09/01/2010

Kisah Seorang Ibu Melarang Anaknya Berjilbab


  Kisah Seorang Ibu Melarang Anaknya Berjilbab





Photobucket

(Imej dari: http://hakimiwellington.wordpress.com/2009/08/19/hijab-memelihara-wanita/)



Mulanya saya ingin menulis tentang wanita yang memakai penutup muka, tentang saya yang suka dengan muslimah yang berjilbab dan tentang novel Zaliza Mas- Namun Kupunya Hati- yang heroinnya adalah muslimah berjilbab. Setelah berfikir, mungkin lain kali saya menulis tentang itu.

Untuk malam minggu ini, elok rasanya saya berkongsi dengan saudara sebuah kisah yang menarik ini yang saya baca di blog Saudari Ana Solehah.



Seorang pemuda baru sahaja pulang ke rumah. Ia sendirian di biliknya melepaskan lelah sambil menatap langit yang membiru. Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan. Suasana hening dan damai di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja. Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya.

Anak :Ibu..

Ibu :Hmmm ?

Anak :BU !

Ibu :APA ?

Anak :Mmm, anu … tadi saya ke masjid dengar ceramah.. Ibu dengarlah ni !

Ibu :IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang ke jarum ni. Susah pulak rasanya.Agaknya mata ibu sudah nak rabun…

Anak :Bu !

Ibu :Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?

Anak :Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak Bu..?

Ibu :Jangan …

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak :Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu.Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?

Ibu :Kan ibu kata JANGAN …

Anak :Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita orang Islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu…? Bolehlah bu..

Ibu :TIDAK !

Anak :Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwaj ibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.

Ibu :Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !

Anak :Jadi Ibu melarang saya nih… Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua, kalau orang tu a itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.

Ibu :Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!

Anak :WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!

Ibu :JANGAN !

Anak :JILBAB !

Ibu :JANGAN !

Anak :JILBAB !!

Ibu :J A N G A N !!!

Anak :J I L B A A A A A A B !!!!

Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pi ntu untuk mengetuk ….namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu …

Ibu :KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI...

Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai

(hehehe, serius tul baca nampak… Ana pun terkena jugak ;)..)

10 ulasan:

  1. Salam ustaz..mmg mula2 baca saya dah rasa sumthing wrong..ish3..apa2 saja la budin :-)

    BalasPadam
  2. hehe...ana pun terkena juga! pdhal baca dh benda yg sama sebelum ni :p

    BalasPadam
  3. dbalkis:

    Salam Dayang Balkis;-) Saya juga mula2 baca pun sama. Tapi herannya, pemuda yang mendengar itu tidak dengar ke suara lelaki?;D

    BalasPadam
  4. Nadiah Sidek:

    Salam Nadiah. Hehe, betul la cerita ni suspen, sampai enti terkena 2 kali ya;-)

    BalasPadam
  5. mmg terkena. ni mesti suara lelaki yg ala2 lembut sikit. hehe. lgpun kdg2 dengar dr dinding bukan jelas sgt.

    BalasPadam
  6. Salam perkenalan Ustaz.
    Dapat nama dr blog Kak G:)

    BalasPadam
  7. hebat betul cerita ni.....moral of story siasat dulu baru ambik tindakan...

    BalasPadam
  8. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani. Hehe, mungkin jugak, lagipun betul la dengar balik dinding tu boleh terkena jugak;D

    BalasPadam
  9. Zizaq:

    Salam perkenalan kembali. Terima kasih berziarah ke sini, datang lagi ya;-)

    BalasPadam
  10. manikayangan:

    Salam, Cikgu Sarina;-)

    Moral Of The Story, ada masa diri kita perlu dibuat tersenyum sendiri;D

    BalasPadam