Ahad, April 04, 2010

Sudah Empat Haribulan April (are you ready for second quarter?)


Sudah Empat Haribulan April
(are you ready for second quarter?)




(Image By FrancesStarr)

Hari ini sudah 4 April 2010. Bermakna kita sudah melepasi suku tahun pertama dan sudah melangkah ke suku tahun kedua.

Suku tahun? Ikut kefahaman saya, suku adalah 'satu per empat' atau masa saya kanak-kanak dulu, ibu saya ambil mudah untuk terangkan suku adalah dibahagi empat. Bermakna, jika setahun ada 12 bulan, dibahagi empat adalah 3 bulan. Jadi, suku tahun adalah 3 bulan.
Hari ini hari Ahad yang dipanggil juga hari minggu. Seperti minggu lepas dan minggu-minggu sebelumnya, saya tidak ada hujung minggu. Pergi menghadiri kenduri pun sudah satu bulan rasanya saya tidak ada. Di sini, pergi menghadiri kenduri kami panggil 'pengilan' (sebut pe-ngi-lan). Contoh ayat, 'Hari tok kamek sikda gi pengilan' bermaksud 'hari ini saya tidak ada pergi kenduri'. Hehe, cerita kenduri pula.

Bukan apa jika dikatakan kenduri hujung-hujung minggu begini mesti kenduri kahwin kan. Itulah, ada orang tegur saya, jika setiap minggu tidak berhujung minggu, nanti makin lambat nak dapat calon. Iyakah? Saya konpius;D

Saya tidak mahulah cari-cari calon di hari minggu. Saya lebih suka calon yang tidak berhari minggu, yang rajin kerja sampai lapan hari seminggu. Sebabkan nanti bila dia jadi suri rumah, mana ada hujung minggu lagi. Hehe;-)

Bulan April ini bulan yang sangat genting dan penting. Saya ada 'kerja' penting yang perlu disiapkan sebelum pertengahan bulan ini. Selepas itu saya akan sambung pula 'kerja' kedua yang mesti disiapkan pada bulan Mei nanti.

PS: Tengah 'menyangkul' movie My Spy di sebuah laman web. Hehe, lepas selesai  'dicangkul' movie itu, saya nak tonton My Spy untuk berehat seketika sebelum sambung lagi drift. Erm, sambung buat kerja dengan gaya drift! ;D








My Spy



Pengarah:    
Afdlin Shauki

Syarikat Penerbit:    
KRU Studios Sdn. Bhd.

Klasifikasi:    
PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

Tarikh Tayangan:    
03 Disember 2009.

Durasi:    
94 min

Sinopsis:

AJ yang liar dan buta warna. Salleh - seorang pesara polis yang cuba menjual rekaannya kepada Polis Diraja Malaysia. Kedua-duanya membenci satu sama lain.Namun, penyiasat-penyiasat persendirian ini harus bergabung tenaga untuk menyelesaikan kes terbesar mereka. AJ dan Salleh akan berdepan dengan seorang Datuk yang korup, pencuri dan pembunuh kembar, setiausaha yang seksi dan sebuah sindiket pencuri hasil seni.

Komen saya:

Huhu. Kalau cerita Melayu lah, sekarang ni orang sibuk tengok Evolusi KL Drift 2, saya baru tengok My Spy. Sebabnya saya tidak gi panggung dan saya tidak mahu beli dvd cetak rompak (selagi dapat tidak beli). Saya rela tunggu ia boleh didownload.

Apapun, Harun Salim Bachik itu memang peminat saya sejak saya masih kanak-kanak riang dahulu. Tengok muka dia saja saya sudah mahu ketawa;D Hahaha Harun Salim Bachik! Dialog popular komik APO?







Tiada ulasan:

Catat Ulasan