14/02/2010

Luahan Kaum Ibu Tentang Valentine's Day


  Luahan Kaum Ibu Tentang Valentine's Day





coffee art heart swirls Pictures, Images and Photos
(Image By PicPocket74)



Sejak hari Jumaat, saya menyentuh tentang Valentine's Day di blog ini. Hari ini saya ingin menyentuh soal itu lagi. Untuk mencukupkan tiga hari blog ini membincangkan tentang Valentine. Esok kita akan tukar topik pula. Jadi untuk malam ini, saya paparkan di sini luahan hari kaum ibu di blog ini tentang Valentine.

Juga, malam ini saya ingin mencuba template post yang baru. Lihat bagaimana komen-komen di bawah dipaparkan. Ok tidak template post saya ni? ;-)





Komen dari Salwa


salam ustaz

saya masih ingat semasa di blog lama saya di blogspot, entry tahun lepas (2009) saya ada share tentang kenapa valentines haram sudah nya saya mendapat komen dari seorang anonymous, siap kata saya bodoh lagi hehehe tapi takpe dakwah mesti terus walau orang benci dngan apa yang disampaikan

hari valentines ni sebenarnya bukan nama sebenar utk sambutan 14 february ia sebenarnya bernama : SAINT'S VALENTINES DAY hari sempena memperingati paderi saint valentine tu tapi untuk tujuan komersial yg pastinya didalangi tujuan untuk menyesatkan umat ISLAM maka nama SAINT itu diremove, dan yang tinggal hanyalah VALENTINES banyak pihak yang membuat keuntungan sempena hari maksiat anjuran kristian ini mangsanya semmuanya adalah anak muda ISLAM

apa lagi yang lebih menyedihkan bila pertembungan rapat hari kristian dengan maulidur rasul, media Malaysia semuanya 100% menyebut tentang hari kristian ini mana promo mereka tentang maulidur Rasul kat sini, nampak sangat peranan media yang sangat sekular yg banyak menyebarkan dakyah valentine ini kepada masyarakat

hakikat yang lebih menyakitkan ada umat ISLAM yang beranggap tak perlu serius sangat tentang hari valentine kita tahu ia perayaan kristian tapi kita bukan berniat utksambut, just having fun. apakah??

ye ustaz tugas pendakwah muda seperti ustaz adalah amat besar teruskan dakwah anda kerana seeprti yang Rasulullah pernah sabdakan: selemah2 iman ialah apabila hanya mampu membenci di dalam hati tp yang ada sekarang bukan setakat tak benci, malah redha jadi ukurlah sendiri iman anda, wahai umat ISLAM yang meredhai apa saja mungkar yang berlaku.

Jemput melawat ke blog Puan Salwa dengan KLIK SINI




Komen Dari Fid


salam Ustaz
   
saya memang sinis sikit kalau bab valentine day ni sebab orang islam beriya dok celebrate

memang cara kasar akan ditentang kalau cara lembut mungkin mendatangkan hasil cuma nak lembut mcm mana ya....

Jemput melawat ke blog Puan Rafidah dengan KLIK SINI




Komen Dari temp. housewife


salam ustaz,

mmg betul ramai anak2 muda kita yg beranggapan tak salah nak menyambut perayaan kasih syg ni. mereka dah dikelabui dgn promo2 yg ada.

Jemput melawat ke blog Puan Nuradyani dengan KLIK SINI
  



Komen Dari Sayang.Ibu


salam ustaz... hari kekasih ramai yg hanyut.. masyarakat kita dah semakin ramai yg meraikan hari kekasih nih. risau melihat pergaulan remaja yg makin bebas, dan dunia yg makin tiada sempadan. sbg ibu, saya lebih risau lagi sbb cabaran membesar dan mendidik anak2 makin hebat..

Jemput melawat ke blog Puan Intan dengan KLIK SINI


Terima kasih kepada Puan Salwa, Puan Fid, Puan Nuradyani dan Puan Intan.

Sebagai penghargaan, saya ada mengarang sebuah pantun buat anda semua. Dengar ya;

"Daun ubi daun keladi, harap sudi selalu komen di sini"

Semoga berbahagia di samping keluarga sempena cuti tahun baru ini;-)

16 ulasan:

  1. salam Ustaz
    Datang komen nih....
    heheheheheheheh....
    template baru ya Ustaz...Nice!

