25/03/2010

DRIFT! Tepat, mahir dan laju (Cara kerja yang cepat dengan hasil yang hebat..)


DRIFT! Tepat, mahir dan laju
(Cara kerja yang cepat dengan hasil yang hebat..)






-Image By awinmawapp-

(Kanak-kanak dalam gambar di atas sedang men'drift'kan basikalnya)



Bolehkah malam ini saya menulis tentang drift? Iya drift. Sukan kereta yang mengujakan dan diminati ramai. Kereta dipandu laju dan kelihatan seperti hilang kawalan. Jangan tidak tahu, nama Malaysia popular juga di arena sukan drift antarabangsa. Dan jangan tidak tahu juga, saya sendiri adalah antara pemain drift kategori ketiga; apa itu? Baca selanjutnya untuk tahu..;-)

Antara sebab saya bercuti dari menulis blog ini seminggu yang lalu ialah bagi menumpukan perhatian kepada satu dua projek yang menghampiri dateline. Saya bekerja dengan tekun, fokus dan laju. Saya benar-benar bekerja seperti ahli sukan drift sekarang. Mungkin pepatah sehari selembar benang tidak sesuai untuk saya sekarang kerana saya menenun bergulung-gulung benang sehari eh;-) hehe..

Bagi saya, sudah tiba masanya kita tidak mempersoalkan tentang laju atau perlahan. Tidak semestinya lambat itu bererti tenang dan sabar, sebaliknya pula tidak bererti cepat dan pantas itu gopoh dan tidak sabar. Ada orang yang melakukan kerja dengan perlahan sebenarnya kerana malas dan tiada semangat. Orang yang bersemangat dan rajin boleh melakukan kerjanya dengan laju dan cepat kerana dia mahir dan  teruja dengan apa yang dilakukannya. Mungkin ada yang setuju pasti ada juga yang tidak bersetuju.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang sukan drift. Sukan drift kereta sangat berkaitan dengan gaya kerja saya sekarang. Saya bekerja dengan laju, tapi masih dalam ketenangan, fokus dan kesabaran. Itulah yang diperlukan untuk sukan drift.. tenang, fokus dan sabar tapi mesti pandu laju. Jika kereta tidak dipandu laju, memang drift tidak jadi punye bro;-) hehe, sorry guna bahasa ala-ala orang muda begitu - memang saya masih muda ;D

Ini sebenarnya soal kemahiran. Kemahiran yang boleh dilatih. Drift memerlukan ketenangan, fokus dan kesabaran. Tenang dalam pemanduan ketika hendak drift, fokus pada bagaimana kereta akan drift dan akhir sekali, sabar menunggu masa dan tempat sepatutnya untuk drift. Ia juga berkaitan dengan sabar bila untuk pijak clucth, lepaskan ia dan bila boleh drift hanya dengan menukar gear. Namun apa yang lebih mencabar ialah, kereta mesti dipandu laju baru dapat drift. Kalau slow memang tak jadi punya.

Anda pernah drift? Saya pernah, iaitu dalam game, hehe. Sebenarnya sukan drift ini ada tiga kategori:
  1. Real punya. Main dengan kereta yang sudah diubahsuai dan diset untuk drift. Dengan belanja yang mencecah puluhan ribu malah sehingga beratus riban, kata bahasa mereka. Untuk kategori pertama ini, saya belum mampu;-)

  2. Kereta Remote a.k.a. kereta mainan kawalan jauh. Semua pemain drift dalam kategori 1 mesti termasuk dalam kategori ini tetapi tidak semua dalam kategori ini termasuk dalam kategori 1. Kategori ini lebih ekonomi. Cuma perlukan belanja yang ribu-ribu sahaja. (Ribu-ribu sahaja? Heh, tak sayang duit..). Pernah juga saya nak masuk dalam kategori ini, tapi tidak jadi kerana saya ini masih dalam jenis orang yang anggap duit seribu dua itu sebagai sangatlah banyak.

  3. Main Game. Ini kategori saya. Orang dalam kategori 1 dan 2 wajib masuk dalam kategori ini tetapi orang dalam kategori ini belum tentu masuk dalam dua kategori di atas.
Semuanya dalam kelajuan. Tenang, fokus dan sabar dalam kelajuan. Ini pengalaman saya main drift.. Main drift dalam game NFS Carbon dan D1 Champhionship;-) Hehe, jangan mare ye. Antara kedua-dua game tersebut, D1 yang paling mencabar. Ia seperti real. Kena jaga clucth, gear, h-brake dan lain sebagainya.

