31/01/2010

Hiburan Pada Zaman Kanak-kanak Saya


  Hiburan Pada Zaman Kanak-kanak Saya




photography Pictures, Images and Photos

(Photo By findstuff22)


Pada tahun 1990-an, saya masih di sekolah rendah. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan apa yang saya lalui pada zaman kanak-kanak saya dahulu. Saya sedar, masih ramai orang yang tidak menikmati zaman kanak-kanak yang indah sama ada di dalam negara kita, apatah lagi di negara luar seperti India, Indonesia, Thailand dan lain-lain.

Sejak kanak-kanak, hari minggu ada 'bau' dan 'rasa' yang tersendiri bagi saya. Saya ingat lagi, semasa kanak-kanak dulu, jika hari minggu itu seronok dan best, saya akan rasa sayang dan berat hati untuk mula bersekolah semula pada hari Isnin berikutnya. Terutama jika saya bermalam di rumah nenek atau rumah sepupu. Berat rasa untuk berpisah dengan hujung minggu. Berbeza pula pada hari Jumaat. Jika hari Jumaat itu saya melalui masa yang menyeronokkan di sekolah, saya akan berat hati untuk bercuti pada hujung minggu. Hehe, macam-macam saja kita pada waktu kanak-kank ya;-)

Tengah hari tadi, saya dan adik perempuan saya, bercerita kepada adik bongsu kami yang berumur 6 tahun itu; tentang hiburan pada masa kami kecil-kecil dulu. Kami beritahu dia, zaman itu tidak ada saluran seperti 611 dan 616 di Astro, malah Astro pun belum ada. Masa dulu belum ada Upin dan Ipin, Geng Bas Sekolah, Hikayat Putera Shazlan, Blalang, Backkom, Hagemaru, B-Daman dan entah apa-apa lagi nama kartun dan animasi yang menjadi hiburan kanak-kanak masa kini.

Pada zaman kanak-kanak kami, jika hari biasa, boleh menonton video-video seperti di bawah. Itulah antara hiburan kami zaman kanak-kanak dulu, kata saya kepada adik bongsu itu. Menceritakan itu, mengingatkan saya kepada kartun dan filem yang saya tonton berulang-ulang kali pada masa kecil dulu seperti; Soccer Boy, Gaban, Tom Sawyer, Magix BMX, Ninja, Incredible Hulk, Sesame's Street, Doraemon, apa la nama drama Jepun yang main bola tampar itu ya lupa sudah dan lain-lain kartun yang saya sudah tidak ingat lagi. 
Jika filem pula, hanya harap menonton TV1 dan TV2 sahaja. Teringat filem-filem zaman 80-an seperti filem Awang Selamat (?), Keluarga 90-an, filem-filem Mr Os, filem Kung-Fu dari Hong Kong, Drunken Master, King of Gambler, Magix BMX dan banyak lagi nama-nama yang saya lupa. Bila sudah ada pemain video, baru dapat menonton Dennis The Manage, Child Play, Home Alone, Jumanji (?), Hot Shot dan lain sebagainya.

Teringat juga, masa kanak-kanak dulu, bila selepas menonton satu-satu cerita itu, tidak sah jika tidak berangan untuk menjadi seperti dalam cerita yang ditonton. Itu jugalah yang merisaukan saya dengan hiburan yang menjadi santapan minda dan jiwa kanak-kanak zaman kini. Pada zaman dahulu, memang sadah ada unsur-unsur negatif dalam hiburan untuk kanak-kanak, namun bila difikir semula, sekurang-kurangnya pada zaman dahulu unsur negatif dalam hiburan agak terkawal dan diimbangi oleh pendidikan moral yang positif dalam hiburan-hiburan itu.

Apapun, zaman kanak-kanak pada tahun 80-an ke 90-an memang indah dan nostalgik. Mengenang itu, oh baru terasa diri sudah semakin tua, hehe;-)



Inilah antara hiburan pada zaman kanak-kanak saya..














30/01/2010

Panduan Berhari Minggu


  Panduan Berhari Minggu





holiday Pictures, Images and Photos

(Photo By jadepeng)



Hujung minggu datang lagi. Hari minggu adalah hari cuti bagi kebanyakan kita. Hari minggu  adalah hari rehat dan santai. Hari ini saya ingin membawa kita memikirkan satu persoalan yang agak penting juga iaitu;
Adakah kita benar-benar telah menggunakan hari minggu kita dengan sebaik-baiknya?
Soalan ini penting kerana ia berkaitan masa. Silap cara kita menguruskan cuti hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad (bagi kebanyakan negeri di Malaysia), maka ia akan mempengaruhi kehidupan kita sepanjang minggu berikutnya.

Islam adalah agama yang sangat menitik beratkan persoalan masa. Masa bermakna usia. Membazirkan masa bermakna membuang usia. Ini sangat bertentangan dengan doa yang selalu kita panjatkan ke hadrat Ilahi, memohon usia dipanjangkan tetapi dalam masa yang sama usia dan masa yang dianugerahkan Allah kepada kita, kita sia-siakan.

Bercuti pada hujung minggu bermakna kita mendapat masa tambahan. Beruntung bagi kita yang mempunyai kesempatan cuti pada hujung minggu dan lebih beruntung orang yang menggunakan hujung minggu dengan baik. Jika pada hari Isnin hingga Jumaat, masa kita dituntut oleh tanggungjawab kerja dan tuntutan keluarga seperti menghantar dan menjemput anak ke sekolah; pada hujung minggu setidak-tidaknya kita mempunyai masa tambahan lebih kurang 20 jam. 20 jam sekadar contoh sekiranya kita bekerja di pejabat dari jam 8 pagi hingga 5 petang, dan perlu menghantar dan menjemput anak-anak pergi dan balik dari sekolah.

Inilah masanya, untuk menunaikan serba sedikit tuntutan yang kita tidak mampu tunaikan pada hari bekerja. Contohnya, jika hari biasa jarang solat jamaah di masjid surau, gunakanlah hujung minggu untuk itu. Saya sendiri, alhamdulillah, pada hari biasa atau  hujung minggu, saya dapat bersolat jamaah. Jadi, hujung minggu saya gunakan untuk 'kembara solat'. Kembara solat maksud saya ialah saya mencuba solat di masjid dan surau di sekitar tempat saya, yang jarang saya berkesempatan pergi pada hari biasa.

Salah satu rutin Sabtu dan Ahad saya juga ialah, menikmati waktu dhuha di masjid Assyakirin. Hari biasa, saya bersolat dhuha di rumah sahaja. Pada hujung minggu, saya melakukan solat sunat Dhuha di Masjid Assyakirin. Masjid Assyakirin terletak di atas bukit, dan suasana serta keadaannya pada waktu Dhuha sangatlah nyaman, dan menenangkan sekali. Dengan bunyi burung-burung berkicauan. Udara yang bersih dan segar. Keadaan yang senyap dan sunyi, sangat memberi ketenangan. Menggunakan waktu dhuha lebih kurang 30 minit hingga sejam di Masjid Assyakirin, menjadi terapi minda yang sangat baik yang saya rasa. Tidak pernah jemu saya dengan aktiviti ini sejak sekian lama. Cuma ada masanya, saya tidak melakukan aktiviti ini atas sebab-sebab tertentu, atau jika pada waktu itu ramai orang di situ.

Bagaimana anda? Apakah yang anda lakukan pada hujung minggu? Ada membuat sesuatu untuk kebaikan dan kepuasan diri seperti hobi, bersenam, berehat atau lain sebagainya yang berkaitan diri sendiri? Ada anda curahkan masa lapang ini sepenuhnya untuk keluarga? Ada menziarahi orang tua dan sanak saudara? Ada memenuhi undangan? Ada membuat kerja rumah yang sepatutnya disiapkan agar ia tidak menganggu masa anda pada hari bekerja?



5 PERKARA YANG BOLEH DAN PATUT DILAKUKAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU

1. Solat jemaah di masjid dan surau.

Jika hari biasa jarang ke masjid dan surau, setidak-tidaknya, cubalah meluangkan masa pada cuti hujung minggu untuk itu. Saya suka melihat keluarga yang datang ke masjid dan surau pada hujung minggu. Jika sudah biasa berjamaah di sebuah masjid dan surau, mungkin cuti hujung minggu boleh digunakan untuk berjamaah di masjid dan surau lain. Jika biasa pulang ke kampung pada hujung minggu, masjid dan surau adalah tempat terbaik untuk berjumpa dengan saudara mara dan jiran sekampung.

2. Mengerjakan Amalan Sunat.

3. Menyemak anak-anak mengaji atau meminta anak-anak menyemak kita mengaji.

4. Masa untuk membuat aktiviti bersama anak-anak. Contohnya, mengajar anak membuat dan menulis blog. Dan menerangkan kepada anak-anak mengggunakan FB dengan baik dan betul.

5. Bermain permainan bersama anak-anak, dan mencuba menerapkan nilai murni dan moral yang terdapat padanya.

29/01/2010

Post Khas Menolong Sesama Muslim (Cari Cari Daanya Hana Leonora dan Doakan Untuk Seorang Novelis)


  Post Khas Menolong Sesama Muslim
(Bantu Kami Cari Daanya Hana Leonora
dan Doa Untuk Seorang Novelis)









Hari Jumaat datang lagi. Alhamdulillah, hari Jumaat kekal menjadi hari kegemaran saya. Syukur, saya baru lepas menghantar artikel di MomBloggersPlanet. Cukup syarat minimum dua artikel sebulan. Saya sudah risau, takut tidak terlaksana tanggungjawab, syukur dapat juga tulis sekurang-kurangnya dua artikel di MomBloggersPlanet untuk bulan Januari 2010 ini.

