Memaparkan catatan dengan label Rakan Blogger Saya. Papar semua catatan

31/05/2015
18/11/2012
19/04/2010
15/04/2010
24/03/2010
14/02/2010
Luahan Kaum Ibu Tentang Valentine's Day
Luahan Kaum Ibu Tentang Valentine's Day
Sejak hari Jumaat, saya menyentuh tentang Valentine's Day di blog ini. Hari ini saya ingin menyentuh soal itu lagi. Untuk mencukupkan tiga hari blog ini membincangkan tentang Valentine. Esok kita akan tukar topik pula. Jadi untuk malam ini, saya paparkan di sini luahan hari kaum ibu di blog ini tentang Valentine.
Juga, malam ini saya ingin mencuba template post yang baru. Lihat bagaimana komen-komen di bawah dipaparkan. Ok tidak template post saya ni? ;-)

Terima kasih kepada Puan Salwa, Puan Fid, Puan Nuradyani dan Puan Intan.
Sebagai penghargaan, saya ada mengarang sebuah pantun buat anda semua. Dengar ya;
"Daun ubi daun keladi, harap sudi selalu komen di sini"
Semoga berbahagia di samping keluarga sempena cuti tahun baru ini;-)
04/02/2010
TEKNIK SEO BLOG: Topik Yang Baik Untuk Memulakan Blog
TEKNIK SEO BLOG:
Topik Yang Baik Untuk Memulakan Blog
Lama juga saya tidak menulis tentang blog, blogger dan blogging di sini selepas menyiarkan terjemahan artikel Puan Syigim tempoh hari. Ala, artikel blogging macam nasi lemak tu. Jika anda belum membacanya, anda boleh KLIK SINI untuk membacanya.
Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih lagi kepada Puan Syigim kerana membenarkan saya menterjemahkan artikel tersebut dan saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana 'kekreatifan' beliau mengaitkan nasi lemak dengan blogging.
Anda mahu tahu?Artikel tersebut (NASI LEMAK: Blog Yang Baik Seperti Nasi Lemak Yang Sedaap dan Laku) telah menduduki tangga ke-3 pada mukasurat pertama carian di Google.
Rujuk gambar di bawah. Skrin itu saya 'tangkap' jam 8.12 malam baru ni tadi.
Apakah maksudnya itu? (Kepada yang belum jelas dengan maksud saya..). Maksudnya, semasa orang membuat carian dengan kata kunci 'Topik Yang Baik Untuk Memulakan Blog', enjin carian Google menyenaraikan blog ini di muka pertama pada tangga ke-3. Ini disebut dalam ilmu blogging sebagai SEO - Search Enjin Optimization. Sedangkan untuk kata kunci itu, Google ada 10 muka keputusan dengan 24,700 laman web.
Saya tidak tahu sama ada kata kunci itu 'mahal', 'popular' dan 'kaya' atau tidak; dalam ilmu blogging disebut Rich Keyword. Namun, saya tetap bersyukur dan gembira atas kejayaan ini. Ingat, kejayaan kecil adalah anak tangga kejayaan yang lebih besar;-)
Lebih seronok lagi, bila di muka pertama hasil carian Google itu, dan lebih memeranjatkan saya ialah; saya mengalahkan guru blog saya sendiri iaitu Saudara SmartZul. Blog Zul (blog.smartusaha.com) berada di tangga ke-5. Blog Shuth (www.mohdsuhaimy.com) pula di tangga ke-4. Hehe, jangan marah ya Smart Zul dan Shuth. Almaklum, saya ini orang yang baru merasa berhasil dalam SEO.. tentunya agak teruja;-)
Bagaimana saya mengetahui ini?
Caranya mudah sahaja. Anda lihat di sidebar blog ini, bahagian paling bawah sekali. Nampak ikon SiteMeter? SiteMeter bukan saja untuk anda melihat berapa ramai pelawat dan pembaca blog ini, namun lebih pada itu, dengan SiteMeter saya juga dapat melihat dari mana pelawat datang ke blog ini. Ini penting, agar saya boleh mempertingkatkan lagi entry-entry yang berkaitan yang membawa pelawat ke sini. Rujuk gambar di bawah:
TEKNIK SEO BLOG: Topik Yang Baik Untuk Memulakan Blog
Saya sendiri masih belajar dan mengkaji, apakah ciri-ciri tertentu dalam sesebuah artikel/ post/ entry yang mempunyai kekuatan SEO yang tinggi dan baik. Saya sendiri sedang mengkajinya, kerana ada beberapa katakunci yang dimenangi oleh blog ini di Enjin Carian Google. Saya tidak boleh mendedahkan semua kan, tapi anda tentu ketawa jika saya mengatakan untuk katakunci 'Jurnal Pesakit Kusta' juga blog ini berada di muka pertama. Apa-apa pun Alhamdulillah, syukur Allah.
Saya sendiri belum mahir dan arif lagi berkenaan SEO ini. Namun, sejujurnya apa yang saya lakukan ialah, seperti yang anda nampak, saya menulis 'SATU POST SEHARI' di blog ini. Saya menulis dengan jujur dan ikhlas dan saya suka berkongsi.
Di blog ini, saya menulis dalam pelbagai topik merangkumi;
* Agama dan Dakwah
* Bantuan Untuk Pembaca Blog Ini
* Blog Blogger Blogging
* Hari Kebesaran Islam
* Hari Minggu Kenduri dan Memanjakan Diri
* Karya Saya
* Keusahawanan dan Kewangan
* Kongsi Ilmu Maklumat dan Kemahiran
* Motivasi dan Kehidupan
* Penulisan dan Bahan Bacaan
* Post Istimewa 50
* Post Khas Hari Jumaat
* Rakan Blogger Saya
* Santai dan Peribadi
* Umum dan Semasa

