Ahad, Februari 28, 2010

POST KHAS BUAT ADIK SYAFIA HUMAIRA


POST KHAS BUAT ADIK SYAFIA HUMAIRA




ANAK COMEL INI DIBUNUH DENGAN KEJAM!



Photobucket



Hari Jumaat yang lalu, ketika saya sedang menulis sebuah puisi menyatakan rindu kepada Rasulullah (SAW), rupanya ada insan kecil yang sedang dizalimi dan berdepan dengan maut. Maut di tangan lelaki berumur puluhan tahun lebih tua daripadanya. Lelaki yang berpuluh kali ganda lebih kuat dan lebih gagah darinya. Lelaki yang merupakan kekasih ibunya. Itulah, insan kecil bernama Syafia Humairah Sahari yang berusia 3 tahun.


Arwah adik Syafia maut jam 7.30 malam, 26 Februari, Jumaat lalu di Kampung Batu 30, Batang Kali, Selangor. Pada waktu yang sama, saya sedang memperhaluskan puisi 'Harum Rindu Kepadamu (Puisi Rindu Buat Nabi Rasulullah SAW)'- KLIK UNTUK BACA PUISI. Saya sedang menunggu waktu isya pada waktu itu, mengambil kesempatan menyemak dan memperhaluskan puisi yang saya tulis sebelum solat maghrib. Rupanya, pada masa yang sama di sana ada insan lain yang lebih kurang sebaya saya, dan sejantina dengan saya; membunuh seorang kanak-kanak berumur tiga tahun!


Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu Syafia




Photobucket



Ibu arwah adik Syafia, Siti Nurhanim telah berhubungan dengan pembunuh Syafia sejak enam (6) tahun lepas, Berkali-kali saya membaca, bimbang tersilap. Iya, ENAM TAHUN si ibu bercinta dengan bakal pembunuh anaknya.

Enam tahun.. umur Syafia tiga tahun... mereka (Nurhanim dan suspek) mengaku ada anak umur setahun lebih.. dan sekarang Nurhanim mengandung empat bulan..

Suami Nurhanim sedang dipenjara sejak 2006... Nurhanim sudah menjalinkan perhubungan bak suami isteri bersama suspek sejak 6 tahun lalu.. bermakna dalam tahun 2004, 2005 begitulah.. sebelum suaminya dipenjara lagi kan..


Menurut Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, polis akan merujuk kes terbabit kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan lanjut. Berhubung anak luar nikah yang berumur setahun lebih dan kandungan empat bulan dalam perut Nurhanim.

Ramai yang mencemuh dan mengutuk hubungan mereka. Termasuk ramai rakan blogger yang menegur keluarga, saudara mara dan jiran tetangga yang membiarkan hubungan sumbang mereka itu.



... dan kebiasaan saya, lama saya melihat gambar-gambar ini.




Photobucket
(Jenazah Syafia dibawa keluar rumah).

Photobucket
(Ibu Syafia di sisi jenazah Syafia)

Photobucket
(Ibu Syafia menabur bunga di pusara arwah Syafia)

"Ya Allah, sungguh-sungguh kami memohon kepada-Mu.
Lindungi kami daripada dosa seperti itu

dan

lindungi kami daripada musibah seperti itu.
Amin amin amin..

Amin Ya Rabb Al-Alamin"



Saya percaya Allah Maha Adil terhadap dosa dan perbuatan zalim hamba-Nya. Saya juga percaya, Allah Maha Kasih dan Sayang kepada mangsa kezaliman seperti adik Syafia. Amin Ya Rabb Al-Alamin.




Sekadar lagu iringan untuk membaca post ini.

Lagu Muse-Unintended. Lagu yang pernah saya gemari, dan pernah saya nyanyikan dengan penuh penghayatan suatu masa lama dolu-dolu..





You could be my unintended
Choise to live my life extended
You could be the one i'll always love.

You could be the one hwo listens,
to my deepest incrusisions
You could be the one i'll always love.

I'll be there as soon as i can
But im busy mending broke
Peaces of the life i have before

First there was the one hwo callenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as him

You could be my unintended
choice to live my life extended
You should be the one i'll always love

I'll be there as soon as i can
But im busy mending broken
Peaces of the life i have before


Sabtu, Februari 27, 2010

Normah Becok Pula Menegur Halimah Jongang


Normah Becok Pula Menegur Halimah Jongang




Beberapa hari yang lalu, di blog ini saya menulis tentang drama tv yang sedang laris berjudul Halimah Jongang. Saya bawakan juga petikan Siti Jarum (penulis hiburan di Mingguan Malaysia) berkenaan Halimah Jongang. Jika anda belum membacanya, anda boleh KLIK SINI untuk membacanya.

Saya tidak terkejut jika kenyataannya, ada insan yang bukan saja terguris dan terluka oleh drama komedi Halimah Jongan, bahkan fenomena Halimah Jongang juga memberi kesan buruk kepada kehidupan mereka yang berkenaan. Pasti, di luar sana ramai yang sedang menanggung luka dan tekanan hidup bahana fenomena drama Halimah Jongang ini.

Hari Khamis yang lalu, saya membaca di akhbar Berita Harian, luahan seorang bapa yang sedih dan kecewa kerana anaknya (yang jongang) menjadi bahan ejekan di sekolah dan hal ini memberi tekanan kepada anaknya itu. (Rujuk: Normah Becok, HIP muka 18, Berita Harian Khamis 25 Februari 2010).


Normah becok mendengar cerita daripada teman sepejabatnya, ada seorang ayah menelefon dari Kluang, Johor. Ayah ini ada anak yang jongang. Anaknya jadi bahan jenaka dan diejek di sekolah. Ayah tersebut pernah menghantar email ke stesen tv yang menyiarkan drama Halimah Jongang, tapi sampai sekarang nampaknya Halimah Jongang masih bersiaran. (Halimah Jongang disiarkan di saluran Astro Prima).

Ayah itu hilang punca apabila anaknya harus berdepan dengan situasi memilukan itu apabila fizikal anaknya itu menjadi usikan. Apa orang lain rasa jika terjadi kepada darah daging sendiri, kata ayah tersebut. Bagi ayah yang mengadu, buruk baik rupa seseorang semuanya tetap menjadi kebesaran ciptaan Tuhan. Tak perlulah menjadikan subjek kekurangan manusia itu sebagai isu yang boleh dipersendakan.
Petikan dari tulisan Normarh Becok:

[Cik Normah melihat apa yang disuarakan oleh pemanggil itu ada alasan yang tersendiri. Lagu dendangan Eddie Hamid itu sendiri memberi penekanan yang cepat menangkap di minda kita. Korusnya sendiri melakukan pengulangan kepada subjek jongang itu.


Tak dinafikan lagu itu sangat catchy, tapi bagi mereka yang dilahirkan sedemikian akan cepat terasa hati dan pasti ia memberi kesan yang cukup mendalam.


Biarpun drama Halimah Jongang sekadar menghiburkan dan memberi pengajaran tersendiri, pelbagai persepsi positif dan negatif tetap ada. Tepuk dada tanya hati. Kalau terkena batang hidung sendiri, baru terasa kot.]

Jika begini kesan daripada drama Halimah Jongang, ini adalah satu masalah yang serius. Pihak berkenaan perlu memberi perhatian dan tindakan sewajarnya. Sekalipun ada niat memberi teladan dan moral dalam drama Halimah Jongang, itu bukan satu alasan yang mewajarkan kezaliman ke atas masyarakat kita yang berkenaan. Apatah lagi, jika drama itu semata-mata hiburan untuk meraih keuntungan!

Sepanjang sejarah manusia, karya bukan sahaja untuk menghibur, karya adalah untuk mendidik. Juga, karya adalah cerminan tamadun sesebuah masyarakat. Lebih-lebih lagi sebuah karya drama tv yang diterima oleh ramai.

Jumaat, Februari 26, 2010

Harum Rindu Kepadamu (Puisi Rindu Buat Nabi Rasulullah SAW)


Harum Rindu Kepadamu
(Puisi Rindu Buat Nabi Rasulullah SAW)




i luv rasulullah Pictures, Images and Photos



Alhamdulillah, hari Jumaat yang indah dan penuh barokah. Tengah hari tadi, Ustaz Salleh Hamden yang menyampaikan khutbah di Masjid Assyakirin tempat saya bersolat Jumaat. Ustaz Salleh adalah antara guru saya. Beliau ada program ceramah di sini. Sebenarnya beliau menetap di Kota Samarahan. Saya memang meminati cara penyampaian Ustaz Salleh ini.

Selepas solat asar ada majlis kesyukuran di rumah pakcik. Sebenarnya kesyukuran sepupu saya yang sah mengandung anak sulung. Hehe, sepupu tu muda lagi pada saya (nikah awal tahun 2009). Seperti biasa, sayalah yang membacakan doa kesyukuran. 

