Selasa, Mac 09, 2010

SAYA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA


SAYA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA








Boleh tolong ajarkan saya buat peraduan?


Saya merasakan sudah tiba masanya saya mengadakan pertandingan di blog ini. Mulanya saya ingin mengadakan pertandingan ini pada awal tahun lalu. Namun kerana blog ini dan saya sendiri belum bersedia, maka saya tangguhkan dulu.

Melalui post ini, saya ingin berbincang dengan anda tentang pertandingan yang bakal saya anjurkan ini.

Saya harap anda sudi memberi saya tunjuk ajar dan cadangan ya;-)


KONSEP ASAS PERTANDINGAN INI:


1. Pertandingan ini adalah pertandingan menulis ulasan (review) blog.

2. Setiap perserta perlu menulis 2 ULASAN blog:
2.1. Ulasan blog Jurnal Online UstazCahaya (yang perlu diterbitkan di blog peserta).

2.2. Ulasan blog peserta sendiri (yang akan disiarkan di blog ini).


Pertama, saya ingin mendengar pendapat anda tentang konsep pertandingan ini. Ok ke tak ok tugasan yang saya berikan ini?

Kedua, saya perlukan cadangan anda tentang kaedah pengadilan. Bagaimana perlu memilih pemenang? Melalui undian ke? Melalui pengadilan markah ke? Atau ada cara lain?

HADIAH:

Saya bercadang untuk memberikan HADIAH PENGHARGAAN kepada setiap peserta. HADIAH PENGHARGAAN berbentuk produk digital. HADIAH UTAMA disediakan kepada tempat pertama, kedua dan ketiga. HADIAH ISTIMEWA kepada referral terbanyak. Juga saya bercadang untuk menyediakan HADIAH MISTERI.



Bagaimana pandangan anda dengan hadiah yang saya sediakan ini? Ok ke tak ok ni?;-)

Jika sesiapa nak menjadi penaja hadiah untuk pertandingan ini, adalah sangat-sangat dialu-alukan. Hadiah boleh berbentul produk atau perkhidmatan. Sangat sesuai untuk anda yang ingin mempromosikan web jualan dan blog anda.

Setiap ulasan yang menyertai pertandingan ini akan saya wajibkan untuk menulis nama dan url penaja dalam ulasan mereka.

AJK PERTANDINGAN/ PENGANJUR BERSAMA:


Hehe, macam skema saja kan;-) Tapi macam mana pendapat anda jika sekiranya saya ingin menubuhkan AJK untuk pertandingan ini? Iya lah, perlu juga AJK ni kan. Untuk tolong jadi pengadil paling penting. Saya cadang begini. Siapa yang jadi AJK, mereka akan dinamakan sebagai penganjur bersama untuk peraduan ini. Ala-ala penaja jugalah.

Menjadi AJK dan PENGANJUR bersama ini juga cara yang baik untuk promosi blog dan perniagaan. Setiap ulasan yang menyertai pertandingan ini akan saya wajibkan untuk menulis nama dan url penaja dalam ulasan mereka.

Bagaimana ok ke tak ok ni?



Saya harap anda yang membaca ini sudi untuk memberikan saya cadangan, pendapat dan tunjuk ajar.

Al-maklum, saya belum pernah lagi menganjurkan pertandingan dalam blog seperti ini.

Sila beri tunjuk ajar ya. Terima kasih;-)



8 ulasan:

  1. salam Ustaz

    kak Fid memang lemah bab nih
    sebab tu kak Fid kalau buat peraduan...ambik masa paling lama 12 jam saja....

    yang pernah ahkak buat.,..
    ala ala isyarat memanggil kat radio tuh....kena match sms n komen di blog..hahaha

    dan teka lukisan anak teruna...

    ni pun tengah fikir nak buat kontest santai lagi

    ala kalau kontest akak hadiahnya hasil kerjatangan keras saja....

    akak tak nak masuk contest sebab asyik kalah ..kahkahkahkah

    tak membantu langsung ya komen nih.....

    BalasPadam
  2. salam ustaz..
    mintak maaf ana tak berapa pandai perkara ni
    tak boleh nak nolong..harap ustaz akan sukses..pasti ada yang tahu..

    BalasPadam
  3. salam ustaz,
    idea ustaz bagus tu. Akk boleh jd pengajur bersama sbb akk mmg ingat nak beli sedikit cenderamata dr NZ sblm balik. cuma kalau ustaz buat, bg masa dlm sebulan utk yg berminat nak masuk. (sebenarnya bg masa utk akk beli hadiah dgn balik ke msia dulu sblm nak pos hadiah nanti).

    BalasPadam
  4. huhuhuh..idea yg molek, ustaz..tapi ape kah hadiahnya??adakah kereta sebijik heheh (materialistik kan)..ala, keter mainan pun ok heheheh (lawak je la ustaz)..terpulang pd ustaz nk wat camne..its yours...

    BalasPadam
  5. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Sangat membantu;-)

    Bagus juga idea hadiah kerja tangan tu. Boleh saya sediakan hasil keras tangan saya sendiri.

    Kak Fid masuk la pertandingan ni nanti. Manalah tahu ada rezeki..

    PS: Harap lepas ni kat blog akak, buat lah pertandingan top komentetor ya:D

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  6. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Takpa. Doa bang Zul itu pun sumbangan juga tu. Esok bila pertandingan ni sudah jalan, bang Zul boleh tolong hebahkan di blog abang ya.

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  7. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Alhamdulillah.. dapat seorang penganjur bersama sudah. Terima kasih ya Kak Nur.

    Ehem-ehem.. ole2 untuk saya jugak ya;D Hehe, gurau saja kak..

    Terima kasih Kak Nuradyani;-)

    BalasPadam
  8. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Molek juga idea tu. Kereta origami yang saya buat sendiri pun ok jugak kan?

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam