam minuman (..tambahkan gula dalam senyuman;D), tapi bila harga makanan dan minuman naik?

    BalasPadam
  7. Ummie:

    Salam Kak Ummie, terima kasih.. jauh datang dari Singapura berziarah ke sini;-)

    Saya kesian tengok saudara mara yang ramai anak, nak jimat macammana lagi kan. Saya setuju dengan saranan Puan Fid itu.

    RM40k tu, saya Insya Allah boleh membesarkan dua tiga orang bayi sehingga masuk tadika kot;-)

    BalasPadam
  8. Fid:

    Saya sokong Puan Fid. Insya Allah bila tiba masa saya nanti, memang saya tidak mahu susu tin..

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama1/3/10 01:28

    Pelajar juga merasai kesusahannya. Mahu makan yang berkhasiat sikit, mahal lah pula. Apatah lagi makanan yang sedap seperti yang difrancaiskan. Hmm... telan air liur saja la jawabnya. Tapi, mana tahan makan mi segera saja di universiti ini.

    (Pelajar yang tinggal dalam kampus, tidak dibenarkan memasak sendiri. Ada banyak sebab mengapa tak boleh masak di dalam kampus. Mahu tak mahu, kena pergi kafeteria lah juga.)

    -pelajar merantau di Sabah-

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama:

    Salam Tanpa Nama.

    Student di negara kita ini lebih senang dan beruntung sebenarnya. Sebenarnya, saya kurang setuju jika ada yang kata hari-hari telan mi segera. Apa yang penting itu, bagaimana kamu menguruskan wang yang kamu ada.

    Saya faham situasi kamu yang merantau. Maka nasihat saya, jadilah Perantau Yang Gagah. Saya juga pernah merantau. Adik-adik saya juga sedang merantau;-)

    PS: Makanan sedap yang difranchise itu bukan keperluan dik. Besok dah kerja kamu boleh makan puas-puas. Apa yang penting itu makan.

    PS2: Saya ajarkan adik saya yang sama masalah dengan kamu begini:

    - beli nasi di cafe. Lauk tin boleh panaskan dengan air panas. Pakat-pakat dengan kawan beli makanan tin dalam kotak. Lebih murah jadi jimat.

    - Makan cuma jika lapar. Jangan dulu ikut nafsu. Boleh makan sedap nanti bila cuti atau masa ada duit lebih sikit. Tapi janganlah nak makan sedap hari-hari.

    - Makan nasi waktu sarapan. Baik untuk kesihatan. awktu tengah hari dan petang boleh makan roti, biskut, kuih atau mee.

    - Bacalah novel Ketika Cinta Bertasbih.

    Terima kasih Pelajar Perantau. Saya doakan kamu berjaya dalam pelajaran dan dalam kehidupan, Amin Ya Rabb Al-Alamin;-)

    BalasPadam