Selepas mandi dan sementara menunggu azan maghrib, saya 'melakar' sebuah puisi buat Rasulullah (SAW). Kemudian selepas Isya saya 'memperhaluskan' puisi tersebut. Insya Allah akan saya perkemaskan lagi.


Harum Rindu Kepadamu (Puisi Rindu Buat Nabi Rasulullah SAW)
Oleh: Norudin Draman (UstazCahaya).
Dengan nama-nama Allah yang Maha Indah
yang dengan kurnia-Nya yang melimpah
aku menulis puisi ini untuk menjadi wadah
cuba bermadah untuk meluah
rindu kepadamu Rasulullah.

Kucuba sedaya yang kumampu

menukilkan sesuatu
tanda cinta dan rindu
harum rindu kepadamu.

Andai bait-bait kalimah ini ada berbau

semoga ia harum, seharum rindu
rinduku kepadamu rindu umatmu
harum rindu kepadamu

Wahai Nabi Muhammad Rasulullah,

jika kami salah, ampunkan kami.

Hari ini kami menyambut hari lahirmu

di merata dunia umatmu menyeru
bersahut-sahut menyebut namamu
dalam indah bait salawat dan salam kepadamu

hari ini dunia meriah

umat Islam mampu bermegah
suasana indah
salawat dan salam riuh rendah
membuat iblis dan syaitan menjadi gundah
Insya Allah.

Wahai Nabi Muhammad Rasulullah,

jika kami salah, ampunkan kami.

Salawat dan salam bergema

hari ini di serata dunia
dari bibir berdengung di minda
semoga turun ke hati setiap manusia
dan semoga terpateri di sanubari hendaknya

indah alangkah indah

jika setiap hari menjadi meriah
oleh ucapan salawat bibir menjadi basah
dan ucapan salam merindumu Ya Rasulullah.

Wahai Nabi Muhammad Rasulullah,

jika kami salah, ampunkan kami.

Di kalangan kami ada umatmu yang ingin menegakkan sunnah

dalam tegas menentang bidaah
ini tidak boleh itu salah
orang awam yang lemah semakin goyah
hendak mendekat kepada agama semakin payah.

tentang bidaah mereka gagah

menolak yang kononnya bukan sunnah
sehingga agama menjadi semakin payah
ini itu semua salah
sedang iman dan akhlaq umatmu kini dalam parah

sayang mereka pula bukanlah orang yang gagah

dalam menegakkan sunnah
dalam bicara mereka tiada berhikmah
ini itu semua salah.

Wahai Nabi Muhammad Rasulullah,

jika kami salah, ampunkan kami.

kami umatmu yang lemah

melalui hari-hari penuh payah
kami umatmu yang berpecah
dalam iman dan amal yang goyah
sungguh ini meletakkan kami dalam gundah.

Kami umatmu sedang berpecah

kami umatmu sedang goyah
dalam iman dan akhlaq yang parah
Ya Rasulullah.

kucuba sedaya yang kumampu

menukilkan sesuatu
tanda cinta dan rindu
harum rindu kepadamu

Andai bait-bait kalimah ini ada berbau

semoga ia harum, seharum rindu
rinduku kepadamu rindu umatmu
harum rindu kepadamu

Wahai Nabi Muhammad Rasulullah,

jika kami salah, ampunkan kami.

Semoga diterima Allah, Tuhanku

buat Muhammad Rasulullah, Nabiku.
---------------------

Norudin Draman (UstazCahaya).

Mula dinukilkan pada 26 Februari 2010, jam 6.15 petang sementara menanti masuk waktu maghrib. Disemak sementara menunggu isya pada hari yang sama.


Salam Maulid kepada anda yang membaca post ini. Semoga kita menjadi para pencinta Rasulullah dan layak mendapat syafaat Baginda di hari akhir kelak, hari di mana setiap manusia  berharap agar termasuk dalam umat Muhammad. Amin Ya Rabb Al-Alamin.

PS: HAK CINTA TERPELIHARA. Ops, Hak Cipta Terpelihara;-) Hak Cinta Terpelihara itu novel;D

Khamis, Februari 25, 2010

Tentang Rasulullah: Berapa Banyak Yang Kita Tahu?


Tentang Rasulullah:
Berapa Banyak Yang Kita Tahu?





Sekurang-kurangnya sehari semalam kita mengucapkan dua kalimah syahadah sebanyak 9 kali, iaitu ketika duduk tahiyyat dalam solat fardhu lima waktu; subuh 1 kali, zuhur 2 kali, asar 2 kali, maghrib 2 kali dan isya 2 kali.

Dalam kalimah syahadah kita mengaku 'Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah'. Kemudian ketika tahiyyat akhir kita lanjutkan pula dengan salawat. Sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam kita bersalawat kepada Rasulullah (SAW) dalam solat fardhu.

Malam ini, suka saya mengajak diri saya sendiri dan saudara yang membaca post ini untuk menilai diri kita; berapa banyak yang kita tahu tentang Nabi Muhammad Rasulullah (SAW)? Jika kita diminta menulis senarai 10 fakta penting tentang Baginda, apakah mampu kita menyenaraikannya? Bagaimana jika 20? 30? 40? 100? 2000?

Astaghfirrullah Al-Azhim. Bila mencuba membuat senarai secara spontan tanpa rujukan, rupanya sangat sedikit yang saya tahu tentang Rasulullah (SAW). Sedangkan saya mengakui Baginda adalah Rasul Allah, penyampai risalah Allah dan yang memperkenalkan saya kepada Allah.

Rupanya, dalam sibuk saya menjalani hidup, sangat sedikit yang saya tahu tahu tentang Rasulullah (SAW). Sedangkan saya mengharap mendapat syafaat Baginda di hari akhir kelak. Pada hari akhir di mana setiap manusia akan berharap menjadi umat Nabi Muhammad Rasulullah (SAW).

Justeru bersempena malam maulid ini, saya bawakan di sini 21 fakta ringkas tentang Rasulullah (SAW). Senarai fakta ini saya petik daripada 'Sepintas lalu mengenai Nabi Muhammad (SAW)', majalah Al-Islam Mac 2008, muka 48-49.



1. Aminah bin Wahab, hamil setelah duan atau tiga bulan berkahwin dengan Abdullah bin Abdul Mutalib dan tinggal di kota Mekah. Abdullah kemudian pergi ke Syam untuk berniaga.

Dalam perjalanan pulang, Abdullah jatuh sakit (demam) di kota Yatsrib (Madinah) dan meninggal dunia serta dikebumikan di sana.

2. Pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 masehi, Aminah melahirkan seorang putera lelaki sulung yang bakal menjadi Nabi akhir zaman.

Bapa mertua Aminah iaitu Abdul Mutalib kemudian membawa bayi itu ke dalam Kaabah dan berdoa.

Selepas tujuh hari, Abdul Mutalib memberikan nama bayi itu Muhammad dan membuat majlis jamuan kesyukuran dengan mengundang ramai pembesar Quraisy.

Abdul Mutalib adalah ketua kaum Quraisy yang dihormati dan keturunan Qushai iaitu pahlawan suku kaum Quraisy dari keturunan Bani Ismail.

3. Muhammad kemudian diserahkan kepada seorang wanita dusun bernama Halimah dari Bani Sa'ad untuk menjadi ibu susuan kepada Muhammad.

Setelah berusia dua tahun, Halimah menyerahkan semula Muhammad kepada ibunya Aminah tetapi Aminah meminta Halimah terus menyusukan Muhammad dan memeliharanya sebab bimbang dijangkiti penyakit di kota Mekah.

4. Ketika Muhammad berusia 4 tahun, beliau ikut anak Halimah bernama Abdullah mengembala kambing-kambing Halimah di dusun.

Suatu hari, datang dua lelaki (malaikat) berpakaian serba putih membawa lari Muhammad ke suatu tempat membedah dadanya dan membuang sesuatu benda hitam.

5. Setelah peristiwa pembedahan ajaib itu, Halimah berasa takut, lalu segera dia menyerahkan Muhammad kepada ibunya Aminah semula (dalam usia Muhammad empat atau lima tahun ketika itu).

6. Bila umur Muhammad enam tahun, ibunya membawanya menziarahi keluarganya di Madinah di samping menziarahi kubur arwah suaminya, Abdullah. Mereka ditemani oleh pembantu perempuan bernama Ummu Aiman. Bapa Aminah adalah dari keturunan Bani Najjar di Madinah.

7. Setelah sebulan di Madinah, mereka pun pulang semula ke Mekah. Dalam perjalanan sewaktu tiba di desa Abwaa', kira-kira 35 kilometer dari Madinah, Aminah jatuh sakit dan beberapa hari kemudian beliau wafat, lalu dikebumikan di situ.

Muhammad bersedih dan dibawa pulang ke Mekah oleh pengasuhnya, Ummu Aiman. Baginda menjadi anak yatim piatu.

8. Abdul Mutalib memelihara cucunya Muhammad dengan penuh kasih sayang sehinggalah umur Abdul Mutalib 80 tahun, beliau meninggal dunia.