Saya teringat sebuah hadith yang mengatakan, salah satu doa yang terjamin makbul ialah doa daripada seorang muslim kepada saudaranya yang tidak diketahui oleh saudaranya. Saya juga teringat sebuah kata-kata berbunyi. "Ambillah masa untuk berdoa, kerana doa adalah senjata terkuat yang ada di dunia".

Dalam post kali ini, saya ingin mengajak kita bersama mendoakan dua orang saudara kita ini yang sedang dalam musibah dan ujian dari Allah (SWT).

1. Doa buat seorang novelis, yang tidak perlu saya beritahu nama beliau di sini atas sebab-sebab tertentu.  Beliau kini sedang dalam masalah kesihatan dan dalam usaha untuk melakukan pemindahan jantung. Begitu yang saya baca di blog beliau.
2. Doa buat Puan Farah Shamsuddin, yang kehilangan anak beliau bernama Daanya Hana Leonora, yang berusia 18 bulan. Daanya Hana Leonora diculik oleh bapa kandungnya sendiri di khalayak ramai. Menyedihkan, tidak seorang pun yang lalu lalang tampil menolong. Mungkin atas sebab 'tidak mahu jaga tepi kain orang'. Mujur yang culik itu ayah kandungnya, jika penjenayah yang culik pula bagaimana. Rakyat Malaysia, kita perlu lebih prihatin. Maklumat lanjut KLIK SINI.



Saya hadiahkan lagu ini buat mereka..

Insya Allah-Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

28/01/2010

Post Tanpa Huruf 'A'


  Post Tanpa Huruf 'A'




Photobucket

(Foto dari http://id.wikipedia.org/wiki/Berkas:Novel_tanpa_huruf_R.jpg)




Sila baca petikan di bawah...

ENGK_U S_NG_T BERH_RG_

Bil_m_n_ engk_u tergod_ untuk
ponteng seh_ri t_np_
memberit_hu _t_s_nmu
d_n engk_u berf_k_r
b_h_w_ kehil_ng_n s_tu or_ng tid_k
_k_n memberi b_ny_k perbez__n
seben_rny_ engk_u sed_ng menempatk_n
_t_s_nmu d_l_m keduduk_n seperti
men_ip deng_n s_tu huruf y_ng hil_ng.

(Dipetik dari buku 'Mencari Makna Hidup' oleh Parlindungan Marpaung)
Petikan di atas, hanya kehilangan huruf 'A'. Bagaimana rasa membacanya? Ada perbezaan? Ada susah atau lebih mudah?

Begitulah kebanyakkan kita bersikap dalam menunaikan tanggungjawab sosial dan tuntutan fardhu kifayah dalam Islam. Perhatikan contoh-contoh nyata di sekeliling kita. Berapa ramai orang melepaskan tuntutan mengimarahkan masjid dan surau kepada orang lain, atas alasan itu fardhu kifayah, 'orang lain sudah buat kita tak payah'. Apabila ada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, ramai berfikiran bahawa 'ramai dah orang pergi tu gotong-royong, aku seorang ponteng tak jadi apa pun'.


Dalam banyak hal ramai bersikap seperti di bawah ini:

'Ala, saya seorang tak ada, tak jadi apa-apapun',

'ala aku seorang lambat, mesyuarat boleh jalan lagi, aku bukan orang penting pun',

'ala lambat 5 minit ja, no hal punya..',

'ala aku tipu seringgit je, tak jadi kudis pun. ? Tu orang lain tipu juta-juta'.
 
Oleh itu, pada malam Jumaat yang penuh berkat ini, saya mengajak diri sendiri dan anda yang membaca ini. Bagaimana sikap kita terhadap tuntutan-tuntutan sosial dan tuntutan fardhu kifayah? Jom, muhasabah dan jom berubah;-)

PS: Saja letak tajuk yang misteri sikit malam ini. 'Post Tanpa Huruf 'A''. Terinspirasi daripada salah satu filem Indonesia yang menarik perhatian saya iaitu filem 'Novel Tanpa Huruf 'R''. Filem itu menghidangkan kisah kekeliruan dan kekacauan minda manusia dalam memahami agama dan takdir. Sebenarnya, semua kekejaman yang dilakonkan semula dalam filem itu boleh dielakkan sekiranya semua manusia patuh kepada ketentuan ALLAH; iaitu telah ditetapkan satu (hanya satu) agama yang benar untuk manusia. Wallahu'alam.

27/01/2010

Masa dan Wang


  Masa dan Wang





clock
(Image By DEATHgirl3100)
-Use Without Comercial Pupose-



"Segala puji bagiMu ya Allah, yang telah menghidupkan aku setelah mematikan. Aku memohon segala kebaikan pada hari ini dan aku memohon perlindungan-MU daripada segala kejahatan dan keburukan padanya. Jadikanlah aku pada hari ini lebih baik daripada apa yang aku lakukan semalam.


Ya Allah, panjangkanlah umurku dan tetapkanlah aku menjadi hamba-MU yang beriman dan bertaqwa serta beramal soleh.

Ya Allah, aku memohon daripada-Mu agar Engkau mengurniakan kepadaku kecukupan masa dan wang untuk menjalani hari ini, Amin Ya Rabb Al-Alamin".

 

Itulah doa saya setiap pagi sebaik membuka mata dan bangun daripada tidur. Saya melazimkan diri bangkit awal setengah jam sebelum subuh, agar tidak terlepas peluang mendirikan solat sunat fajar (solat sunat sebelum subuh). Juga, saya melazimkan diri menunaikan solat subuh berjamaah di surau.

Bagi saya, ada perbezaan hari di mana jika saya ada mendirikan solat sunat fajar dengan hari yang tidak ada. Begitu juga, ada perbezaan hari yang saya bersolat subuh berjemaah dengan solat subuh sendiri. Jika solat fardhu yang lima waktu itu diibaratkan dengan sebatang tubuh, boleh dikatakan solat subuh menjadi kepala. Mana mungkin ada manusia boleh hidup tanpa kepala, tak gitu? Tak ada tangan, ada orang boleh hidup lagi, tak ada kaki, pun boleh lagi, ada kepala saja pun boleh lagi, tapi kalau tak ada kepala, memang tak ada yang hidup.

Selagi nyawa dikandung badan, selama itu kita direzekikan Tuhan dengan masa. Tinggal lagi, bagaimana kita menggunakan masa itu. Masa adalah anugerah Allah yang dibahagikan kepada manusia dengan saksama iaitu, masing-masing mendapat 24 jam sehari. Namun, umur manusia tidak sama. Ada yang umurnya panjang dan ada yang umurnya singkat. Walaupun begitu, ada orang umurnya pendek tetapi kehidupannya bermanfaat, maka orang itulah orang yang sangat beruntung. Ada orang yang umurnya panjang, namun kehidupannya tidak bermanfaat, itulah orang yang rugi.

Betapa misterinya kehidupan. Ada orang yang sepanjang hayatnya melakukan kejahatan dan dosa, akhirnya sedar dan insaf. Lalu bertaubat dan menggunakan sisa umur untuk berlaku taat. Itulah orang yang dikasihi Allah. Ada orang sepanjang umurnya melakukan kebaikan, namun kerana kelalaian dan kelemahan jiwanya dia berubah kepada kejahatan, lalu meninggal dalam kejahatan dan dosa. Maka itulah orang yang lari dan berpaling dari rahmat Allah.

Sesungguhnya, benarlah Allah itu Tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Dijadikan umur manusia sesuatu yang ghaib dan rahsia. Siapakah di antara kita yang boleh memberitahu dengan tepat bilakah kita akan mati? Tarikhnya dan masanya kita akan mati? Tidak ada. Oleh itu, manusia yang bijak dan beruntung, tidak menunggu suatu tempoh masa untuk mengubah diri dan memperbaiki diri. Misal contohnya, kata-kata berikut;



"Tunggulah Jang, dah pencen nanti pak cik pergilah surau. Masa tu banyak masa dah,"

Kata seorang pak cik kepada anak saudaranya.



"Lepas kahwin nanti saya pakai tudunglah, Bang. Dah dua anak pulak nanti saya siap pakai niqab ye.."

Kata seorang bakal isteri kepada bakal suaminya.



"Buat apa nak susah-susah simpan duit Tipah oi. Belanja rumah pun tak cukup gaji abang ni. Pencen nanti, dapat KWSP gerenti boleh naik haji la kita."

Kata seorang suami kepada seorang isteri.



"Alangkah indahnya jadi orang kaya. Setekat derma seribu dua ribu, no hal punya. Ni aku derma RM5 ni, tak derma pun tak apa kan. Ditakdir Allah aku kaya besok, aku derma ya. Ni nak buat beli minyak motor ni."

Kata seorang kawan kepada seorang kawan.




Carilah dan kajilah. Tidak ada agama lain selain Islam, yang mengajak manusia memerhatikan kedua-dua perkara penting ini, iaitu MASA dan WANG. Islam adalah satu-satunya agama di dunia kini, yang memberi panduan kepada manusia, bagaimana sepatutnya kita menggunakan MASA dan WANG. Masa yang sudah berlalu, tidak akan kembali lagi. Begitu juga hakikat wang. Memang kita boleh menggantikan wang yang sudah dibelanjakan, namun tidaklah sama. Makanya, jadilah kita orang yang bijak menggunakan masa dan wang.

26/01/2010

Panduan Merancang Penulisan Buku Untuk Penerbitan



Panduan Merancang Penulisan Buku Untuk Penerbitan






Writing Pictures, Images and Photos

(Foto By FillBrown)

-Use here without a commercial purpose-



Seperti yang saya pernah tuliskan di blog ini, saya seorang yang suka berkongsi. Anda boleh KLIK SINI untuk membacanya. Jadi, sebagai tanda bersyukur atas rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada saya, dalam post ini, saya ingin berkongsi dengan saudara, sedikit panduan dan maklumat yang perlu dan penting jika anda merancang untuk menulis buku dan novel.



