Ahad, Mei 31, 2015

Candy Hai Crush Lama (^_<)y


Candy Hai Crush Lama (^_<)y




Dalam hidup ini.

Sudah disurat Tuhan jalan yang perlu kita lalui, 
peristiwa yang perlu kita hadapi, 
insan-insan yang perlu kita depani.

Kemudian,

dibiarkan kita melalui jalan itu;
 dengan memerah akal berfikir dalam bertindak.
(seperti ketika untuk menghancurkan 
coklat rona-roni dalam Candy Crush. Hehe)

Melalui jalan hidup ini, 

kita tidak diciptakan untuk hidup sendiri-sendiri. 
Kita makhluk yang dicipta sebagai khalifah, 
perlu saling bermuamalah.

Seperti dalam Candy Crush;

Kita meminta dan menerima life 
dari geng-geng lain.
~ Yah, syirik la jika itu dianggap 
sebagai nyawa untuk hidup.
(malah kurang bijak sekali..) 
tongue emoticon ~

Anggaplah itu sebagai cas positif 
(bahagia, semangat, sedekah, nasihat, bantuan etc)
yang perlu kita beri kepada 
insan-insan di sekeliling kita.

Insan-insan yang perlu meneruskan 
perjuangan hidup mereka, 
sama seperti kita.

Dunia ini bulat. 

Maka, anggaplah kita dalam 'bulatan' 
(siapa pernah tengok filem 'Agora'..?)

Kitalah yang membina bulatan 
yang optimis, positif, bahagia, 
saling berkasih sayang dan sebagainya.

Permainan direka dengan satu set 
jalan yang sama,
halangan yang sama,

tapi pemain-pemain (istilah lagi, hek.. :p)
mengambil tempoh yang berbeza untuk melaluinya,
dengan mendapat markah yang berbeza juga.

Apatah lagi sebuah kehidupan.

Sudah Tuhan suratkan dengan yang paling layak
dan sesuai untuk kita.
Tinggal lagi, 
bagaimana kita melaluinya.
(Al-Baqarah: 286)

Rupanya, banyak benda dalam hidup ini;

baik buruknya atas kita 
sebagai manusia yang berakal;
yang diciptakan Tuhan untuk menjadi khalifah.

Bagi saya, hidup ini adalah untuk....


~" Mempersembahkan yang terbaik untuk apa yang Tuhan suratkan.
Dalam sedar, yang sudah takdir itu memang sudah disurat.
Tuhan hanya ingin melihat bagaimana kita melaluinya.
Bukankah Dia Yang Mahu Tahu? "

Permainan Facebook (2013)
Candy Crush Saga
Permainan direka dengan satu set 
jalan yang sama,
halangan yang sama,
tapi pemain-pemain (istilah lagi, hek.. :p)
mengambil tempoh yang berbeza untuk melaluinya,
dengan mendapat markah yang berbeza juga.



Apatah lagi sebuah kehidupan....
Sudah Tuhan suratkan dengan yang paling layak
dan sesuai untuk kita.
Tinggal lagi, 
bagaimana kita melaluinya.
(Al-Baqarah: 286)

Norudin Draman UstazCahaya dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)


Norudin Draman UstazCahaya dalam
Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)

Saya adalah seorang daripada keluarga besar ABDR (^_^)y
Di sidebar blog ini anda boleh nampak gambar di atas dengan ayat 'Saya adalah seorang daripada keluarga besar ABDR (^_^)y'.

Ya, saya adalah seorang daripada lebih seribu ahli dalam  Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Lebih istimewa, dalam ABDR saya adalah salah seorang kurang sepuluh orang lelaki dalam akademi ini.


Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad, seorang kolumnis dalam majalah Mingguan WAnita. Beliaulah yang membimbing saya sejak tahun 2009 dahulu dalam bidang penulisan buku. 

Puan Masayu yang mengajar dan memberi saya panduan bagaimana mahu rancang penulisan buku, buat senarai bab dan memilih post dalam blog untuk dijadikan buku. Sekali lagi saya ucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Sifu Kak Masayu Ahmad.

Sejak berkenalan dan ber'tunjuk-ajarku sifu' dengan Puan Masayu (Kak Mas), Kak Mas sudah merancang penubuhan Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) iaitu sejak tahun 2009. Buku Kak Mas yang berjudul 'Jana RM Dari Rumah' terbit dalam tahun yang sama dengan buku saya yang berjudul 'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari'. Kini, Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) mara ke arah 2000 orang ahli.

Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) merupakan sebuah komuniti besar dan berwibawa dalam bidang berkaitan bisnes, kerja dari rumah, blog dan penerbitan ebook. Khusus membantu wanita yang mahu 'bekerjaya di rumah' (WAHM - Work At Home Mom). Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) membimbing kaum ibu untuk membina kerjaya di rumah dan fokus kepada tanggungjawab ibu sebagai guru anak-anak.