Muhammad lalu dibela oleh pakciknya, Abu Talib dengan penuh amanah. Muhammad pandai mencari rezeki mengambil upah mengembala kambing di kampung Jiyad.

9. Bila Muhammad berusia 12 tahun, beliau mengikut Abu Talib berniaga di Syam bersama bersama rombongan kafilah pada tahun 583 masehi.

Tiba di kota Basrah, ada seorang pendita Nasrani bernama Bakhira (atau Buhaira) berpesan kepada Abu Talib supaya menjaga Muhammad dengan baik sebab Baginda bakal menjadi seorang nabi dan rasul akhir zaman.

Bakhira dapat menyaksikan tanda-tanda kenabian pada Muhammad berdasarkan cerita dalam kitab Injil.

Selepas berniaga di Syam, Abu Talib cemas, segera membawa Muhammad pulang ke Mekah.

10. Pada usia 24 tahun, Muhammad bekerja membawa barang dagangan milik wanita kaya - Siti Khadijah ke Syam dengan ditemani Maisarah (pembantu Khadijah).

11. Sampai di kota Syam, Muhammad berehat sendirian di bawah sebatang pohon besar dekat Pasar Busra. Kawan-kawan dalam kafilahnya berehat beramai-ramai di sudut lain.

Kemudian seorang lagi pendera Nasrani bernama Mastura telah memberitahu Maisarah bahawa pemuda yang duduk di bawah pokok besar itu adalah bakal seorang nabi akhir zaman berdasarkan tanda-tanda yang dilihatnya.

Selepas selesai berniaga dan mendapat untung, Muhammad bersama kafilahnya dan Maisarah pun pulang semula ke Mekah.

12. Pada usia 25 tahun, Muhammad berkahwin dengan Siti Khadijah.

13. Selama 12 tahun perkahwinan Muhammad dengan Siti Khadijah, dua putera dan empat puteri iaitu Qasim (meninggal dunia umur 2 tahun), Zainab, Abdullah (meninggal dunia semasa kecil), Ruqayyah, Ummu Kalsum dan Fatimah (Fatimah dilahirkan ketika Muhammad berusia 35 tahun). Fatimah kemudiannya berkahwin dengan Ali bin Abu Talib.

14. Ketika berusia 40 tahun, Muhammad menyendiri beberapa bulan di dalam Gua Hira (di puncak (Jabal Nur).

Suatu malam pada hari Isnin, 17 Ramadan bersamaan tahun 610 Masehi, Muhammad menerima wahyu pertama dari Allah iaitu Surah Al-Alaq (ayat 1-5) yang disampaikan dan diajarkan membacanya oleh malaikat Jibril.

Dengan turunya wahyu itu, maka Muhammad telah diangkat menjadi Nabi dan Rasul-Nya untuk menyampaikan risalah Allah kepada seluruh manusia di dunia ini.

15. Nabi Muhammad (SAW) mengembangkan syiar Islam dengan mengajar manusia hanya menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan yang lain. Al-Quran adalah kitab suci-Nya yang mengandungi peringatan dan ajaran untuk panduan hidup manusia di dunia hingga akhirat.

Muhammad (SAW) menerima banyak tentangan dari orang-orang Quraisy di Mekah.

16. Pada tahun kesepuluh kenabian, pakcik Baginda iaitu Abu Talib meninggal dunia pada usia 87 tahun. Pada tahun sama, Siti Khadijah meninggal dunia beberapa bulan kemudian.

17. Pada tahun kesebelas kenabian, Rasulullah (SAW) mengalami peristiwa ISrak dan Mikraj. Dalam peristiwa itu, Baginda menerima perintah kewajipan solat lima waktu.

18. Pada tahun ketiga belas kenabian, Nabi Muhammad (SAW) berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Abu Bakar As-Sidiq yang kemudian disusuli oleh keluarga mereka yang dibawa oleh Abi Talib.

19. Pada 10 Ramadhan tahun kelapan Hijrah, Nabi Muhammad (SAW) bersama kira-kira 10,000 tentera Islam menuju ke Mekah dan berjaya menakluk Mekah tanpa peperangan kerana orang-orang kafir Quraisy mahu berdamai.

20. Pada 25 Zulkaedah tahun kesepuluh Hijrah, Nabi Muhammad (SAW) bersama 100,000 umat Islam bertolak dari Madinah ke Mekah untuk mengerjakan haji wada'.

21. Selepas tiga bulan pulang dari mengerjakan haji, Rasulullah (SAW) demam beberapa hari dan wafat di Madinah. (Iaitu pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun tahun 632 Masehi. Makam Rasulullah (SAW) kini ada di dalam Masjid Nabawi di Madinah.

Nabi Muhammad (SAW) berusia 63 tahun ketika wafat dan setelah 23 tahun menjadi Rasul Allah.



Tidak pernah jemu saya mendengar lagu Raihan (and the gang) yang satu ini, walaupun telah bertahun-tahun mendengarnya...




Lagu Aura Rosul dari Padang Ati ini juga adalah antara lagu kegemaran saya, yang saya tidak faham maksud liriknya ;D (yang saya faham itu mungkin selawat itu saja, hehe..)

Tapi lagu ini memang best walaupun agak lucu juga mendengar bahasa yang kita tidak faham ye;-)




Rabu, Februari 24, 2010

Ucapan Cinta Penghuni Syurga


Ucapan Cinta Penghuni Syurga


 






Photobucket


Apabila kamu diberi penghormatan,
maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik,
atau balaslah (dengan yang serupa).
Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.

(Surah An-Nisa 4:86)

MUKADDIMAH

(السلام) As-Salam dalam bahasa Arab bermaksud sejahtera. As-Salam adalah salah satu nama daripada Asma Allah yang bermaksud Yang Maha Sejahtera. Daripada perkataan ‘salam’ lahir perkataan Islam iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad (SAW) untuk manusia. Salah satu budaya yang dianjurkan kepada  penganut Islam ialah budaya mengucapkan salam sesama kita dengan ucapan:


“Salam Sejahtera Ke Atas Kamu dan (semoga)
Kamu Dirahmati Allah dan Diberkatinya”


Lafaz menjawab salam adalah seperti berikut;

 

“Dan (juga) Ke Atas Kamu Salam Sejahtera
dan (semoga) Kamu Dirahmati Allah dan Diberkatinya”

SEJARAH SALAM

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Adam (AS) selesai diciptakan, Allah (SWT) menyuruh Nabi Adam (AS) bertemu dengan segolongan malaikat yang sedang duduk dan memberi salam kepada mereka.

"Dengarkanlah, jawapan salam mereka kepadamu, sesungguhnya itu adalah sebagai penghormatan bagimu dan bagi keturunanmu", Allah (SWT) berfirman kepada Nabi Adam (AS).

Maka Nabi Adam (AS) pun menghampiri para malaikat itu dan mengucapkan salam yang diajarkan Allah keapda baginda iaitu: "Assalamu 'alaikum".

"Waalaikumus salam warahmatullah", jawab para malaikat.

(HR. Bukhari - Muslim).

Prinsip-Prinsip Dalam Lafaz Salam
1. Mengingati  Allah  (SWT).

2. Peringatan kepada diri sendiri untuk menjaga kesejahteraan.

3. Ungkapan dan penyebaran kasih sayang antara sesama umat Islam.

4. Doa yang istimewa.

5. Janji dan pengakuan bahawa ‘anda aman dari bahaya tangan dan lidahku’ kepada orang yang diucapkan salam.

Protokol Ucapan Salam

Protokol (adab) dalam mengucapkan salam adalah seperti berikut:
- Orang yang berkenderaan mendahului memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.

- Orang yang berjalan kaki mendahului memberi salam kepada orang yang duduk.


- Kelompok yang sedikit mendahului memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.


- Orang yang hendak meninggalkan sesuatu tempat memberi salam kepada orang yang tinggal.


- Semasa keluar rumah dan juga semasa  pulang ke rumah, ucapkanlah salam walaupun tidak ada orang di rumah

- Jika bertemu berulang-ulang maka ucapkan salam setiap kali bertemu.


- Orang yang hendak berucap mengucapkan salam kepada orang yang mendengar (di depannya)

- Orang yang lebih muda mendahului mengucapkan salam kepada orang yang lebih tua.

- Orang yang baru sampai mengucapkan salam kepada orang yang telah dahulu berada di satu-satu tempat.
SALAM: Ucapan Cinta Penghuni Syurga

UCAPAN atau perkataan yang digunakan oelh para penghuni syurga adalah ucapan salam atau ucapan keselamatan dan kata-kata yang baik kerana kebahagiaan mereka dapat memasuki syurga. Tiada perkataan  melukakan perasaan atau ucapan yang sia-sia dan keji. Semua ucapan penghuni syurga adalah ucapan kesejahteraan, kasih sayang dan kebahagiaan.