Syukur kepada Allah (SWT) yang menggerakkan saya untuk mengambil keputusan bergiat serius dalam bidang penulisan. Syukur juga kepada Allah yang memudahkan dan membuka jalan untuk saya melangkah ke bidang penulisan buku dan novel dengan memperkenalkan saya dengan individu-individu yang membantu, yang ada di antara mereka ialah penulis yang saya kagumi dan minati.

Salah satu kebaikan era blog yang kita lalui pada masa ini ialah, semakin ramai rakyat Malaysia mampu menulis untuk menyampaikan apa yang ada pada perasaan dan fikiran mereka. Berbeza pada zaman sebelumnya, tidak ramai rakyat Malaysia rajin menulis. Apakah pentingnya bangsa yang rajin menulis? Bangsa menulis, adalah bangsa berilmu, kerana bangsa menulis sudah pasti adalah bangsa yang membaca. Bukankah membaca adalah jambatan ilmu. Paling tidak pun, rakyat kita sudah rajin dan gemar membaca blog.



Apakah pentingnya bangsa yang rajin menulis? Bangsa menulis, adalah bangsa berilmu, kerana bangsa menulis sudah pasti adalah bangsa yang membaca. Bukankah membaca adalah jambatan ilmu.
 


Penulisan kita di blog, jika dikumpulkan, mampu menjadi sebuah buku. Dalam bidang blogging sendiri, ada istilah 'blook' yang merupakan singkatan kepada 'blog book'. Kita perhatikan, pada zaman kegemilangan Islam suatu masa dulu, umat Islam memiliki jutaan karya-karya (kitab-kitab) dalam pelbagai bidang baik bersangkutan fardhu ain mahupun fardhu kifayah. Sehingga, ketika tragedi pembakaran naskah ilmu umat Islam, pada era perang salib, dikatakan pihak musuh pernah membakar timbunan kitab-kitab yang ditulis oleh umat Islam. Saya terkejut membaca fakta yang mengatakan, setiap satu timbunan kitab yang dibakar musuh Islam dalam perang salib menyamai bangunan tiga tingkat!

Mungkin era blog kini, boleh menjadi permulaan umat Islam di negara kita untuk menulis buku. Merancang sebuah projek penulisan buku, bukanlah suatu yang sukar tetapi penting dan kritikal. Perkara pertama yang kita perlukan ialah ilham dan idea awal. Nak tulis tentang apa? Inilah perkara yang penting. Idea awal ini bukan sesuatu yang besar dan panjang berjela. Ia boleh jadi hanya satu konsep, satu idea, satu kisah, satu karektor dan lain sebagainya yang boleh jadi hanya memerlukan satu baris ayat untuk anda beritahu orang lain. Contoh, 'Saya ingin menulis tentang seorang insan istimewa yang bisu, yang berdakwah melalui blog'. Ya, sebaris ayat begini, anda sudah ada ilham untuk sebuah buku.

Sebelum memulakan penulisan atau memberitahu orang lain tentang idea awal anda, cuba buat rangka kasar idea anda. Ini juga tidak perlu 'besar' dan susah. Cukup sekadar mencari, adakah buku yang sudah terbit yang seakan sama dengan apa yang anda fikirkan. Selepas menemuinya, cuba dapatkan buku itu, dan baca. Kemudian, cuba fikirkan, bagaimana untuk membuat idea kita 'unik' dan dapat bersaing dengan buku(-buku) yang sudah ada di pasaran.

Sediakan sebuah buku tulis dan buat satu folder di komputer anda khusus untuk idea awal anda. Masukkan segala yang berkaitan dengan idea awal ini ke dalam buku atau folder ini, dari semasa ke semasa. Contoh saya sendiri, ada masa ketika berada di perpustakaan, saya mendapat bahan yang saya fikirkan berkaitan novel yang saya rancang, lalu saya catatkan dalam buku catatan saya. Ada masanya, ketika membaca di internet, terjumpa bahan yang berkaitan, saya simpan bahan itu bersama urlnya ke dalam folder novel sulung saya ini.

Insya Allah, dari semasa ke semasa, saya akan berkongsi lagi ilmu dan maklumat yang saya temui. Saya menulis post ini, dengan niat untuk berkongsi dengan saudara yang membaca. Bukanlah bermaksud untuk menjadi 'tin kosong' yang kuat berbunyi tanpa isi. Saya percaya, Islam menganjurkan kita berkongsi dan memberi, sekadar apa yang kita miliki. Pepatah Arab ada bermaksud, 'Kita tidak dapat memberi apa yang kita tidak miliki'.

Umpama kita bersedekah, kita boleh tidak menunggu sehingga kita kaya baru akan bersedekah. Jika ada seringgit, sesungguhnya kita sudah mampu bersedekah sepuluh sen. Jika kita punya RM10, maka kita mampu bersedekah RM1. Begitulah yang saya percaya dan amalkan. Saya mengambil langkah untuk berkongsi sedikit demi sedikit tentang dunia penulisan, setakat yang saya sudah lalui dan ketahui. Semoga ini menjadi 'jariah' dalam usaha penulisan saya agar lebih diberkati Ilahi. Saya percaya, penulisan dan perkongsian ilmu adalah sebuah dakwah dan amal jariah, yang Insya Allah, bakal menjadi amalan yang tidak terputus hitungannya sehingga hari kiamat. Amin Ya Rabb Al-Alamin.



Bukanlah bermaksud untuk menjadi 'tin kosong' yang kuat berbunyi tanpa isi. Saya percaya, Islam menganjurkan kita berkongsi dan memberi, sekadar apa yang kita miliki. Pepatah Arab ada bermaksud, 'Kita tidak dapat memberi apa yang kita tidak miliki'.


25/01/2010

Mencari Makna Hidup (Motivasi Melalui Cerita)


  Mencari Makna Hidup
(Motivasi Melalui Cerita)





Photobucket



Semalam saya membeli sebuah lagi buku, dengan kulit bertemakan warna merah dan kulit buku yang saya beli semalam sangat indah dan cantik. Rasa macam nak fotostep saja buku ini, sayang nak baca yang ori:-)

Nampaknya, sudah dua buah buku saya beli bulan ini, dengan design hampir sama, iaitu berwarna merah. Tempoh hari saya membeli Wo AI NI ALLAH karya Vanny Chrisma W, kerana design kulitnya disamping tajuknya yang 'menangkap'. Semalam saya membeli buku ini - Mencari Makna Hidup oleh Parlindungan Marpaung, juga kerana design kulitnya dan juga kerana saya meminati Parlindungan Marpaung sejak membaca buku beliau berjudul 'Setengah Berisi, Setengah Kosong.



Photobucket




Dalam buku terdahulu beliau, iaitu 'Setengah Berisi Setengah Kosong', Parlindungan memaparkan cerita-cerita motivasi dan teladan. Saya mula tertarik dengan 'Setengah Berisi Setengah Kosong' kerana kata pengantarnya ditulis oleh Aa Gym. Kisah-kisah yang terkandung dalam 'Setengah Berisi Setengah Kosong', selalu saya jadikan modal sebagai rencah dan rempah ratus dalam kuliah agama saya. Memang orang tertarik dengan kisah-kisah tersebut.

Namun dalam buku 'Mencari Makna Hidup' ini, Parlindungan Marpaung tidak hanya memaparkan kisah-kisah motivasi dan teladan, malah memberi panduan juga latihan berkaitan motivasi dan pembangunan diri. Saya masih membaca beberapa mukasurat awal kerana membaca buku begini, saya suka menikmati secara perlahan-lahan dan cuba menghadamkan satu per satu ilmu yang dibaca sebelum terus membaca selanjutnya.



Photobucket



Dalam novel WO AI NI ALLAH, diceritakan Amei, seorang gadis kecil yang mencari Tuhan, sangat suka sekali dengan kisah dan cerita teladan. Begitu juga dalam kehidupan kita, sebenarnya kita suka dengan cerita dan kisah. Al-Quran juga menggunakan method cerita di dalamnya.








Photobucket



Banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita saban hari. Ada yang kecil dan ada yang besar. Namun, sejauh mana kita memanfaatkan peristiwa itu bagi mempelajari sesuatu mengenai kehidupan. Sejauh mana kita menggunakan pengalaman orang lain itu sebagai sempadan. Sejauh mana kita mempelajari hikmah di sebalik semua peristiwa di sekeliling yang ditunjukkan Tuhan.

Mencari Makna Hidup adalah kompilasi kisah-kisah kehidupan. Ia memberikan ruang bagi kita mempelajari makna kehidupan daripada pengalaman orang lain. Walaupun pengalaman itu dilalui oleh sehina-hina manusia hingga sehebat-hebat maharaja, semuanya mampu memberikan pelajaran dan hikmah berharga bagi kita semua. Lebih penting lagi, bagaimana kita dapat memanfaatkan hikmah itu untuk diterjemahkan kepada pelan tindakan dalam mendepani masa hadapan.

Mari kita singkap hikmah di sebalik kisah-kisah inspirasi yang menggugah ini sebagai landasan bagi sebuah kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.

Prakata

Bahagian 1: Cermin Diri Sendiri
Nilai Sebuah Pujian
Meniru Perangai Monyet
Keagungan Hati
Kekuasaan Penuh
Diriku Istimewa
Mengkaji Keadaan Diri
Sufi Tidak Lagi Memakan Gula-gula
Telinga yang Sabar Mendengar

Bahagian 2: Pandai Bersyukur
Berlian di Tanah Ladang
‘Bunga-bungaan’ Kemoterapi
In Spite Of
Indah pada Waktunya
Warga Tua pada Usia Indah

Bahagian 3: Hidup = Perjuangan
Manusia Bodoh yang Enggan Bekerja
Jalan yang Perlu Ditempuh
Duit Syiling Ajaib
Matahari dan Angin
Perjuangan Si Gegat
Slache yang Berani
Pemandu Saya pun Boleh

Bahagian 4: Belajar daripada Pengalaman
Kacang Lupakan Kulit
Kura-kura Pesimis
Sindrom Lowell
Lubang Bekas Paku
Mengulangi Kesalahan
Budak-budak Memang Begitu
Siapakah Pemilik Tongkat Ini?

