19/02/2010

JIWA KACAU dan Cara Menghadapinya


JIWA KACAU dan Cara Menghadapinya



Jiwa kacau. Gangguan emosi. Tertekan. Angin. Marah. Apalagi istilah yang kita berikan untuk mengatakan bahawa kita dalam keadaan yang tidak baik? Sakit hati, kecewa, dan lain sebagainya. Diri merasa geram dan ingin melepaskan apa yang terbuku di dalam diri. Ingin berteriak sekuat-kuat hati, ingin memecahkan almari, ingin menghempaskan barang-barang sehingga pecah, ingin terbang atau memecut kereta selaju-lajunya menuju ke tempat yang sejauh-jauhnya; malah paling buruk ada rasa ingin membunuh orang lain atau membunuh diri sendiri.

Setiap manusia pasti merasakannya. Ada yang ringan juga ada yang berat. Setiap kita pasti ada masanya berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil atau lebih mudah dikatakan 'jiwa kacau'. Penyebab keadaan ini juga ada pelbagai. Ada penyebab yang bersifat serta merta. Mungkin disebabkan masalah peribadi atau masalah yang ditimbulkan oleh orang lain. Ada penyebab yang bersifat jangka panjang seperti tekanan dan masalah yang dipendam yang lama-kelamaan menjadi penyebab emosi kita terganggu. Paling buruk, dalam jangka panjang ini boleh menyebabkan penyakit.

Oleh kerana adanya penyebab jangka panjang dalam hal gangguan emosi ini, kita tidak perlu hairan, ada orang yang kelihatannya seperti tiba-tiba sahaja terganggu emosi tanpa sebab penyebab yang kita tahu. Namun, dalam kes tertentu, ada masanya kita tidak semena-mena akan menghadapi simptom 'jiwa kacau' ini tanpa sebab musabab. Tidak kira lelaki mahupun wanita.

Dalam dunia serba mencabar kini, ramai mudah memasuki zon yang menyeksakan ini. Keadaan 'jiwa kacau' ini sangat menyeksakan orang yang mengalaminya. Malah boleh menjadi bahaya. Kadang-kadang, kita kehairanan melihat orang yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi, mudah mendapat masalah jiwa kacau ini; sementara orang yang biasa-biasa saja malah hidup tenang dan selesa. Orang kaya lebih ramai yang sakit jantung daripada orang miskin, betulkah atau sekadar andaian sahaja.

Apa yang pasti, gangguan emosi atau jiwa kacau ini adalah satu masalah dan berpunca daripada masalah. Setiap orang yang normal, pasti merasakannya. Apa yang membezakan manusia ialah bagaimana mereka melalui masa yang tidak stabil ini. Bagaimana manusia mengawal perasaan mereka juga berbeza. Kemahiran dan kebolehan mengawal diri dalam tempoh jiwa kacau ini adalah kayu ukur sebenar peribadi seseorang manusia.

Sabda Rasulullah (SAW):

"Orang yang sebenarnya kuat adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya."

Berikut adalah inti pati yang saya tapis dan perolehi daripada sebuah ceramah Aa Gym. Semoga kita boleh mengamalkan kaedah yang diberikan oleh Aa Gym ini semasa melalui waktu 'jiwa kacau'. Apa yang penting untuk diketahui ialah, kemahiran melalui tempoh 'jiwa kacau' dengan baik ini boleh dipelajari dan dikuasai. Cuma mungkin, ia memerlukan latihan. Jadi, buat permulaan, wajar juga untuk kita menerima masa 'jiwa kacau' ini sebagai latihan memperkasakan diri dan peribadi.

Anda menghadapi masalah? Tertekan dan emosi anda terganggu? Bagaimana rasanya? Pasti ia sangat menyeksakan bagi kebanyakkan orang. Apa yang perlu dilakukan semasa menghadapi keadaan yang menyeksakan ini?

SENYUM
Ya senyumlah ketika kita sedang dalam mood jiwa kacau. Senyum adalah sebaik-baik ubat untuk diri yang sedang menghadapi gangguan emosi. Perlu diingat, senyum yang menjadi ubat ini tidak boleh dipaksa tetapi berusahalah untuk membuat diri tersenyum. Cara saya ialah menonton filem, membaca blog orang lain, menulis komen di blog orang lain, keluar dan berjumpa orang lain, membaca bahan jenaka dan lain sebagainya. Mungkin juga kita boleh bersiar-siar di tempat yang ramai kanak-kanak dan senyumlah kepada mereka. Benar, kanak-kanak adalah manusia yang selalu membuat saya tersenyum;-)

BERTENANG

Berusahalah untuk bertenang. Ini memang satu langkah yang sukar dan mencabar. Paling mudah ialah, lari seketika daripada masalah yang menyebabkan tekanan. Juga, cuba lupakan seketika masalah kita. Cara paling mudah saya untuk bertenang ialah dengan tidur. Jika masalah saya berada di dalam rumah, saya akan keluar dan beriktikaf dengan tidur di masjid. Saya juga kerap ke perpustakaan dan membaca akhbar serta majalah di sana untuk membuat diri bertenang.