"Mereka (para penghuni syurga) tidak akan mendengar perkataan yang sia-sia yang menyebabkan dosa, melainkan perkataan saiam, seiamat, sejahtera. "(Surah Al-Waqi'ah : 25-26).

"Mereka (para penghuni syurga) tidak mendengar perkataan yang sia-sia di dalamnya melainkan perkataan salam (perkataan yang baik), dan bagi mereka (pula) memperoleh rezeki di dalamnya pagi dan petang." (Surah Mariam : 62).

Dan para malaikatpun akan menyampaikan ucapan salamat kepada penghuni-penghuni syurga : "Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya, dihalau ke dalam syurga dengan berbondong-bondong, sehingga apabila mereka sampai kepadanya, dibukalah pintu-pintunya dan berkata malaikat-malaikat penjaganya kepada mereka : Selamat untukmu, kamu telah suci, maka masuklah kamu kedalam syurga serta kekal (di dalamnya)." (Surah Az-Zumar: 73).

Sekiranya kita mengaharapkan dan mengimpikan kehidupan di syurga, maka budayakan ucapan salam dan perkataan yang baik-baik dalam kehidupan kita di dunia ini.

PENUTUP 

‘Hello’ dalam bahasa Ibrani (atau Yahudi) bermaksud; ‘Hell’ maknanya neraka, ‘O’ maknanya kamu; jika digabungkan menjadi ‘Kamu Ahli Neraka’ atau ‘Celaka Kamu’. Maka terbukti ucapan salam lebih indah dan lebih baik untuk kita amalkan dan gunakan baik semasa bertemu, semasa memulakan perbualan telefon, ketika menjawab panggilan telefon dan sebagainya.

Salam merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang menjadi hak antara seorang muslim dengan muslim yang lain. Salam adalah doa seorang muslim kepada saudaranya yang lain agar beroleh kesejahteraan, kasih sayang dan berkat dari Allah (SWT). Budaya mengucapkan dan menjawab salam adalah budaya saling-mendoakan yang semestinya difahami dan diamalkan oleh kita.

Salam bukan sekadar ‘pembuka bicara’ atau ‘ucapan untuk menyapa’. Salam adalah sebuah doa. Sesuai dengan kedudukannya sebagai doa yang kita ucapkan kepada orang lain pasti di sebaliknya adalah tuntutan untuk kita saling berusaha agar kehidupan kita sentiasa dipayungi keselamatan dan kesejahteraan. Sepatutnya perbuatan kita dalam perhubungan dengan orang lain yang selalu kita ucapkan salam kepadanya tidak bertentangan dengan doa yang selalu kita ucapkan kepadanya seperti lafaz doa (salam) di atas.

Semoga di sebalik salam yang kita sering ucapkan dan menjawabnya, tidak tersembunyi perasaan-perasaan buruk sangka, pandang rendah, bongkak sombong, dengki khianat, dan lain sebagainya. Semoga kita bukan saja menjadi umat yang saling mendoakan kesejahteraan, kasih sayang dan keberkatan malah kita sama berusaha menjadi umat yang saling mengecapi dan menjaga kesejahteraan, kasih sayang dan memperolehi keberkatan Allah (SWT).



UstazCahaya:

Dipetik dan diolah semula dari Nota Kuliah Takmir bertajuk 'Salam: Ucapan Penghuni Syurga' yang saya sediakan untuk program kuliah mingguan Program Takmir Masjid dan Surau anjuran Majlis Islam Sarawak. Saya adalah Guru Takmir untuk bahagian Bintulu, Sarawak.


Selasa, Februari 23, 2010

Penonton Malaysia Tidak Berkualiti? (Tentang Laskar Pelangi)


Penonton Malaysia Tidak Berkualiti?
(Tentang Laskar Pelangi)







laskar pelangi Pictures, Images and Photos



Saya membaca novel ini dalam versi ebook yang diperoleh daripada blogger Indonesia pada tahun 2007 jika saya tidak silap ingat. Ketika itu, sangatlah susah untuk mendapatkan novel ini di pasaran.

Laskar Pelangi jika dihayati oleh para pendidik dan diusahakan untuk disemai ke dalam proses mendidik, Insya Allah akan lahir genius pelbagai bidang dalam anak bangsa kita. Genius-genius yang seperti watak-watak 10 anak Laskar Pelangi itu. Kita sangat perlu kepada pendidik seperti Bu Mus dan Pak Harfan.

Semalam saya menulis tentang drama Halimah Jongang yang ditegur oleh Siti Jarum dalam Mingguan Malaysia. Jika anda belum membacanya, anda boleh KLIK SINI untuk baca. Dalam post semalam, antara lain saya memetik fakta daripada Siti Jarum yang mengatakan rating drama Halimah Jongang yang tinggi, yang bermakna drama itu ditonton oleh ramai. Ya itu kiraan berapa biji televisyen yang menayangkan drama itu. Belum dikira lebih tepat, berapa orang dan berapa pasang mata yang menonton sesebuah tv.

Dalam post semalam saya ada menulis seperti berikut:
Drama adalah sebuah karya yang melambangkan budaya sesuatu bangsa dan negara. Sesebuah bangsa dan negara salah satunya dinilai orang dari karya yang dihasilkan dalam bangsa dan negara itu. Juga, bagaimana penerimaan bangsa itu kepada karya yang dilahirkan dalam negara mereka. 
Mungkin ayat saya itu agak 'complicated' dan pusing keliling. Maka malam ini saya cuba menerangkannya. Maksud saya, karya yang dihasilkan dan kaitannya dengan masyarakat yang menerima karya tersebut. Inilah yang hendak kita ceritakan malam ini.

Penonton Malaysia Tidak Berkualiti? Jangan salah faham ya, ini bukan pendapat saya. Siapalah saya untuk memberi pendapat dan kenyataan seperti itu. Saya bukan ahli dan penggerak industri hiburan 'gambar bergerak' di negara kita.  Itu sekadar pertanyaan yang bermain di minda saya selepas membaca catatan Ku Seman Ku Hussain di Utusan Malaysia. (Rujuk tulisan Ku Seman Ku Hussain, Filem, penonton dan kualiti; UTUSAN MALAYSIA, Isnin 22 Februari 2010, muka 10).



Sedikit petikan tulisan Ku Seman Ku Hussain:

Suatu hakikat yang tidak dapat sesiapa pun menafikan ialah penonton yang menjadi penanda aras tahap kualiti karya filem di sesebuah negara.

Box office sahaja bukan penanda aras kualiti filem kecuali yang menyokong sesebuah filem itu penonton yang berkualiti.

Filem berkualiti tinggi tidak mampu bertahan di panggung, kalau tidak ada penonton. Filem yang tidak berkualiti mampu bertahan lama apabila disokong oleh penonton yang rendah kualitinya.

Di Indonesia, tahap kualiti penonton sudah jauh berubah kalau dibandingkan dengan filem-filem era tahun 1970-an atau 1980-an. Penonton mereka sudah kritikal terhadap filem yang ditonton dan ini menyumbang kepada filem-filem oleh karyawan generasi baru Indonesia mendapat sambutan.

Filem Laskar Pelangi arahan Riri Riza mendapat sambutan box office di Indonesia. Tidak ada pelakon popular, jauh sekali aktres jelita. Tetapi Laskar Pelangi tidak mendapat sambutan yang selayaknya di negara ini.

Inilah yang saya selalu fikirkan selama ini. Sebenarnya, kualiti filem bergantung kepada kualiti penonton. Jika filem yang dihasilkan adalah berkualiti, tetapi majoriti masyarakat yang menonton tidak dapat menerimanya, maka filem itu akan tenggelam. Filem dengan kualiti yang rendah, tetapi menepati selera penonton, pasti meletup dan laris.

Begitu juga drama tv. Menggunakan drama sebagai kayu ukur kualiti minda masyarakat adalah suatu yang realistik. Dalam isu drama Halimah Jongang kita mendapat tahu ia ditonton oleh ramai orang, bermakna ia diterima oleh ramai orang. Untuk kita melihat kualiti masyarakat kita, kita boleh melihat kepada kualiti drama tersebut.

Begitulah yang saya faham daripada apa yang saya baca dalam catatan Ku Seman Ku Hussain pagi tadi. (Akhbar Utusan Malaysia semalam, saya baru baca pagi tadi).

Kita lihat sahaja Laskar Pelangi. Ia sebuah novel yang sederhana dan mudah tetapi berisi. Filem Laskar Pelangi pula tidak menggunakan teknologi yang canggih dan lokasi yang jauh dari bandar. Namun, Laskar Pelangi memang diakui adalah sebuah karya yang berkualiti. Mungkin, inilah yang perlu dipelajari oleh kita. Tanpa pelakon seksi dan seksa yang menyeksa mata dan jiwa raga. Tanpa perlu melakonkan adegan berpegangan dan bersentuhan antara berlainan jantina.. tetap diakui berkualiti.

