Jumaat, April 02, 2010

JEMPUTAN MENJADI PENAJA dan PENGANJUR BERSAMA (Pertandingan Menulis Ulasan Blog)


JEMPUTAN
MENJADI PENAJA dan PENGANJUR BERSAMA
(Pertandingan Menulis Ulasan Blog)



PENDAHULUAN:


Tidak terasa masa berlalu, kini kita sudah memasuki bulan keempat dalam tahun 2010. Seperti orang lain, saya juga ada senarai rancangan yang hendak dilakukan pada tahun ini. Salah satunya adalah mengadakan 'Pertandingan Menulis Ulasan Blog'. Walaupun bulan April ini adalah bulan yang sangat genting bagi saya ; saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya mengadakan pertandingan ini. Pertandingan yang sudah dirancang sejak Disember 2009 yang lalu dan sudah beberapa kali saya war-warkan di blog ini.

JEMPUTAN SEBAGAI PENAJA dan PENGANJUR

Salam awal April kepada saudara yang membaca post ini. Semoga saudara dan keluarga sentiasa berada di bawah limpahan kasih sayang Allah (SWT). Melalui post ini, saya dengan segala hormatnya memohon budi baik dan kesudian saudara untuk menjadi penaja dan penganjur bersama bagi pertandingan yang bakal diadakan tidak lama lagi. Di bawah diterangkan maklumat lanjut mengenainya.






PENAJA:

1. Penaja adalah pihak yang menyumbangkan hadiah untuk pertandingan ini.

2. Senarai penaja akan diwajibkan untuk disiarkan dalam setiap ulasan yang menyertai pertandingan ini dan dalam setiap post di blog ini yang berkaitan pertandingan ini.

3. Hadiah yang boleh ditaja adalah berbentuk:

3.1. Wang ringgit (minumum RM10).

3.2. Produk fizikal seperti keychain, tuala, tudung, cawan, bingkai gambar dan lain sebagainya (tidak ada nilai minimum)

3.3. Produk digital seperti ebook, audio, video, grafik etc. Hendaklah disumbangkan dalam bentuk cd/ dvd (minimum berharga RM30)

3.4. Perkhidmatan seperti review, buat laman web, buat grafik, dan lain-lain yang boleh diberikan secara jarak jauh tanpa perlu mengunjungi premis penaja ((minimum berharga RM30)

3.5. Ruang Iklan di laman web/ blog penaja. Dengan syarat web dan blog memang ada menyediakan ruang iklan (minimun berharga RM25)

3.6. Buku/ novel (tidak ada nilai minimum).

4. Hadiah kecuali perkhidmatan dan ruang iklan, hendaklah sampai kepada UstazCahaya DUA MINGGU sebelum pertandingan tamat. Ini adalah untuk mengelakkan kelewatan proses mengirim hadiah kepada peserta. Hadiah akan dikirim kepada peserta dalam masa tidak lebih daripada sebulan selepas keputusan pertandingan diumumkan dengan rasmi.

5. Kos penghantaran hadiah daripada penaja kepada UstazCahaya adalah ditanggung oleh penaja. Kos penghantaran hadiah kepada peserta adalah ditanggung oleh UstazCahaya.

6. Sekiranya penaja menarik balik tajaan atau tidak dapat menghantar hadiah dalam tempoh yang ditetapkan, maka hal itu akan diumumkan kepada semua peserta dan juga akan diumumkan di blog Jurnal Online UstazCahaya.

7. Pertandingan ini memerlukan peserta menulis dua buah ulasan blog. Sebuah adalah ulasan blog milik peserta sendiri dan sebuah lagi adalah ulasan tentang blog yang dipilih oleh peserta daripada senarai yang diberi:

7.1. Blog Jurnal Online UstazCahaya, atau
7.2. Blog penaja pertandingan ini.

Ulasan blog peserta akan disiarkan di blog ini. Ulasan kedua pula akan disiarkan di blog peserta.

8. Sekiranya berminat untuk menjadi penaja, sila email ke ustazcahaya@gmail.com








PENGANJUR BERSAMA:

1. Penganjur bersama adalah individu yang sudi membantu UstazCahaya dalam mempromosikan dan mengadili pertandingan ini.

2. Penganjur bersama boleh juga menjadi penaja.

3. Senarai penganjur bersama akan diwajibkan untuk disiarkan dalam setiap ulasan yang menyertai pertandingan ini dan dalam setiap post di blog ini yang berkaitan pertandingan ini.

4. Penganjur bersama diminta confirm dengan UstazCahaya di email ustazcahaya@gmail.com sebelum pertandingan ini bermula dengan rasminya.

5. Jumlah penganjur bersama adalah terhad.



PENUTUP:

Saya memohon jasa baik saudara yang membaca ini, sekiranya tidak berminat untuk menjadi penaja atau penganjur bersama, mohon jasa baik saudara untuk memanjangkan perkara ini kepada pembaca blog saudara.

12 ulasan:

  1. salam ustaz,

    K.Nur masih berminat seperti yg telah dinyatakan sblm ini utk menjadi penaja hadiah. hadiah2 adalah hadiah fizikal seperti key chains dsbnya dr NZ.

    BalasPadam
  2. Saya berminat juga, cuma belum pasti hadiah apa yang sesuai... akan difikirkan.

    BalasPadam
  3. salam uztaz,
    saya berminat menjadi penaja hadiah fizikal.

    BalasPadam
  4. salam ustaz..
    usaha yang baik
    tahnniah..

    BalasPadam
  5. Salam.
    Semuga segalanya berjalan dgn baik.
    saya belum mampu ustz

    BalasPadam
  6. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Alhamdulillah, dapat sponser barang dari NZ kita;-)

    Kak Nur, jika tak keberatan, minta Kak Nur jadi penganjur bersama juga ya. Sebab Kak Nur kan guru bahasa, jadi boleh tolong check ulasan peserta. Minta tolong ya Kak Nur.

    Terima kasih Kak Nur;-)

    BalasPadam
  7. Wan Anie:

    Salam Kak Wan Anie.

    Alhamdulillah, dapat sponser dari usahawanita macam kak Wan Anie. Iya, pilih ya Kak Wan banyak produk di kedai akak tu;-)

    Terima kasih Kak Wan Anie;-)

    BalasPadam
  8. Nino:

    Salam Kak Nino.

    Alhamdulillah. Dapat hadiah produk lagi;-)

    Terima kasih Kak Nino;-)

    BalasPadam
  9. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Alhamdulillah masih dapat berusaha. Lagipun dah janji bang, kena buat jugak. Bang Zul nanti sudi-sudikan lah masuk pertandingan ni nanti ya.

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  10. Mama Tanjong:

    Salam Kak Mama Tanjong.

    Takpa, sokongan dan galakan Kak MT sudah mencukupi. Nanti sudi-sudikan ikut serta ya Kak MT jika tidak keberatan.

    Terima kasih Kak Mama Tanjong;-)

    BalasPadam
  11. Salam.
    Rasanya saya mampu untuk jadi penyumpang hadiah Fizikal sahaja..... produk sabah.... tea sabah or aksesori mutiara sabah... Oklah tu kan...

    BalasPadam
  12. ari:

    Salam Cikgu Ari.

    Alhamdulillah. Sangat lah dialu-alukan Mbah. Di rumah kami juga minum teh sabah. Bagus bah;-)

    Wah mutiara tu lagi bagus jika dibuat gelang terus Mbah;-)

    PS: Saya pandai cakap Sabah bah. Dengar ya, 'mengapa bah kau berubah, mengapa bah' ;D

    Terima kasih Mbah Ari;-)

    BalasPadam