Ahad, Ogos 15, 2010

Saya Sudah Berkepala 3 (Aku Terima Hidupku)


Saya Sudah Berkepala 3
(Aku Terima Hidupku)




16 Ogos 1980 adalah hari raya keempat bersamaan 4 Syawal 1400 Hijrah. Pada hari itu, 30 tahun yang lalu.. lahir sekian ramai bayi di seluruh dunia ini.. salah seorang bayi itu adalah saya. Itulah sebabnya mengapa keluarga dan teman-teman rapat memanggil saya dengan nama Edell. (Aidil Fitri adalah nama yang nyaris diberi kepada saya oleh arwah datuk saya. Bila sudah dewasa, saya terfikir; nama Norudin Aidil Fitri pun sedap juga;p).


16 Ogos 2010: Hari ini 6 Ramadan 1431; saya genap berusia 30 tahun. Sudah berkepala 3 (seperti kata Khairul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih). 30 tahun sudah hidup; lagi 30 tahun ke umur 60. Buat masa terdekat, saya tidak berfikir banyak; saya hanya berfikir tentang tiga tahun lagi, iaitu pada umur saya 33. Satu angka yang unik dan menarik-33. Ada apa dengan 33? ;-)


16 Ogos 2013: (Dijangkakan) bersamaan 8 Syawal 1434. Saya berdoa semoga saya masih bernafas dan masih boleh menaip satu post pada tarikh ini kelak. Juga, saya berdoa, semoga anda yang membaca ini, juga masih membaca post yang ditulis pada tarikh ini tiga tahun lagi. Amin ya Rabb Al-alamin.

Untuk segala yang sudah saya lalui dan bakal saya lalui, Alhamdulillah.. syukur Allah;-)




Slank – Kuil Cinta





cinta itu suci, itu putih, itu tinggi
cinta itu murni, itu bersih, itu tinggi
cinta itu suci, itu putih, itu tinggi
cinta itu murni, itu bersih, itu tinggi

kuil cinta menebar kebahagiaan
kuil cinta menebar perdamaian

cinta itu benih, itu jernih, itu tinggi

cinta itu air, itu bening, itu tinggi
cinta itu cantik, itu wangi, itu tinggi

kuil cinta membasuh penyegaran
kuil cinta menyuluh kebenaran

cinta itu api, yang alami, yang tertinggi
cinta itu hati, itu kasih, itu tinggi,
cinta itu api, itu sakit, itu tinggi
cinta itu pasti, yang abadi, yang tertinggi