Laskar Palangi jika dihayati oleh para pendidik dan diusahakan untuk disemai ke dalam proses mendidik, Insya Allah akan lahir genius pelbagai bidang dalam anak bangsa kita. Genius-genius yang seperti watak-watak 10 anak Laskar Pelangi itu. Kita sangat perlu kepada pendidik seperti Bu Mus dan Pak Harfan.

Beginilah sedikit sebanyak apa yang saya fahami tentang filem, drama, novel dan kaitannya dengan masyarakat dan masa depan masyarakat. Pendapat anda bagaimana pula? Jum kongsi bersama saya di ruang yang disediakan di bawah;-)





Sedutan filem Laskar Pelangi adaptasi daripada novel Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Novel ini bercerita tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah (SD dan SMP) di sebuah sekolah Muhammadiyah di pulau Belitong yang penuh dengan keterbatasan.

Novel dan film yang sangat menginspirasikan dan memberi motivasi terutama kepada para Pendidik/ Guru agar tetap tabah menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Juga kepada para pelajar, agar terus bersemangat untuk belajar kerana ada orang di sudut dunia lain yang tidak mendapat kemudahan menuntut ilmu semudah kita di Malaysia.

Dalam video ini seorang watak iaitu Mahar, adalah seorang kana-kanak yang sentiasa membawa radio buruknya kemana sahaja. Seorang yang berbakat seni dan berwatak seniman.

Isnin, Februari 22, 2010

Siti Jarum Menegur Halimah Jongang


Siti Jarum Menegur Halimah Jongang





Berulang kali
Telah ku katakan
Diriku ini
Di waktu ini
Telah dimiliki

Tak usah lagi kau dekati
Tak mungkin aku jatuh cinta padamu
Usahlah engkau memaksa diri
Memuja diriku
Ku takut nanti
Kau gigit jari menangis sendiri

Janganlah engkau berangan-angan
Jadi buah hatiku
Walau dalam mimpi pun ku tidak sudi

Jangan jangan jangan ku digoda
Tengok bayangmu pun ku tak selera
Pergi pergilah cari yang lain
Jadi kekasihmu

Jangan jangan jangan ku dipaksa
Tengok mukamu pun aku tak suka
Jangan jangan jangan kau jadi perigi
Yang mencari timba

Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang

Ha... ha... Halimah jongang

Jongang jongang jongang
Kau halimah jongang
Jongang jongang jongang
Halimah gigi jongang


Siti Jarum. Anda kenal Siti Jarum? Halimah Jongang. Anda kenal Halimah Jongang? Jika anda membaca Utusan Malaysia, khususnya bahagian hiburan, anda pasti kenal Siti Jarum. Jika anda menonton tv, pasti anda tahu tentang Halimah Jongang. Inilah yang hendak kita ceritakan malam ini. Tentang Siti Jarum dan tentang Halimah Jongang.

Jika anda tanya saya apakah pernah menonton Halimah Jongang, oh saya tidak pernah. Hanya ada tidak pun melihat promo cerita itu di televisyen. Lagipun, saya bukan jenis menonton tv sangat. Apapun, yang sebenarnya.. saya sendiri lama sudah ingin menegur cerita Halimah Jongang ini. Namun, perlu berfikir panjang sebelum itu. Saya belum menonton drama Halimah Jongang, jadi saya tidak tahu apa sebenarnya yang ingin disampaikan dalam drama itu. Saya merasakan drama itu agak menghina, tetapi kerana belum menontonnya, saya tidak berani untuk menulis hanya berdasarkan sangkaan-sangkaan saya sahaja.

Bagaimanapun, setelah Siti Jarum menulis tentang ini semalam di ruangannya dalam Mingguan Malaysia,  saya mendapat 'point' untuk menulis post ini. (Rujuk tulisan Siti Jarum- 'Halimah Jongang Menghina' dalam sisipan Pancaindera mukasurat 7, Mingguan Malaysia, Ahad 21 Februari 2010).

Sedikit petikan daripada tulisan Siti Jarum tersebut

Adakah kita sanggup membiarkan fenomena mempersendakan sesama manusia ini berterusan dan yang ketawa macam mabuk todi bukan orang lain, orang Melayu juga.

Kepada produser dan pengarah yang bersekongkol dalam agenda mempersendakan sesama manusia ini, gunakanlah bakat dan kemampuan anda cara yang tidak menghiris hati orang. Banyak lagi cerita yang boleh ditulis, bak kata pujangga, ilham itu luasnya bagai lautan.

SITI JARUM: Tengah cari komposer lagu Halimah Jongang.


Menurut Siti Jarum, beliau sendiri tidak tahu kewujudan drama Halimah Jongang ini, sehinggalah mendapat maklumat daripada orang lain yang merasakan Halimah Jongang itu menghina dan menghiris hati orang yang seperti itu. Bayangkanlah, bagaimana perasaan mereka kan. Siap ada lagu lagi. Menurut Siti Jarum juga, asalnya Halimah Jongang adalah sebuah telemovie, kemudian dijadikan drama bersiri kerana rating penonton yang tinggi.

Masakan tidak terguris hati mereka yang berkenaan, siap ada lagu lagi. Chorus lagu itu pula sangat 'catchy' dan menjadi mainan kanak-kanak. Satu lorong dengan saya, ada seorang ni yang berkenaan. Apabila dia berjalan, kanak-kanak (termasuk sepupu-sepupu saya yang kanak-kanak) mula menyanyikan chorus lagu 'Halimah jongang jongang oh Halimah jongang' itu. Nasib baik, perbuatan mereka itu cepat kami kawal.

Malah menyedihkan, drama Halimah Jongang ini malah mendapat rating yang tinggi. Kita harus akur, drama adalah sebuah karya yang melambangkan budaya sesuatu bangsa dan negara. Sesebuah bangsa dan negara salah satunya dinilai orang dari karya yang dihasilkan dalam bangsa dan negara itu. Juga, bagaimana penerimaan bangsa itu kepada karya yang dilahirkan dalam negara mereka.

Apa yang pasti, penyumbang rating tinggi drama Halimah Jongang itu, bak kata Siti Jarum, bukanlah orang lain, orang Melayu juga (dan saya tambah, orang bumi putera juga..). Rasanya, bukan bumi tidak menonton drama Melayu kan?


Minggu lepas, saya terbaca teguran Ustaz Habib (Habiburrahman El-Shirozi) tentang industri filem di Malaysia. Menurut Ustaz Habib, industri perfileman di Malaysia dikatakan masih gagal dalam menghasilkan karya yang mampu menerapkan unsur-unsur Islam untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat secara lebih berkesan.

Penulis novel popular itu, berpendapat pembikin filem di negara ini (Malaysia) masih tidak berani untuk menonjolkan seni Islam dan amalannya dalam karya mereka menyebabkan mereka ketinggalan berbanding hasil dari negara jiran itu. Beliau berkata apa yang paling penting adalah niat dan masyarakat semestinya akan melihat hasil dan ini semua bergantung kepada penulis itu sendiri.

"Malah, di Malaysia mereka masih tidak berani menaikkan nilai dan imej-imej Islam dengan lebih mendalam dan contoh yang paling mudah ialah seperti aktiviti keagamaan di dalam masjid. Tetapi di Indonesia, kita mengangkat masjid sebagai nilai Islam dan kalau ada nilai, kena ada simbolnya iaitu masjid itu sendiri. Ini yang kita buat untuk masyarakat di sana ,"

"Saya merasa di Malaysia ia juga mendapat sambutan yang luar biasa. Cerita yang Islamik kalau kita tulis dengan kaedah yang baik maka akan dapat sambutan.

"Selain penggarapan, kematangan dan pemilihan idea perlu tetapi di sini ada penulis garapan bagus tapi ideanya tidak sesuai dengan masyarakat. Apa yang dikehendaki oleh masyarakat tidak ditampilkan sedangkan seorang sasterawan itu harus berinteraksi dengan masyarakat.

"Kalau orang haus kita kena bagi minum bukan bagi keropok. Macam mana sedap pun dia tidak akan ambil kerana apa yang dimahukan adalah minuman,"

Begitulah serba sedikit apa yang dikatakan oleh Ustaz Habib yang saya baca di akhbar online.


Kiranya, daripada membuat cerita seperti Halimah Jongang itu, bukankah lebih baik berusaha untuk membuat filem yang menghiburkan dengan idea yang lebih baik, yang lebih dapat memberi sesuatu yang bermakna kepada bangsa. Orang lain sudah sampai ke bulan ke bintang, kita masih dengan sikap berhibur dengan mengejek-ejek orang lain. Orang lain sudah dapat memulakan gelombang hiburan Islami, kita masih suka mentertawakan bangsa sendiri.

Melly Goeslow, Krisdayanti, Anto Hoed dan rakan-rakan, sudah pun membuat lagu-lagu cinta berunsur Islam. Tidak wajarlah kita di sini hendak membuat lagu yang menghina dan mengejek Halimah Jongang. Bukankah melodi yang 'catchy' itu lebih bagus diisi dengan senikata yang dapat memberi sesuatu yang lebih bermakna kepada anak bangsa kita. Sedangkan kanak-kanak di sekitar saya, sangatlah suka menyanyikan lagu Halimah Jongang itu.

