11/01/2010

Merancang Kekayaan Dengan Zakat, Haji dan Sedekah


  Merancang Kekayaan Dengan Zakat, Haji dan Sedekah





Photobucket


Dalam buku 'Saya Tidak Mahu Kaya Tetapi Harus Kaya' oleh Aa Gym, saya tertarik dengan konsep kekayaan yang diutarakan oleh beliau. Menurut Aa Gym dalam buku tersebut, kekayaan seharusnya menjadi keperluan dan kemestian bukan menjadi kemahuan dan keinginan. Keperluan dan keinginan adalah perkara berbeza. Dalam asas ekonomi kita belajar tentang keperluan dan Keinginan.

Sebagai seorang muslim, kita harus memahami dan menganggap kekayaan sebagai keperluan bukan keinginan. Persoalannya sekarang ialah bagaimana hendak menjadikan kekayaan sebagai keperluan?


PERTAMA dengan memahami tuntutan Rukun Islam, terutama zakat dan haji. Setiap muslim wajib berusaha sedaya upaya untuk menunaikan kelima-lima tuntutan Rukun Islam tersebut. Jum kita semak diri sendiri..

Berapa ringgit simpanan kita untuk menunaikan haji?

Adakah kita membayar zakat harta?

 
Berapa ringgit simpanan kita untuk menunaikan haji?

Sama ada simpanan dalam Tabung Haji atau di tempat lain yang memang kita khususkan dan niatkan untuk menunaikan haji.

Adakah kita membayar zakat harta?

Jika belum, kita perlu bertanya kepada diri kenapa? Adakah kerana diri belum layak untuk mengeluarkan zakat? Jika begitu, perlulah kita berusaha agar layak membayar zakat harta kerana ia adalah rukun agama. Jika belum mengeluarkan zakat kerana tidak tahu, maka ubatnya belajar dan bertanya ke Baitulmal atau Lembaga Zakat berdekatan. Jika tidak mahu atau sengaja mengelak, bertaubatlah dan buat sesuatu untuk memperbaikinya.



KEDUA dengan memahami sedekah. Amalan sehari satu sedekah boleh menjadi salah satu cara merancang kekayaan diri. Jangan biarkan seharipun berlalu tanpa sedekah. Walaupun sedekah itu ada pelbagai jenis dan cara, di sini perbincangan kita mengkhusus kepada sedekah berupa wang ringgit dan bagaimana amalan itu boleh membantu kita meningkatkan kekayaan diri dan merancang matlamat kekayaan peribadi.
 
Boleh kita sediakan SEPULUH SEN (RM0.10) sehari? Adakah kita bersolat jamaah di masjid atau surau sekurang-kurangnya satu waktu sehari? Jika tidak, sila berubah. Mulalah solat berjamaah di masjid dan surau sekurang-kurangnya satu waktu sehari. Mula hari ini, mulakan amalan memasukkan SEPULUH SEN (RM0.10) sehari di tabung masjid atau surau.

Sekali lagi, boleh kita sediakan satu keping lagi SEPULUH SEN (RM0.10) sehari? Insya Allah boleh kan, juga kita perlu menyediakan satu tabung. Lekatkan label pada tabung itu sebagai TABUNG HAJI, jika ada tabung berbentuk Bangunan Tabung Haji lagi molek:-)

Sekarang, tetapkan matlamat untuk menambah nilai sedekah dan tabungan haji kita bulan demi bulan. Bulan ini baru bermula dengan 10sen, mungkin tiga bulan selepas ini kita mahu bersedekah dan menabung RM1. Ambil masa berfikir dan merancang, apa yang perlu dilakukan. Mungkin berjimat dan memotong perbelanjaan lain yang tidak perlu dan bukan keutamaan. Mungkin perlu membuat kerja sampingan atau mungkin perlu berniaga. Jika kita seorang usahawan, peniaga, penulis atau lain-lain karieer yang pendapatan bergantung kepada usaha dan hasil kerja yang kita lakukan; maka pertingkatkan usaha agar pendapatan bertambah.

Jika untuk sedekah dan tabungan haji 10sen sehari, bermakna 20 sen sehari yang kita perlukan, sebulan bermakna RM6. Jika hendak meningkatkan kepada RM1, sehari perlu RM2, sebulan RM60.

Berazam dan bertekadlah agar jumlah sedekah dan tabungan haji kita meningkat dari bulan ke bulan. Berusahalah dengan bijak dan gigih untuk itu. Selalu juga perhatikan sudahkah kita layak mengeluarkan zakat pendapatan.

Islam adalah sebuah gaya hidup yang sentiasa sesuai dengan zaman bila sekalipun. Kembali kepada Islam yang sebenar.

Islam yang sebenar adalah agama yang meraikan wang ringgit dan kekayaan; lebih dari itu, Islam menyediakan kaedah pengurusan kewangan dan kekayaan yang terbukti hebat pada mana-mana zaman.

Dengan Islam kita akan berusaha untuk mendapatkan wang dan kehidupan dunia hari ini sememangnya memerlukan wang.


Inilah Islam yang sebenar yang merupakan cara hidup, untuk dunia dan akhirat..

 

PS: Permulaan 10 sen sehari hanyalah contoh daripada saya. Apapun, maksud sebenar saya ialah bermulalah dengan kadar yang kita paling mampu dan paling boleh untuk konsisten.

AA GYM Pictures, Images and Photos


Konsep 3M Aa Gym:

1. Mulakan dengan diri sendiri.
2. Mulakan dengan yang mudah.
3. Mulakan sekarang.




Photobucket
Buku Aa Gym yang sangat memotivasikan. Anda patut membacanya, sekiranya belum..


10 ulasan:

  1. Ulasan yang menarik ustaz, terima kasih.

    BalasPadam
  2. makasih ngan info ni

    BalasPadam
  3. Masayu Ahmad:

    Salam Kak Mas. Terima kasih kerana membaca dan komen di sini;-)

    BalasPadam
  4. maiyah:

    Salam Kak Maiyah. Alhamdulillah, semoga bermanfaat untuk kita bersama. Terima kasih Kak Maiyah;-)

    BalasPadam
  5. info yang baik,kebetulan plak dgn perancangan akak 2010 ni!!

    BalasPadam
  6. hai:

    Salam Kak Hai. Saya doakan semoga perancangan akak sukses dan dibantu Allah SWT, Amin..

    Ini kali pertama akak komen di sini. Terima kasih Kak Hai sudi respon pada tulisan saya;-)

    BalasPadam
  7. Terima kasih ustaz dengan info ini..saya mahu kaya.. :)

    BalasPadam
  8. releven:

    Salam Bro Relevan. Terima kasih kembali. Saya mendoakan relevan dan saya agar menjadi kaya, Amin;-)

    BalasPadam
  9. Salam Ustaz, saya sangat setuju..saya pun dah draf satu entry pasal Zakat..Info ini sangat berguna

    BalasPadam
  10. dbalkis:

    Salam Puan Dayang Balkis. Iya, zakat adalah panduan kekayaan dan pengurusan kewangan dalam Islam.

    Bila dah tulis nanti, jangan lupa inform saya ya. Bimbang saya terlepas pandang di blog list saya.

    Terima kasih;-)

    BalasPadam