Sabtu, Mei 15, 2010

Hati Rasa Diseru-seru


Hati Rasa Diseru-seru







Hati saya bagai diseru-seru. Oh apakah itu? Seruan itu membuatkan saya tidak dapat menahan hati daripada menaip ini.

Oh, sebenarnya saya masih bercuti daripada blog ini. Mungkin sehingga penghujung Mei ini. Tentang sebab-musababnya, saya dinasihatkan untuk tidak memberitahunya sekarang. Insya Allah, selesai, saya akan beritahu juga nanti. (Mohon doanya ya, Amin Ya Rabb Al-Alamin). ;-)

Orang kata, kesibukan membuatkan kita lupa kepada banyak perkara. Iya benar, saya mungkin pernah terlupa hari ini hari apa, tetapi saya tidak pernah lupa tarikh, kerana saya sedang mengejar tarikh. Setiap hari saya menghitung, tinggal 10 hari lagi, 9 hari lagi dan seterusnya.

Orang kata, untuk melupakan seseorang atau sesuatu, kita boleh sibukkan diri. Iya benar, saya juga pernah merasainya dan melakukannya. Namun, sekiranya ketika kita sedang tenggelam dalam kesibukan, hati kita bagai diseru-seru dan selalu teringatkan seseorang, petanda apakah itu? Aiseh.. ;-)

Hehe, ia soal hati. Kadang-kadang bagai misteri, tetapi itulah, fenomena seru-seruan hati. Saya sedang membuat kerja saya, dan melayan lagu-lagu Arab. Antaranya lagi Albi Nadak yang bermaksud, Seruan Hati.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada rakan-rakan guru yang membaca blog ini. Sebenarnya, para pembaca blog ini yang sudi komen dan beri terguran serta cadangan, kamulah guru saya di blog ini;-)

Teristimewa buat guru-guru kita, gugusan doa untuk mereka. Lebih istimewa, untuk seorang guru saya yang terbaik tetapi paling garang dan kejam yang bernama Encik Pengalaman.





THANK YOU TEACHERS

Thank you for all the
Hours you spend
Attention you give
Need that you tend
Knowledge you pass in


Your special touch
Offering guidance
Undaunted by much


Time you spend planning
Efforts you make
Angles to learn
Changes you take
Here's to our teachers
Eeach one gem
Recognized now, we
Salute them!


12 ulasan:

  1. Salam...

    Bunyinya macam nak nait pelamin jak tok..:)

    Selamat Hari Guru utk kitak :)

    BalasPadam
  2. saya juga meminati lagu ini.. semoga apa yang enta usahakan dipermudahkan segala urusan oleh Allah. ameen

    BalasPadam
  3. salam
    ustaz
    ohisashiburi..maknanya....long time no see(???)
    kihkih

    selamat hari guru

    All the best!!!

    BalasPadam
  4. selamat hari guru juga ya ustaz... :)

    BalasPadam
  5. salam ustaz, lama menghilang..
    Selamat hari guru untuk ustaz jugak.. ada award utk ustaz

    http://keloncot.blogspot.com/2010/05/i-love-your-blog-award-from-mommyyus.html

    BalasPadam
  6. salam ustaz..
    selamat Hari guru buat anda
    dan seluruh warga guru..
    GURU PELITA HIDUP
    siapa lah kami yang berilmu
    tanpa para guru..

    BalasPadam
  7. selamat kembali berblogging ustaz..semoga ilmu yg ustaz curahkan memberi kesan kepada pembaca blog ini..trime kasih..;-)

    BalasPadam
  8. salam Ustaz..selamat hari guru.

    BalasPadam
  9. salam ustaz,
    Knur pun dah jarang2 menulis kat blog sejak balik Msia ni. Harap2 apa yg ustaz usahakan akan berhasil. INsya Allah.

    BalasPadam
  10. salam...hmm..cam jiwang je sket bunyi hr ni ustaz.hehe
    :)

    BalasPadam
  11. saya sentiasa menyibukkan g bdiri dengan keje keje sekolahyang banyak .so that saya tak paya bawa alik kejer ke rumahh

    BalasPadam
  12. Salam semua.

    Terima kasih kerana membaca blog ini dan meninggalkan komen. Maaf, tidak sempat dibalas.

    PS: Sila baca post terbaru ya.. tentang buku sulung saya yang bakal berada di pasaran pada bulan Ramadan ini.

    BalasPadam