PS: Suka dengan falsafah Ustaz Habib itu: "Kalau orang haus kita kena bagi minum bukan bagi keropok. Macam mana sedap pun dia tidak akan ambil kerana apa yang dimahukan adalah minuman," Itulah kaedah dakwah masa kini.

Ahad, Februari 21, 2010

PUISI CINTA (Calon Isteri Pilihan)


PUISI CINTA (Calon Isteri Pilihan)







Dibaca oleh Ayyatul Husna:

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Dibaca oleh Anna AlthaFunnisa:

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cita kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..


Alhamdulillah, setelah beberapa hujung minggu saya lalui dalam tahun 2010 ini, hujung minggu kali ini saya memilih untuk merehatkan diri. Berehat dengan menonton movie dan membaca novel. Juga berehat saja-saja bersama keluarga.

Betullah kata pepatah, nikmatnya rehat itu dapat dirasa sesudah penat bekerja. Salah satu movie yang saya tonton hujung minggu ini ialah movie aksi dari Indonesia berjudul MERANTAU WORRIOR. Dibintangi oleh Iko Uwais dan Christine Hakim. Filem 'lawan-lawan' ala-ala Ong Bak yang dari Thailand itu.

Dalam post kali ini, saya bawakan lagi part dari filem Ketika Cinta Bertasbih. Dalam video di atas ialah bacaan puisi oleh Ayatul Husna, adiknya Khairul Azzam (hero KCB) dan Anna Althafunnisa, isteri Khairul Azzam.

Jangan ada yang salah sangka pula ya. Jika saya disuruh memilih antara dua gadis itu, untuk calon isteri, anda nak tahu pilihan saya? Antara Husna dan Anna? Hehe, saya pilih Ayatul Husna;-) Mengapa? Sebab utama ialah dia seorang penulis. Ayatul Husna pandai berpuisi. Suaranya dan rupanya yang comel. Orangnya manis serta sangat menghormati ibu dan abangnya.
Astaghfirullah. Bukan apa-apa. sekadar catatan santai minda malam ini. Siapa tahu, berkat doa anda yang membaca ini, saya benar-benar mendapat isteri seperti itu, Amin Ya Rabb;-)

Sabtu, Februari 20, 2010

DOA YANG LUCU


DOA YANG LUCU








[UstazCahaya: Kisah lucu ini saya olah semula berdasarkan sebuah cerita yang selalu saya gunakan dalam kuliah dan ceramah agama yang saya sampaikan. Asal mula daripada siapa saya mendapat kisah ini juga saya kurang ingat lagi.

Kisah ini boleh dikatakan sebuah kisah lucu yang popular juga di kalangan penceramah. Apapun, kisah ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada berkaitan dengan yang sudah mati atau yang sedang hidup.]



Seorang lelaki bernama Mazlan (bukan nama sebenar), mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama bernama Husnul dan isteri kedua bernama Hasanah. Pasangan bermadu ini tidak tinggal di sebuah rumah; sebaliknya mereka tinggal di rumah yang berasingan. Mazlan boleh dikatakan sebagai seorang lelaki yang baik. Cukup dari segi ekonomi, fizikal dan intelektual untuk hidup bermadu. Sejak awal perkenalan dengan Mazlan, Hasanah mengetahui status Mazlan sebagai seorang suami. Sejak awal lagi Hasanah sedia dan rela hidup berpoligami. Berbeza pula dengan Husnul. Dia sangat terkejuy semasa Mazlan memperkenalkan Hasanah kepadanya. Dia juga hampir-hampir menuntut cerai. Mujurlah Mazlan itu sudah mantap ilmu di dada. Dapatlah dipujuknya Husnul.

Mazlan dan Hasanah selalu memikirkan cara untuk merapatkan hubungan kedua orang isteri Mazlan itu. Di awal perkahwinan mereka, mencadangkan agar dia dan kedua-dua orang isterinya solat bersama, sekali dalam seminggu. Dengan cara bergilir-gilir tempat. Seminggu di rumah Husnul, seminggu di rumah Hasanah.

Pada satu malam minggu yang indah. Itu adalah sesi pertama program 'solat bersama' antara Mazlan dengan kedua-dua orang isterinya. Sesi pertama dimulakan di rumah Husnul. Mereka akan bersolat berjamaah maghrib dan isyak. Sementara menunggu waktu isyak, Mazlan ingin menyampaikan kuliah agama kepada kedua-dua orang isteri tercinta.

Sebaik masuk waktu maghrib petang itu. Mazlan melaungkan azan dengan suara yang merdu dan baik sekali. Selesai azan Mazlan terus melaungkan iqomah. Selepas itu dia pun mengimami kedua-dua orang isterinya bersolat maghrib. Mereka bertiga pun bersolat maghrib bersama-sama secara berjamaah.

Kemudian sampailah kepada doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat. Lelaki itupun mengucapkan doanya yang berbunyi;
"Allahummakhtim alaina bi husnul khatimah wa la tahtim alaina bi su'ul khatimah. Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa fil akhirat ti hasanah.."
Belum habis doa itu dibaca, belakang lelaki ini dipukul oleh isteri pertamanya dengan beg telekom.
"Abang memang tak adil!" Kata isteri pertama yang bernama Husnul, selepas memukul belakang suaminya.
Si isteri kedua hanya melihat.
"Astaghfirullah, kenapa dengan kamu ni Husnul. Kita sedang berdoa ni.."
"Abang memang selalu melebihkan bini muda abang ni," Kata Husnul sambil tangannya hampir memukul pula isteri kedua suaminya. Nasib baik sempat ditahan oleh si suami.
Hampir-hampir kedua madu itu berperang.
"Abang doa untuk saya sekali. Abang doa untuk dia dua kali!"
"Eh macam mana pula tu?" Si suami belum faham.
"Ala buat-buat tak faham saja abang tu! Baru tadi abang doa, husnul khatimah abang baca sekali. Hasanah abang baca dua kali!"
Meloponglah Mazlan dan isteri mudanya, bingung seketika. Hendak marah atau hendak ketawa ni? ;D

Jumaat, Februari 19, 2010

JIWA KACAU dan Cara Menghadapinya


JIWA KACAU dan Cara Menghadapinya


(Image By bacois5)
-Use without commercial purpose-

Jiwa kacau. Gangguan emosi. Tertekan. Angin. Marah. Apalagi istilah yang kita berikan untuk mengatakan bahawa kita dalam keadaan yang tidak baik? Sakit hati, kecewa, dan lain sebagainya. Diri merasa geram dan ingin melepaskan apa yang terbuku di dalam diri. Ingin berteriak sekuat-kuat hati, ingin memecahkan almari, ingin menghempaskan barang-barang sehingga pecah, ingin terbang atau memecut kereta selaju-lajunya menuju ke tempat yang sejauh-jauhnya; malah paling buruk ada rasa ingin membunuh orang lain atau membunuh diri sendiri.

Setiap manusia pasti merasakannya. Ada yang ringan juga ada yang berat. Setiap kita pasti ada masanya berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil atau lebih mudah dikatakan 'jiwa kacau'. Penyebab keadaan ini juga ada pelbagai. Ada penyebab yang bersifat serta merta. Mungkin disebabkan masalah peribadi atau masalah yang ditimbulkan oleh orang lain. Ada penyebab yang bersifat jangka panjang seperti tekanan dan masalah yang dipendam yang lama-kelamaan menjadi penyebab emosi kita terganggu. Paling buruk, dalam jangka panjang ini boleh menyebabkan penyakit.

Oleh kerana adanya penyebab jangka panjang dalam hal gangguan emosi ini, kita tidak perlu hairan, ada orang yang kelihatannya seperti tiba-tiba sahaja terganggu emosi tanpa sebab penyebab yang kita tahu. Namun, dalam kes tertentu, ada masanya kita tidak semena-mena akan menghadapi simptom 'jiwa kacau' ini tanpa sebab musabab. Tidak kira lelaki mahupun wanita.

Dalam dunia serba mencabar kini, ramai mudah memasuki zon yang menyeksakan ini. Keadaan 'jiwa kacau' ini sangat menyeksakan orang yang mengalaminya. Malah boleh menjadi bahaya. Kadang-kadang, kita kehairanan melihat orang yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi, mudah mendapat masalah jiwa kacau ini; sementara orang yang biasa-biasa saja malah hidup tenang dan selesa. Orang kaya lebih ramai yang sakit jantung daripada orang miskin, betulkah atau sekadar andaian sahaja.

