Selasa, Mac 30, 2010

Merancang Permulaan Sebuah Blog Baru (Berdasarkan konsep B.L.O.G.)


Merancang Permulaan Sebuah Blog Baru
(Berdasarkan konsep B.L.O.G.)





KONSEP B.L.O.G.

B- Baju blog. Template dan paras rupa blog yang hendak dibina.

L- Lay figure. Lay-figure adalah patung contoh tubuh manusia yang dibuat daripada kayu yang disambung-sambung yang digunakan oleh pelukis.

O- Objektif. Matlamat blog yang hendak dibina.

G- General Setting. Senarai perkara dan tetapan asas blog yang hendak dibina.



Malam ini saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana saya merancang permulaan sebuah blog baru. Tips yang mudah dan senang diingati Insya Allah, kerana ia menggunakan kata kunci BLOG itu sendiri. Rujuk perenggan paling atas yang dihighlight itu.

Jum, kita bincangkan satu persatu...

B- Baju blog. 

Apa yang saya maksudkan sebagai baju blog di sini ialah template blog yang hendak dibina. Inilah perkara pertama yang perlu dipilih untuk blog baru kita. Oleh kerana post ini bukan untuk membincangkan tentang template, jadi saya cuma boleh mengatakan jangan skip langkah ini jika kita memulakan blog baru. Lebih-lebih lagi jika kita hendak membina blog yang dihost sendiri terutama dengan script Wordpress.

Jika kita mulakan dulu blog kita, kemudian nak pilih template, bukan tidak boleh tetapi akan banyak gangguan nanti. Jadi sewajarnya, pilih dulu baju yang tetap untuk blog itu sebelum mula menambah pelbagai ciri yang lain. Jika kita guna blogger dotcom, bukankah lepas kita buat satu blog kita akan diminta pilih template dahulu.

Untuk Jurnal Online UstazCahaya ini saya gunakan template yang disediakan dalam dashboard sahaja. Kemudian tambah-tambah perhiasan dan godek-godek html serta ubah-ubah font dan warna. Untuk lebih mem'peribadi'kan blog ini, saya sediakan template khas untuk bahagian post.

Insya Allah, di lain kesempatan kita bincang hal template ini lebih lanjut ya.


L- Lay-out figure. 

Lay-out figure adalah patung contoh tubuh manusia yang dibuat daripada kayu yang disambung-sambung yang digunakan oleh pelukis. Walaupun setiap pelukis ada 'stroke' sendiri, tapi jika melukis manusia dan haiwan, mereka masih berpandukan kepada asas anatomi tubuh. Salah satu panduan mereka ialah lay-out figure ini. Contohnya, untuk komik; bagi watak hero ukuran tinggi tubuhnya ialah enam kali ukuran kepala.

Di bawah ini adalah contoh lay figure.


Begitu juga kita sebagai blogger. Semasa merancang sebuah blog baru, sekurang-kurangnya kita ada model dan contoh. Panduan asas ini penting walaupun setiap blogger ada gaya tersendiri. Contohnya jika anda ingin membuat kedai blog, setidak-tidaknya anda tahu bagaimana ciri sebuah kedai blog. Ini juga berkait rapat dengan perkara pertama di atas tadi.

Contohnya saya ingin membuat blog tentang cinta, sekurang-kurangnya saya perlu tahu asas dan ciri blog dengan tema cinta. Saya perlu tengok-tengok blog lain yang menggunakan tema cinta. Tentulah blog dengan tema cinta tidak sesuai dengan 'rupa dan gaya' blog Jurnal Online UstazCahaya ini yang agak peribadi, serius, akademik dan skema.

Untuk blog dengan niche cinta mungkin saya perlukan baju blog yang ada bunga-bunga ke. Perlukan ciri-ciri yang lebih jiwang. Perlukan bahasa yang indah-indah dan menangkap jiwa pencinta.