Bahagian 5: Menabung Kebaikan
Boneka Ajaib
Laluan Berbatu Loncatan Washington
Melakukan dalam Kegelapan
Pengemis Penuh Misteri
Orang Asing yang Baik Hati
Pertolongan untuk Sang Sufi

(Sumber: http://pts.com.my/index.php/buku/mencari-makna-hidup/)
 




24/01/2010

Berehat dan Menghibur Diri Dengan Novel


  Berehat dan Menghibur Diri Dengan Novel




(Gambar Dari Blog Lynn Dayana)
-Digunakan di sini dengan TIDAK ADA tujuan komersil-

(Review ini saya tulis pada tahun lepas dan tersimpan dengan selamat dalam hard disk komputer saya. Jika anda tidak percaya, anda boleh merujuk screenshot di bawah ;-D )



Photobucket



Pada suatu petang Sabtu yang santai (bertarikh 10 Mei 2009), saya terdengar dua orang adik perempuan saya bercerita tentang novel ini. Tertarik dengan apa yang saya dengar, saya pun melihat dan membaca sedikit novel itu. Ya, memang best! Namun, saya mula membaca novel ini pada hari Ahad keesokan harinya kerana pada petang Sabtu yang indah itu saya tidur untuk merehatkan diri yang kurang sihat ketika itu. Kepala pusing deh:-)

MENGHIBURKAN. Ya, novel ini memang menghiburkan. Sangat sesuai dengan situasi saya pada waktu itu yang sememangnya memerlukan 'santai minda'. Gurau senda, dan prosa-prosa lawak jenaka dalam novel ini memang menghiburkan saya. Bukan sahaja ia menghiburkan pada dialog-dialog yang terdapat dalam novel ini, juga pada gaya penulisan Lynn Dayana sendiri. Bagi saya, Lynn Dayana memang memiliki 'sense of humour'. Membaca novel ini saya banyak kali tergelak dan ketawa sendiri. Memang tidak sesuai untuk dibaca dalam kapalterbang, perhentian bas, klinik, dalam komuter atau tempat awam. Juga tidak sesuai dibaca dalam kempen 'Baca @ LRT'.

Sudah lama rasanya saya tidak membaca novel yang menghiburkan seperti ini. Pun begitu, novel ini tidak melupakan babak sedih yang menyentuh perasaan pembaca. Ya, seperti kata orang tua, banyak ketawa nanti menangis. Bukankah tawa dan tangisan itu adalah pasangan semulajadi.

Ringkasnya, novel ini adalah 'Kisah Cinta' Imanina yang terpaksa berkahwin kerana tidak mampu membayar saman sebanyak RM1 juta. Segalanya bermula, apabila Airel, Imanina dan Rezzal terpilih untuk merebut harta pusaka bernilai RM22.5 juta milik seorang multi jutawan yang sebatang kara. Kesiankan, walaupun beliau seorang multi jutawan tetapi beliau tidak memiliki anak sehingga terpaksa melakukan konspirasi terhadap Airel, Imanina dan Rezzal sehingga mahu tidak mahu mereka terpaksa bersetuju untuk bertanding bagi merebut harta pusaka tersebut. Maka bermulalah persahabatan antara Airel, Imanina dan Rezzal. Airel dan Imanina sejak pertemuan pertama tidak pernah sebulu. Mereka sering bergaduh, bertegak dan saling menyakitkan hati.




[Petikan-petikan menarik]

-----------------------------------

Airel mengaduh apabila rusuknya disiku oleh Rezzal.

"Mulut tak ada insurans," bisik Rezzal perlahan.

"Kau ada ke?" tanya Airel semula.

"Aku tak ada jugak, tapi aku jenis manusia yang pandai memelihara perbendaharaan kata." Rezzal begitu yakin men-•nb.

"Kau pernah kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka ke?" tanya Airel masih tidak mahu kalah. Wajah Rezzal yang tenang ditatapnya sambil menunggu jawapan. Jika tentang Imanina, Rezzal memang selalu menyebelahi gadis itu. Sudah terkena minyak senyonyong agaknya. Hatinya ber-bicara, namun tidak dilafazkan.

"Mesti kerja di situ ke baru pandai menjaga mulut?" sergah Rezzal geram dengan tingkah Airel yang suka benar menyemai benci di hati Imanina.

"Sorry, aku bukan doktor gigi yang pandai menjaga kesihatan mulut!" balas Airel sambil ketawa dan mengambil fail di atas meja lalu beredar meninggalkan bilik yang luas itu.

---------------------------------------------------

SAMPAI di mejanya, Airel mencapai fail. Unjuran jualan untuk suku tahun yang ketiga dilihatnya sekali imbas. Dia bangun dan menuju ke meja Imanina. Tangannya mencapai bingkai gambar yang terletak di atas meja itu. Imanina sedang tersenyum berdiri di tepi pantai. Ombak membasahi seluar tiga suku yang dipakainya. Wajah gadis itu ceria dengan senyuman. Sinar matahari yang mahu tenggelam menyebabkan pemandangan di sekitar pantai itu nampak tenang.

Bersama bingkai gambar itu, Airel kembali ke mejanya. Gambar itu direnung. Betulkah anggapan Emmalin? Ah, hati-nya sendiri masakan orang lain pula yang memahami?

"Airel!" Suara Rezzal memanggil membuatkan Airel terkejut. Lacinya cepat dibuka dan bingkai gambar itu dicam-pak ke dalam. Fail segera dicapai.

"Amboi, sejak bila kau pandai baca fail terbalik?" Rezzal menegur Airel.

Airel segera melihat fail di tangan. Merah mukanya menahan malu. Dalam kalut, terbalik rupanya fail yang diletakkan di depan mata. Wajah Rezzal dipandang, namun wajah Imanina sedang bermain ombak pula yang datang di mata. Sudah mabukkah dia?

----------------------------------------

Nak lagi banyak petikan menarik? Bacalah novel. Memang menarik;-)
 




23/01/2010

Novel Sulung UstazCahaya (Credit to Blogger X and Novelis X)


  Novel Sulung UstazCahaya
(Credit to Blogger X and Novelis X)




novels. Pictures, Images and Photos

(Image From PhotoBucket By lewkherechody)
Used here without a commercial purpose


Alhamdulillah. Syukur Allah, takdir-NYA yang membuatkan saya membeli dan membaca novel WO AI NI ALLAH. Pagi tadi, saya selesai membacanya. Ada sesuatu yang akan saya usahakan berkaitan novel ini selepas ini. Semoga Allah mengizinkan saya dan menetapkan takdir saya untuk dapat melakukannya. Amin Ya Rabb Al-Alamin.

Sudah selesai membaca novel ini, hati saya mulai tenang dan diri saya dapat menumpukan kepada projek kelahiran 'Novel Sulung Saya'. Pepatah Inggeris mengatakan 'Dont count your chicken before the egg hatches'. Namun, bukanlah bermaksud saya menulis post ini untuk memberikan anda ayam yang masih berupa telur;-)



Pepatah Inggeris mengatakan 'Dont count your
chicken before the egg hatches'. Namun, bukanlah bermaksud saya menulis post ini untuk memberikan anda ayam yang masih berupa telur;-)
 

Saya menulis post ini sebagai 'cagaran' atau boleh juga disebut; 'Tindakan Membakar Kapal Salehuddin Al-Ayubi'. Saya tidak akan malu sekiranya novel sulung ini tidak diterbitkan.. TETAPI Saya adalah seorang yang gagal jika saya tidak mengusahakannya dengan sehabis mampu dan sehabis baik. Anda yang membaca post ini, menjadi saksi ya. Jum lilit jari kelingking tanda kita berjanji ;D



Saya tidak akan malu sekiranya novel sulung ini tidak diterbitkan.. TETAPI Saya adalah seorang yang gagal jika saya tidak mengusahakannya dengan sehabis mampu dan sehabis baik. 



Alhamdulillah, awal mula projek novel sulung saya, tidak sesukar yang saya sangkakan. Ilham untuk konsep novel ini sudah saya fikirkan sejak penghujung tahun 2008, ketika saya belajar memasang blog host sendiri melalui Pakej Kit Blogger. Ketika mula-mula mendapat ilham ini, saya kerap berdoa dan bersolat hajat, supaya Allah memberi saya pengetahuan, bimbingan dan kemudahan untuk saya mengusahakan ilham ini, dan akhirnya semoga ilham ini dapat dibukukan. Amin Ya Rabb Al-Alamin.

Sejak itu, saya mencari ilmu dan maklumat tentang penulisan novel dan selok belok dunia pernerbitan novel. Wah, sangatlah sukar dan mencabar, fikir saya pada awalnya. Sepanjang 2009, novel ini saya perap di dalam kepala saya. Kadang-kadang, bila mendapat idea dan bahan berkaitan, saya catatkan dalam buku tulis. Malah, kerap novel ini menjadi khayalan saya.

Syukur kepada Allah lagi, awal mula saya menulis di blog ini, saya berkenalan dengan seorang blogger (yang perlu saya rahsiakan nama beliau buat masa ini- dan beliau adalah seorang yang mempunyai pengalaman sebagai wartawan di majalah yang dikenali ramai-jika saya sebut majalah apa, confirm anda semua kenal). Saya namakan sahaja beliau dalam post ini sebagai 'Blogger X'. Selepas berkenalan melalui blog ini, Blogger X menjemput saya menjadi penulis bersama untuk projek buku beliau. Satu hari dalam dua bulan terakhir tahun 2009, Blogger X memberi khabar gembira, beliau memperkenalkan saya dengan seorang novelis dan editor majalah, yang saya minati dan segani. Kita namakan sahaja novelis itu dalam post ini sebagai 'Novelis X'.