Apa yang pasti, gangguan emosi atau jiwa kacau ini adalah satu masalah dan berpunca daripada masalah. Setiap orang yang normal, pasti merasakannya. Apa yang membezakan manusia ialah bagaimana mereka melalui masa yang tidak stabil ini. Bagaimana manusia mengawal perasaan mereka juga berbeza. Kemahiran dan kebolehan mengawal diri dalam tempoh jiwa kacau ini adalah kayu ukur sebenar peribadi seseorang manusia.

Sabda Rasulullah (SAW):

"Orang yang sebenarnya kuat adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya."

Berikut adalah inti pati yang saya tapis dan perolehi daripada sebuah ceramah Aa Gym. Semoga kita boleh mengamalkan kaedah yang diberikan oleh Aa Gym ini semasa melalui waktu 'jiwa kacau'. Apa yang penting untuk diketahui ialah, kemahiran melalui tempoh 'jiwa kacau' dengan baik ini boleh dipelajari dan dikuasai. Cuma mungkin, ia memerlukan latihan. Jadi, buat permulaan, wajar juga untuk kita menerima masa 'jiwa kacau' ini sebagai latihan memperkasakan diri dan peribadi.

Anda menghadapi masalah? Tertekan dan emosi anda terganggu? Bagaimana rasanya? Pasti ia sangat menyeksakan bagi kebanyakkan orang. Apa yang perlu dilakukan semasa menghadapi keadaan yang menyeksakan ini?

SENYUM
Ya senyumlah ketika kita sedang dalam mood jiwa kacau. Senyum adalah sebaik-baik ubat untuk diri yang sedang menghadapi gangguan emosi. Perlu diingat, senyum yang menjadi ubat ini tidak boleh dipaksa tetapi berusahalah untuk membuat diri tersenyum. Cara saya ialah menonton filem, membaca blog orang lain, menulis komen di blog orang lain, keluar dan berjumpa orang lain, membaca bahan jenaka dan lain sebagainya. Mungkin juga kita boleh bersiar-siar di tempat yang ramai kanak-kanak dan senyumlah kepada mereka. Benar, kanak-kanak adalah manusia yang selalu membuat saya tersenyum;-)

BERTENANG

Berusahalah untuk bertenang. Ini memang satu langkah yang sukar dan mencabar. Paling mudah ialah, lari seketika daripada masalah yang menyebabkan tekanan. Juga, cuba lupakan seketika masalah kita. Cara paling mudah saya untuk bertenang ialah dengan tidur. Jika masalah saya berada di dalam rumah, saya akan keluar dan beriktikaf dengan tidur di masjid. Saya juga kerap ke perpustakaan dan membaca akhbar serta majalah di sana untuk membuat diri bertenang.

Sama seperti senyuman, ketenangan juga tidak dapat dipaksa. Bagaimanapun, ketenangan dan senyuman boleh dicari. Jadi, carilah ketenangan.

JANGAN
Jangan menambah buruk keadaan atau masalah. Kesilapan biasa kita ketika menghadapi waktu 'jiwa kacau' ialah kita kerap membesarkan masalah dan menyusahkan keadaan. Semestinya, kita tidak dapat menyelesaikan masalah dalam keadaan jiwa kacau, maka paling maksimum apa yang boleh kita lakukan ialah dengan tidak menambah buruk keadaan dan tidak membesarkan masalah.

Justeru, pendekatan terbaik semasa dilanda tempoh 'jiwa kacau' ialah dengan menghentikan masalah itu jika tidak dapat diselesaikan. Diam diri adalah pendekatan terbaik ketika kita bermasalah dengan orang lain. Lari sebentar dari masalah adalah pendekatan terbaik semasa menghadapi masalah kehidupan.


Bagaimana Saya Sendiri Melalui Masa Jiwa Kacau?

Inilah sekadar ikhtiar saya..

"Hati reda, tubuh ikhtiar. Terima kenyataan, perbaiki keadaan dan jaga ketenangan..."- Seperti yang diajarkan oleh Aa Gym.


Khamis, Februari 18, 2010

TUTORIAL BLOG: Cara Bagaimana Untuk Membuat Page dan Contact Form Di Blogspot (Siri 4)


TUTORIAL BLOG:
Cara Bagaimana Untuk Membuat
Page dan Contact Form Di Blogspot (Siri 4)






Ini adalah SIRI 3 tutorial ini. Jika anda belum membaca siri sebelumnya, anda boleh KLIK SINI UNTUK SIRI 1 , KLIK SINI UNTUK SIRI 2 dan KLIK SINI UNTUK SIRI 3.

Dalam tutorial ini, kita akan membuat page (halaman) khas untuk menu form (borang) CONTACT ME di blog kita.

Jum, kita teruskan lagi tutorial kita..


Sebelum ini, agak sukar untuk menambah page di blogspot kerana ia memerlukan kita mengedit html. Berpinar mata dibuatnya. Namun, baru-baru ini, blogger dotcom sudah memudahkan perkara ini. Jadi, dalam tutorial ini kita akan mempelajari teknik ini.

1. Log masuk ke dashboard blog anda. Klik pada menu [Edit Posts]. Rujuk bahagian yang ditanda bulatan merah dalam gambar di bawah:


Kemudian pada bahagian [posting] klik pada menu [Edit Pages]. Rujuk bahagian yang ditanda bulatan merah dalam gambar di bawah:

klik pada menu [NEW PAGE]. Dalam gambar di bawah, rujuk bahagian dalam bulatan berwarna merah.


Pada ruangan seperti di dalam gambar di bawah. Masukkan tajuk page (halaman) yang anda buat itu. Dalam tutorial ini, saya memasukkan tajuk [HUBUNGI UstazCahaya]. Rujuk bahagian dalam kotak berwarna merah. Kemudian KLIK pada tab [EDIT HTML]. Rujuk bahagian dalam bulatan berwarna merah.

Ingat lagi kod html yang kita dapat dari Response-O-Matic dalam tutorial sebelum ini? Sekarang anda buka file html code tersebut atau dapatkan di laman web Response-O-Matic. Kemudian, copy code html tersebut.

 

Paste code tersebut dalam ruang [Edit Page] di dashboard blog anda.



Setelah itu, klik pada tab [Compose]. Rujuk bulatan berwarna merah. Lihat hasil rupa code html yang kita paste tadi. Begitulah rupa borang CONTACT ME blog kita nanti. Rujuk bahagian dalam kotak berwarna merah dalam gambar di bawah:


Seterusnya, terbitkan halaman tersebut dengan klik pada butang [PUBLISH PAGE]. Rujuk bulatan berwarna merah dalam gambar di bawah:

 

Setelah itu, anda akan diminta untuk memilih di bahagian mana dalam blog, anda ingin meletakkan menu CONTACT ME yang baru kita buat ini. Dalam tutorial ini saya memilih untuk meletakkan menu ini pada tab (bahagian atas- bawah header blog). Rujuk kotak berwarna merah. Kemudian tekan butang [SAVE and PUBLSH]. Rujuk bulatan berwarna merah :

 

Kemudian lihat hasilnya di blog anda:


Terakhir, kita perlu mencuba borang HUBUNGI di blog kita itu. Caranya ialah dengan mengisi dan menghantar borang tersebut. Kemudian semak email kita. 







Alhamdulillah, pada malam Jumaat yang penuh barokah ini, selesai tutorial bersiri kita. Saya berharap semoga tutorial ini ada manfaatnya untuk kita bersama, Amin Ya Rabb.

Insya Allah, saya akan menjadikan tutorial ini sebagai sebuah ebook dan akan saya edarkan secara percuma.


Jika anda ada sebarang masalah atau soalan, jangan segan untuk bertanya kepada saya. Sekian dulu untuk kali ini;-)

PS: Mohon doakan semoga saya direzikan Allah untuk dapat menyediakan tutorial yang lain pula selepas ini.

PSS: Mohon teguran dan cadangan dari anda untuk topik tutorial seterusnya. Juga, teguran terhadap gaya penyampaian saya dan lain-lain. Saya memerlukan teguran dan cadangan saudara semua.

... menyediakan tutorial rupanya boleh menjadi rehat minda....

Rabu, Februari 17, 2010

TUTORIAL BLOG: Cara Bagaimana Untuk Membuat Page dan Contact Form Di Blogspot (Siri 3)


TUTORIAL BLOG:
Cara Bagaimana Untuk Membuat
Page dan Contact Form Di Blogspot (Siri 3)






Ini adalah SIRI 3 tutorial ini. Jika anda belum membaca siri sebelumnya, anda boleh KLIK SINI UNTUK SIRI 1 dan KLIK SINI UNTUK SIRI 2.

Dalam tutorial ini, kita meneruskan lagi langkah-langkah yang perlu dilakukan di laman web Response-O-Matic.

Kali ini kita akan mengedit form (borang) CONTACT ME di Response-O-Matic. Setelah mengedit borang tersebut, Response-O-Matic akan memberikan kita kod html borang tersebut untuk kita tampal di blog kita.

Jum, kita teruskan lagi tutorial kita..