    BalasPadam
  2. Mak ai ustaz
    besar sungguh nama tu appear

    gud news is this new appearance is neat

    good job

    dan....
    saya telah berjaya set permalink blog kepada struktur yg ustaz ajar

    jazakallah khiran kathira

    BalasPadam
  3. Salam..
    Fuh! Luasnya rumah....
    Erm...entahlah...maksiat ni..hari2 pun ble buat...cuma memilih hari valentine utk meraihkannya...lebih ummph katanya...
    dan secara sedar atau sengaja tidak sedar telah memberi kesan baik kpd perniagaan org2 tertentu... patung...ros merah..kondom...hotel dll... laris!!!

    Ya Allah jauh2kanlah diri ku..keluarga ku..saudara ku sahabat ku dan bangsa ku daripada terfikirkan dan melakukan perkara2 maksiat ini.... Amin...

    BalasPadam
  4. Salam Ustaz. Kes pembuangan bayi yang berleluasa sejak baru-baru ini merupakan sebahagian daripada implikasi sambutan Hari Kekasih. Ini yang tidak sedari oleh umat Islam...

    BalasPadam
  5. Fid:

    Salam Puan Fid.

    Terima kasih. Nantikan dua tiga hari lagi, post blog ini akan bersiaran dengan template baru.

    Hehe, berhasil juga ilmu kail panjang sejenggal saya dalam ilmu coding html ni;D

    BalasPadam
  6. Salwa:

    Salam Puan Salwa.

    Iye? Saya guna font size x-large tu. Bukan apa, sebagai penghargaan kepada penulis komen. Lagipun saya pakai laptop tak nampak besar.

    Terima kasih. Saya memang dalam usaha nak mengemas dan merapikan blog ini.

    Alhamdulillah. Puan Sal kita sudah dapat set permalink. Tunggu je, tak lama lagi dapat tarik pembaca dari search engine dah;-)

    Afwan. Sama-sama kongsi info. Jika blog saya ini pun ada yang perlu ditegur, Puan Sal jangan malu-malu nak tegur saya ya;-)

    BalasPadam
  7. Ari:

    Salam Cikgu Ari.

    Iya bener. Saya setuju sangat. Maksiat hari-hari pun boleh berlaku tapi lebih best pada hari kekasih kot. Macam satay dan ketupat jugak. Hari-hari pun ada dijual dan boleh dimakan, tapi manakan sama pada hari lebaran. (Hari ni baru masuk bulan Jamadil Awal, saya sudah fikir hari lebaran;D)

    Cikgu, masa saya sekolah menengah dulu, di sekolah siap ada program jual kad, bunga dan dedikasi lagu pada hari valentine anjuran kelab Bahasa Inggeris. Bila sekarang saya fikir balik, apakah jika nak kuasai bahasa Inggeris kita mesti ikut kuasai budaya Inggeris?

    Saya aminkan doa cikgu dan saya juga berdoa yang sama, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam
  8. Mybabah:

    Salam Bang Samsudin.

    Nau'zubillah. Kita kesian kat anak bangsa kita. Kesannya bukan sahaja pada bayi yang dibuang itu, tapi lebih besar lagi. Pada diri yang melakukan, pada keluarga, dan pada umat.

    Kadang-kadang saya tengok bang, bukan sebab tak sedar. Tapi entahlah, benda macam ini sudah diterima sebagai 'biasalah tu..' pada akhir zaman ini.

    Mungkin abang sebagai guru yang sudah berpengalaman dan ayah, ada cadangan atau pendekatan yang lebih baik untuk menangani isu ini.

    Saya hanya mampu berdoa untuk kita semua, Amin.

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam
  9. salam ustaz,
    Akk suka memberi pandangan yg tak seberapa di sini. Yg sedihnya kwn2 akk pun siap ada yg tulis di status mereka pasal terlupa nak menyambut VD ni. Nak kena tegur secara baik2 ni.

    BalasPadam
  10. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Terima kasih Kak Nuradyani. Saya menghargai setiap komen. Itu antara tambahan info terhadap apa yang dibincangkan.

    Ha'ah. ada yang dah berumur dan sudah berumah tangga lagi nak sambut hari kekasih. Saya sendiri tidak tahu sama ada nak berasa lucu atau marah, bila ada orang yang berpendapat ada 'valentine halal' sebab mereka sudah kahwin. Macam-macam saja.