Selepas berkenalan dengan Novelis X, dan ketika beliau meminta sesuatu untuk menjadi bahan penulisan (untuk buku), saya beranikan diri, menceritakan kepada beliau idea awal novel saya ini. Alhamdulillah, idea awal novel saya mendapat 'lampu hijau' dari beliau. Bukan bermaksud novel ini 'gerenti terbit' ya, tetapi sekurang-kurangnya saya tahu idea ini 'boleh jalan'. Tengah hari Selasa 19 Januari 2010 yang lalu, 'Novelis X' yang popular itu menghubungi telefon bimbit saya. Gembiranya saya;-) .. tapi saya selalu ingat, perjalanan beribu batu baru sahaja bermula..



Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Novelis X atas kepercayaan dan tunjuk ajar awal beliau dan semestinya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Blogger X yang memperkenalkan saya dengan Novelis X. Semoga mereka berdua sentiasa di bawah Kasih Sayang Allah (SWT), Amin.


Juga, kepada anda yang membaca post ini dan mendoakan saya, terima kasih. Saya juga mendoakan anda, Amin;-)
 


Semasa saya berada di sekolah menengah rendah, saya suka mendengar lagu D'Cromok ini, buat membakar semangat untuk belajar. Itu ketika tahun saya menduduki PMR..






22/01/2010

"Ampunkanlah dosa-dosa yang telah saya lakukan, mak."


  "Ampunkanlah dosa-dosa yang telah saya lakukan, mak."





(KERATAN Kosmo! 8 Januari 2010)
-Foto digunakan di sini tanpa tujuan komersil-



"Ampunkanlah dosa-dosa yang telah saya lakukan, mak..", ucap seorang pemuda bernama Rasidi Ismail, berusia 32 tahun kepada ibunya.

Ucapan pemuda ini mungkin mengundang rasa sentimental pada hari raya. Namun, berbeza ketika dia mengucapkannya waktu itu. Waktu itu, pemuda ini, sedang berada dalam van polis, dengan berpakaian oren dan kedua belah tangan digari.

Lebih memilukan, pemuda ini memohon ampun daripada ibunya, selepas dia ditahan kerana disyaki membunuh adik perempuannya, ayahnya, datuknya dan neneknya.




Terharu, sedih dan pilu. Itulah yang saya rasakan sepanjang mengikuti perkembangan kisah Rasidi ini. Saya pernah menulis tentang ini beberapa hari yang lalu, anda boleh KLIK SINI untuk membacanya. Selalu saya merenung gambar-gambar mereka lama-lama, bertanya, 'Apa sebenarnya yang berlaku ya?', Bagaimana perasaan Rasidi? Bagaimana perasaan ibunya? Memang, alangkan berat mata memandang, sesungguhnya berat lagi bahu mereka yang memikul. 

Saya selalu cuba menempatkan diri di tempat mereka. Kata yang ahli, perbuatan saya ini dinamakan sebagai 'emphati'-satu sikap yang melebihi simpati. Apa yang saya rasakan adalah berat dan tidak tertanggung rasanya. sedih dan pilu mencengkam hulu hati. Apalah yang mampu saya lakukan, selain berdoa.

Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu. Betapa ibu Rasidi seorang wanita yang reda dan penyayang. Mak cik Zaharah, sudah kehilangan ibu, ayah, suami dan anak gadisnya sekaligus. Kematian empat orang tersayang secara serentak, sudah cukup berat. Ditambah lagi melihat anak yang kini ditahan dan berdepan hukuman. Besarnya kasih seorang ibu, Mak Cik Zaharah ingin merayu agar anaknya Rasidi tidak dihukum gantung sampai mati. Sungguh, ibu malang ini tidak mahu kehilangan lagi.

Kisah ini memberi saya banyak teladan dan hikmah. Ia menambahkan rasa kasih dan sayang saya kepada keluarga. Ia mengajar saya untuk lebih menghargai dan menghormati ibu. Paling penting, kisah Rasidi ini, mendorong saya lebih memahami dan bersikap emphaty. Satu sikap yang perlu ada pada seorang guru dan pendakwah. Seorang guru dan pendakwah, bukan sahaja memerlukan sikap kasih sayang dan belas kasihan, juga perlu lebih memahami.

Ingin rasanya hati ini menemui ibu yang reda dan penuh kasih sayang ini. Ingin rasanya saya menemani mereka dalam musibah ini. Namun, siapalah saya. Tentu sanak saudara mereka yang lain sedang memberi yang terbaik kepada mereka. Saya mendoakan mereka agar tabah menghadapi semua ini dan beroleh hikmah serta pahala daripada ujian yang Allah (SWT) berikan, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

Saya mengingatkan diri saya sendiri, sayangi dan hargailah keluarga kita terutama ibu. Saya mencuba menjadi anak yang baik dan juga seorang abang yang memberikan yang terbaik. Juga, saya berdoa, agar kita dilindungi daripada musibah yang seberat ini, Amin Ya Rabb Al-Alamin.







Photobucket


ZAHARAH meraung kesedihan dipapah ahli keluarga ketika bertemu Rasidi di dalam van polis di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.


Photobucket


Pipi Rasidi diusap ibunya, Zaharah ketika dia dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Rembau, Negeri Sembilan.



 




MAKLUMAN PENTING:

Post ini saya tulis dengan ikhlas atas tujuan motivasi dan teladan, untuk menyedarkan diri dan orang lain agar lebih menyayangi dan menghargai keluarga, terutama ibu. Saya TIDAK BERMAKSUD untuk mensensasikan isu ini,  bertujuan menarik trafik ke blog ini, mengaibkan keluarga yang terlibat, apatah lagi untuk mencampuri proses undang-undang dan siasatan yang sedang berjalan.

Gambar-gambar dalam post ini saya ambil daripada portal berita online seperti dinyatakan di bawah. Gambar-gambar digunakan di sini dengan TIDAK ADA tujuan komersil.

Gambar-gambar diambil dari:

1. http://berita-harian-online.com/dituduh-bunuh-4-ahli-keluarga/

21/01/2010

WO AI NI ALLAH (Kisah Para Pencari Tuhan)


  WO AI NI ALLAH
(Kisah Para Pencari Tuhan)




Photobucket

Dua faktor pertama dan utama yang menarik perhatian saya kepada novel 'WO AI NI ALLAH' ini ialah, kerana warna merah pada kulitnya dan bahasa Cina pada tajuknya. Warna merah adalah warna saya. Kebetulan, kini, dekorasi sambutan Tahun Baru Cina dapat dilihat di mana-mana. Tambahan pula, kehidupan saya yang sangat 'dekat' dengan orang-orang Cina.

Bangun seawal pagi, dalam perjalanan ke surau untuk bersolat subuh, saya dapat melihat beberapa orang pak cik dan mak cik berbangsa Cina berjalan kaki (senaman pagi). Balik dari surau pula selepas subuh, saya melihat peniaga-peniaga Cina membuka kedai runcit mereka yang ada lima buah di kawasan perumahan yang saya diami ini. Ya, lima buah. Kadang-kadang, seawal pagi lagi saya sudah ke kedai runcit untuk membeli keperluan diri dan keluarga. Jika hujung minggu, saya suka merayau-rayau pada waktu pagi, saya melihat orang-orang Cina bersenam Tai Chi di Dewan Suarah.

Memang Sarawak boleh dikatakan mempunyai bilangan kaum Cina yang ramai. Malah, ada Cina Melanau, Cina Melayu, Cina Iban dan lain sebagainya lagi kaum kacukan Cina di Sarawak. Saya sendiri rapat dengan beberapa orang Cina muslim di sini. Seorang Cina Muslim yang rapat dengan saya seorang pengusaha stesen minyak di sini. Berketurunan 'Baba dan Nyonya'. Pernah menjadi 'penyebar agama Kristian' yang pernah mengikuti latihan di Filipina, Singapura dan Australia. Saufi Lim, antara 'para pencari Tuhan' yang saya kenali secara langsung. Beliau pernah menganut Buddha, berjinak-jinak dengan Hindu dan Bahai, dan akhirnya menemui kebenaran dan ketenangan dalam agama Islam.




Photobucket


Bagaimana rasanya hidup dalam kehampaan jiwa, rohani dan sosial? Pada saat kita sedang mencari Tuhan, pada saat itu juga terasa Tuhan meninggalkan kita sendiri, sendiri dalam masyarakat yang memandang sepi.
Itu kisah yang diperjuangkan dalam novel ini, kisah seorang gadis Cina ateis, yang tidak tahu ke mana hala hidupnya. Namun pada saat kecelaruan itu dia mengerti bahawa kecelaruan itu bukan datang begitu sahaja, pasti ada yang menciptanya, dan pasti ada sebabnya. Dalam mencari punca kecelaruan itu, akhir bertemu apa itu Tuhan.
Wo Ai Ni, Allah… aku cinta Allah… tutur gadis itu pada saat dia mengerti siapa Tuhannya.
"Sosok gadis China dalam novel ini adalah cermin kerinduan spiritual tak terkatakan di kalangan ateis yang tidak ingin mengetahui cara hidup. Sedangkan Muslim dan seorang Muslim sendiri, nombor adalah batu ujian iman dan mempersoalkan keaslian ihsannya. Vanny telah mengetuk pintu spiritual setiap hati manusia ...."

Taufiqurrahman al-Azizy, pengarang best-seller novel spiritual.

"Wo Ai Ni, Allah ... I love You, Allah ... apa pun, itulah esensi hidup kita. Sebuah novel yang penuh cabaran, cabaran, dan teladan percaya tentang kewujudan dan kebenaran Allah ...."
Muhammad Masykur A.R. Said, pengarang best-seller Mukjizat Cinta.