Pendek kata, kita perlu ada model dan panduan untuk memulakan blog. Model kita perlu sesuai dengan niche kita.

O- Objektif.

Kita perlu ada matlamat untuk blog yang hendak dibina dan dimulakan itu. Matlamat ini menentukan perjalanan kita seterusnya. Mungkin saya tidak perlu bercerita tentang peri pentingnya matlamat kerana ia diketahui oleh hampir semua orang.

Kita perlu tahu blog kita itu untuk apa? Hendak membincangkan tentang apa? Hendak dipromosikan kepada siapa? Kita hendak perjuangkan apa? Kita buat blog itu untuk faedah apa?

Sekalipun kita buat blog peribadi dan untuk suka suki sahaja, matlamat tetap ada dan tetap perlu. Mungkinkah matlamat blog peribadi kita itu untuk kita melepaskan tension, untuk kita berehat, untuk kita berkawan dengan blogger lain dan macam-macam lagi.

Lagipun, sebagai seorang muslim, hidup kita ini sangat singkat untuk kita persia-siakan dengan perbuatan yang tidak ada matlamat. Hidup tanpa matlamat selalunya kurang selamat dan tidak berkat. Di dunia rugi apatah lagi akhirat. Jadi samalah kita beringat wahai sahabat, jika hendak berbuat sesuatu perlulah dengan ada matlamat. =)
Hidup tanpa matlamat selalunya kurang selamat dan tidak berkat.
Di dunia rugi apatah lagi akhirat.
Jadi samalah kita beringat wahai sahabat,
jika hendak berbuat sesuatu perlulah dengan ada matlamat.

G- General Setting.

Last but not least (hehe prosa ini membuat saya tersenyum..), jika kita hendak memulakan blog baru perkara pertama yang perlu ditetapkan ialah General Setting blog kita. General setting sebuah blog merangkumi URL, diskripsi/ tagline, zon waktu, email rasmi blog itu, tetapan untuk komen moderation, tetapan untuk anti spam dan lain sebagainya tetapan asas dan penting sebuah blog.
 
Lagi, perkara-perkara berkaitan MyBlogLog, Feedburner akaun, akaun auto-responder, akaun YouTube dan lain-lain juga adalah termasuk dalam hal General Setting ini.

Perlu diingatkan bahawa General Setting ini adalah perkara pertama yang perlu ditetapkan dalam dashboard blog baru kita.

Alhamdulillah, itulah sekadar sedikit perkongsian kita malam ini. Harap saudara yang membaca ini tidak keberatan untuk menambah apa yang kurang. Juga, jika saudara merasakan perkongsian ini juga perlu diketahui oleh pembaca blog anda, silalah kongsikan ia. Dengan syarat perlu ada link balik ya;-)



Pernyataan Hak Cipta bagi Konsep B.L.O.G.:


'Konsep B.L.O.G. untuk Merancang Permulaan Sebuah Blog Baru' dicetuskan oleh Norudin Draman a.k.a. UstazCahaya.


Penggunaan dan perbincangan Konsep B.L.O.G. adalah dibenarkan tanpa perlu mendapat izin dengan syarat tanpa tujuan komersial. Bagaimanapun, adalah wajar memaklumkan Hak Cipta konsep ini dalam penggunaan dan perbincangan tersebut.


Penggunaan dengan tujuan komersial perlu mendapat izin bertulis daripada Norudin Draman a.k.a. UstazCahaya. Sebarang penggunaan dengan tujuan komersial yang tidak mendapatkan izin terlebih dahulu, pemilik hak cipta akan mendapatkan nasihat undang-undang daripada pihak yang pakar dan berkenaan bagi tindakan yang sewajarnya.


Semoga konsep ini ada manfaat untuk para blogger.


Terima kasih.


PS: Apapun segalanya adalah milik Allah dan kembali kepada Allah SWT.

