Isnin, Oktober 18, 2010

Kita Kawan Biasa atau Kawan Luar Biasa? (Kisah Si Gila Membantu Si Pengemis)


Kita Kawan Biasa atau Kawan Luar Biasa?
(Kisah Si Gila Membantu Si Pengemis)






Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Bismillah.

Berpeluh-peluh saya menyapu sawang di blog ini. Fuh, sudah begitu lama ditinggalkan. Bukan apa, selepas lahir buku sulung, terus sibuk dengan promosi . Promosi buku dan promosi diri penulis buku. Hehe;-) Dan, terus sibuk merancang kelahiran-kelahiran seterusnya. Serta pelbagai kesibukan yang menambah sibuk sahaja untuk dicerita. Cukuplah sekadar perkataan 'sibuk' itu menjadi frasa sempurna menerangkannya. Hehe.. ;-)

Saya sedang membaca novel 'Bintang-bintang ke Syurga' karya Xarine. Terbitan Jemari Seni. Sebuah novel tazkirah. Saya gelar novel ini sebagai "buku tazkirah yang diselit novel", bukannya novel yang diselit tazkirah. ;-) Apapun, sebuah novel yang patut baca sebagai pengisian jiwa.



Dari novel Bintang-bintang ke Syurga ini, saya beroleh satu kisah yang menarik dan menggugah hati serta minda.. Sekadar perkongsian kita malam ini..



Pernahkah Kita Sehabis Daya Membantu?

Saya tertarik dengan kisah yang dikongsikan oleh Xarine dalam 'Bintang-bintang Ke Syurga'. Sebuah kisah tentang peminta sedekah dengan orang gila.

Ketika seorang peminta sedekah duduk di tepi jalan, semua orang melintas sahaja. Berat untuk memberi kerana pelbagai prasangka dan kerana merasakan diri masing-masing pun susah juga.

Kemudian, datang seorang gila, diterajangnya si pengemis tua. Sampai terpelanting. Akhirnya orang ramai menangkap dan membelasah si gila itu. Si gila dengan tenaga yang ada, dapat meloloskan diri. Selepas itu, orang ramai memberi perhatian kepada si pengemis. Sekejap masa, tin kosong si pengemis tadi penuh dengan wang kertas pelbagai warna..

Itu pertolongan dari si gila yang merelakan dirinya dipukul dan dipandang hina oleh orang ramai kerana kasihnya kepada pengemis.

Mengingatkan kisah ini, saya berfikir banyak perkara. Salah satunya, ketika orang lain susah, kita selalu berkata hanya mampu berdoa. Jarang kita berusaha sehabis daya membantu. Malu saya dengan si gila dalam kisah ini.

...yang pahit itu, tidak semestinya tidak baik.
Mungkin ia jauh lebih baik....


Tengah hari tadi juga, secara spontan saya menukilkan sebuah puisi. Dan sudah pun dipublish di Facebook. Puisi yang membuat seseorang terasa, dialah yang dimaksudkan itu. Kemudiannya, selamba arnab dia berkata. 'Ehehe. Macamlah saya seorang saja perempuan yang paling rapat dengan awak masa ni..". Heh, ada saja. Macamlah saya ada mention, lelaki ke perempuan kat situ? ;-)

Inilah puisinya..


Kita Kawan Biasa atau Kawan Luar Biasa?

Ketika kita nangis, kawan biasa hanya sama menangis..
agar kita rasa dia peduli.
Tapi kawan luar biasa, jika kita menangis,
dia cuba buat kita ketawa dan riang gembira semula.

Kawan biasa, buat-buat jatuh ketika kita terjatuh,
agar kita rasa ada orang bersama kita.
Tapi kawan luar biasa, ketika kita jatuh,
dia menunduk, menghulurkan tangannya,
dan membantu kita bangun semula.

Kawan biasa, jika kita bersalah, dia memaafkan..
atau jika tidak perlu dia diamkan saja,
tidak mahu membincangkannya.
Kawan luar biasa, jika kita bersalah,
dia bantu kita memperbetulkannya
dan mengingatkan kita agar tidak mengulang semula.

Kawan luar biasa, jika kita bersalah,
dia bantu kita memperbetulkannya
dan mengingatkan kita agar tidak mengulang semula.
Note: Hak Cinta Terpelihara. Ops! Hak Cipta Terpelihara ;-)
Nukilan spontan di tengah hari. Isnin, 18 Oktober 2010. Jam 14:15.
* Hak Cinta Terpelihara tu novel by Lynn Dayana. :p

**Kak Lynn Dayana pula menambah di FB tadi. Tambahan yang menarik sekali.. tambahnya..

kawan biasa selalu belanja makan...
kawan luar biasa,
jarang belanja makan sebab mahu menjaga kesihatan kawannya itu. Hehe...