"Vanny, ini novel hebat, kuat, inspirasi watak, layak dibaca siapa pun!" Abidah el Khalieqy, sastrawan perempuan senior, di Yogyakarta.



Pencari Tuhan. Itulah tema yang memikat saya untuk memiliki novel 'WO AI NI ALLAH' ini, yang merupakan karya pertama penulis Vanny Chrisma W. yang saya baca. Sekarang, Vanny sudah menjadi penulis kegemaran saya. Vanny Chrisma adalah penulis dari negara jiran kita, Indonesia. Novel ini bersaiz 4.5 inci x 7.5 inci dengan 292 mukasurat. Novel ini diterjemah ke bahasa Melayu (Malaysia) oleh Suraya Adnan dan diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Novel dengan saiz seperti ini, memang menjadi kegemaran saya. Mudah dibawa ke mana-mana, dan mudah untuk dibaca, walaupun semasa berbaring.

Sekali pandang, mungkin ramai menyangka novel ini adalah novel remaja. Namun bagi saya, ia sebuah novel yang dewasa dan matang. 'WO AI NI ALLAH' memulakan kisah, dengan gambaran kecelaruan Tuan Tan Tio, yang dianggap gila dan mengganggu oleh orang-orang di sekelilingnya kerana setiap hari, apa yang dilakukannya ialah 'mencari Tuhan'. Tan Tio mencari Tuhan dengan bertanyakan kepada orang lain, membaca buku, memandang alam dan langit, malah 'berbicara' dengan semut dan daun.

Membaca kelakuannya, membuat kita percaya Tan Tio adalah seorang gila, namun membaca pemikiran dan monolognya, kita akan berfikir banyak perkara yang lain. Antara masalah besar Tan Tio untuk 'menemui' Tuhan yang dicarinya ialah, dia menyandarkan segalanya pada logik, sedangkan hakikatnya, logik akal manusia tidak akan sampai kepada hakikat Tuhan yang 'Tidak Ada Sesuatu Sekalipun Yang Menyamai DIA'. Akhirnya, Tan Tio terbunuh dalam pencariannya.

Sebelum mati, Tan Tio sempat berpesan kepada anak tunggalnya yang bernama Amei, yang selalu menemaninya dalam aktiviti 'mencari Tuhan' sehari-hari. Amei, seorang gadis kecil berumur 14 tahun, menyambung pencarian ayahnya. Amei bertekad untuk mencari rumah Tuhan agar dia dapat menemui kembali ayahnya yang 'diambil' Tuhan. Selepas kematian ayahnya, Amei meniru perbuatan yang selalu dilakukan oleh ayahnya, agar dia dapat menyambung kembali pencarian ayahnya yang terputus di tengah jalan. Mungkin berbeza dengan ayahnya yang mencari Tuhan oleh desakan naluri, Amei mencari rumah Tuhan untuk mendapatkan kembali ayahnya. Akhirnya, ibu Amei menganggap Amei sudah 'gila' dan menyambung 'kegilaan' ayahnya. Sudahnya, ibu Amei, tegar meninggalkan Amei di sebuah stesen keretapi di Surabaya.

Oleh ibunya sendiri yang membuang dirinya, Amei menjadi anak 'gelandangan' di Kota Surabaya sehingga Amei nyaris dirogol pada suatu malam. Takdir mempertemukan Amei dengan seorang pemuda bernama Hussain, yang memang mencari seorang pesakit mental sebaya Amei.

Begitulah, setakat 77 mukasurat yang telah saya baca dalam novel 'WO AI NI ALLAH' ini. Memang sebuah karya yang baik, dan termasuk dalam senarai kegemaran saya. Novel pertama yang saya beli pada tahun 2010 ini, memang sebuah pembelian yang berbaloi. Harga yang tertera pada kulit buku ialah RM18.50. Saya sendiri tidak pasti mengapa mendapat potongan RM2 menjadikan harganya RM16.50. Kemudian setelah ditolak diskaun 'Member POPULAR', harga yang perlu saya bayar hanya RM14.85.

Photobucket

Mulanya, saya tertarik dengan tema 'Pencari Tuhan' dalam novel ini, dan selepas membacanya, saya lebih tertarik kerana ia membawa persoalan dan permasalahan berkaitan penyakit mental. Bukan sahaja tentang akidah, novel ini tentang kejiwaan dan penyakit emosi. Memang tiga subjek yang saya minati.

Secara peribadi, novel ini baik untuk santapan rohani kita sebagai Muslim. Bersyukurlah, kita sudah punya Tuhan yang hakiki, tanpa perlu kita bersusah payah mencari-NYA. Tinggal lagi, apakah kita sudah benar-benar mengenali Tuhan kita? Kayu ukur untuk menilai apakah kita sudah kenal Tuhan kita, bagi saya adalah mudah; nilai pada diri, apakah kita CINTA KEPADA ALLAH? 'WO AI NI ALLAH'...

'Aku Cinta Allah'... jika ayat ini mampu kita kita ucapkan dengan jujur dan ikhlas, sesungguhnya kita sudah menemui dan mengenal Tuhan kita, Tuhan kepada tumbuhan dan haiwan, Tuhan Sekalian Alam, iaitu.. ALLAH (SWT).



Lagu-lagu yang saya dengar semasa menulis post ini..

Ni lagu yang memang sudah diketahui ramai..


Ni, Mus memang peminat saya;-), eh saya suka lagu Mus..



Ungu. Mereka juga pelopor lagu keagamaan di Indonesia..


20/01/2010

Cabutan Bertuah di Blog yanmieonline.com


  Cabutan Bertuah di Blog yanmieonline.com





Photobucket



Dalam bulan Disember yang lalu, saya ada memaklumkan untuk membuat sebuah pertandingan di blog ini sempena perpindahan tahun 2009 ke 2010. Di MBP juga saya ada memaklumkannya. Namun, oleh beberapa sebab dan masalah, pertandingan itu masih belum dapat saya jalankan. Apa yang pasti, lambat-lambat pun mesti jadi, tidak boleh tidak kerana sudah berjanji, Janji mesti ditepati, tak ya?

Antara sebab saya menangguhkan pertandingan ini ialah, kerana trafik blog ini masih sedikit, al-maklum blog baru berumur 3 bulan lebih. Saya kalau boleh, ingin la pertandingan itu disertai ramai dan juga ingin memberi hadiah yang berbaloi dan boleh diingati. Juga, saya sudah niat nak bagi hadiah kepada setiap peserta. Makanya, kini saya sedang jalan-jalan cari penaja hadiah untuk pertandingan ini (dan memang pastilah, kena sediakan bajet sendiri jugak). Apapun, doakan saya ya, agar saya mampu melancarkan pertandingan ini, sebelum Mac 2010. Amin Ya Rabb Al-Alamin.




Cabutan Bertuah di Blog yanmieonline.com


Saya mendapat tahu tentang cabutan bertuah ini, langsung dari blog 'Suka Bebel' di http://sukiprattle.blogspot.com/.

Jadi, sebagai menebus kegagalan saya untuk membuat pertandingan pada Disember 2009 dan Januari 2010, di sini saya kongsikan dengan anda, satu cabutan bertuah yang di anjurkan oleh blog 'Suka Bebel'. Bagaimana untuk menyertai cabutan bertuah ini? Di mana nak dapat tiket cabutan bertuah ini? Baiklah, sebelum itu, eloklah saya ceritakan serba ringkas tentang cabutan bertuah ini terlebih dahulu.

Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.

Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama

untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di:
http://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com/

 


Itu saja untuk malam ini. Saya ingin offline awal malam ini, sebab saya nak luangkan masa untuk kekasih baru, yang saya temui di kedai buku POPULAR petang semalam. Apa itu? Insya Allah, saya akan ceritakan nanti. Namun, apa yang pasti kekasih saya yang baru ini, memang best. Susah untuk menemuinya;-)


19/01/2010

"Tolong Tunjukkan Saya Pasar Madinah"


  "Tolong Tunjukkan Saya Pasar Madinah"






Photobucket

(Foto dari  http://www.sdeaf.net/vb/showthread.php?t=10216&page=3)
-Digunakan Di Sini Tanpa Tujuan Komersil-





Pagi tadi, saya memasukkan RM240 ke dalam dompet saya. Wang yang saya keluarkan dari salah satu akaun bank saya. Alhamdulillah, masih ada wang yang boleh dikeluarkan untuk dimasukkan ke dalam dompet. Semoga Allah sentiasa merezekikan saya. Dalam hal duit ini, memang kadang-kadang malah selalu, persoalan wang boleh membuat kita tidak keruan dan kecut hati, terutama semasa kekeringan duit.

Namun, dari kehidupan saya belajar untuk tidak terlalu merisaukan hal itu. Saya selalu berazam untuk menunaikan segala tanggungjawab saya dalam kehidupan, saya tahu apa yang saya lakukan, saya tunaikan kewajipan saya untuk berikhtiar dan selepas itu, saya berserah kepada Allah (SWT). Allah, Tuhan yang memberi kita nafas untuk meneruskan hidup hari demi hari, dan DIA juga yang menyediakan apa yang kita perlukan dalam hidup ini bersama umur yang DIA kurniakan. Bukankah dalam kehidupan sekarang, wang itu sudah dianggap oleh ramai orang sebagai 'nafas' untuk hidup.




Dalam post malam ini, saya menulis lagi tentang Saidini Abdul Rahman Bin Auf (RA), seorang jutawan di kalangan sahabat Rasulullah (SAW) yang dijanjikan menghuni syurga. Saidina Abdul Rahman Bin Auf (RA) adalah salah konglomerat Madinah sepanjang sejarah permulaan Islam. Konglomerat Madinah yang lain termasuk Saidina Othman bin Affan (RA), Saidina Zubir bin Awwam (RA) dan Saidina Abbas bin Abdul Mutalib (RA). Minggu lepas dalam blog ini, saya ada menyiarkan senarai harta pusaka yang ditinggalkan oleh Saidina Abdul Rahman Bin Auf (RA) ketika beliau wafat. Anda boleh KLIK SINI untuk membacanya.

Saidina Abdul Rahman bin Auf (RA) adalah sahabat Rasulullah (SAW) yang merupakan seorang yang usahawan yang terkenal, hartawan dan jutawan; malah mahsyur kerana tergolong dalam sahabat yang dijamin masuk syurga. Kejayaan Abdul Rahman sebagai usahawan adalah didorang oleh kepakaran baliau berniaga dan akhlaq yang terpuji.

Dalam sejarah hijrah, Saidina Abdul Rahman bin Auf (RA) dipersaudarakan dengan Sa'ad bin Rabi', juga seorang hartawan Islam di Madinah. Saidina Abdul Rahman Bin Auf (RA) menolak tawaran harta benda dan isteri daripada saudara Ansar beliau tetapi meminta ditunjukkan pasar Madinah untuk beliau memulakan kehidupan di bumi Madinah. Maka ayat, "Tolong tunjukkan saya pasar Madinah" boleh dikatakan sebagai tagline yang sinonim dengan Saidina Abdul Rahman bin Auf (RA).

Selepas hijrah ke Madinah, Saidina Abdul Rahman Bin Auf (RA), adalah sahabat yang dilantik oleh Rasulullah (SAW) untuk membangun pasar yang dikelola seratus peratus oleh umat Islam sendiri di lokasi yang tidak jauh dari pasar Yahudi, yang kemudian diberi nama "Suqul Anshar" (bermaksud; Pasar Anshar. Anshar adalah gelaran umat Islam penduduk asal Madinah). Semua orang Islam diajak untuk berjual beli dan melakukan semua aktiviti perdagangan di pasar itu tanpa berkerjasama sedikitpun dengan Yahudi dan tanpa terlibat dengan segala produk atau perkhidmatan mereka. Dengan semangat perpaduan serta ketaatan kepada Allah dan Rasul-NYA, umat Islam pada waktu itu menumpukan kegiatan ekonomi di Suqul Anshar sahaja tanpa menghiraukan pasar Yahudi.

Suka saya berkongsi di sini sebuah kisah menarik tentang Saidina Abdul Rahman Bin Auf (RA), yang terjadi selepas hijrah.

Pada suatu hari, kabilah dagang Saidina Abdul Rahman Bin Auf (RA) yang terdiri daripada 700 unta bermuatan, tiba di Madinah. Semuanya membawa makanan, pakaian dan keperluan penduduk. Ketika mereka memasuki Madinah, bumi seolah-olah bergegar. Terdengar suara gemuruh dan hiruk-pikuk.

Saidatina Aisyah (RA) bertanya, "Suara apa hiruk-pikuk itu?"

Dijawab orang, "Kabilah dagang Abdul Rahman yang terdiri daripada 700 unta bermuatan, tiba di Madinah. Semuanya membawa makanan, pakaian dan keperluan penduduk".

Kata Saidatina Aisyah (RA), "Semoga Allah melimpahkan berkat-Nya kepada Abdul Rahman dengan baktinya di dunia serta pahala yang besar di akhirat. Saya mendengar Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud; 'Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dengan merangkak (kerana syurga sudah terlalu dekat dengannya)".

Apabila kata-kata Saidatina Aisyah (RA) itu disampaikan kepada Saidina Abdul Rahman Bin Auf (RA), beliau menemui Saidatina Aisyah (RA) untuk mendapatkan kepastian. Lalu Saidatina Aisyah (RA) memastikan kebenarannya. Maka beliau menjadi terlalu gembira dan menginfaqkan kabilah dagang yang baru sampai itu berserta 700 unta dengan segala muatannya kepada penduduk Madinah. Subhanallah.



Subhanallah, betapa telah disedekahkan habis hasil usaha beliau ketika itu, tetapi beliau mampu mengumpulkan semula harta kekayaannya sehingga masih meninggalkan harta pusaka yang bernila jutaan ringgit (dalam kiraan ringgit) ketika beliau wafat.

Sesungguhnya, di kalangan umat Islam hari ini sebenarnya tidak kurang individu yang kaya raya, hartawan dan jutawan. Namun, kita masih berpecah belah dan menggunakan milik kita hanya untuk diri kita.

Melihat realiti, yang dekat iaitu di negara kita, kita masih perlu ada banyak lagi yang seperti
Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhari. Negara kita tidak kekurangan hartawan dan jutawan, tapi kita kekurangan tokoh yang seperti Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhari apatah lagi yang seperti Saidina Abdul Rahman Bin Auf (RA).

 



Baca juga post lain berkaitan Saidina Abdul Rahman Bin Auf di blog ini:

1. Jum Tengok Kekayaan Saidina Abdul Rahman Auf (RA)

2. Masih Dalam Mood Maal Hijrah

3. HIJRAH dan PEMBENTUKAN EKONOMI ISLAM

18/01/2010

NASI LEMAK: Blog Yang Baik Seperti Nasi Lemak Yang Sedaap dan Laku


  NASI LEMAK: Blog Yang Baik Seperti Nasi Lemak Yang Sedaap dan Laku





Photobucket

(Foto Nasi Lemak Dari http://powernasilemak.biz/images/Set%202.jpg)





Teks Asal Dalam Bahasa Inggeris Oleh: Puan Syigim

Versi Bahasa Inggeris artikel ini boleh dibaca di MomBloggersPlanet. KLIK SINI untuk membaca versi asal artikel ini.

Diolah dan Ditulis Semula Dalam Bahasa Melayu Oleh: UstazCahaya
Nasi lemak, atau nasi santan adalah hidangan yang terkenal di Malaysia. Nasi lemak kebiasaannya dimakan pada waktu sarapan. Nasi lemak adalah hidangan 'serba-boleh' kerana ia boleh disediakan dan dimakan dalam pelbagai versi - dengan sambal biasa (sos pedas yang dibuat dari campuran cili kering), ikan masin, kacang, telur, dan hirisan timun atau keropok ikan, kangkong atau ayam rendang. Dinikmati oleh semua orang tanpa mengira taraf dan kedudukan. Nasi adalah sebuah warisan makanan Malaysia!

Sebuah blog yang baik juga boleh diibaratkan seperti nasi lemak. Blog boleh disajikan (dipersembahkan) dalam cara yang berbeza, dengan pelbagai topik dan paras rupa paparan (layout) untuk dipilih. Sekarang, mari kita zoom-in bagaimana sebuah blog disamakan dengan warisan makanan nasional Malaysia- nasi lemak. Jum layan, zhass...

NASI:

Isi kandungan blog (post @ entry @ artikel) yang baik adalah seperti nasi yang dimasak dengan baik; cukup dari segi lemak, panas dan masih berwap-wap. Bahan nasi lemak yang sederhana dan sama, tapi mendapat sentuhan daripada individu yang berbeza, menghasilkan perbezaan rasa nasi lemak. Pepatah Melayu mengatakan itu sebagai 'air tangan' (sentuhan peribadi). Kadang-kadang ibu kita selalu yang terbaik. Eh, bukan kadang-kadang, malah SEMUA waktu!

Jadi, aktiviti blogging juga adalah sederhana dan sama, yang membezakan ialah siapa yang melakukannya. Anda cuma perlu fikirkan sebuah topik untuk ditulis, dan anda terus menulis. Apa yang membezakan sesuatu tulisan dalam topik yang sama, ialah siapa yang menulisnya. Bukan topik yang mengangkat sesebuah entry blog, tetapi siapa yang menulisnya dan bagaimana ia ditulis yang akan membezakannya.

Untuk memulakan sebuah blog, dan untuk memasak nasi lemak tampaknya mudah, tetapi untuk membuatnya 'sedap' dan 'laku' memerlukan banyak usaha, sedikit bakat dan beberapa semangat serta kesungguhan.

Jika anda menggunakan santan yang tidak baik, nasi lemak anda ternyata tidak akan baik. Jadi jika topik pilihan anda sudah membosankan, seperti hanya entry ketika anda menjemput anak anda dari taman asuhan, tanpa ada kejadian menarik di sepanjang jalan atau pemikiran luar biasa yang anda kaitkan, posting anda sudah pasti membuatkan orang bosan!

Apa yang perlu anda lakukan ialah, tambah perbualan yang lucu dengan anak anda tentang apa yang dia lakukan di taman asuhan, pengasuh mengejutkan anak anda dengan suara yang garanag atau anak anda mencubit anak orang lain! Haha. Bukankah akan menghiburkan pembaca? Kuncinya adalah dengan menambah sesuatu yang menarik untuk idea asas yang ada dalam fikiran anda. Nasi tidak menjadi nasi lemak tanpa santan kelapa, dan jika nasi itu tidak berlemak. Nak lebih menarik, tambah sedikit daun pandan, nasi akan menjadi hijau dan harum.


SAMBAL:

Sambal adalah elemen yang paling penting untuk sepinggan nasi lemak. Tanpa sambal, nasi lemak anda akan hambar dan tidak lengkap.

Jadi, entry blog yang baik juga mesti mempunyai sedikit sambal di dalamnya. Tambah sesuatu yang membezakan anda dari blogger yang lain. Tanpa keunikan (yang boleh disamakan dengan sambal), blog anda tidak akan lengkap, dan kurang keistimewaannya.

Setelah anda memilih satu topik, fikirkan juga tentang bagaimana menambah lebih baik kepada topik tersebut. Saya ingin berkongsi sebuah contoh: Jadi, anda mengambil anak anda dari taman asuhan. Topik ini saja sudah sangat membosankan. Setiap ibu-ibu lain menjemput anak-anak mereka dari taman asuhan. Bagaimana entry anda akan menarik? Ya, anda mesti menambahkan ia dengan 'sambal'!

* Adakah sesuatu atau apakah yang berlaku sebelum, atau selepas itu?

* Apakah anda ingin untuk menggambarkan taman asuhan, seperti kos, atau jumlah penaja, bilangan kanak-kanak, atau seberapa jauh dari rumah atau pejabat anda?

* Mungkin anda juga boleh menyenaraikan barang-barang yang perlu dibekalkan bersama anak anda semasa menghantarnya ke pusat asuhan.

* Anda boleh berkongsi lucu tentang anak anda yang diceritakan oleh pengasuhnya.

* Mungkin ada masanya, anda perlu berkongsi masalah-masalah yang dihadapi tentang anak anda dan pusat asuhan.

* Atau anda boleh memulakan perbincangan yang lebih baik seperti berhenti kerja dan membuka pusat asuhan di rumah anda, cadangan untuk mencari pembantu rumah, atau fikiran anda tentang mahu menghantar anak anda kepada saudara mara, adik kakak atau ibu anda.

Semua tambahan ini adalah 'sambal' untuk blog anda. Tambahan sesuatu dengan idea anda yang unik dan menarik, maka akan terhasil isi yang unik untuk blog anda. Ya, ia memerlukan sedikit usaha, tetapi siapa yang mengatakan anda wajib menulis tidak kurang daripada 500 patah perkataan? Anda boleh hanya menulis satu perenggan tambahan yang masih mampu menjadikan post anda berbeza, menarik dan unik. Asalkan anda tidak hanya menulis seperti ini; '.. hari ini saya telah mengambil anak saya dari pusat asuhan. Sama seperti setiap hari. Begitu lelah. "- Yawn! Tidak ada sambal dan rempah-ratus. Makanya, nasi anda hanya nasi putih bercampur santan, bukannya nasi lemak!

TELUR:

Ada begitu banyak jenis masakan telur. Ada telur 'scamble', telur rebus, telur rebus setengah masak, telur mata lembu (sunny side up- penterjemah: betul ke ni?), omelet, dan banyak lagi jenis masakan telur. Anda juga boleh menambah keju, bawang, potongan cili, cendawan dan macam-macam lagi bahan kepada telur anda. Perbezaan pembaca blog anda adalah seperti pelbagai jenis masakan telur. Anda perlu tahu, telur masak apa yang disukai oleh orang yang akan dijamu anda dengan nasi lemak anda.

Jadi, jika topik blog boleh disamakan dengan telur, blogger mungkin mempunyai banyak pilihan topik dengan target pembaca yang berbeza-beza. Topik tentang anak-anak, pekerjaan, hobi, perjalanan, resepi, perasaan, masalah dan banyak lagi. Terserah kepada blogger untuk memilih topik yang sesuai dengan mesej dan tema blog.

TIMUN:

Tidak semua orang adalah penggemar sayuran, dan anda harus mengetahui siapa dan yang mana. Seperti halnya ada pelbagai jenis pembaca di luar sana, mencari dan menyukai topik yang berbeza-beza dalam blog.

Contohnya, ketika saya menulis tentang Anuar Zain, saya harus ingat bahawa tidak semua pembaca yang melawat blog saya juga sukakan Anuar Zain, mungkin ada yang tidak. Atau, ketika saya menulis komen negatif tentang filem popular Twilight, saya harus ingat bahawa saya mungkin telah memulakan 'perang' pembaca blog saya yang terdiri daripada peminat Edward.

Jadi, ketika anda blogging, pilih dan tetapkan anda ingin memberi kepuasan kepda siapa. Adakah anda menulis untuk kepuasan dan keseronokan diri anda sendiri semata-mata, atau adakah anda menulis untuk menarik pelawat ke blog anda (trafik), atau anda mensasarkan golongan orang tertentu? Dari sana anda akan tahu apa yang perlu fokus pada topik blog anda.

IKAN BILIS dan KACANG:

Saya ingat lagi, dolu-dolu, saya menghadapi masalah untuk menggoreng ikan bilis dan ikan masin. Haha. Berhenti ketawa, ok! Sehinggalah saya dimahkotakan dengan 'title' SAHM (Stay at Home Muslimah Mother)- kerana mengikut suami ke Dubai, saya belajar untuk memasak setiap hari!

Ok, jika kita memasukkan ikan masin ke dalam kuali ketika minyak belum panas, maka ikan masin akan lembik. Jika kita memasukkan ikan masin ketika minyak terlalu panas, ikan masin akan terbakar. Kita harus suhu minyak yang tepat dan masa yang sesuai untuk memasukkan ikan bilis ke dalam kuali.

Sama seperti blogging. Jika dalam satu hari kita menerbitkan post terlalu banyak sampai empat lima post sehari, pembaca kita mungkin akan bosan dan lari kerana mereka tidak dapat mengikuti blog kita! Terlalu banyak posting dan tidak semua pengunjung membaca blog kita 3 kali sehari! Dari sudut lain, jika anda menulis terlalu sedikit, pembaca mungkin akan berhenti mengunjungi blog anda kerana setiap mereka klik, tidak ada entry baru untuk tempoh sebulan lebih!

Kuncinya adalah konsisten. Jika anda tahu bagaimana anda mendapatkan ikan masin yang rangup dan sedaap, dalam minyak goreng yang telah dipanaskan selama 5 minit, kemudian ulangi proses ini setiap kali anda ingin untuk menggoreng. 5 minit minyak dalam kuali sudah cukup untuk mendapatkan ikan masin yang rangup? Kemudian catatkan nota, dan selalu ingat itu, sehingga anda akan selalu dapat menyediakan nasi lemak dengan ikan masin yang rangup!

Kita perlu tahu kemampuan kita untuk blogging, dan mempunyai pengurusan masa yang baik. Paling penting, konsisten. Tetapkan jadual penulisan di blog anda. Apakah anda ingin menulis setiap hari atau 3 hari sekali dan kemudaian disiplinkan diri terhadap jadual penulisan yang telah anda buat. Contohnya, anda ingin menulis entry untuk blog hanya pada hari Jumaat maka stick to it! Setidak-tidaknya, pembaca setia anda akan bila anda akan mempunyai posting baru, dan akan tetap mengikuti blog anda.

LAUK EKSTRA
(Sambal Sotong, Rendang Ayam, Paru goreng, Keropok atau keropok ikan)

Nasi, sambal, telur, ikan bilis dan timun iris adalah ramuan asas dalam sepinggan nasi lemak, tetapi sekarang anda sudah boleh memasak nasi lemak dengan baik, jadi anda perlu menambah beberapa ramuan dan sentuhan peribadi pada nasi lemak anda! Anda boleh membuat tandatangan anda berupa sos di atas telur goreng hidangan nasi lemak anda. agar orang tetap tahu dan ingat itu adalah nasi lemak anda.

Menambahkan ciri-ciri tertentu dan unik dalam blog anda adalah penting. Anda perlukan sedikit kreativiti. Anda perlu membuat sesuatu yang boleh menjadi tanda, untuk menunjukkan 'ini blog anda', dan itu unik serta diingati oleh pelawat yang sampai ke blog anda. Ini disebut sebagai jenama. Pelawat akan mula mengenali blog anda. Anda kini boleh mula mengukir niche anda, mula mengumpul peminat, dan pembaca setia!

BUNGKUSAN:

Di warung atau restoran, bagaimana nasi lemak dipamerkan? Bungkusan nasi lemak mungkin bukanlah perkara yang paling penting, tetapi tidak ada salahnya untuk menghidangkannya dengan cara terbaik yang mampu anda lakukan untuk memikat pelanggan anda. Ini penting untuk mengeluarkan aroma yang menaikkan selera seperti meletakkan nasi lemak di atas daun pisang.

Sebuah blog dapat menarik pada item di sidebar blog anda dan boleh jadi tidak. Ia bergantung pada apa yang anda letakkan di sidebar blog anda. Penampilan boleh membantu sebuah blog, jadi sebaiknya anda mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

* Menentukan tema blog anda. Jika anda blogging untuk berkongsi resepi, anda boleh memilih latar belakang (template/ layout) blog dengan imej periuk belanga, kuali dan daput.

* Tentukan warna tema blog anda. Pilih tiga hingga empat warna tema yang menyenangkan mata untuk blog anda.

* Anda tidak perlu menjadi designer atau pengatur huruf, namun anda masih perlu memilih jenis, saiz dan warna font yang sesuai untuk blog anda. Jika anda sendiri tidak selesa dan sukar membaca blog anda, jangan 'bersangka baik' yang orang lain akan senang membacanya. Mungkin juga anda perlukan nasihat daripada orang lain, apakah saiz, jenis dan warna font yang anda pilih itu, kemas dan mudah dibaca. Ada blog yang baik, jika ditaip dengan font yang tidak sesuai, blog anda tidak akan dibaca.

Sama seperti nasi lemak, anda sudah ada nasi lemak yang baik dan sedap, namun anda bungkus dengan kertas surat khabar yang bergambar tragedi kemalangan, dengan keadaan yang menjijikkan. Apakah anda yakin, ada orang akan senang hati membelinya? Atau anda kepalkan nasi lemak anda yang sedap itu, sehingga berbentuk tikus, mungkinkah orang akan membeli dan memakannya? Hehe, sudah tentu kita tahu jawapannya.

KREDIT:

Puan Syigim adalah seorang Stay At Home Muslimah/Mother (SAHM) yang kini berada di Dubai kerana mengikut suami. Puan Syigim saya kenali dari MomBloggersPlanet (MBP) kerana kami sama-sama merupakan penulis di MBP. Sepanjang mengikuti penulisan Puan Syigim di MBP, saya mendapati beliau sangat berbakat dan kreatif dalam menulis.

Untuk membaca penulisan Syigim di MBP, anda boleh KLIK SINI.

Untuk membaca blog peribadi Syigim, anda boleh KLIK SINI.