    Iye bener kak, teguran kena berhikmah.. Kena tengok pada siapa teguran itu dituju. Pastikan kita tahu orang itu jenis bagaimana supaya kita tahu bahasa terbaik untuk mereka.

    Macam kita memasak juga kan Kak Nur. Sudip guna untuk apa, senduk guna untuk apa, kuali guna untuk apa, periuk guna untuk apa. Macam itulah jugak cara menegur orang. Lain orang, lain cara nya;-)

    Terima kasih Kak Nuradyani. Saya ingat akak dah tidur tadi. Di New Zealand jam berapa sekarang ya?;-)

    BalasPadam
  11. salam ustaz... btol lahhh...beso nama2 tu... segan pulak, pendapat x seberapa.. hahahahaaa... apapun terima kasih ustaz, macam satu penghargaan pulak rasanya. template baru ni nampak saujana mata memandang... nice!!!
    kata ipar saya yg berkhidmat di klinik kerajaan, biasanya hujung2 thn nanti berlambaklah kes2 hamil tanpa nikah yg datang check perut di klinik kerajaan, bahana sambutan VD dan juga New Year yg baru lepas lah tuuu.. nauzubillah..

    BalasPadam
  12. Sayang.Ibu:

    Salam Puan Intan.

    Saya pun tak tahu kenapa, tapi saya nak ketawa jugak;D

    Sebenarnya, kotak komen tu adalah template baru post blog ni. Bahagian nama tu adalah bahagian 'POST TITLE' sebenarnya. Guna font x-large, hehe. Mana tak beso;-)

    Takpa la kan. Tak banyak blog yang nak tayang-tayang nama readers dia beso-beso. Special ni;-)

    Betul tu. Bukan lama pun nak tengok kesannya. Tak sampai pun setahun.. Kesannya esok bukan kat mereka saja, banyak orang yang merasa kesannya nanti. Na'uzubillah.

    BalasPadam
  13. Ustaz
    kalau nama saya..ustaz nak buat macam banner pun ok..sayakan gila glemer...

    adakah ustaz akan mengambil komen ini sebagai serius??
    hehehhehehehehehehe

    saya tak kisah....jika mendatangkan manfaat dan bahagia kepada insan...

    BalasPadam
  14. Fid:

    Puan Fid, Fid.. kamu mengingatkan saya dengan seorang saudara perempuan saya. Saudara jauh la, tapi kami rapat dan selalu berhubung.

    Sekejap, saya nak fikir. Serius fikir ni;-)

    BalasPadam
  15. Salam Ustaz Cahaya,

    Ramai sebenarnya yang tidak tahu dari mana datangnya Hari Valentine ni, mereka ingat mcm Hari Maulidur Rasul, hari yang boleh disambut dan diraikan. Maklumat banyak, dalam surat khabar ada, dalam majalah ada, dalam internet pun ada, jadi tak bolehlah kata tak tahu apa itu Hari Valentine. Pokok pangkal ialah sikap, tiada yang dtg bergolek, semuanya perlu diusahakan, nak jadi baik, kena usaha, nak jadi jahat pun kena usaha gak. Bukan setakat remaja sahaja yg ketandusan ilmu, yang tua pun sama juga. Berbangga, mengikut Barat konon, tanpa menyedari banyak buruk dari baiknya. Mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dalam kumpulan ini.

    BalasPadam
  16. Cikgu Norhaliza:

    Salam Cikgu Norhaliza™. Macam mana ya nak buat simbol ™ kat nama tu?

    Pendapat yang baik sekali Cikgu. Bukan lagi soal tak tahu ni, ni soal tak mahu ambil tahu sebenarnya kan cikgu. Itulah masalah umat kita sekarang ni cikgu.

    Saya suka ayat ni kat komen cikgu:

    "Pokok pangkal ialah sikap, tiada yang dtg bergolek, semuanya perlu diusahakan, nak jadi baik, kena usaha, nak jadi jahat pun kena usaha gak."

    dan yang ni:

    "Bukan setakat remaja sahaja yg ketandusan ilmu, yang tua pun sama juga."

    Terima kasih Cikgu. Jemput selalu komen di blog ini ya. Kongsi2 pendapat..;-)

    BalasPadam