Rabu, Mac 24, 2010

Kembali Bersiaran (Terima kasih kepada Yang-11)


Kembali Bersiaran
(Terima kasih kepada Yang-11)



(Image By jhlovesmusic)

Salam semua. Alhamdulillah, bermula malam ini saya kembali menulis di blog ini seperti biasa, iaitu 'Satu Post Satu Hari'. Habis sudah masa bercuti seminggu seperti yang saya umumkan baru-baru ini. Sebenarnya, saya mempunyai alasan yang kuat untuk meneruskan cuti ini sehingga hari Ahad 29 Mac 2010, tetapi saya tidak mahu mengambil keputusan itu. Cukuplah cuti seminggu yang sudah berlalu. Sebagaimana dijanjikan, blog ini kembali bersiaran seperti biasa pada malam ini.

Dari segi trafik, nampak kejatuhan ketara dalam jumlah trafik harian ketika blog ini bercuti. Ada tidak ada pun cuma trafik yang datang dari enjin carian. Syukur ada beberapa post blog ini yang dapat menarik trafik dari enjin pencari.



Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 11 orang rakan-rakan blogger di bawah, kerana mengucapkan selamat bercuti dan memberi respon pada post yang mengumumkan percutian saya.

Afida Anuar

Abd Razak

ari

umi_e

maiyah

yati

Fid

Mama Tanjong

Tokwan

sya

temp. housewife


Insya Allah, saya akan 'qada' post pada hari -hari saya bercuti. Bukan apa-apa, cuma untuk mengekalkan 'trademark' blog ini sebagai Daily Blog.

Klip video lagu Kembali Pulang di bawah ini adalah antara video kegemaran saya. Walaupun lagunya lentok, tapi videonya lucu;-) Lagi yang menarik tentang Kangen Band ini ialah pada vokalis wanita mereka yang bertudung dan bak kata adik perempuan saya, Kangan Band ini ngetop bukan kerana rupa yang hensem. Mungkin kerana mereka yang tidak control hemsem, ramai juga sepupu-sepapat saya yang lelaki juga menggemari band Indon yang satu ini, termasuk saya;D


KANGEN BAND - Kembali Pulang (dengan lirik)





bintang terlihat terang
saat dirimu datang
cinta yang dulu hilang
kini kembali pulang

lihatlah dia mulai bernyanyi
coba merangkai mimpi
cinta yang dulu pergi
kini datang kembali

wajahmu mengingatku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkan
dengan masa laluku

reff:
kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
akan ku bawa dia terbang
damai bersama bintang

kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
betapa senang ku dendangkan
dan takkan ku lepaskan

wajahmu mengingatkanku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkanku
dengan masa laluku



16 ulasan:

  1. Owhh sama sama..hehe.

    Selamat kembali ustaz cahaya.. tengok la sekejap sungguh rasanya masa itu berlalu. Bila ustaz kata ustaz sudah bercuti selama seminggu, terkejut saya sebab saya rasa seperti baru dua malam lepas saya tulis komen selamat bercuti buat ustaz..huhuhu...

    BalasPadam
  2. :-)
    Hujan ditunggu sudah pun tiba
    Walau sebentar cukup membasahi bumi
    ustad bercuti sudahpun tiba
    Kami mengadap lappy menanti entri

    BalasPadam
  3. salam
    Ustaz
    betul tekaan akak
    Ustaz akan update kihkihkih

    pergi mana?meminang ke pilih resume?
    heheheh

    BalasPadam
  4. salam ustaz..
    selamat menulis kembali
    hari yang ceria..ilham yang melimpah

    BalasPadam
  5. salam ustaz, semoga dapat melahirkan karya yang mantap lagi jitu untuk bacaan kami semua...

    BalasPadam
  6. Afida Anuar:

    Salam Afida.

    Terima kasih kembali. Iya, saya pun tidak terasa masa cuti sudah habis. Projek yang saya nak fokus belum selesai juga, tapi sekurang-kurangnya masa bercuti seminggu itu dapat membuatnya sebanyak yang mampu.

    Terima kasih Afida;-)

    BalasPadam
  7. ari:

    Salam Mbah Ari;D

    Erm, kena balas dengan pantun jugak ke;-)

    Buah cempedak di luar pagar
    ambil galah tolong jolokkan
    Saya blogger baru belajar
    Jika salah tolong comment kan

    hehehe;-)

    Makasih ya Mbah;-)

    BalasPadam
  8. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Iya akak memang pandai menujum;D

    Hehehe. Sekarang tengah pulun satu dua projek penulisan kak. Jadi sekarang ni kumpul-kumpul dulu resumee. Senang-senang esok baru boleh pilih. heheh

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  9. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Iya hari Khamis kan gerbang hari Jumaat. Hari Jumaat kan hari raya mingguan umat Islam. Alhamdulillah hari ini hari yang cerah dan indah.

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  10. yangbaik:

    Salam Kak YB;-)

    Amin amin. Insya Allah saya mencuba memberikan yang baik-baik sahaja di blog ini.

    Terima kasih kak YB;-)

    BalasPadam
  11. ustaz, selamat kembali bersiaran..renung2kan dan selamat beramal..

    BalasPadam
  12. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Alhamdulillah, dapat kembali bersiaran. Insya Allah akan selalu merenung dan berusaha untuk beramal.

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam
  13. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Selat kembali juga kepada Kak Nur.

    Terima kasih Kak NUr;-)

    BalasPadam
  14. Abd Razak:

    Salam Abd Razak.

    Auk. Alhamdulillah, start balit dah nulis di blog tok. Seminggu cuti rasa sik cukup oh.

    Terima kasih Abd Razak;-)

    BalasPadam