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih lagi kepada Puan Syigim kerana membenarkan saya menterjemahkan artikel tersebut dan saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana 'kekreatifan' beliau mengaitkan nasi lemak dengan blogging.
20/01/2010
Cabutan Bertuah di Blog yanmieonline.com

Dalam bulan Disember yang lalu, saya ada memaklumkan untuk membuat sebuah pertandingan di blog ini sempena perpindahan tahun 2009 ke 2010. Di MBP juga saya ada memaklumkannya. Namun, oleh beberapa sebab dan masalah, pertandingan itu masih belum dapat saya jalankan. Apa yang pasti, lambat-lambat pun mesti jadi, tidak boleh tidak kerana sudah berjanji, Janji mesti ditepati, tak ya?
Antara sebab saya menangguhkan pertandingan ini ialah, kerana trafik blog ini masih sedikit, al-maklum blog baru berumur 3 bulan lebih. Saya kalau boleh, ingin la pertandingan itu disertai ramai dan juga ingin memberi hadiah yang berbaloi dan boleh diingati. Juga, saya sudah niat nak bagi hadiah kepada setiap peserta. Makanya, kini saya sedang jalan-jalan cari penaja hadiah untuk pertandingan ini (dan memang pastilah, kena sediakan bajet sendiri jugak). Apapun, doakan saya ya, agar saya mampu melancarkan pertandingan ini, sebelum Mac 2010. Amin Ya Rabb Al-Alamin.

Saya mendapat tahu tentang cabutan bertuah ini, langsung dari blog 'Suka Bebel' di http://sukiprattle.blogspot.com/.
Jadi, sebagai menebus kegagalan saya untuk membuat pertandingan pada Disember 2009 dan Januari 2010, di sini saya kongsikan dengan anda, satu cabutan bertuah yang di anjurkan oleh blog 'Suka Bebel'. Bagaimana untuk menyertai cabutan bertuah ini? Di mana nak dapat tiket cabutan bertuah ini? Baiklah, sebelum itu, eloklah saya ceritakan serba ringkas tentang cabutan bertuah ini terlebih dahulu.
Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.
Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama
untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di:
http://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com/
Itu saja untuk malam ini. Saya ingin offline awal malam ini, sebab saya nak luangkan masa untuk kekasih baru, yang saya temui di kedai buku POPULAR petang semalam. Apa itu? Insya Allah, saya akan ceritakan nanti. Namun, apa yang pasti kekasih saya yang baru ini, memang best. Susah untuk menemuinya;-)
18/01/2010
NASI LEMAK: Blog Yang Baik Seperti Nasi Lemak Yang Sedaap dan Laku

