Isnin, Mac 15, 2010

Apa yang perlu anda tahu mengenai pembuangan bayi


Apa yang perlu anda tahu
mengenai pembuangan bayi






Selamat bercuti saya ucapkan kepada saudara para pendidik. Kepada saudara yang lain, selamat berhibur bersama anak-anak pada musim cuti sekolah ini. Sepatutnya malam ini saya siarkan artikel berkaitan perkahwinan bawah umur, namun kerana artikel tersebut belum memuaskan hati saya sendiri, maka saya tangguhkan dulu. Insya Allah tidak esok lusa kita akan membincangkan isu tersebut.

Hari ini dalam berita tv disiarkan lagi kisah penemuan mayat bayi yang dibuang. Astaghfirullah. Nampaknya negara kita sejak awal tahun sehingga ke hari ini masih dilanda ombak berita-berita mengejutkan yang berkaitan bayi dan kanak-kanak.




Apa yang perlu anda tahu mengenai pembuangan bayi

Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi akibat mereka terdesak, malu dan takut akibat yang bakal ditanggung.

PUNCA
  • Kehamilan tidak diingini.
  • perhubungan seks rambang dan luar nikah.

KESAN

Sudut perubatan:

  • Kadar kematian bayi lebih tinggi disebabkan penjagaan kesihatan yang tidak sempurna.
  • Kesihatan ibu terjejas akibat kehilangan darah; jangkitan kuman; kecederaan sewaktu bersalin; psikologi dan sosial.
Sudut psikologi dan sosial:
  • Murung
  • Hilang keyakinan diri
  • Rasa bersalah
  • resah gelisah
  • Masalah emosi dan perhubungan interpersonal

Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.

Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan

BAGAIMANA BENDUNG PEMBUANGAN BAYI?

Elak kehamilan jika:
  • belum berkahwin.
  • belum bersedia membesarkan anak.
  • belum bersedia membina keluarga.

Elakkan seks sebelum kahwin:
  • Anda bertanggungjawab terhadap hidup anda sendiri.
  • Lindungi kesihatan dan emosi anda tanpa seks sebelum kahwin.
  • Jika pasangan benar-benar menyanyangi dan menghormati anda, dia tidak akan meminta seks sebelum kahwin.
  • Selalu tanam dalam fikiran, badan anda adalah tanggungjawab anda, justeru jagalah badan anda dengan baik.
  • Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.
  • Babitkan diri dalam kegiatan berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela.

Sekiranya sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin:
  • Fikirkan kesan dan akibatnya dengan teliti dan mendalam.
  • Dapatkan bantuan jika anda hamil.
  • Anda boleh mengatur supaya bayi anda dijadikan anak angkat.

Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan:
  • Terdapat pelbagai agensi yang dapat membantu anda.
  • Pastikan anda tahu mengenai implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.
Di mana anda boleh mendapatkan bantuan jika anda hamil?
  • Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka.
  • Kaunselor sekolah.
  • Guru sekolah.
  • Doktor atau anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital berdekatan.
  • Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan.

Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi:

Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Child Act) - Akta 611:

  • Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga.
  • Seksyen 46 - Ibubapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihta mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah.

Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code:
  • Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun.

(SUMBER: Berita Harian- Jumaat 12 Mac 2010/ RATU/ 24)



12 ulasan:

  1. assalammualaikum ustaz

    saya kira salah satu sebab pembuangan bayi ini ialah kerana tiada tempat untuk mengadu.kalau mengadu, banyak sangat red tape yang memalukan.

    bukan untuk menggalakkan, tapi perlu ada pusat untuk meninggalkan bayi ini tanpa soal jawab. letak dan beredar, kecuali kalau pilihan mereka untuk memberitahu.
    ini lebih baik, berbanding dengan meninggalkan bayi dalam plastik beg sehingga mati atau dalam tong sampah hingga dimakan anjing...

    BalasPadam
  2. salam ustaz..
    meremang bulu roma saya membacanya..
    siap ada perangkaan dan begitu detail..
    terima kasih kerana membantu dalam kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa ni..saya bersyukur jika ramai yang masih ada akal untuk berfikir..tidak hanya menuding jari pada seseorang bila nasi dah menjadi bubur..tapi realiti hidup perlu di teruskan..selagi bernyawa di kandung badan..hanya Allah yang berhak menghukum dosa manusia seandainya pintu taubat masih terbuka..