Dalam tutorial kali ini, saya menganggap anda sudah berjaya mendaftar di  Response-O-Matic. Juga, anda telah mengesahkan dan mengaktifkan pendaftaran anda melalui email yang dihantar oleh support@Response-O-Matic.com. Teruskan dengan langkah-langkah di bawah.

1.Log masuk ke web Response-O-Matic dan masuk ke ruang [EDIT FORM]. Anda akan melihat paparan seperti di dalam gambar di bawah. Beri perhatian kepada bahagian yang ditandakan dengan kotak berwarna merah dalam gambar di bawah:
Dalam tutorial ini, kita akan membuat borang CONTACT ME dengan kotak untuk pembaca blog anda menghantar mesej kepada anda. Borang ini hanya mengandungi ruang untuk pelawat memasukkan nama mereka, alamat email mereka dan mesej mereka. Sebenarnya, Response-O-Matic menyediakan banyak jenis borang. Anda boleh mencuba semua jenis borang yang disediakan selepas selesai tutorial bersiri ini. Untuk tutorial ini, kita hanya akan belajar membuat borang untuk pembaca blog menghantar mesej kepada anda.

Dalam gambar di bawah, rujuk bahagian dalam bulatan berwarna merah.



Dalam borang di blog kita, ruangan ini adalah untuk pembaca memasukkan nama mereka. Jadi anda pada teks 'Name' dan gantikan dengan 'Nama Anda' maksudnya, nama pelawat blog anda yang menghantar mesej kepada anda. Rujuk gambar di bawah.

 

Setelah selesai, kita edit pula ruangan seterusnya. Dalam kotak kedua pula, gantikan 'Email Address' kepada 'Alamat Email Anda' maksudnya alamat email pembaca yang menghantar mesej kepada anda.

Rujuk bahagian dalam bulatan berwarna merah dalam gambar di bawah:


Seterusnya, klik butang [Add a Question]. Dalam kotak ini, pembaca blog anda akan menaipkan mesej dan soalan yang hendak disampaikan kepada anda.

 

Setelah itu, anda akan diminta untuk memilih soalan pada borang anda. Untuk tutorial ini, sila pilih [Long Answer]. Rujuk kekotak berwarna merah dalam gambar di bawah:

 

Kemudian anda akan melihat kekotak seperti dalam gambar di bawah ini. Dalam ruang yang disediakan, taip ayat 'Tuliskan soalan atau mesej anda di ruang sebelah'. Kemudian klik butang [SAVE], Rujuk kekotak dan bulatan berwarna merah dalam gambar di bawah:


Rujuk gambar di bawah ini. Beginilah form (borang) CONTACT ME yang telah kita sediakan.


2.Sekarang kita pergi ke langkah seterusnya; iaitu, menetapkan setting pada borang kita. Setelah selesai anda membuat borang tadi, anda akan melihat paparan seperti dalam gambar di bawah ini.

 

Beri perhatian kepada bahagian dalam kekotak berwarna merah. Hanya ada dua setting yang perlu ditetapkan.

PERTAMA: 'Tick' (tandakan) pilihan [Send them back to your website]. Bermaksud, selepas pelawat anda mengisi dan menghantarkan borang CONTACT ME kepada anda, mereka akan dibawa kembali ke blog anda. *** Anda boleh juga redirect pelawat tersebut ke laman web produk atau promosi kempen affiliates anda. Dalam kotan yang disediakan, masukkan alamat laman web yang anda mahu pembaca lihat selepas menghantar borang CONTACT ME kepada anda.

KEDUA: Pada bahagian ini, anda tiada pilihan lain. Satu-satunya pilihan yang ada adalah pilihan asal (default). Ini penting, kerana kepada alamat email yang anda masukkan dalam bahagian inilah, Response-O-Matic akan menghantar mesej daripada pembaca anda kepada anda. 


Seterusnya klik pada butang [Save and Continue to Step 3]. Rujuk gambar di bawah:

 

3.SIAP. Form (borang) CONTACT ME untuk blog anda sudah siap. Copy kod tersebut, paste ke notepad (paste ke notepad untuk mengelakkan masalah nanti- jangan dalam perisian lain). Kemudian, jangan lupa save notepad yang berisi kod tersebut.

Dalam gambar di bawah, bahagian yang ditandakan dengan kekotak berwarna merah adalah kod html form (borang) CONTACT ME untuk blog anda. Simpan kod tersebut baik-baik ya..



Photobucket







Kini, selesai sudah proses yang perlu dibuat di laman web Response-O-Matic. Dalam siri 4 (esok, Insya Allah..) kita akan membuat page CONTACT ME di blog. Jadi, jangan ketinggal untuk langkah seterusnya.

Jika anda sudah tahu cara untuk menambah page di blog anda, maka anda sudah boleh menyediakan kemudahan CONTACT ME di blog anda.

Jika anda ada sebarang masalah atau soalan, jangan segan untuk bertanya kepada saya. Sekian dulu untuk kali ini;-)


Selasa, Februari 16, 2010

TUTORIAL BLOG: Cara Bagaimana Untuk Membuat Page dan Contact Form Di Blogspot (Siri 2)


TUTORIAL BLOG:
Cara Bagaimana Untuk Membuat
Page dan Contact Form Di Blogspot (Siri 2)






Ini adalah tutorial bersiri. Jika anda belum membaca siri 1, anda boleh KLIK SINI untuk membacanya.
Dalam tutorial ini, kita akan belajar mendaftar di Response-O-Matic.

Mengapa perlu mendaftar di
Response-O-Matic?

Sebabnya ialah untuk kita mendapatkan borang dan perkhidmatan CONTACT ME yang disediakan oleh
Response-O-Matic.


Sedikit mengenai Response-O-Matic:
1. Response-O-Matic adalah penyedia perkhidmatan perhubungan antara anda dengan pelawat blog anda.

2. Secara mudahnya begini: Anda mendaftar di Response-O-Matic, buat borang perhubungan anda dan tampalkan borang tersebut di blog anda.

3. Anda hanya perlu menampal kod yang diberikan oleh Response-O-Matic di blog anda. Selebihnya akan diuruskan oleh Response-O-Matic. Apabila pelawat blog mengisi borang tersebut, maklumat tersebut akan dihantar ke email yang anda daftarkan dengan Response-O-Matic.

4. Berbeza dengan jika anda menggunakan 'plugin'- kebiasaan untuk blog wordpress yang dihost sendiri. Anda perlu melakukan banyak langkah. Dari mengambil plugin, memasukkan (upload) plugin ke server hosting, mengedit kod, membuat konfigurasi, dan lain sebagainya.
Mungkin sesetengah orang 'takut' melihat tutorial ini kerana ia nampak panjang oleh banyak gambar. Sebenarnya, kelihatan sahaja panjang, tapi langkah demi langkah yang perlu dibuat hanyalah sedikit dan 'simple' sahaja.

Jadi, ikuti dengan baik tutorial ini. Buat langkah demi langkah, jangan melompat dan buat dengan fokus. Insya Allah, ia memang mudah. Jum, kita teruskan..

MENDAFTAR DI RESPONSE-O-MATIC

1. Buka laman web http://www.Response-O-Matic.com. Anda akan melihat paparan di bawah. Lihat butang [GET STARTED]. Klik pada butang [GET STARTED] itu.

 


2. Setelah menekan butang [GET STARTED], anda akan dipaparkan dengan borang seperti di bawah:
Isi nama, alamat email anda dan password pilihan anda di ruang yang disediakan. Setelah mengisi maklumat yang diperlukan, klik butang [Sign Up]. Rujuk gambar di bawah:


Jika pendaftaran anda berjaya, anda akan melihat mesej seperti di bawah:


3. Buka peti email anda (alamat email yang digunakan untuk mendaftar) dan cari email dari ROM support. 
Buka email tersebut.
 
 
Dalam email tersebut, KLIK pada pautan yang diberikan. Anda mesti KLIK pada pautan ini untuk mengesahkan dan mengaktifkan pendaftaran anda. PENTING: Sebelum KLIK pada pautan dalam email tersebut, pastikan email tersebut adalah daripada support@response-o-matic.com.
Jika pendaftaran anda sudah diaktifkan dan disahkan, anda akan melihat mesej seperti di bawah:

 



TIGA (3) LANGKAH UNTUK MENDAFTAR DI Response-O-Matic
2. Masukkan nama, alamat email dan password dalam borang yang disediakan.

3. Sahkan dan aktifkan pendaftaran melalui email yang dihantar kepada anda.
MENGAPA KITA PERLU MENDAFTAR DI Response-O-Matic?
Kita perlu mendaftar di Response-O-Matic untuk mendapatkan perkhidmatan dan borang CONTACT ME untuk blog kita.

Dalam SIRI 3 nanti, Insya Allah kita akan belajar membuat CONTACT FORM di Response-O-Matic. Jika anda tidak mahu menunggu siri 3 tutorial ini, anda boleh mencuba buat CONTACT FORM di Response-O-Matic. Cuba ikut arahan yang diberikan di laman web Response-O-Matic.