20/02/2010

DOA YANG LUCU


DOA YANG LUCU








[UstazCahaya: Kisah lucu ini saya olah semula berdasarkan sebuah cerita yang selalu saya gunakan dalam kuliah dan ceramah agama yang saya sampaikan. Asal mula daripada siapa saya mendapat kisah ini juga saya kurang ingat lagi.

Kisah ini boleh dikatakan sebuah kisah lucu yang popular juga di kalangan penceramah. Apapun, kisah ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada berkaitan dengan yang sudah mati atau yang sedang hidup.]



Seorang lelaki bernama Mazlan (bukan nama sebenar), mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama bernama Husnul dan isteri kedua bernama Hasanah. Pasangan bermadu ini tidak tinggal di sebuah rumah; sebaliknya mereka tinggal di rumah yang berasingan. Mazlan boleh dikatakan sebagai seorang lelaki yang baik. Cukup dari segi ekonomi, fizikal dan intelektual untuk hidup bermadu. Sejak awal perkenalan dengan Mazlan, Hasanah mengetahui status Mazlan sebagai seorang suami. Sejak awal lagi Hasanah sedia dan rela hidup berpoligami. Berbeza pula dengan Husnul. Dia sangat terkejuy semasa Mazlan memperkenalkan Hasanah kepadanya. Dia juga hampir-hampir menuntut cerai. Mujurlah Mazlan itu sudah mantap ilmu di dada. Dapatlah dipujuknya Husnul.

Mazlan dan Hasanah selalu memikirkan cara untuk merapatkan hubungan kedua orang isteri Mazlan itu. Di awal perkahwinan mereka, mencadangkan agar dia dan kedua-dua orang isterinya solat bersama, sekali dalam seminggu. Dengan cara bergilir-gilir tempat. Seminggu di rumah Husnul, seminggu di rumah Hasanah.

Pada satu malam minggu yang indah. Itu adalah sesi pertama program 'solat bersama' antara Mazlan dengan kedua-dua orang isterinya. Sesi pertama dimulakan di rumah Husnul. Mereka akan bersolat berjamaah maghrib dan isyak. Sementara menunggu waktu isyak, Mazlan ingin menyampaikan kuliah agama kepada kedua-dua orang isteri tercinta.

Sebaik masuk waktu maghrib petang itu. Mazlan melaungkan azan dengan suara yang merdu dan baik sekali. Selesai azan Mazlan terus melaungkan iqomah. Selepas itu dia pun mengimami kedua-dua orang isterinya bersolat maghrib. Mereka bertiga pun bersolat maghrib bersama-sama secara berjamaah.

Kemudian sampailah kepada doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat. Lelaki itupun mengucapkan doanya yang berbunyi;
"Allahummakhtim alaina bi husnul khatimah wa la tahtim alaina bi su'ul khatimah. Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa fil akhirat ti hasanah.."
Belum habis doa itu dibaca, belakang lelaki ini dipukul oleh isteri pertamanya dengan beg telekom.
"Abang memang tak adil!" Kata isteri pertama yang bernama Husnul, selepas memukul belakang suaminya.
Si isteri kedua hanya melihat.
"Astaghfirullah, kenapa dengan kamu ni Husnul. Kita sedang berdoa ni.."
"Abang memang selalu melebihkan bini muda abang ni," Kata Husnul sambil tangannya hampir memukul pula isteri kedua suaminya. Nasib baik sempat ditahan oleh si suami.
Hampir-hampir kedua madu itu berperang.
"Abang doa untuk saya sekali. Abang doa untuk dia dua kali!"
"Eh macam mana pula tu?" Si suami belum faham.
"Ala buat-buat tak faham saja abang tu! Baru tadi abang doa, husnul khatimah abang baca sekali. Hasanah abang baca dua kali!"
Meloponglah Mazlan dan isteri mudanya, bingung seketika. Hendak marah atau hendak ketawa ni? ;D

16 ulasan:

  1. Hehe...kelakar kelakar...

    rasanya kalau si isteri pertama tu faham makna bahasa arab, takde la jadi macm ni kan..heheh..adehhh..

    BalasPadam
  2. hahahah.. lawak..kalau tak paham, mmg akan jadik salah faham gini kan?:)

    BalasPadam
  3. Afida Anuar:

    Salam Afida. Hehe, senangnya dalam ati, bila beristeri dua;D

    Ha'ah. Sekurang-kurangnya kita kena hafal jugak sikit2 makna doa yang selalu kita baca kan;-)

    BalasPadam
  4. maya amir:

    Salam Mama Danial.