Sama seperti senyuman, ketenangan juga tidak dapat dipaksa. Bagaimanapun, ketenangan dan senyuman boleh dicari. Jadi, carilah ketenangan.

JANGAN
Jangan menambah buruk keadaan atau masalah. Kesilapan biasa kita ketika menghadapi waktu 'jiwa kacau' ialah kita kerap membesarkan masalah dan menyusahkan keadaan. Semestinya, kita tidak dapat menyelesaikan masalah dalam keadaan jiwa kacau, maka paling maksimum apa yang boleh kita lakukan ialah dengan tidak menambah buruk keadaan dan tidak membesarkan masalah.

Justeru, pendekatan terbaik semasa dilanda tempoh 'jiwa kacau' ialah dengan menghentikan masalah itu jika tidak dapat diselesaikan. Diam diri adalah pendekatan terbaik ketika kita bermasalah dengan orang lain. Lari sebentar dari masalah adalah pendekatan terbaik semasa menghadapi masalah kehidupan.


Bagaimana Saya Sendiri Melalui Masa Jiwa Kacau?

Inilah sekadar ikhtiar saya..

"Hati reda, tubuh ikhtiar. Terima kenyataan, perbaiki keadaan dan jaga ketenangan..."- Seperti yang diajarkan oleh Aa Gym.


19 ulasan:

  1. Kenapa ustaz?

    Siapa yang sudah mengacau jiwa ustaz? ;D

    BalasPadam
  2. bila jiwa kacau, perbuatan pun sudah tiada kawalan... kdg2 malas nak bercakap saat jiwa kacau, sbb selalunya kata2 yg keluar adlh merapu dan menyakitkan org yg mendengar...huhuhuuu.. saya tak suka saat jiwa kacau...

    BalasPadam
  3. Assalaamu 'alaikum,
    Tadi bacaan maulid diMadrasah AlMa'arif dalam Bahasa Melayu:

    "Wahai Rasulullah, kami datang untuk menjumpaimu
    Kami mengharapkan syafa'atmu disisi Tuhan sekelian 'alam kelak
    Berilah perlindungan pada kami serta hapuskan pertengkaran buruk
    Tolonglah kami sekelian dihari Mahsyar.

    Juga tolong kami ketika kesusahan
    Kesejahteraan Allah sentiasa untuk Nabi penyinar bumi
    Allah mengurniakan selamat dan sejahtera kepada Muhammad
    Juga kepada keluarganya dan sahabat2nya
    Selagi dan selama ada orang yang berusaha kerana Allah
    Muga Allah mengurniakan selamat dan sejahtera kepada Muhammad.

    BalasPadam
  4. Ustaz
    kalau dah beranak pinak kerap 'jiwa kacau' hahaha
    tapi sebenarnya dengan anak/keluarga ni kita akan lebih matang menangani jiwa haru biru itu

    cuma kalau saya memang lemah bab jiwa kacau..dikacau oleh boss hahahahahahahaa
    memang saya akan merancau....
    paling tidak saya akan cakap kuat-kuat REZEKI ALLAH YANG BAGI..BUKAN KO....

    huwahuwa...

    tapi memang betul kalau marah tu api..panas....kalau berwuduk otomatik rasa ehhh....tenangnyaaaa
    nak tenang lagi
    solat settle...

    tapi kalau time takleh solat dan hormon kacau bilau memang ambik wuduk tido saja laaaaaa

    BalasPadam
  5. satu lg lupa nak taip
    saya kerap 'meracau' kat blog hahahah

    BalasPadam
  6. setuju dgn Fid pasal kalau dah ada anak mmg "jiwa kacau". nak bawa bertenang lps tengok rumah bersepah2, kerja rumah berlambak dll lg cukup susah. tapi sy suka tengok muka anak2 bila diaorg tidur, cukup mendamaikan.

    BalasPadam
  7. Masayu Ahmad:

    Salam Kak Mas.

    Hahaha.. akak la orang nya;D

    BalasPadam
  8. Sayang.Ibu:

    Salam Intan.

    Iye bener. Sebab itu bila saya sedang jiwa kacau, saya lebih suka menyendiri dan lari.

    Saya normalnya tidak suka waktu jiwa kacau, tapi bila dah mula menulis novel, perlukan juga mood jiwa kacau ni;-)

    BalasPadam
  9. Ummie:

    Wa'alaikumsalam wa rahmatullahi wa barakatuh, Kak Hajah Ummie.