Puan Masayu Ahmad (Pengasas)
'Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)'


(Kolum 'Panduan Bekerja Di Rumah' oleh Puan Masayu Ahmad dalam majalah Mingguan Wanita)





Blog rasmi 
SOHO Directory 
(Tapak pengiklanan)



Pelbagai produk dan perkhidmatan 
ditawarkan dan diiklankan 
di ruangan ini. 

Mahu mengiklankan produk/ perkhidmatan 
anda seperti ini, 

Hubungi saya di email: 
(norudindraman@gmail.com

atau 

SMS/Whatsapp?Telegram 
(+6737208642 Nombor Brunei)

atau pm di facebook 
(www.facebook.com/norudindraman)

Tentang blog 'Jurnal Online UstazCahaya'


Tentang blog
'Jurnal Online UstazCahaya'




Blog 'Jurnal Online UstazCahaya' ini saya daftar sejak tahun 2007 tetapi mula ditulis sejak Mei 2009. Insya Allah dalam blog ini saya menulis sebagai seorang guru, penulis dan usawahan.

KLIK pada setiap topik untuk baca entry berkaitan.




Saya juga menulis di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran' di http://norudindraman.blogspot.com/Insya Allah, di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran', saya berkongsi ilmu, maklumat, tip, panduan dan pengalaman saya mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak selama 16 tahun semenjak tahun 1999.



Topik Yang Ditulis Di Blog
'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran'

01. Umum dan Semasa

02. Catatan Harian

03.Catatan Pengalaman

04. Produk Promosi dan Testimoni

05. Motivasi Kehidupan

06. Belajar Mengaji Secara Online

07. Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran (DAPDA)

08. Didik Anak Cara Islam (DACI)

09. Suburkan Hati Anak Dengan Cinta Kepada Al-Quran

10. Bentuk Anak Berperibadi Al-Quran dan As-Sunnah

11. Teori Pendidikan Imam al-Ghazali

12. Teori Pendidikan Ibnu Khaldun

Buku yang suka dibaca oleh Norudin Draman UstazCahaya


Buku yang suka dibaca oleh
Norudin Draman UstazCahaya


(Buku '7 Keajaiban Rezeki' oleh Ippho 'Right' Santosa;
yang menjadi teman akrab saya penghujung tahun 2012)
Saya suka membaca buku genre motivasi, pemasaran, pendidikan dan novel. Sehingga kini, berikut adalah sebahagian dari senarai buku yang kerap saya baca ulang:

1. Buku '7 Keajaiban Rezeki' ditulis oleh Ippho Santosa. Buku saya beli dari Indonesia pada tahun 2012. 

2. Buku 'Saya Tidak Mahu Kaya tetapi Harus Kaya' ditulis oleh pendakwah Indonesia Aa Gym. Mula saya pinjam versi asal dari kawan yang habis menunut di IAIN, Surabaya, Indonesi. Kemudian saya beli edisi terjemahan di Malaysia.

Senarai buku non-fiksyen yang saya kerap rujuk:

1. Cari Duit CAra Mudah Sebagai Penulis Bebas, Zamri Mohamad, PTS. 

2. Tip Menjadi Penulis BEstseller, Zamri Mohamad, PTS. 

3. Menjadi Penulis Jutawan, Nimoiz T Y, Trueweath Publishing. 

4. Dunia Ini Penuh Wang, Razzi Armansur, PTS. 

5. Bercinta Sampai Syurga, Hasrizal Abdul Jamil, Galeri Ilmu.

Ebook yang kerap saya rujuk sehingga kini cuma dua:

1. Blog Profits oleh Yaro Starak. 

2. Secret of Ebay Millionaires oleh Benjamin Marc Wee.

Beberapa novel yang saya sudah baca lebih dari dua kali pula ialah:

1. Siri Harry Potter, JK Rowling (baca pdf yang dapat dari internet).  

2. Ketika Cinta Bertasbih, Habiburrahman El-Sirozi (baca pdf yang dapat dari internet). 

3. Laskar Pelangi, Andrea Hirata (baca pdf yang dapat dari internet)  

4. Novel-novel yang saya beli atau baca sekali sahaja banyak, rasanya mungkin tidak perlu disenaraikan di sini.

Minat, Kemahiran dan Kepakaran Norudin Draman UstazCahaya


Minat, Kemahiran dan Kepakaran
Norudin Draman UstazCahaya


(Alhamdulillah. Semua juadah dalam hidangan ini saya masak sendiri)
Makan juga sendiri. Hehe ;)

Ditanya tentang kemahiran dan kepakaran, saya malu-malu dan serba salah untuk memberi jawapan. Hehe. Sebab saya belum mahir dan belum pakar. Namun, jika ditanya tentang minat, Insya Allah saya boleh jawab dengan jujur dan lancar.

