Isnin, Februari 01, 2010

Uniknya Bulan Februari (Apakah Yang Sudah Saya Lakukan?)


  Uniknya Bulan Februari
(Apakah Yang Sudah Saya Lakukan?)





Photobucket

(Imej dari http://www.tickledgreen.biz/February2010Hi.jpg)
-Use here without commercial purpose-


Tahun lompat

Tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.

Orang yang dilahirkan pada 29 Februari akan merayakan hari jadinya pada 28 Februari ataupun 1 Mac.


Hari ini kita sudah memasuki bulan kedua dalam tahun 2010, iaitu bulan Februari. Tahun ini, bulan Februari hanya 28 hari. Siapa yang lahir pada 29 Februari, maknanya tiada hari jadi pada tahun ini. Hehe, tapi kan boleh ganti dengan 28 Februari atau 1 Mac. Ini adalah ciri unik pertama untuk bulan Februari. Daripada kesemua 12 bulan dalam tempoh setahun, bulan Februari dihitung dengan tidak tetap. Ada 28 hari dan ada 29 hari.

Bulan Februari yang baru menjelang ini adalah bulan kedua dalam tahun 2010, dan bulan ini cuma ada 28 hari. Bagi kita yang makan gaji, memang bulan ini agak lega, kerana gaji awal. Bagi sesetengah orang pula, sebelum perayaan Tahun Baru Cina, gaji sudah masuk. Itu soal gaji, di sudut lain, bulan ini kita hanya ada 28 hari untuk melakukan yang terbaik dalam hidup kita, kerana Februari 2010 tidak akan berulang lagi.

Bagi yang membina azam tahun baru 31 hari yang lalu, ini masa yang sesuai untuk membuat penilaian. Pertama, jika anda merasakan soal 'Azam Tahun Baru 2010' adalah isu lapuk, yang tidak patut di bincangkan pada bulan Februari ini, bermakna azam dulu hanya aktiviti biasa pada menyambut tahun baru;-)
Baru bulan Februari, sudah rasa 'menyampah' dan 'bosan' membincangkan azam tahun baru?

Baru bulan Februari sudah putus asa dan merasakan azam tahun baru sudah gagal atau tidak boleh jalan?
Oh, jangan begitu. Kita baru masuk bulan kedua dalam tahun 2010. Ada 10 bulan lagi. Jum, semak balik apa azam tahun baru kita dulu. Jika sudah sejuk keazaman sebulan yang lalu, inilah masanya untuk kita memanaskan semula keazaman itu.
Perkara yang patut diberi perhatian pada bulan ini ialah, 'apakah yang sudah saya lakukan untuk azam tahun baru 2010' saya?
Sebelum kita melangkah lebih jauh melalui bulan Februari yang singkat ini, ambil masa menilai diri, apakah yang sudah kita lakukan pada bulan Januari yang baru berlalu. Bagaimana Januari 2010, apakah bezanya dengan Januari 2009. Semakin baik atau sebaliknya atau sama sahaja. Juga, simpanlah azam untuk menjadikan bulan Februari 2010 ini lebih baik daripada bulan Januari 2010 yang sudah berlalu.

Saya selalu ingat dan percaya, 'perubahan kecil membawa kesan yang besar'. Oleh itu, saya suka mengusahakan perubahan-perubahan kecil dalam diri saya dari semasa ke semasa. Saya juga suka meraikan kejayaan-kejayaan kecil, agar ia mendorong dan menarik kejayaan-kejayaan yang lebih besar.

Sebagai muslim, elok juga untuk kita menyenaraikan kejayaan-kejayaan, perubahan-perubahan positif, rezeki-rezeki, kebaikan-kebaikan, amal ibadat dan apa yang berkaitan, yang sudah kita perolehi dan lakukan pada bulan Januari yang lalu. Pertama, bersyukurlah kepada Allah (SWT) kerana semua itu adalah rahmat dan kurnia-NYA jua. Selepas itu, ucaplah tahniah dan syabas kepada diri kerana itu cara menghargai diri dan mendorong diri bertahan dalam kebaikan dan agar diri melakukan yang lebih baik.

Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk menyenaraikan dosa-dosa, maksiat dan salah silap yang kita lakukan. Ingati ia, bertaubat dan berazamlah untuk memperbaikinya. Lihat juga, apakah punca-punca kesilapan dan kesalahan tersebut. Jika kita berniaga, untung rugi adalah lumrah, namun setiap kerugian dan kemerosotan dalam perniagaan kita perlulah disiasat. Begitu juga dalam kehidupan ini, salah silap adalah fitrah kita sebagai manusia, namun adalah perlu untuk kita melihat puncanya dan wajib bagi kita memperbaikinya.

Berazamlah untuk menjadikan bulan Februari ini lebih baik daripada bulan Februari 2009 dan bulan Januari 2010 yang sudah kita lalui. Usia yang dikurniakan Allah (SWT) kepada kita, kita tidak tahu entah sampai bila, maka salah satu cara mensyukurinya ialah dengan menggunakan usia dengan sebaik-baiknya.



"  Dalam hidup ini, adakalanya keadaan tidak dapat diubah walau bagaimanapun kita mencuba.

Namun, kita sentiasa ada pilihan.
Pilihlah yang terbaik.

Andai kita ada sebab (keadaan) untuk menangis, dan sebab (keadaan) itu tidak mampu kita ubah, ingatlah kita masih ada pilihan.

Jadi..

Pilihlah untuk senyum, sabar dan tidak mengalah.."

6 ulasan:

  1. bulan februari ni banyak sejarah indah dalam hidup saya..heheheh......tapi lagi mudah kalau kita guna bulan hijriah kan

    BalasPadam
  2. Kita ada pilihan...Kalau pun pilihan itu bukan pilihan yg "manis" utk hari ini..InsyaAllah akan menjadi pilihan "emas" suatu masa depan.....

    BalasPadam
  3. Fid:

    Salam Puan Fid

    Heh, heh.. saya juga sama. Februari, Februari.. ;-)

    Fid, sebenarnya, kedua-dua takwim hijrah dan takwim masehi adalah milik Islam.

    Contoh: Jadual solat kita kan ikut matahari (takwim masehi), jadual puasa ikut takwim hijrah (tengok anak bulan) tapi waktu nak sahur dan berbuka, kita masih tengok pada matahari.

    BalasPadam
  4. ari:

    Salam Cikgu Ari

    Saya suka dengan kata-kata itu;-)

    "Kita ada pilihan...Kalau pun pilihan itu bukan pilihan yg "manis" utk hari ini..InsyaAllah akan menjadi pilihan "emas" suatu masa depan....."

    ... apapun, buatlah pilihan yang bijak..

    BalasPadam
  5. salam Ustaz,
    Bln Feb. adik lelaki akan mendidrikan rumahtangga pd 13hb. Sy tak dpt menghadiri. :(

    BalasPadam
  6. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani. Alhamdulillah, tahniah kepada adik lelaki Kak Nurad ya. Tak apa la, tak lama lagi balik Malaysia, dah balik tanahair nanti rindu pula dengan dingin nya salji;-)

    BalasPadam