16 ulasan:

  1. Haduiii sapa pulak yang duk menukang malam2 ni..hehehe, eh maksud saya kat rumah saya ni,orang atas kut!

    Wahhh detailnya ustaz..cinta dan ramadhan!!!... tak sabar saya nak baca!

    BalasPadam
  2. hi ustaz,
    bestnya baca entry nie dapat ilmu sket

    BalasPadam
  3. blog saya pakai baju ke idak??
    banyak idea la Ustaz nih!

    BalasPadam
  4. Salam.
    Banyak info dlm n3 nih..Rugi kalau tak baca

    BalasPadam
  5. salam ustaz..
    semoga berjaya merealisasikan blog baru usataz itu..cuma saru..ada masa ke nak layan byk2 blog tu nanti..takutkan sibuk rumah yang baru nanti rumah yang lama ni bersawang..he he..

    BalasPadam
  6. Afida Anuar:

    Salam Afida.

    Hehe tinggal rumah bertingkat ek. Best jugak hari-hari bersenam turun naik tangga;-) Agaknya adalah yang rosak tu dia bertukang;D

    Insya Allah. Psst, Afida, dua blog itu adalah hint projek ya;-)

    Terima kasih Afida;-)

    BalasPadam
  7. CikLilyPutih:

    Hi Cik Lily.

    Syukur masih dapat buat entry yang best yang Cik Lily suka baca.

    Terima kasih Cik Lily;-)

    BalasPadam
  8. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Ada.. takkan lah tak ada kak;D

    Alhamdulillah idea dari Allah. Sama Kak Fid pun banyak idea.

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  9. Mama Tanjong:

    Salam Mama Tanjong.

    Iya mama, syukur direzekikan Allah untuk dapat kongsi-kongsi ilmu.

    Terima kasih Mama Tanjong;-)

    BalasPadam
  10. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Saya aminkan doa semoga berjaya itu, amin. Terima kasih kerana bang Zul mengingatkan saya. Semoga saya mampu melakukannya dan tidak membiarkan blog ini bersawang.

    Eh, tapi kan blog juga sebuah laman sesawang dalam bahasa IT nya bang;D

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  11. ye la ustaz ni kreatif. Tak saba nak tunggu blog berdua tu..mesti fresh dengan genrenya yang tersendiri..

    saya ada nak kasik award ni..terimala ye..http://littlesharingspace.blogspot.com/2010/03/tq-bentop-blogger-award-2010.html

    BalasPadam
  12. hmm ustaz buat akk fikir balik pasal blog akk yg offer translation service tu. ada kena tokok tambah sikit ni utk buat promosi lg.

    BalasPadam
  13. dbalkis:

    Salam Dayang Balkis.

    Insya Allah doakan semoga blog berdua itu dapat saya mulakan dengan sukses ya, amin.

    Oh terima kasih banyak-banyak award itu. Insya Allah, ada masa luang nanti saya nak tayang-tayang award itu di blog ini.

    Blog ni tak lama lagi ada buat contest. Nanti saya hantar jemputan lagi ya tiba masanya.

    Terima kasih Balkis;-)

    BalasPadam
  14. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Takpa Kak Nur. Buat masa ni, akak isi je dulu blog itu dengan entry yang baik-baik. Nanti dah ok, dah ada penampilan yang baik, baru akak promote lagi.

    Blog saya yang dua itu pun dirancang sejak awal tahun dulu saya buat berdikit-dikit hari demi hari. Kadang sampai seminggu saya tinggal kan jugak tak buat apa.

    Jika akak perlukan saya jangan segan beritahu ya;-)

    Terima kasih Kak Nur;-)

    BalasPadam
  15. Teruja membaca...sangat tetarik, perkongsian ilmu dalam permulaan mencipta blog satu yang dapat dimenafaat oleh org lain, mcm sy yang baru nak mencuba menulis blog...halalkan ilmu ni ye

    BalasPadam
  16. ...jika boleh tolong la komen utk penambahbaik blog saya...mizelly-amizaaris.blogspot.com

    BalasPadam