Saya minat bidang pendidikan awal kanak-kanak (sebab saya suka zaman kanak-kanak dan suka kepada kanak-kanak). Malah, murid-murid mudah mesra dan manja dengan saya.

Saya juga minat bidang penulisan, komputer, muzik dan perniagaan. Juga, saya boleh memasak sikit-sikit sekadar untuk makan saya sendiri atau untuk menjamu mak ayah, adik-adik, saudara mara dan sahabat handai yang sudi menjamah masakan saya.

Selain itu, saya ada sedikit pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Alhamdulillah, sejak jadi guru agama rakyat (selepas SPM), saya berpeluang menimba pengalaman bercakap di depan khalayak. Saya pernah jadi khatib yang menyampaikan khutbah, jadi penceramah, penyampai tazkirah agama dan menyampaikan ceramah motivasi di sekolah menengah dan Universiti Putera Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB). 

video

(Rakaman gitar saya mainkan lagu 'Iktiraf')

Pengalaman Bisnes Norudin Draman UstazCahaya


Pengalaman Bisnes
Norudin Draman UstazCahaya


(Al-Quran dengan Panduan Waqaf dan Ibtida'
antara produk yang saya pernah jual atas talian -online-)

Alhamdulillah. Saya minat bisnes sejak saya kanak-kanak lagi. Minat ini berkembang kerana ibu  saya sendiri adalah peniaga kuih muih dari rumah. Ibu buat kuih dan penjual ambil dari rumah kami. Penjual yang jual dengan ambil komisyen.

Sejak kanak-kanak saya bantu ibu dan ayah dalam bisnes kuih mereka. Sebenarnya ayah juga dikira sebagai pembantu dalam bisnes ibu sama seperti saya. Ayah saya merupakan kakitangan rendah dalam kerajaan. Kemudian sejak saya tingkatan satu, saya selit bisnes sendiri dalam bisnes mak. Saya buat sosej goreng dan roti sosej.

Selepas SPM, sambil jadi Guru Agama Rakyat (GAR) dan guru KAFA, saya juga ada gerai burger berhampiran madrasah tempat saya mengajar. Saya upah kawan-kawan yang 'adik' daripada saya yang mahu cari duit tambah lepas balik sekolah. Kami jual burger, kuih muih ibu saya, minuman dan makanan ringan. Balik dari Kuching selepas menuntut di IKMAS, saya sekali lagi buka gerai jualan di tepi jalan.

Kemudian saya dapat kepercayaan untuk bersama dalam tim pengurusan Pusat Tusyen Prestine Perdana, yang terletak di Bangunan MARTABAT, Bintulu, Sarawak. Waktu itu juga Alhamdulillah, saya juga bekerjasama dengan pusat jagaan kanak-kanak SEDIDIK. Kami buat pakej tambahan 'belajar mengaji' untuk anak-anak yang dihantar ke SEDIDIK.

Namun Pusat Tusyen Prestine Perdana ini hanya beroperasi dari tahun 2006 hingga tahun 2008 kerana masalah pengurusan 'pihak yang lebih di atas'. Rebah Pusat Tusyen Prestine Perdana, saya cuba buka kelas mengaji saya sendiri namun tidak berjaya kerana faktor perlesenan dan modal.

Selain itu, saya juga pernah menjadi penjual online di laman Lelong.com.my dan Ebay. Pernah juga menjadi agen jualan dropship. Pernah juga mengambil upah di internet untuk kerja berkaitan penulisan dan penerbitan ebook, membuat minisite, website dan blog. Juga pernah menjadi juru-reformat komputer dan laptop.

Pengalaman Menulis Blog dan Buku


Pengalaman Menulis Blog dan Buku



(Menyampaikan naskhah buku sulung kepada mantan Ketua Menteri Sarawak
dalam majlis hari raya Aidil Fitri tahun 2010)

Saya menulis di www.ustazcahaya.com ini bermula pada tahun 2009. Alhamdulillah, post-post di blog yang saya namakan 'Jurnal Online UstazCahaya' ini pernah saya olah menjadi sebuah buku. Syukur Alhamdulillah, buku itu terbit di bawah anak syarikat Karangkraf pada tahun 2010; dengan judul 'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari(sempena Ramadan tahun 2010). 

(Buku Reformat Hatimu Dalam 354 Hari)



Topik Yang Ditulis Di Blog
'Jurnal Online UstazCahaya'

Agama dan Dakwah

Bantuan Untuk Pembaca Blog Ini

Blog Blogger Blogging

Hari Kebesaran Islam

Hari Minggu Kenduri dan Memanjakan Diri

Karya Saya

Keusahawanan dan Kewangan

Kongsi Ilmu Maklumat dan Kemahiran

Motivasi dan Kehidupan

Penulisan dan Bahan Bacaan

Post Istimewa 50

Post Khas Hari Jumaat

Rakan Blogger Saya

Santai dan Peribadi


Umum dan Semasa


Saya juga menulis di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran' di http://norudindraman.blogspot.com/Insya Allah, di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran', saya berkongsi ilmu, maklumat, tip, panduan dan pengalaman saya mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak selama 16 tahun semenjak tahun 1999.


Topik Yang Ditulis Di Blog
'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran'

01. Umum dan Semasa

02. Catatan Harian

03.Catatan Pengalaman

04. Produk Promosi dan Testimoni

05. Motivasi Kehidupan

06. Belajar Mengaji Secara Online

07. Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran (DAPDA)

08. Didik Anak Cara Islam (DACI)

09. Suburkan Hati Anak Dengan Cinta Kepada Al-Quran

10. Bentuk Anak Berperibadi Al-Quran dan As-Sunnah

11. Teori Pendidikan Imam al-Ghazali

12. Teori Pendidikan Ibnu Khaldun


Saya juga menulis puisi dan cerpen. Sejak memulakan blog ini, saya ada menyiarkan puisi-puisi yang saya tulis di blog ini. Salah satu puisi yang pernah saya siarkan dalam blog ini berjudul 'Mari Kita Mengira Sayang'. Puisi 'Mari Kita Mengira Sayang' kemudiannya saya kembangkan menjadi sebuah cerpen.

Alhamdulillah, cerpen saya yang berjudul 'Mari Kita Mengira Sayang' itu terpilih untuk dijilidkan dalam Antologi Cerpen Adiwarna III: Cinta Pertama.


(KLIK SINI untuk baca puisi 'Mari Kita Mengira Sayang').




Ebook Percuma Dari Saya
KLIK SINI untuk muat turun
||Tidak perlu beri alamat email atau nombor telefon.
Boleh download terus. Percuma Tanpa syarat.||


Ebook Percuma Dari Saya
KLIK SINI untuk muat turun
||Tidak perlu beri alamat email atau nombor telefon.
Boleh download terus. Percuma Tanpa syarat.||


Ebook Percuma Dari Saya
KLIK SINI untuk muat turun
||Tidak perlu beri alamat email atau nombor telefon.
Boleh download terus. Percuma Tanpa syarat.||



Pengalaman Kerja Norudin Draman UstazCahaya


Pengalaman Kerja
Norudin Draman UstazCahaya


(Gambar kenangan bersama rakan-rakan guru KAFA Bintulu, tahun 2011)

(Sambung kisah saya kerja di stesen Shell tadi)

Lepas bulan kedua saya kerja sebagai 'pam minyak', saya dapat kerja sebagai guru Al-Quran di sebuah sekolah agama rakyat. Sekolah agama rakyat satu-satunya di Bintulu waktu itu, iaitu Madrasah Al-Islamiyyah Darul Ulum (MADU). Jadi guru di MADU automatik jadi guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Seakan-akan MOU yang tidak bertulis untuk menambah gaji guru MADU dijadikan guru KAFA di Sk Orang Kaya Mohammad Bintulu.

Semasa menuntut di IKMAS juga, waktu cuti saya mengajar KAFA sebagai guru ganti. Sehingga tahun 2011, saya menjadi guru KAFA. Cuma pernah 'berhenti' setahun dua tahun. Pengalaman kerja saya hanya berkisar bidang pendidikan sebagai 'guru tidak terlatih'. Saya juga pernah jadi guru pengganti, guru tadika Al-Quran, guru tusyen dan guru takmir masjid dan surau sebelum saya  berhijrah ke Negara Brunei Darussalam.

Saya berhijrah ke Brunei pada tahun 2012 setelah diterima sebagai Guru Al-Quran di Sekolah Nusa Laila Puteri, Negara Brunei Darussalam.

Pengalaman saya sebagai Guru Al-Quran bermula pada bulan Februari tahun 1999, di Madrasah Al-Islamiyyah Darul Ulum (MADU), Bintulu, Sarawak. Ketika itu saya masih menunggu keputusan SPM. Menjadi Guru MADU, secara automatik saya menjadi GURU KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) di SK Orang Kaya Mohammad Bintulu. Sehingga kini, Guru KAFA di SK OKM terdiri daripada Guru-guru MADU.

Menjadi Guru MADU dan Guru KAFA, saya mendapat permintaan untuk mengajar mengaji di rumah. Di rumah saya sendiri dan di rumah pelajar. Mengajar di rumah pelajar kebiasannya melibatkan kesemua anak-anak dan ahli keluarga di sesebuah rumah itu.

Pada tahun 2005 saya berpeluang mengajar Pendidikan Islam di sekolah (Guru Kontrak). Kemudian menyambung tugas sebagai Guru KAFA di sekolah saya mengajar itu.

Pada tahun 2005 juga saya menubuhkan KIDFA Training, sebuah pusat mengajar Al-Quran dan kaedah Iqra di Bangunan MARTABAT, Bintulu. KIDFA bernaung di bawah Pusat Tuisyen PRESTINE PERDANA. Pada waktu itu saya (KIDFA) sempat mengadakan beberapa program usahasama bersama Persatuan Cina Muslim (MACMA) Bintulu dan Sedidik CCFDC Bintulu (sebuah pusat asuhan kanak-kanak yang memiliki cawangan di seluruh Sarawak).

Penghujung 2006, Pengerusi PRESTINE PERDANA, Temenggong Abg Suhaili Abg Mohammad menarik diri dari pengurusan PRESTINE PERDANA kerana masalah dalaman pihak pengurusan pusat tuisyen tersebut. Pengunduran Temenggong dari pusat tuisyen ini menjadikan pentadbiran dan pengurusan PRESTINE PERDANA sedikit goyah. Akhirnya, PRESTINE PERDANA terpaksa menghentikan operasinya. Nasib menumpang, KIDFA Training saya turut 'terpaksa ditutup' bersama PRESTINE PERDANA.

Sayang sekali, pusat tuisyen dan pusat pengajaran Al-Quran yg sepatutnya meMARTABATkan perniagaan pendidikan di Bintulu terhenti kerana masalah pihak pengurusan. Selepas itu, saya meneruskan aktiviti mengajar di rumah dan ke rumah.

Sejak 2007 saya dilantik sebagai Guru Takmir Masjid dan Surau Bahagian Bintulu oleh Majlis Islam Sarawak. Tahun yang sama juga, saya masih berkhidmat sebagai Guru Agama Rakyat di MADU Cawangan Kampung Jepak.

Antara pengalaman saya yang menarik ialah, saya pernah menjadi Guru Tadika di Tadika Bestari Bintulu. Saya tidak pasti sama ada Puan Raliah (Guru Besar Tadika Bestari waktu itu, kini sudah memiliki tadika beliau sendiri) sekadar berseloroh atau bersungguh sewaktu beliau mengatakan kepada saya bahawa "Nordin ni guru tadika lelaki kedua di Malaysia", pada hari pertama saya mengajar di tadika itu.

Saya menjadi Guru Tadika Cuma dua bulan pada awal tahun 2006. Saya berhenti kerana mendapat projek usahasama KIDFA-SEDIDIK iaitu program Iqra dan Fardhu Ain pada waktu petang untuk kanak-kanak yang diasuh di SEDIDIK CCFDC Cawangan Bintulu.

Sabtu, Mei 30, 2015

Latar Pendidikan Norudin Draman UstazCahaya


Latar Pendidikan
Norudin Draman UstazCahaya



(Bersama Cikgu Let Upit,
guru saya semasa saya di sekolah rendah.
Gambar latar rakan-rakan saya dari
The Bintulu Buskers)
Saya kira zaman kanak-kanak saya tamat pada tahun 1993 selepas saya habis darjah enam di Sekolah Rendah Orang Kaya Mohammad. Sekolah rendah tempat yang sama mak dan ayah saya bersekolah rendah dan merupakan sekolah Inggeris Melayu pertama dibuka penjajah di  Bintulu, Sarawak. Alhamdulillah, zaman kanak-kanak saya berakhir dengan mendapat keputusan 3A 1B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Keputusan itu melayakkan saya menerima biasiswa Petronas sehingga saya Tingkatan Tiga.

Zaman awal remaja saya lalui selama tiga tahun di Sekolah Menengah Baru Bintulu, Sarawak. Sekolah menengah ini terletak dalam perkampungan nelayan di Bintulu yang dipanggil Kampung Baru Bintulu. Saya bersekolah di sini bermula di Tingkatan Satu pada tahun 1994 sehingga Tingkatan Tiga pada tahun 1996. Alhamdulillah, saya lulus dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Namun, keputusan PMR saya tidak melayakkan saya untuk terus mendapat biasiswa Petronas sehingga Tingkatan Lima.

Bagaimanapun, dengan keputusan PMR saya yang sederhana itu, saya masih boleh masuk kelas aliran sains dengan elektif Lukisan Kejuruteraan. Namun, saya ambil keputusan untuk kekal di kelas aliran sastera dengan subjek elektif Ekonomi Asas, Sejarah dan Kesusasteraan Melayu. Saya bersekolah Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Kerajaan Bintulu, Sarawak. Saya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1998. Alhamdulillah, saya lulus SPM dengan agreget yang 'cukup-cukup makan' untuk dapat gred 1.

Selepas SPM, saya tidak terus 'sambung belajar' di Institut Pengajian Tinggi. Alhamdulillah, orang tua juga tidak mendesak. Seingat saya, dua tahun selepas tamat tingkatan lima saya bekerja dengan niat 'belajar dalam kehidupan'. Mula saya kerja jadi attendan pam minyak di stesen Shell. Tidak lama, ada dua kali dapat gaji waktu tu RM450. (Nanti kisah pengalaman kerja sambung di bawah).

Pada tahun 2000, saya berhijrah ke Kuching, Sarawak. Waktu itu saya sertai 'Kursus Asas Dakwah' dan persediaan bahasa Arab untuk pelajar bukan dari aliran agama. Tempatnya di Pusat Latihan Dakwah (PLD HIKMAH), Serian, Kuching, Sarawak.

Pendidikan formal saya tidak jauh dan tinggi. Dari PLD HIKMAH saya ke Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS). Sebuah institusi pendidikan milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Di IKMAS saya mengikuti kursus Diploma Pengajian Islam dan Dakwah. Di IKMAS juga, kami setiap pelajar diwajibkan mengambil satu sijil kemahiran. Saya ambil sijil 'Kemahiran Pemprosesan Makanan'.

Sumber: http://norudindraman.blogspot.com/2015/05/salam-perkenalan.html

Kaki Kiri Saya Patah Waktu Pergi Mengaji


Kaki Kiri Saya Patah Waktu Pergi Mengaji


(Saya bersama ayah dan adik lelaki
dalam Masjid Muhammad Jamalul Alam
di pekan Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam.
Foto pada 25 ‎Disember ‎2014, jam ‏‎14:38:14)
Lihat kaki kiri saya dalam foto di atas. Nampak tidak kaki kiri saya ada sikit 'kelainan'? Kaki kiri saya jadi begini kerana kemalangan jalan raya pada bulan Disember tahun 1987. Ketika itu saya berusia tujuh tahun. Saya lupa tarikh sebenar kemalangan itu, tetapi Insya Allah ayah saya ingat tarikh itu. Hendak saya bertanya kepada ayah atau ibu tarikh itu untuk ditulis dalam post ini, rasa tidak sampai hati pula saya, bimbang mereka risau atau berfikir yang bukan-bukan.

Saya dirawat di Hospital Umum Kuching, Sarawak, selama hampir dua bulan. Ayah ambil cuti tanpa gaji masa itu untuk menjaga saya. Ibu pula baru habis pantang selepas kelahiran adik lelaki saya yang dalam gambar di atas. Seingat saya, kemalangan itu berlaku satu bulan setengah selepas ibu melahirkan adik lelaki saya itu. Adik lelaki saya lahir pada 17 November 1987.

Patah Kaki Ketika Pergi Mengaji Al-Quran

(Saya pada tahun 1988. Di lapangan terbang Kuching)
Nenek saya dan arwah datuk saya adalah guru mengaji Al-Quran pertama saya. Mereka berdua juga adalah guru mengaji pertama ibu dan adik-beradik ibu. Nenek dan arwah datuk mengajar mengaji di rumah mereka. Pada tahun 1987, saya dan keluarga saya tinggal agak jauh dari rumah arwah datuk tetapi masih dalam satu kawasan perumahan yang sama. Cuma perlu melintasi sebatang jalan dua lorong dua hala antara rumah orang tua saya dan rumah arwah datuk (yang sekarang ini didiami nenek bersama adik bongsu ibu saya).

Waktu menyeberangi jalan itulah, saya dilanggar oleh sebuah lori pick-up yang membawa tong minyak hitam. Sungguh, satu detik dari memori itu tidak ada dalam ingatan saya. Semuanya hitam. Apa yang saya ingat ialah ketika saya sedar, hidung saya sudah dimasukkan hos getah dan dalam hos getah itu saya nampak makanan yang saya tahu itu adalah makanan dari perut saya yang saya makan sebelum kemalangan itu tadi. Tujuan dibuat begitu ialah supaya perut saya kosong untuk saya boleh dibius dan dibedah.

Lelaki Cina Yang Melanggar Saya Itu Lari

Pada masa kemalangan terjadi, saya bersama tiga orang sahabat zaman kanak-kanak saya. Dari apa yang mereka ceritakan, sebaik saya 'terlanggar', lelaki Cina yang memandu lori pick-up itu tadi terus melarikan diri bersama lorinya.

Rupa-rupanya, dia lari dan menyerah diri di balai polis berhampiran. Setelah dewasa baharu saya faham akan langkah ini. Untuk keselamatan, jika berlaku kemalangan seeloknya segera pergi ke balai polis berhampiran. Kemungkinan kita dicederakan oleh orang ramai sangat tinggi jika menunggu di tempat kejadian. Jangan pula langgar lari dan menghilangkan diri.

Alhamdulillah. Lelaki Cina itu sangat baik hati dan bertanggungjawab. Dia menanggung segala kos rawatan saya. Paling besar ialah kos penerbangan, kerana dia perlu membeli empat tempat duduk kapal terbang hanya untuk saya seorang. Sehingga setahun selepas kemalangan, dia selalu menziarahi saya dengan memberi wang dan buah tangan setiap kali dia datang melawat.

Kemudian kami terputus hubungan sehingga kini. Namun, saya selalu mendoakan lelaki Cina itu yang melanggar saya dahulu. Saya berdoa semoga dia mendapat hidayah sebelum kembali kepada Allah. Allahumma, Amin Amin Amin. Amin Ya Rabb al-Alamin.

(Ibu dan ayah saya ketika datang ke Brunei dan bercuti bersama saya.
Alhamdulilah, itulah kereta yang Allah masih
rezekikan sebagai kenderaan saya sehingga kini)
Alhamdulillah. Saya bersyukur untuk semuanya. Bersyukur dengan sedikit kelainan dan keistimewaan yang Allah beri kepada fizikal saya. Namun, Allah tetap merezekikan saya untuk mudah bergerak dan beraktiviti. Saya boleh menunggang basikal, menunggang motorsikal dan memandu kereta. Malah, motorsikal adalah kenderaan utama saya sebelum memiliki kereta sendiri.

Sejujurnya, kemalangan pada tahun 1987 itulah yang memaut hati saya kepada dunia belajar dan mengajar Al-Quran. Ia sesuatu yang sangat 'sentimental' sekali. Sukar untuk saya luahkan dalam bentuk perkataan. Bagi ibu saya juga begitu. Ibu selalu kaitkan Al-Quran dan kemalangan yang mengubah sedikit keadaan fizikal saya pada kaki sebelah kiri.

16 tahun pengalaman saya mengajar Al-Quran sejak tahun 1999. Insya Allah, di blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran' saya berkongsi ilmu, maklumat, tip, panduan dan pengalaman. Khususnya untuk para ibu menjadi guru pertama kepada anak. Guru pertama yang mengajar tentang Islam dan Al-Quran di rumah bermula sejak anak berusia satu (1) hari.

Sumber:
http://bitly.com/norudinpatahkaki

Isnin, Mei 25, 2015

Sepasang Baju Baru Untuk Blog Kesayanganku


Sepasang Baju Baru Untuk Blog Kesayanganku



(Wajah baru www.ustazcahaya.com)

Alhamdulillah. Kesempatan hujung minggu kali ini, saya dapat menukar 'baju' blog 'Jurnal Online UstazCahaya' ini. 


Baju? 
Hehe (^_<)y

Sejak zaman awal blog ini dolu-dolu saya suka menggunakan beberapa istilah sendiri. Salah satu daripada istilah itu ialah 'baju blog' yang bermaksud template blog. KLIK SINI untuk baca artikel terdahulu ketika saya mula guna istilah 'baju blog'.


Baju blog

Apa yang saya maksudkan sebagai baju blog di sini ialah template blog yang hendak dibina. Inilah perkara pertama yang perlu dipilih untuk blog baru kita. Oleh kerana post ini bukan untuk membincangkan tentang template, jadi saya cuma boleh mengatakan jangan skip langkah ini jika kita memulakan blog baru. Lebih-lebih lagi jika kita hendak membina blog yang dihost sendiri terutama dengan script Wordpress.

Jika kita mulakan dulu blog kita, kemudian nak pilih template, bukan tidak boleh tetapi akan banyak gangguan nanti. Jadi sewajarnya, pilih dulu baju yang tetap untuk blog itu sebelum mula menambah pelbagai ciri yang lain. Jika kita guna blogger dotcom, bukankah lepas kita buat satu blog kita akan diminta pilih template dahulu, kan?

Untuk Jurnal Online UstazCahaya ini saya gunakan template yang disediakan dalam dashboard sahaja. Kemudian tambah-tambah perhiasan dan godek-godek html serta ubah-ubah font dan warna. Untuk lebih mem'peribadi'kan blog ini, saya sediakan template khas untuk bahagian post. (KLIK SINI untuk baca artikel tentang 'baju blog')


Warna asas baju blog


Baju baru untuk blog 'Jurnal Online UstazCahaya' masih mengekalkan tema asas merah dan putih. Warna kegemaran saya. Lagipun, merah dan putih adalah warna tema bagi syarikat-syarikat besar seperti Colgate, KFC, Coca Cola, Air Asia dan lain-lain lagi.


Kemasan dalam baju blog ini juga masih mengekalkan warna-warna dahulu; iaitu warna ungu, biru laut dan kuning langsat untuk link, kotak blockqoute, kemasan tepi dan kaki blog.  


Untuk foto pula, saya cuba menggunakan warna yang harmoni dengan warna asas blog ini seperti warna hijau dan kuning.


Apa pentingnya baju blog?



1. Sunah.


Bersih dan kemas adalah sunah Baginda Rasulullah (SAW). Kita maklum Baginda seorang yang kemas dan bersih. Baik dari segi penampilan mahupun minda dan jiwa. Paras rupa yang bersih dan kemas menggambarkan peribadi seorang yang suka kepada kebersihan dan kekemasan. Sungguh kita jangan tertipu dengan paras rupa, kerana itu perlu kita ingat bahawa kemas dan bersih seseorang jangan kita sempitkan kepada luaran sahaja. Lihat pada fikirannya dan tutur katanya juga.

2. Fitrah.

Bersih adalah fitrah kita. Fitrah itu perlu kita jaga. Tubuh badan, akal dan jiwa anugerah percuma Allah kepada kita, perlu kita jaga kebersihannya. Ya benar, dalam menjalani kehidupan, kita akan terpalit kekotoran, justeru kita perlu jaga dan selalu bersihkan semula.

3. Kredibiliti.

Bayangkan kita pergi ke sebuah klinik yang kotor. Dengan doktor yang berpakaian merah darah penuh terpalit di bajunya. Hilang warna asal baju doktor yang putih, yang kita nampak adalah seorang doktor yang berbaju kombinasi warna darah dan nanah. Di tepi meja doktor pula, beberapa batang jari manusia bertaburan. Apakah kuat hati kita mahu berubat di klinik itu dengan doktor itu?

4. Reputasi.

Paras rupa juga penting kepada reputasi. Pernahkah kita membeli sebungkus nasi lemak kerana terpikat dengan paras rupa dan bungkusannya? Selalu kita memesan makanan yang kita lihat gambarnya dalam folder menu yang menarik? Tapi mahukah kita membeli sebungkus nasi lemak yang dibalut dengan kertas tisu yang sudah digunakan? Atau nasi lemak yang dibalut gambar mangsa kemalangan? Atau nasi lemak yang dikepal dan diwarnakan seperti seekor tikus?

5. Motivasi.

Kita akan menjaga sesuatu yang bersih dan kemas. Contohnya, bilik kita yang bersih dan kemas; hati kita akan terhalang untuk mengotorkan dan menyepahkannya bukan? Begitu juga sebaliknya. Kenderaan atau pakaian kita yang sudah kotor dengan lumpur. Apakah kita akan takut untuk mengotorkan kenderaan atau pakaian yang sudah sedia kotor itu?

Minda (mindset) orang berjaya adalah kemas dan teratur. Mereka tahu dengan jelas apa yang mereka mahu capai, bagaimana dan apa yang perlu dilakukan untuk mencapainya. Fikiran mereka KEMAS dan BERSIH.  


Baginda Nabi Muhammad (SAW) telah mengajarkan kita dua moto berkaitan, iaitu 'kebersihan sebahagian iman' dan 'Allah itu indah dan sukakan keindahan'. Ciri kebersihan dan keindahan itu antaranya kemas, menarik, memberi keselesaan, ketenangan dan memudahkan serta menyenangkan. Itulah antara yang saya ingin terapkan dalam diri saya sendiri dan blog kesayangan saya ini.


Sebelum solat kita dituntut mensucikan dan membersihkan diri. Sebagai muslim lima kali sehari semalam kita dituntut untuk itu. Bukan sahaja kita diwajibkan mandi dan/ atau berwuduk sahaja, malah kata Rasulullah, 

'Jika tidaklah menyusahkan kita, mahu Baginda (saw) mewajibkan bersiwak (membersihkan gigi dan mulut) untuk setiap kali sebelum hendak solat'. 
Sudah tentunya, Rasulullah (saw) mahu menjadikan kita sebagai insan yang suci dan bersih selalu, baik luaran mahupun dalaman. :)


12 Print Screen Baju Baru Blog Ini
Hehe (^_<)y