    BalasPadam
  3. ada terbaca pasal anak nok dibuang tok bila dah besar pun masih menderita juak.
    bila masa baby sidak diantar ke rumah kebajikan
    sampe umur 18 tahun (rasanya)..dikeluar suruh beridup dirik empun.
    tapi sidak sik dapat survive sebab susah carik keja, sijil pemande pun sik ada gilak.
    kenak anok ngan masyarakat gik
    last2 jadi penjenayah juak ujung nya
    sidak madah, mun tauk idup tok susah bagus sidak dibunuh jak masa kecik.
    sedeh juak maca kisah sidak kedak ya.

    BalasPadam
  4. haaa
    jangan buang bayi
    kalau tak nak serah elok elok kat orang cakap jelas jelas kenapa tak nak buat black n white...selesai ...di duniaaa.,..

    BalasPadam
  5. Salam...

    Masalah tok sik kan abis mun semua pihak sik ambik jalan penyelesaian terutamanya mak bapak, kenak tekan dalam agama sedalam-dalamnya.

    BalasPadam
  6. nape la buang bayi..patut buang mak bayi tue..baru betul huhuhuhuhu........

    BalasPadam
  7. a kl citizen:

    Wa'alaikumsalam wa rahmat Allah wa barakatuh, Cikgu.

    Saya setuju dengan pendapat cikgu. Sebenarnya hospital di Amerika Syarikat ada kemudahan seperti yang cikgu katakan itu.

    Bagi saya pula, pendekatan menghukum tidak berkesan untuk atasi masalah ini. Semakin digembar gemburkan ia adalah jenayah, maka semakin banyak nanti berlakunya.

    Sebenarnya negara kita ada pusat untuk ibu-ibu tanpa nikah ini. Cuma itulah, bagaimana kita nak sedarkan ibu tanpa nikah ini untuk ambil tindakan yang betul?

    Terima kasih Cikgu a kl citizen;-)

    BalasPadam
  8. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Alhamdulillah bang Zul, sekadar berkongsi dan usaha yang saya mampu di blog ini.

    Saya setuju dengan bang Zul. Masalah ini untuk ditangangi dengan bijak dan serius. Asyik tunding jari, asyik bincang-bincang, asyik nak buat kajian dan lain sebagainya; tidak akan selesaikan masalah.

    Masalahnya, ibu tanpa nikah ni dia sudah tak larat nak tanggung masalahnya. Mereka ni patut ditolong dan dibawa kembali ke pangkal jalan.

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  9. Hida Naza:

    Salam Hida Naza.

    Auk, ya pun realitinya juak. Dan masalah ya sangat berkaitan dengan pusat kebajikan ya pun. Kadang-kadang orang di pusat kebajikan ya bukan orang yang sesuai untuk kerja di sia. Ya jadi camya.

    Masalah tok sebenarnya berjarut-jarut. Paling penting nek tok ialah, bermula dari atas nun sekali. Dari pihak kerajaan, hal hubungan tanpa nikah tok patut dibanteras dan jadi perjuangan utama.

    Terima kasih Hida Naza;-)

    BalasPadam
  10. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Hehe, formula mudah dari kak Fid.

    Pernah akak baca novel Satu Janji oleh Ramlee Awang Mursyid? Hero novel itu adalah bayi yang dibuang di rumah anak yatim. Diangkat oleh Datin yang memiliki rumah itu, dan jadilah seorang pemuda yang kacak, kaya dan baik budi.

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  11. Abd Razak:

    Salam Abd Razak.

    Saya setuju menar dengan komen kitak ya Razak.

    Masalah tok sebenarnya berjarut-jarut. Paling penting nek tok ialah hubungan tanpa nikah tok patut dibanteras dan jadi perjuangan utama bermula dari pihak kerajaan di atas nun hingga ke akar umbi dalam masyarakat.

    Terima kasih Abd Razak;-)

    BalasPadam
  12. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Hehe, brutal jugak cadangan tu Sahrom. Kadang-kadang, ada kes bayi itu mati waktu dilahirkan kerana ibu bersalin sendiri tanpa bidan. Jadi sebabkan dah mati, si ibu pun buang. Susah ni masalah ni. Iya melibatkan dua nyawa manusia - bayi dan ibu. Sebenarnya kedua-dua patut diselamatkan.

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam