18/04/2010

(Jawapan) Cara Terbaik Untuk Menegur Supaya Yang Ditegur Tidak Kecil Hati dan Yang Menegur Tidak Makan Hati


(Jawapan) Cara Terbaik Untuk Menegur
Supaya Yang Ditegur Tidak Kecil Hati
dan Yang Menegur Tidak Makan Hati






(Macam mana orang Jepun ini boleh tanggalkan kepala dia ya?)


-Ini adalah penyelesaian masalah yang kita bincangkan hari Jumaat yang lalu. KLIK SINI untuk siri pertama-

Masalah PM adalah kerana barang-barang berharga milik negara diambil a.k.a. oleh tetamu kehormat dari negara lain. Bukanlah harga barang-barang itu yang menjadi soal tetapi barang-barang itu adalah khazanah berharga negara yang adanya sudah berusia ratusan tahun.

Baik malam ini kita melihat bagaimana PM tersebut menyelesaikan masalah itu...




ANALISIS MASALAH

Pihak yang ingin ditegur:
Tetamu yang mengambil (mencuri) barang-barang yang digunakan dalam jamuan.

Matlamat teguran:
Untuk menyelamatkan khazanah negara yang berharga dan penting.

Masalah:
Tidak boleh memalukan pihak yang ingin ditegur.






PENYELESAIAN

Perdana menteri negara tuan rumah meminta seorang daripada pengawalnya untuk menyamar menjadi ahli silap mata. Sebelum majlis berakhir, pengacara majlis memberitahu para hadirin bahawa satu pertunjukan silap mata akan dipersembahkan.

Ahli silap mata 'olok-olok' lalu dijemput ke atas pentas. Sebaik berada di atas pentas, ahli silap mata itu memperkenalkan diri. Selepas itu dia memberitahu tentang silap mata yang akan dipersembahkan olehnya, yang mungkin tidak akan dialami lagi oleh para tetamu selepas itu.

"Tuan-tuan dan puan-puan. Silap mata ini adalah permintaan istimewa oleh perdana menteri negara kami yang dipersembahkan khas untuk para pemimpin negara tetamu yang sudi melawat negara kami. Ini mungkin kali pertama dan terakhir tuan-tuan dan puan-puan sekalian melalui saat yang ajaib seperti ini".

"Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Selepas saya menghitung kiraan tiga, semua lampu dalam dewan ini akan ditutup dalam masa lima saat.. dan dalam masa lima saat itu, saya akan memasukkan beberapa barang yang berada di atas meja ke dalam beg tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. Lebih menarik, sesiapa yang barang-barang di atas meja yang saya masukkan ke dalam beg mereka akan menerima hadiah istimewa dari perdana menteri".

Tepukan bergemuruh.

"Sebelum itu, ada satu syarat yang perlu dipatuhi oleh kita semua. Semua hadirin yang membawa beg tangan, diminta menutup beg mereka dengan kemas dan sila peluk beg itu dengan erat."

"Nampaknya semua sudah bersedia... satu.. dua.. tiga!"

Dewan pun bergelap selama lima saat. Pada masa itulah perdana menteri dan isteri serta beberapa pemimpin negara tuan rumah yang tahu akan hal itu, turut memasukkan beberapa barang ke dalam beg mereka. Ini bertujuan agar tetamu tidak merasa curiga dan malu dengan persembahan itu.

Selepas lima saat, lampu dinyalakan semula. Kelihatan semua tetamu masih memeluk dengan erat beg tangan mereka.

"Bailah, tuan puan sekalian sila periksa beg masing-masing. Sesiapa yang di dalam beg meraka ada dimasukkan barang-barang di atas meja, sila keluarkan barang tersebut dan panggil pelayan. Pelayan akan mengambil nama untuk perdana menteri memberikan hadiah istimewa. Hadiah akan dikirim melalui pos".
Ramailah tetamu yang berpura-pura menjerit 'kegembiraan' kerana di dalam beg mereka ada barang yang 'dimasukkan' oleh ahli silap mata. Oleh kerana perdana menteri dan beberapa orang pemimpin negara tuan rumah juga 'ada barang' di dalam beg mereka, maka tetamu yang cuba mencuri tadi tidak berasa malu dan bersalah.

Maka selesailah satu masalah;-)







6 ulasan:

  1. salam ustaz,
    satu penyelesaian yg bagus sekali. tak terfikir pun akk.

    BalasPadam
  2. salam ustaz... penyelesaian masalah yg menarik.

    BalasPadam
  3. temp. housewife:

    Salam Kak Nur.

    Hehe, itu cerita rekaan saja Kak. Untuk realiti, cabaran juga ya, bagaimanan kita hendak menegur orang dengan cara yang paling baik dan halus.

    Terima kasih Kak Nur;-)

    BalasPadam
  4. Momma Mia:

    Salam Momma Mia.

    Hehe. Cerita rekaan semata-mata Momma Mia. Cuma yang saya fikirkan ialah, bagaimanan untuk menggunakan kaedah yang sama dalam kehidupan harian.

    Terima kasih Momma Mia;-)

    BalasPadam
  5. salam ustaz..
    satu penyelesaian yang bijak..

    BalasPadam
  6. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Hehe, cerita rekaan semata-mata bang Zul eh;-)

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam