Rabu, Mac 10, 2010

Suami yang tewas dengan bekas isteri.. (Tentang Avatar dan The Hurt Locker)


Suami yang tewas dengan bekas isteri..
(Tentang Avatar dan The Hurt Locker)



Sebagaimana yang ramai sedia maklum, malam tadi adalah malam Anugerah Oscar 2010. Juga, tentu ramai sedia maklum akan perebutan takhta antara Avatar dan The Hurt Locker. Sebenarnya, bukanlah pertandingan sengit antara dua buah filem itu yang menarik, apa yang lebih menarik ialah pengarah kedua-dua filem itu adalah bekas suami isteri.

Kenyataan bahawa Kathryn Bigelow dan James Cameron adalah bekas suami isteri yang merebut takhta pengarah terbaik dan filem terbaik di Oscar adalah batu loncatan kepada pertandingan dua buah filem itu. Bagaimanapun, realitinya di hati saya, tentu Avatar adalah yang pilihan saya.

Saya sendiri lebih kepada Avatar daripada The Hurt Locker. Kebiasaan saya, saya memberi masa kepada sesebuah filem selama 20-30 minit untuk menarik perhatian saya. Sekiranya filem itu tidak berjaya menarik minat saya, maka saya akan berhenti menonton. Begitulah, saya tidak habis menonton The Hurt Locker hingga ke 30 minit terawal. Faktor lain ialah, filem The Hurt Locker itu mengangkat 'keperwiraan' mereka. Sedangkan kita semua sedia maklum akan realiti yang berlaku kepada saudara seagama kita di sana.



Berbeza dengan Avatar. Iya mungkin juga kerana selera menonton saya yang lebih suka kepada kisah fantasi dan berbentuk animasi begitu. Selain itu, Avatar mengangkat karektor hero yang 'lumpuh' setengah badan. Itu adalah batu loncatan filem Avatar bagi saya secara peribadi. Avatar menghiburkan dan memotivasikan saya. Ia juga cuba memujuk dunia, bahawa di kalangan 'mereka' masih ada manusia baik hati seperti watak Jack Sully itu.



THE HURT LOCKER









Filem ini meraih hadiah filem terbaik. Juga, melalui filem ini Kathryn Bigelow memenangi anugerah pengarah terbaik Oscar 2010 sekaligus menjadi pengarah wanita pertama meraih takhta tersebut.

PANAS!!

Seorang sarjan tentera Amerika Syarikat (AS) bernama Sarjan Master Jeffrey S. Sarver , 38, memfailkan tuntutan mahkamah dengan dakwaan pembuat filem  The Hurt Locker menggunakan pengalaman cemasnya mematikan bom di Iraq ke dalam filem itu tanpa persetujuannya.





AVATAR









Filem terlaris dan terpelik abad ini. Filem yang saya suka menontonnya. Walaupun masih kurang dari segi jalan cerita, tapi saya suka dengan gambarnya. Juga, antara filem termahal abad.

PANAS!!

Seorang rakyat China sedang berusaha untuk mencari mahkamah di China yang bersedia untuk mengemukakan tuntutannya terhadap filem Avatar. Zhou Shaomou menuntut lapan peratus daripada keseluruhan hasil kutipan Avatar yang disiarkan di seluruh dunia kerana mendakwa Avatar diplagiat daripada novel yang dihasilkannya.

Kisah Avatar sama dengan novel yang ditulis Zhou Shaomou pada tahun 1997 bertajuk The Legend of The Clue Crow yang disiarkan di dua laman web segmen di China pada 1999.

NOVEL AVATAR BAKAL TERBIT

Selepas memukau jutaan penonton dengan 'Avatar', pengarah James Cameron akan membuat sambungan filem ini dengan menulis novel baru terlebih dahulu.

Perkara ini didedahkan oleh pengarah John Landau kepada MTV News.

