Jumaat, September 28, 2012

Nak Tengok Saya Main Piano?


Nak Tengok Saya Main Piano?




Pagi tadi, saya ke salah sebuah cawangan sekolah tempat saya mengajar di Gadong. Sekolah kami mengadakan pertandingan nasyid, syarahan (bahasa Arab, Melayu dan Inggeris) dan story-telling sempena sambutan Hari Guru. Selesai program, saya 'melayan' piano yang ditempatkan di sebuah bilik sebelah surau di sekolah berkenaan. (Saya mengajar di cawangan lain). Di atas adalah video yang sempat dirakam oleh anak seorang rakan sekerja saya yang menemani ibunya pagi tadi. Main 'ketuk-ketuk' ayam kata saya. Kemudian, masuk rakan sekerja saya yang seorang lagi, saya memberi dia pula bermain piano. Wow, sekali dia main lagu Maher Zain. Lalu, mood santai-muzik hari ini, saya ingin menulis tentang muzik. =) Saya bermain gitar sejak awal zaman remaja. Sedikit tentang itu pernah saya tulis di blog ini. Jiwa muzik saya, yang walaupun pernah ditinggalkan agak lama, (ditinggalkan dalam erti kata tidak bermain muzik, mendengar masih); tidak pernah padam rupanya. Kemudian, berlaku takdir Allah, dan saya (bersama seorang saudara perempuan) mengasaskan The KAF-FA Band. Malam ini, saya ingin bercerita sedikit tentang The KAF-FA Band.
The KAF-FA Band bermula dengan nama 'The KAFA Band' iaitu sebuah kumpulan yang ditubuhkan untuk membuat persembahan dalam ‘Majlis Sambutan Hari Guru KAFA Bahagian Bintulu Tahun 2011’. Dari situ bermula percambahan idea untuk membawa 'The KAF-FA Band' kepada bentuk yang lebih baik. Lalu pada bulan Mei 2011, saya dan seorang saudara bernama Dayangku Nuraysyah Lee memulakan The KAF-FA Band. Kemudiannya, The KAF-FA Band dibantu oleh saudara dan sahabat yang lain. (Terima kasih semua..) =)

Disebalik nama 'The KAF-FA Band'

KAF-FA (huruf Arab 'kaf'dan 'fa')
K / Kaf = Keindahan – F / Fa = Fitrah
Band – sekumpulan, sepasukan, seangkatan.

Dakwah Muzik

Daripada sekian banyak pilihan dan cadangan untuk 'tagline' The KAF-FA Band  akhirnya saya memilih tagline ini - Dakwah Muzik. Pendek dan merangkumi semua pengertian untuk The KAF-FA Band  Ringkasnya, The KAF-FA Band ditubuhkan untuk membantu dalam usaha dakwah dengan muzik sebagai medium dan medan utama, dengan tiga konsep prinsip utama, iaitu;
1. Ilmu dan kebijaksanaan 2. Memberi contoh yang baik 
3. Melalui perbincangan yang beretika.

Muzik dan Fitrah

Mahu tidak mahu, sedar tidak sedar; kita perlu mengakui bahawa menjadi fitrah manusia untuk menyenangi dan menyukai keindahan. Baik keindahan rupa, rasa dan bunyi. Islam sebagai agama yang benar dari Tuhan yang menciptakan manusia; tidak menolak dan menghalang fitrah manusia. Malah, Islam memberi panduan kepada manusia bagaimana untuk mengurus dan mengendalikan fitrah mereka dengan cara yang betul dan baik. Memahami kebenaran tersebut, The KAF-FA Band ditubuhkan untuk:
* Menyediakan lagu dan hiburan untuk membantu usaha dakwah dan pendidikan. * Menyediakan alternatif bagi bentuk muzik dan hiburan yang lebih baik kepada masyarakat Islam. * Membantu dalam usaha ’melindungi dan membersihkan’ kegiatan muzik dan hiburan daripada unsur-unsur negatif yang memberi kesan buruk kepada masyarakat Islam. * Mengumpulkan golongan yang bergiat dalam bidang nyanyian, muzik dan hiburan dalam sebuah komuniti untuk bersama-sama menginsafi bahawa bakat dan kebolehan istimewa yang dimiliki adalah anugerah Allah SWT yang perlu disyukuri. Anugerah tersebut perlulah digunakan dengan cara yang baik dan mempunyai nilai positif. * Membantu mendekatkan jurang yang memisahkan agama Islam dengan muzik.
Akhir kata, sejak menubuhkan The KAF-FA Band hingga ke saat ini, adalah menjadi harapan kami agar The KAF-FA Band mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga usaha kecil ini bernilai sebagai amal kebaikan dan diterima sebagai ibadat di sisi Allah SWT. Dengan mengharap limpah kasih Allah jua semuanya..

7 ulasan:

  1. Ada pendapat mengatakan bahawa dakwah melalui muzik tidak pernah wujud dan dianggap bida'ah (yang baik).ini saya dgr dr sebuah blog kwn saya serta statement yg pernah dibuat oleh kumpulan Debu,sebuah kugiran nasyid dr Indonesia.tapi yg dijelaskan selepas itu,walaupun tidak harus digelar dakwah,sekurang2nya suntikan spiritual kpd para pendengar masih lagi boleh dianggap menyebarkan kesedaran tentang perlu Islam dlm hidup kita.minta pendapat tuan tentang hal ini.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. My brother, Adi Herman.

      Masa memulakan TKB, byk juak tentangan yg aku dpt dr rakan2 yg bergelar ustaz ustazah dan orang2 agama. Tapi saudaraku, sejujurnya, aku dgn tegas (dalam kerendahan hatiku..) aku sik setuju dengan pendapat ya.

      Insya Allah, kelak dalam blog TKB, Insya Allah aku focus menulis tentang muzik.

      Apa yg u pdh ya bro, masih ringan dibaca. Sekurang2nya sidak menganggap berdakwah dgn muzik sbg bidaah hasanah. Mauk tauk my brother? Aku dolok pnh diucap lbh teruk lg dari ya. Masa aku mdh aku mauk berdakwah di internet, ada org mdh berdakwah di internet ya sama macam berdakwah di lubang jamban. Tanya adikku Fizzie, nya saksi kejadian. =)

      Tapi semuanya asam garam sesuatu yg kita namakan perjuangan bro.. =)

      Padam
    2. astaghfirullah ya ka bro? sabar tuan,biasalah kita sentiasa di uji Allah dlm hal mcm tok.haha sik sabar rasanya mok baca hujah u pasal hal tok klak.

      Padam
    3. auk, my brother.. Tapi bagi aku, sekali kita melangkah, bermakna kita dah ready dengan segala puji, caci dan fitnah.. Ambik pelajaran, gali hikmah di sebalik semuanya.. Insya Allah. Manis perjuangan ya ada.

      Eh, bro. Mauk join aku menulis di blog TKB lak..? Topik2 aku dh sedia.. =)

      Padam
  2. Bersabarlah wahai saudaraku dlm engkau berjuang mendirikan kalimah Allah. Semoga engkau sentiasa tabah menghadapinya...Cikgu amat mengkagumi mu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cikgu.
      Cuba juga meneka, cikgu mana ni ye?
      Ingin juga tahu siapakah gerangan saudaraku ini.. =)

      Padam
  3. TKB macam senyap jak :(

    BalasPadam