    Sedap selawat tu ye Kak Hajah. Berzikir dan bersalawat adalah terapi yang paling baik ketika berada dalam mood jiwa kacau seperti yang kita bincangkan di atas.

    "Berilah perlindungan pada kami serta hapuskan pertengkaran buruk. Juga tolong kami ketika kesusahan"

    Amin Ya Rabb Al-Alamin.

    BalasPadam
  10. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Bila dah ada anak jiwa kerap kacau ye.. semasa belum ni pun kerap jiwa kacau dan dikacau bila melihat orang lain dah ada anak, hek hek;-] (kes jeles ni;D)

    Fid ni memang boleh jadi penyair.. saya suka rangkap puisi kamu yang ini:

    "cuma kalau saya memang lemah bab jiwa kacau..dikacau oleh boss hahahahahahahaa
    memang saya akan merancau....
    paling tidak saya akan cakap kuat-kuat REZEKI ALLAH YANG BAGI..BUKAN KO...."

    Ps: Blog Fid adalah salah satu tempat menghiburkan di pada saat jiwa kacau;D

    BalasPadam
  11. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Betul kata Kak Nura tu. Saya lihat sendiri di sekeliling saya. Saya mengakui satu perkara, dalam banyak hal wanita lebih kuat daripada lelaki.

    Jika lelaki, dia tension di rumah, senang-senang boleh keluar rumah dan tinggalkan masalah di rumah.

    Benar, kanak-kanak adalah manusia yang selalu membuat saya tersenyum;-)

    BalasPadam
  12. salam ustaz

    kak mas baru bagi sesi kacau tahap satu atau dengan kata lain 'salam taaruf'

    sesi kacau tahap 2, tahap 3 dan seterusnya adalah tahap naga,

    selamat menyelami dan bersedia untuk tahap seterusnya ;D

    BalasPadam
  13. Kak Mas:

    Hua hua hua takutnya saya Kak Mas;-)

    Tapi bak kata pepatah, kalau takut dilambung ombak, naiklah bot yang lebih besar, hehehe;D

    PS: Petang ni jiwa saya tak kacau dah. Sudah berehat sekejap dan menonton movie Indon 'MERANTAU WORRIOR'. Jadi sekarang dalam mood pendekar ni, hek2;D

    BalasPadam
  14. ;D

    macam-macam ustaz ni

    kalau terasa penat bawa berehat nanti sambung balik, lama-lama jiwa kacau berubah jadi jiwa kental

    BalasPadam
  15. salam Ustaz
    domo arigatou kerana melayari yuitsumuni.com
    tapi uastaz hati2 ya kang ada hari meracau kacau!!

    BalasPadam
  16. Kak Mas:

    Sekarang dah senang hati dah Kak Mas, dengar lagu Ahmad Dhani- madu tiga,

    "ai senangnya dalam ati, seperti dunia ana yang punya";-)

    Terima kasih nasihat Kak Mas. Insya Allah, cabaran menjadi kan manusia lebih kental dan lebih baik, Amin.

    BalasPadam
  17. Fid:

    Arigatao ajinomoto gozaimasu;-)

    iya, takpa, asalkan masih boleh diterima oleh pembaca.

    Kadang-kadang, waktu jiwa kacau, dengar orang meracau boleh jadi hiburan juga..

    BalasPadam
  18. ustaz, sy ade tdgr ceramah di radio ikim.lebih kurang camniela.manusia itu ade 2,satu yg diluar(fizikal), satu lagi yg didalam(roh)..ustaz ni brth manusia sll menjaga fizikal, cantik luaran, rupa,..tp kite sll tinggal smbyg, tak bc quran,tak bersihkan hati..sbnrynye roh kite amat perlukan sume tu utk jadikannya tenang..dgn melakukan suruhan Allah..jadi jiwa kacau byk berpunca dari itulah..kalo kite miskin pon , tp kekuatan kite mengamalkan ape yg disuruh oleh Allah, punye keikhlasan hati,insyaAllah takde timbol soal jiwa kacau..utk tambah lagi bersihkan hati ialah amalkan bacaan al- mathurat pagi dan ptg.nescaya senyuman akan sentiasa dan mslh yg ade pon dpt diatasi krn nur dari Allah..betul tak ustaz?

    BalasPadam
  19. ITZ JELAI:

    Salam ITZ JELAI.

    Pertama komen di sini kan? Terima kasih. Datang lagi ya.

    Iya bener. Begitulah yang sebenarnya. Tapi, selagi namanya manusia, ada masa-masanya, jiwa kacau tetap datang bertandang ke diri kita. Apa yang penting cara kita menghadapi nya.

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam