Ahad, Februari 07, 2010

BAHASA "GUA-LU" DENGAN ALLAH


  BAHASA "GUA-LU" DENGAN ALLAH





Photobucket






"Tima kasih la ya Allah lu bagi member macam Shah kat gua."

"Ya Allah.. sesungguhnya, solat gua, ibadah gua, hidup gua dan mati gua hanya untuk Lu. Maafkan gua masa silam. Tetapkan gua di jalan yang lurus. Amin."



Subhanallah. Apa nak jadi dengan budak ni.. Saudara semua yang membaca ini,  apa yang patut kita lakukan?  Hendak menasihatkan dia dan menegur dia, bagaimana?

Saudara tahu siapa yang saya maksudkan? Dia adalah Aduka Taruna. Saya tidak follow blog dia. Cuma beberapa buah blog yang saya follow ada menulis tentang dia. Saya pun jenguk la blog dia. Sempatlah luang masa pilih tajuk artikel yang menarik. Saya pun terbacalah catatan pengalaman dia dalam lokap tempoh hari.

Mungkin pada dia tidak apa-apa nak berbahasa begitu dengan Allah. Maha Suci Allah Yang Maha Mulia.

Astaghfirullah..  pada link di bawah, baca dua perenggan terakhir.. 

10 ulasan:

  1. Salam Ustaz. Orang sesat macam ni, mufti sahaja yang boleh tangani. Kalau kita ajak berdebat, silap-silap hilang sabar dan kita pula yang tersesat sama. Kita pakat-pakat minta orang ramai jangan melayari blog dia. Buat kempen lagi bagus...

    BalasPadam
  2. betul kata mybabah.. hangin gak ngan dia nih.. makin pandai makin terpesong lak

    BalasPadam
  3. Mybabah:

    Salam Babah. Saya juga berfikir macam Babah. Cuma kerana melihat dia sebagai manusia Muslim dan rakyat Malaysia, saya terpanggil untuk memberi perhatian.

    Lagipun kami sebaya. Saya faham jenis orang macam dia ni. Mungkin kerana perhatian yang diberikan pada dia, dan sokongan keluarga serta rakan-rakan, membuatkan dia terus bersemangat mencetus sensasi dan kontroversi.

    Bagus juga cadangan Babah tu. Saya rasa, ramai sudah 'FLAG' blog dia, supaya blogger.com batalkan blog itu. Babah pun boleh buat begitu.

    Terima kasih Bang Samsudin;-)

    BalasPadam
  4. maiyah:

    Salam Kak Maiyah.

    Biasa la pemuda pertengahan umur macam kami ni. Saya dan AT sebaya. Jika tidak pandai membawa diri, boleh terpesong dengan kelebihan yang direzekikan Allah.

    Mohon Kak Maiyah doakan saya agar saya pandai membawa diri ya. Juga, Kak Maiyah boleh tegur-tegur salah silap saya.

    Terima kasih Kak Maiyah;-)

    BalasPadam
  5. Me hanya mampu geleng2 kepala (tanda kesal + insaf)...

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum Warahmatullah...

    Ya Allah...Dahsyat sungguh bahasa yang AT gunakan kepada Penciptanya....nampak dah balasan kat dunia...entah mcm mana pula balasan kat Akhirat kelak..naudzubillah..semoga AT kembali ke jalan yang lurus dan insaf atas perbuatannya selagi Allah Ta'ala memberi kesempatan...Amin Ya Robbal 'Alamin...

    BalasPadam
  7. Na'uzubillah
    mempermainkan ayat ALLAH
    mempermainkan Rasulullah
    tang ni takdak pulak sapa nak tangkap reman dia
    part menghina manusia cepat ja org amik tindakan
    part menghina agama macam mana

    mesti ambil tindakan dgn tindakan dia meng'gua-lu'kan ALLAH

    takde gentar langsung terhadap zat ALLAH yang maha agung dan maha suci

    please somebody kita usulkan pada authority utk ambil tindakan serius

    hari ni dah terang2 org kafir menghina Islam
    namun ramai ambil remeh bila umat Islam sendiri menghina Islam macam at ni

    BalasPadam
  8. Hanz:

    Salam Hanz. Itulah, saya pun pening-pening lalat geleng-geleng kepala dengan budak AT ni. Saya cuba email tentang ini ke mazidul TV3. Tunggu respon dia.

    BalasPadam
  9. yatie:

    Salam Ustazah Nurhayati.

    Na'uzubillah. Saya juga berdoa yang sama, Amin.

    Tapi, bila baca tulisan-tulisan terkini dia, nampak macam masih belum berubah lagi AT ni. Dia masih belum mempedulikan etika kewartanan dan penulisan, walaupun kini dia sedang menghadapi dakwaan di mahkamah.

    BalasPadam
  10. Salwa:

    Salam Puan Salwa. Saya sudah emailkan hal ini kepada Mazidul Akmal Sidek @TV3. Lagi tunggu respon dia. Saya juga akan usulkan perkara ni kepada pihak yang saya rasa boleh membawa perkara ini ke tengah.

    Puan Salwa, saya rasa bukan orang tidak peduli, mungkin belum ramai yang tahu ni. Saya baca komen di bawah artikel AT tu, nampak macam pelawat tak baca keseluruhan entry dia. Mereka main tinggalkan komen saja. Ada yang ambil kesempatan beriklan pula di ruang komen blog AT. Itu yang agak lucu pula;-)

    Saya sangat setuju dengan Puan Salwa. Dalam keadaan kita sekarang ni tengah berjuang mempertahankan kalimah Allah, dia pula boleh berbahasa begitu dengan Allah.

    BalasPadam