Kawan biasa duit tak berkira,
kawan luar biasa akan tolong mengira duit itu...
sebab bekal utk masa hadapan
dan mahu ...sama2 mengerjakan haji bersama.

(Trimas Kak Lynn Dayana. Ya, kebetulan musim haji ni ;p)

Ok, cukuplah malam ini. Sekadar pemanas enjin. Saya mahu menyambung membersihkan sawang-sawang yang bergantungan bagai awan larat di blog ini ni. Hehe;-)

11 ulasan:

  1. Salam ustaz...

    sebelum xarine jadi penulis, dia merupakan salah seorang sahabat blogger terawal saya. Nama beliau mohd khairi. Kalau tak silap saya, nama xarine di ambil bersempena nama isteri beliau, zarine...eh ke zarina..lupa dah saya.

    Satu lagi novel terbaru beliau adalah Yuda di Padang Maya, kalau ustaz baca ni, lagi lah kagum khairi punya imaginasi ni..

    kubakoya.com--> dia punya blog. hehe, sempat promote ni..

    PS: kita kawan luar biasa kan?errr..heheh

    BalasPadam
  2. salam ustaz,
    mmg menarik kata2 dlm puisi tadi. Knur pun minat puisi tapi skrg lebih cenderung menulis pusis dlm BI bukan sbb tak syg bhs sendiri tapi dahh biasa banyak belajar puisi2 BI masa ambil TESL dulu.

    BalasPadam
  3. Salam Ustaz..
    semoga sihat dan sejahtera selalu..
    ermm..buku ustaz tu menarik,saya dah baca
    2 kali sekarang bagi dekat adik pula membacanya.


    New Entry at www.zulkbo.com
    cara-upload-gambar-guna-hosting-selain-blogger

    BalasPadam
  4. sala uztaz..kembalilah semula ke dunia blogging..rindu pada laras - laras entri yang ustaz titipkan...apapun, semoga karya ustaz terus sukses ya...

    BalasPadam
  5. nukilan saudara dengan penghayatan cukup mendalam membuatkan diri ku tersenyum bahagia kerana bukan jalan ceritanya cukup bermakna, tapi pengajaran yang perlu diambil iktibar. Terima kasih kerana satu lagi kepuasan dapat ku kecapi.

    BalasPadam
  6. Afida Anuar:

    Salam Afida.

    Afida ni ramai kawan penulis. Fida bila lagi? Saya doakan.. Jika perlu bimbingan, kawan-kawan penulis Insya Allah, sedia membantu.

    And, Fida ni banyak baca buku Jemari Seni. Thank selalu rekemenkan novel-novel JS.

    PS: Iya, kita kawan luar biasa, walaupun kita ni orang yang biasa-biasa saja;-)

    Terima Kasih Afida:-)

    BalasPadam
  7. transformed housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Orang biasa, suka berbahasa ibunda. Orang luar biasa, tahu banyak bahasa:-)

    Iya, yang penting, tahu banyak bahasa, banyak kelebihannya.

    Selamat berkarya Kak Nur. Nanti, boleh lah Kak Nur tolong terjemahkan puisi-puisi saya juga ya;-)

    Terima kasih Kak Nur:-)

    BalasPadam
  8. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja. Saya mendoakan yang sama untuk bang Zul dan keluarga.

    Terima kasih Bang Zul, baca buku saya, beli buku saya, hadiahkan buku saya dan pinjamkan buku saya. Bang Zul memang kawan luar biasa saya:-)

    Terima kasih Bang Zul:-)

    BalasPadam
  9. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Terima kasih untuk sokonganmu itu. Kamu memang kawan luar biasa. Insya Allah, berkat sokongan dan doa kalian, saya terus berkarya. Semoga Allah memudahkan..

    Terima kasih Sahrom:-)

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama:

    Salam..

    Sungguh puitis ayat itu. Cuma, tidak tahu siapa namanya. Kamu memang luar biasa:-)

    Alhamdulillah, jika coretan tidak seberapa di sini, boleh memberi sedikit sinar kepada insan lain. Syukur, itu rahmat Allah pada kita.

    Terima kasih Tanpa Nama yang luar biasa:-)

    BalasPadam
  11. assalamualaikum ustaz,
    suka baca entry2 ustaz...
    jumpa blog ustaz melalui cadangan salah seorang cikgu dari Sabah.
    teruskan menulis ustaz

    BalasPadam