"Ia bukan sekadar novel saja tetapi ada perbezaan ketara. Jim ingin menulis novel sehebat satu epik yang akan menceritakan banyak perkara," kata John kepada The New York Daily News.

Kata John lagi, semua penceritaan akan dimuatkan dalam filem baru. Ia akan diceritakan secara terperinci bagaimana karektor Sigourney mengajar di sekolah; keadaan Jack Sully di dunia dan kisahnya sebelum dia menjadi lumpuh, kematian abang Jack Sully, Tommy dan kisah Colonel Quaritch.

Novel ini sekaligus menyerlahkan bakat Cameron sebagai penulis novel dan ia dijangka siap sebelum penghujung tahun ini.

Andai benarlah apa yang dituntut oleh Sarjan Master Jeffrey S. Sarver dan Zhou Shaomou...

Erm... bagaimana ya?

8 ulasan:

  1. salam ustaz..
    biasa dah dunia ni bila ada orang yang senang dan mewah akan ada lah yang nak cuba menumpang tanpa izin (kerelaan hati si kaya)..sebab tu lah ada saman menyaman ni..semua tu nak duit jer..kita tunggulah siapa yang betul..

    BalasPadam
  2. akak nak buat tuntutan apa ya Ustaz??
    kalau nak tuntut wang dari senior yang guna report akak untuk meluluskan diri bleh??/
    hahahahhahhah

    tak de kerja nak cari pasal dengan orang kan...

    BalasPadam
  3. Salam ustz
    Perkara begini kerap berlaku dlm indusri hiburan. Di Msia pun ada kes Lagu popular yg di tiru dari puisi org lain.Walaupun ternyata bukti didedahkan namun ia terlepas begitu je.Yang bengkak hati ialah pemilik asli sesuatu karya itu. Ini bukan soal bayaran atau royalti, tapi harga diri dan hak milik individu yang dirampas.

    BalasPadam
  4. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Bang Zul, Sarjan Master Jeffrey S. Sarver ada bukti yang kukuh dan tuntutannya kuat lagipun nama samaran yang digunakan adalah nama samaran beliau.

    Dalam kes Zhou Shaomou, dia dan peguam belum dapat mahkamah yang mahu menerima tuntutan mereka.

    Iyalah kan bang, siapa menang siapa kalah, bukan diaorang bagi kat kita pun kan. Hehe.

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  5. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Tuntut kak asalkan yang hak.

    Hehe.. tuntut hak bukan cari pasal kak. Cari reda Allah, Insya Allah;-)

    Lagipun jika benar dia lulus kerana report akak dan akak biarkan, bimbang itu jadi subhah juga kak Fid eh.

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  6. Mama Tanjong:

    Salam Kak MT.

    Kak MT yang ditunggu-tunggu. Lama menghilang eh;-)

    Iya eh kak, terbaru kes Farid Kamil dengan Ahmad Idham. Alangkan mereka itu satu kompeni.

    Iya, hak intelek patut dihormati. Itu tanda masyarakat bertamadun tinggi.

    Terima kasih Kak MT;-)

    BalasPadam
  7. cool, mmg cool. disamping artikel2 yg membuka minda & keagaamaan, ustaz pun sempat mengikut perkmbagan semasa! :)

    saya sama mcm ustaz. kalo tgk movie atau baca buku citer pun mesti akan tgk samada dpt menarik perhatian saya utk terus menonton dlm minit2 pertama atau mukasurat awal. :) scene pertama tu kena catchy!

    BalasPadam
  8. Syigim:

    Salam Syigim.

    Alhamdulillah. Iyalah kadang-kadang perlu rehatkan minda cara macam ni. Lagipun saya nak highlight kan isu panas kedua-dua filem ini yang didakwa sebagai menggunakan idea orang lain tanpa izin.

    Iya bener. Samalah cara kita menonton dan membaca. Pakar pun kata macam tu jugak. Filem mesti menangkap penonton pada 10 minit pertama.

    Terima kasih Syigim;-)

    BalasPadam