Hanya yang mahir dapat drift. Begitu juga untuk berjaya dalam hidup, pada zaman seperti sekarang, antara kreteria mereka yang berjaya yang saya perhatikan ialah, mereka dapat bertenang, fokus, dan sabar dalam apa yang mereka lakukan, dan untuk berjaya mereka perlu melakukannya dengan cepat!

Tenang, fokus dan sabar tapi mesti melakukannya dengan cepat dan tepat!
Masanya saya berkerja seperti Raja Drif....


Ini sebenarnya soal kemahiran. Kemahiran yang boleh dilatih. Anda kenal Tengku Djan?  Tengku Djan adalah Raja Drift Malaysia yang juga terkenal sampai ke Jepun sana dalam sukan drift. Jika anda tidak kenal Tengku Djan dan tidak tahu apa itu drift, di bawah saya siarkan gambar Tengku Djan dan video drift beliau.

TENGKU DJAN LEE TENGKU MAHALIL


Tengku Djan



Tengku Djan sedang men'drift'...




14 ulasan:

  1. anak saya tak suka drift ni dia minat go-kart..kihkih

    kat sini ada orang 'drift' tgh malam ..huhuhu

    BalasPadam
  2. salam ustaz.
    hebat juga ustaz muda kita ni minat sukan drift yek.?.elok lah tu sesekali lakukan sesuatu yang mencabar yang boleh menajamkan minda kita..

    BalasPadam
  3. Salam ustaz..projek apa tu? takmo share kat sini ke?erkk

    saya pun suka tengok orang drift...tp klu sy sndiri yang drift, owhh tak pernah cuba lagi..hehe

    BalasPadam
  4. salam ustaz..saya nak buat drift tapi takut tayar kereta botak la ustaz heheheh..lgpun krete auto sangat tak sesuai nak drifting kan..

    BalasPadam
  5. Salam...

    Sik pandey kamek nok molah keje camya..:)

    BalasPadam
  6. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Besok besok mungkin dia minat kak. Dengarnya sukan drift ni asal dari Jepun, betul ke Kak Fid?

    Kat sini ada sebuah kereta drift yang sangat la mantop. Nissan Silvia. Pemilik dia seorang tauke restoran makanan Jepun. Kereta tu ikut design team D1 Orange.

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  7. zulkbo:

    Salam BAng Zul.

    Alhamdulillah Bang Zul. Orang muda macam saya ini ada-ada saja kan. Kebetulan filem KL Drift 2 baru masuk pawagam.

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  8. Afida Anuar:

    Salam Afida.

    Owh, projek penulisan dan projek khas sempena Ramadhan. Insya Allah jika sukses nanti saya akan share sini. Seingat saya pernah juga cerita kan di sini dulu salah satunya. Agaknya mas tu Afida belum baca blog ni lagi.

    Saya drift dalam game je Fida;D

    Terima kasih Afida;-)

    BalasPadam
  9. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Hehe. Itu la, saya dengar dari mereka yang main drift kereta control pun berbelanjan besar tang tayar tu la. Memang kereta auto tak sesuai drift kan, sebab dalam game D1 ada diajar cara drift guna gear dan clutch sahaja.

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam
  10. Abd Razak:

    Salam Abd Razak.

    Auk eh. Lain padang lain belalang. Lain orang lain cara kerjanya. Nang ada juak kerja yang memang sik boleh dipolah laju laju, mesti mauk pelan pelan juak.

    Terima kasih Abd Razak;-)

    BalasPadam
  11. kalau bab2 ni akk kena tanya hubby la. sbb dia pun suka main comp. games sampai skrg ye utk release tension. tambah2 lps balik dr mengadap kerja2 kat lab.

    BalasPadam
  12. Ustaz cahaya..macam mana nak letak gambar MBP contributor as a link cam ustaz cahaya buat..kalau ada masa,balas di komen saya ye..ingin juga belajar..

    BalasPadam
  13. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Iya, sampai hari raya Aidil Fitri yang baru lalu, saya masih selalu main game. Tetapi sejak masuk tahun 2010 ni, rasanya saya tak pernah lagi sentuh game pc.

    Iye kak. Untuk release tension dan awet muda, hehe.

    Terima kasih Kak Nuradyani;-)

    BalasPadam
  14. Eriqazz:

    Salam Eriqazz.

    Iya, boleh sahaja. Nanti saya email code dan caranya ya.

    Terima kasih Eriqazz;-)

    BalasPadam