18/11/2012

Berapa LIKE Untuk Ini..?


Berapa LIKE Untuk Ini..?


Soldiers of Allah - 1924


____________________________________

لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ

____________________________________
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. 
(Maksud hadis daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik. Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Kita tidak dapat mengangkat senjata dan bersama-sama saudara kita di Gaza. Titip limpahan tulus doa dari kita. Kita di sini dalam negara yang aman bahagia. Bersatu-padu adalah jihad kita. Musuh takut kita bersatu, kerana itu penjajah pergi dulu selepas memecahkan orang kita dengan beza politik dan lain sebagainya.

Berapa LIKE Untuk Gambar Ini? Saya tidak suka dengan ayat itu


Macam berpesta pulak kita umat Islam di Facebook pada awal tahun hijrah 1434 ini ya. Post gambar-gambar menyayat hati dari Palestin kemudian meminta LIKE. Gambar-gambar itu, adalah gambar-gambar saudara-saudara kita yang dibunuh dengan kejam di sana. LIKE bermaksud suka kan..? Apakah kita suka melihat keadaan menyayat hati jenazah saudara-saudara kita itu..? Na'uzubillah. Astaghfirullah al-Azhim.

1 LIKE = 1 butir batu.
1 SHARE = 1 butir bom.

Apakah tujuan kita menyiarkan gambar-gambar musibah saudara kita di sana..? Untuk kita jadi lebih solid atau untuk menagih LIKE dan SHARE yang akan membawa page Facebook kita LIKES yang banyak..? Lebih realistik lagi, apa sumbangan SHARE dan LIKE kita itu dalam perjuangan kita di sana..? Na'uzubillah. Astaghfirullah al-Azhim.

Sebaiknya, gambar-gambar dan video-video keadaan sebenar di sana lebih menginsafkan kita. Lebih menguatkan kita. Lebih menyatu-padukan kita. Bahawa kita sebagai umat Islam perlu solid dan kuat agar kita tidak senang-senang diserang oleh musuh kita. Agar suatu masa nanti kita kembali kepada zaman kegemilangan kita dahulu; ketika umat Islam tidak boleh disentuh sebarangan. Sentuhlah sedikit umat Islam di bahagian bumi yang mana pun, dari segenap sudut dunia bantuan datang untuk mempertahankan saudara seagama dan menewaskan musuh laknatullah. Ini yang kita mahu.

(Rujuk lirik lagu pada video di atas..)

Realitinya


Pasti ada yang kita mampu buat lebih dari itu. Lebih dari sekadar LIKE dan SHARE. Inilah masanya, setiap kita muhasabah dan perbaiki diri. Kebetulan ada musibah besar yang patut lebih membarakan semangat kita dan lebih menginsafkan kita. Kita lihat realiti umat Islam hari ini. Bukan kita tidak punya banyak kekuatan dan kelebihan dari musuh-musuh itu. Dari segi jumlah umat kita dengan jumlah umat musuh, kita lebih ramai. Dari segi kekayaan kita lebih kaya.

Buktinya pembangunan kota futuristik di Mekah itu sahaja; cukup menunjukkan hanya sebahagian dari kekayaan umat kita. Ramainya individu yang berkorban pada hari raya Eidul Adha yang lalu, boleh kita gunakan untuk mencongak kekayaan umat Islam. Jumlah jamaah haji yang menunaikan haji pada musim haji yang baru berlalu; cukup menggambarkan bahawa umat Islam kita ramai dan kaya.

Sayangnya, kita tidak solid. Kekuatan kita tidak digemblengkan bersama. Kekuatan kita tidak terarah. Teringat lagu SLANK - SOLIDARITAS:

"mengapa harus tunggu bencana baru kita percaya kebesaran Tuhan mengapa harus tunggu bencana tentara datang untuk kemanusiaan ...
mengapa gak setiap hari, berbuat seperti ini?

mengapa harus tunggu bencana kita rela sisihkan harta untuk sesama mengapa harus tunggu bencana baru kita bersahabat dengan alam
mengapa nggak setiap hari, bebrbuat seperti ini? 
aku menangis lihat hari ini .... tapi tersenyum tatap masa depan aaa ....

apa harus tunggu bencana? baru dunia bisa bersatu !!"

Kempen Boikot


Saya menyokong kempen boikot dan saya berusaha untuk menukar produk musuh kepada produk bukan dari musuh semampu saya. Doakan saya. Amin Ya Rabb al-Alamin. Dalam artikel ini, mari kita lihat sudut lain yang jarang kita teroka dalam membincangkan soal boikot produk musuh Islam.

Seperti yang saya luahkan di atas tadi. Umat Islam tidak sedikit dan tidak miskin. Masalah kita umat Islam, kita tidak solid. Kekayaan kita, hasil masyhul dari umat kita tidak digembleng untuk menguatkan kita secara keseluruhan; Secara SATU UMAT.

Lihat pada kompeni dan jenama yang kita boikot itu, ada di seluruh dunia dan dari seluruh dunia setiap cawangannya komited menyumbang kepada kekuatan mereka (untuk melanyak kita). Mengapa kita tidak dapat seperti itu..?

Selama mana kita mahu tenggelam dalam batas asa 'kita hanya mampu berdoa dan menderma untuk kemanusiaan'. Selama mana kita mahu dalam batas asa yang terlalu terbatas dan minimum itu..?