    Hehe, kalau tak faham memang tak jadi, lawak ni;D

    Kebetulan pula nama isteri tu dua orang ada dalam doa ya;-)

    Aiii' senang nya dalam hati.. lalala;D

    BalasPadam
  5. so doa bahasa arab kena baca diam2 ke?hahahahhahaa

    BalasPadam
  6. aduhai ada jugak isteri yang sengal macam ni.
    susah jugak kalo tak faham langsung makna doa yang kita baca hari2 neh kan..lebih elok suami nya baca doa kot bhs melayu ajer lepas ni.hehehe

    BalasPadam
  7. salam ustaz..saya ada sedikit keliru tentang sesuatu perkara berkait dengan fahaman dalam beragama..saya harap ustaz sudi kiranya meluahkan pendapt ustaz.

    saya ada mendengar khutbah oleh seorang ulama di youtube yang mana dikatakan rasulullah tiadalah bezanya dengan orang biasa yang lain sebelum baginda dilantik oleh Allah menjadi rasulullah.Malah dikatakan sewaktu kelahiran baginda tiada apa pun,baginda dikatakan seperti budak kampung biasa sahaja SEBELUM dilantik menjadi rasulullah.Dan selepas dilantik menjadi rasulullah barulah baginda mempunyai hubung kait dengan manusia.

    apa pendapat ustaz tentang hujjah ini..harap ustaz sudi menerangkannya.

    BalasPadam
  8. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Untuk yang beristeri dua, praktikal jugak kot baca doa senyap2 kan;D hehehe

    Aiii senang nya dalam ati... bila beristeri dua..:-)

    BalasPadam
  9. e.l.i.s.s.m.i.e:

    Salam Puan Eliss.

    Erm, tak boleh jugak nak kata isteri tua tu sengal. Kot jeles punya pasal, doa pun boleh sensitif;D

    Di tempat saya, saya suka Ustaz Khalifa, dia lepas solat Jumaat baca doa dalam bahasa Melayu. Lebih khusyuk jamaah dengar dan aminkan.

    BalasPadam
  10. syahbandar87:

    Salam Syah.

    Menarik juga cerita kamu ni Syah. Boleh beri url video tu, saya nak tengok.

    Mungkin yang dimaksudkan oleh ulamak itu ialah, beberapa kisah keajaiban yang selalu diceritakan kepada kita. Memang ada juga kisah-kisah ajaib itu yang tidak boleh diterima.

    Dalam peribadi, Rasulullah (SAW) memang istimewa. Jika tidak ada istimewanya Rasulullah, tidak lah Baginda digelar Al-Amin. Masyarakat Arab waktu itu (malah sampai sekarang pun) memang mementingkan gelaran. Juga, bukan mudah untuk seseorang mendapat gelaran yang baik.

    Juga, jika Rasulullah pernah buat perkara tidak baik sewaktu Baginda belum jadi Rasul, pasti itu jadi point oleh para kafir ketika itu untuk memburukkan Baginda. Namun, tidak pernah kita dengar para penentang Islam waktu itu boleh mencari keburukkan dalam peribadi Rasulullah, kan?

    Hanya selepas Baginda wafat, baru ada musuh Islam yang berani memfitnah dan menyerang peribadi Rasulullah SAW.

    Pendapat saya ini juga bersandarkan kepada Ali At-Thontowi, dalam bukunya yang berjudul “Ta’rif ‘Am bi Deenil Islam”.

    PS: Syah, takde hati nak beristeri dua ke? ;-)

    BalasPadam
  11. salam ustaz..ini linknya.

    http://www.youtube.com/watch?v=FHOEnKig9TE

    sebenarnya saya tidak pernah berani untuk menentang mana2 pendapat alim ulama..namun jika saya rasa sedikit keliru atau krng faham tentangnya saya lebih suka untuk merujuk dahulu pendapat dari ramai golongan agama.dan tidak sesekali saya melatah mahupun terus menentang..dalam kes ini saya juga ingin mendengar pendapat ustaz.dan pada masa yang sama saya akan mencari juga pendapat lain2 ustaz.dan barulah saya menilainya..

    muga segala persoalan mampu terjawab.insyarallah..

    hmm..saya masih belum berkahwin lagi ustaz..dan saya fikir mungkin kalau dh berkahwin pun istri sy tak kan benarkan..dan sekiranya dibenarkan pun mungkin kena mantapkan diri dulu.spya berlaku adil.takut jg krna kalau tak mampu nak adil x pasal2 pula masuk neraka.tapi jauh disudut hati sapa tak nak ustaz..kita kan lelaki.comfirm nak.kalau 3 pun nak lagi.hehe..cuma nak tu memang nak ustaz tapi pada masa yang sama bimbang jgk jika tak mampu berlaku adil.takut azab yg lbh besar menanti pula ..

    BalasPadam
  12. dan mintak ustaz jelaskan yang ini jg..maaf sshkan ustaz

    http://www.youtube.com/watch?v=SLcPltL2NDc&feature=player_embedded

    BalasPadam
  13. syahbandar87:

    Salam Syah.

    Ya, sebaiknya bersikap begitu Syah. Jangan melatah, jangan mudah menerima juga jangan mudah menolak. Kita ini di akhir zaman, dalam satu2 perkara kita ada pelbagai golongan. Daripada sekian banyak pendapat, kita mesti bijak dan hati-hati.

    Saya tak rasa pun ini sebagai menyusahkan Syah. Saya anggap ini jalan untuk Allah mengingatkan saya apa yang saya lupa dan mengajarkan saya apa yang saya tidak tahu.

    Insya Allah, memang saya akan menulis tentang Rasulullah (SAW) di blog ini sempena maulid yang bakal tiba. Alhamdulillah, topik yang kamu berikan ini sesuai dibincangkan. Insya Allah, saya akan menulis berkaitan perkara ini.

    Terima kasih Syah kerana memberi topik yang baik ini;-)
    Mohon Syah mendoakan saya mampu menulisnya ya, Amin..

    PS: Saya pun masih bujang Syah. Jika Allah kurniakan saya seorang isteri yang solehah, itu sudah cukup bagi saya. Bukankah Rasulullah (SAW) pernah bersabda;

    "Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki soleh.."

    BalasPadam
  14. assalamualaikum ustaz..

    ya saya ada sedikit persoalan tentang sambutan maulidur rasul.harap ustaz sudi kiranya menjawabnya.

    ramai menganggap cara menzahirkan rasa kasih dan cinta kepada rasulullah adalah melalui sambutan maulidur rasul..ramai-ramai berarak..lelaki dan perempuan tidak lah berkecuali..memegang sepanduk kearah memuji junjungan rasulullah dan berselawat sambil berarak.di kesudahan perarakkan adalah pula ceramah2 mengingatkan kembali kepada rasulullah..di television pula pelbagai lah pula cerita2 dan iklan kearah untuk menzahirkan rasa cinta umat Islam kepada baginda..Dan beberapa minggu kemudian segala-galanya beransur pudar dan kembali seperti sedia kala..jadi apakah pendapat ustaz tentang budaya sambutan maulidur rasul??

    BalasPadam
  15. Wa'alaikumsalam wa rahmat Allah wa barakatuh.

    Syah tentu tidak merasa hidup dalam zaman lampu minyak tanah, betul tak? Syah masih muda remaja lagi kan;-)

    Bagi saya yang lahir dalam awal tahun 80-an, saya membesar dalam zaman lampu minyak tanah.

    Apa yang saya hendak maksudkan di sini ialah, kita gunakan analogi lampu minyak tanah. Dalam hal mengenal dan mencintai Rasulullah, masyarakat awam boleh dianggap sebagai sumbu. Golongan agama (guru, ulamak, pegawai agama, ilmuwan dsbg)adalah minyak. Api kita anggap sebagai hasilnya.

    Api pada lampu minyak tanah tidak akan menyala, walaupun sumbunya banyak dan baru.. jika lampu minyak tanah itu tidak ada minyaknya. Lampu malap jika minyaknya kurang.

    Sementara waktu, Syah fikirkan dulu ya perumpaan yang saya berikan ini.. Insya Allah, saya akan mengulas lebih lanjut.

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama22/3/13 03:16

    It's actually a great and helpful piece of info. I am satisfied that you just shared this helpful information with us. Please keep us up to date like this. Thank you for sharing.

    my web page pasang iklan gratis

    BalasPadam