Juta-jutaan LIKE dan SHARE gambar di facebook itu, ya bagus untuk menunjukkan kepada dunia bahawa umat Islam ini ramai dan prihatin. Tapi, musuh-musuh itu tidak mati dan tidak gentar sedikitpun dengan juta-jutaan LIKE dan SHARE kita itu.

Yang bakal menggentarkan mereka ialah, 'jika gambar-gambar itu' mentarbiah kita secara individu lalu umat Islam bersatu padu. Itu baru mereka gentar!

Owh saya emosi, maafkan saya.

Saya LIKE Berjuta-juta pada yang ini


Berikut adalah antara status Facebook sahabat-sahabat pemuzik saya. Saya LIKE berjuta-juta pada status-status ini, tapi sayang, Facebook hanya membolehkan saya LIKE hanya satu kali. 







Lebih dari itu, bukan sahaja suka, status-status itu sangat menginsafkan saya. Kata-kata yang realiti yang perlu diperjuangkan dalam diri.

Selebihnya. Semoga Allah memberi kita kekuatan memperbaiki diri dan semoga kita tidak menjadi umat yang kufur nikmat dengan segala kelebihan dan kekuatan yang kita ada. Kelebihan dan kekuatan yang malah melebihi dari apa yang dimiliki oleh musuh kita. Allahu Akbar wa Lillahilhamd.

14/11/2012

Tolong Semak Bacaan Saya (Post Khas Maal Hijrah 1434)


Tolong Semak Bacaan Saya
(Post Khas Maal Hijrah 1434)





(Video pertama saya untuk Kelas Al-Quran Interaktif di grup Facebook 'Tolong Semak Bacaan Saya')

Di atas adalah rakaman bacaan Quran saya. Surah Al-Baqarah: Ayat 286).Ayat yang setiap hari saya baca pagi, petang, siang dan malam. Lebih banyak dibaca buat memujuk diri ketika menghadapi kesulitan dan kesedihan. Video pertama saya untuk Kelas Al-Quran Interaktif di grup Facebook 'Tolong Semak Bacaan Saya'.


Hilang Lagi..?

Post terakhir yang saya tulis di blog ini ialah pada hari Rabu, 10 Oktober, 2012. Lebih sebulan yang lalu. Ada idea dan rangka untuk menulis post khas Eidul Adha yang baru berlalu, namun tidak juga. Saya sendiri risau, apakah saya akan mengulangi kesilapan lalu iaitu culas menulis di blog utama saya ini. Na'uzubillah. Semoga Allah mengampuni saya dan melindungi saya daripada mengulangi kesilapan yang sama ulang berulang.


Alhamdulillah, saya tidak hilang ke mana dan saya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu. Dalam tempoh sebulan yang lalu, banyak perkara yang tertangguh yang perlu di selesaikan. Kerja-kerja sekolah yang menuntut disiapkan secepatnya. Kembali semula ke dunia keusahawanan internet juga memerlukan masa dan perhatian. Berbahagilah diri saya yang satu dengan 24 jam sehari anugerah Allah (SWT) untuk kerja-kerja di sekolah sebagai seorang guru dengan usaha-usaha untuk bangkit kembali sebagai seorang usahawan.

Dalam pada itu, sebuah lagi usaha yang saya pernah mulakan lebih setahun yang lalu, menyeru-nyeru hati dan akal saya. Saya menjadi takut untuk menjadi orang yang tidak bertanggungjawab terhadap apa yang saya mulakan atau pernah lakukan. Usaha yang satu itu ialah KIDFA Quran Centre yang saya mulakan bersama ketika memulakan The KAF-FA Band.



(Surat sokongan kepada 'KIDFA Quran Centre' dari YB Datuk Haji Talib Zulpilip, Menteri Muda Pelancongan Sarawak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N 58 Jepak)

Kait-mengait


Alhamdulillah. Rahmat Allah jua semuanya. Usaha-usaha tertangguh itu dapat dikaitkan satu sama lain. Lalu inilah hasilnya..:

1. Kelas Al-Quran Interaktif di grup Facebook 'Tolong Semak Bacaan Saya'. Di grup ini, kita boleh post rakaman bacaan Al-Quran kita untuk disemak oleh ahli yang lain. 



2. Kedai Quran. Hidayah Q-ShopInsya-Allah, sebuah kedai Facebook yang menyediakan keperluan kita berkaitan Al-Quran.



Salam Maal Hijrah Dari Rangkaian UstazCahaya


~" Semoga pada hari-hari mendatang ini, kita lebih mendekati Al-Quran "~

~" 'Tolong Semak Bacaan Saya'. Sebuah usaha berpengkalan di Facebook untuk menjadikan setiap hari dalam tahun mendatang ini, kita lebih dekat dengan Al-Quran "~

~"  Kedai Quran. Hidayah Q-ShopInsya-Allah, sebuah kedai Facebook yang menyediakan keperluan kita berkaitan Al-Quran. Sebuah kedai berpengkalan di Facebook yang berusaha menyediakan keperluan untuk menjadikan setiap hari dalam tahun mendatang ini, kita lebih dekat dengan Al-Quran "

~" The KAF-FA Band. Dakwah Muzik dalam usaha semoga hari-hari mendatang dalam tahun ini, kita menjadi lebih dekat dengan Al-Quran "~

Akhir kata untuk kali ini, Salam Maal Hijrah 1434. Dengan limpahan tulus doa, semoga hari-hari mendatang dalam tahun ini, kita menjadi lebih dekat dengan Al-Quran. Amin Ya Rabb al-Alamin.