(Foto Nasi Lemak Dari http://powernasilemak.biz/images/Set%202.jpg)
Teks Asal Dalam Bahasa Inggeris Oleh: Puan Syigim
Versi Bahasa Inggeris artikel ini boleh dibaca di MomBloggersPlanet. KLIK SINI untuk membaca versi asal artikel ini.
Diolah dan Ditulis Semula Dalam Bahasa Melayu Oleh: UstazCahaya
Nasi lemak, atau nasi santan adalah hidangan yang terkenal di Malaysia. Nasi lemak kebiasaannya dimakan pada waktu sarapan. Nasi lemak adalah hidangan 'serba-boleh' kerana ia boleh disediakan dan dimakan dalam pelbagai versi - dengan sambal biasa (sos pedas yang dibuat dari campuran cili kering), ikan masin, kacang, telur, dan hirisan timun atau keropok ikan, kangkong atau ayam rendang. Dinikmati oleh semua orang tanpa mengira taraf dan kedudukan. Nasi adalah sebuah warisan makanan Malaysia!
Sebuah blog yang baik juga boleh diibaratkan seperti nasi lemak. Blog boleh disajikan (dipersembahkan) dalam cara yang berbeza, dengan pelbagai topik dan paras rupa paparan (layout) untuk dipilih. Sekarang, mari kita zoom-in bagaimana sebuah blog disamakan dengan warisan makanan nasional Malaysia- nasi lemak. Jum layan, zhass...
NASI:
Isi kandungan blog (post @ entry @ artikel) yang baik adalah seperti nasi yang dimasak dengan baik; cukup dari segi lemak, panas dan masih berwap-wap. Bahan nasi lemak yang sederhana dan sama, tapi mendapat sentuhan daripada individu yang berbeza, menghasilkan perbezaan rasa nasi lemak. Pepatah Melayu mengatakan itu sebagai 'air tangan' (sentuhan peribadi). Kadang-kadang ibu kita selalu yang terbaik. Eh, bukan kadang-kadang, malah SEMUA waktu!
Jadi, aktiviti blogging juga adalah sederhana dan sama, yang membezakan ialah siapa yang melakukannya. Anda cuma perlu fikirkan sebuah topik untuk ditulis, dan anda terus menulis. Apa yang membezakan sesuatu tulisan dalam topik yang sama, ialah siapa yang menulisnya. Bukan topik yang mengangkat sesebuah entry blog, tetapi siapa yang menulisnya dan bagaimana ia ditulis yang akan membezakannya.
Untuk memulakan sebuah blog, dan untuk memasak nasi lemak tampaknya mudah, tetapi untuk membuatnya 'sedap' dan 'laku' memerlukan banyak usaha, sedikit bakat dan beberapa semangat serta kesungguhan.
Jika anda menggunakan santan yang tidak baik, nasi lemak anda ternyata tidak akan baik. Jadi jika topik pilihan anda sudah membosankan, seperti hanya entry ketika anda menjemput anak anda dari taman asuhan, tanpa ada kejadian menarik di sepanjang jalan atau pemikiran luar biasa yang anda kaitkan, posting anda sudah pasti membuatkan orang bosan!
Apa yang perlu anda lakukan ialah, tambah perbualan yang lucu dengan anak anda tentang apa yang dia lakukan di taman asuhan, pengasuh mengejutkan anak anda dengan suara yang garanag atau anak anda mencubit anak orang lain! Haha. Bukankah akan menghiburkan pembaca? Kuncinya adalah dengan menambah sesuatu yang menarik untuk idea asas yang ada dalam fikiran anda. Nasi tidak menjadi nasi lemak tanpa santan kelapa, dan jika nasi itu tidak berlemak. Nak lebih menarik, tambah sedikit daun pandan, nasi akan menjadi hijau dan harum.
SAMBAL:
Sambal adalah elemen yang paling penting untuk sepinggan nasi lemak. Tanpa sambal, nasi lemak anda akan hambar dan tidak lengkap.
Jadi, entry blog yang baik juga mesti mempunyai sedikit sambal di dalamnya. Tambah sesuatu yang membezakan anda dari blogger yang lain. Tanpa keunikan (yang boleh disamakan dengan sambal), blog anda tidak akan lengkap, dan kurang keistimewaannya.
Setelah anda memilih satu topik, fikirkan juga tentang bagaimana menambah lebih baik kepada topik tersebut. Saya ingin berkongsi sebuah contoh: Jadi, anda mengambil anak anda dari taman asuhan. Topik ini saja sudah sangat membosankan. Setiap ibu-ibu lain menjemput anak-anak mereka dari taman asuhan. Bagaimana entry anda akan menarik? Ya, anda mesti menambahkan ia dengan 'sambal'!
* Adakah sesuatu atau apakah yang berlaku sebelum, atau selepas itu?
* Apakah anda ingin untuk menggambarkan taman asuhan, seperti kos, atau jumlah penaja, bilangan kanak-kanak, atau seberapa jauh dari rumah atau pejabat anda?
* Mungkin anda juga boleh menyenaraikan barang-barang yang perlu dibekalkan bersama anak anda semasa menghantarnya ke pusat asuhan.
* Anda boleh berkongsi lucu tentang anak anda yang diceritakan oleh pengasuhnya.
* Mungkin ada masanya, anda perlu berkongsi masalah-masalah yang dihadapi tentang anak anda dan pusat asuhan.
* Atau anda boleh memulakan perbincangan yang lebih baik seperti berhenti kerja dan membuka pusat asuhan di rumah anda, cadangan untuk mencari pembantu rumah, atau fikiran anda tentang mahu menghantar anak anda kepada saudara mara, adik kakak atau ibu anda.
Semua tambahan ini adalah 'sambal' untuk blog anda. Tambahan sesuatu dengan idea anda yang unik dan menarik, maka akan terhasil isi yang unik untuk blog anda. Ya, ia memerlukan sedikit usaha, tetapi siapa yang mengatakan anda wajib menulis tidak kurang daripada 500 patah perkataan? Anda boleh hanya menulis satu perenggan tambahan yang masih mampu menjadikan post anda berbeza, menarik dan unik. Asalkan anda tidak hanya menulis seperti ini; '.. hari ini saya telah mengambil anak saya dari pusat asuhan. Sama seperti setiap hari. Begitu lelah. "- Yawn! Tidak ada sambal dan rempah-ratus. Makanya, nasi anda hanya nasi putih bercampur santan, bukannya nasi lemak!
TELUR:
Ada begitu banyak jenis masakan telur. Ada telur 'scamble', telur rebus, telur rebus setengah masak, telur mata lembu (sunny side up- penterjemah: betul ke ni?), omelet, dan banyak lagi jenis masakan telur. Anda juga boleh menambah keju, bawang, potongan cili, cendawan dan macam-macam lagi bahan kepada telur anda. Perbezaan pembaca blog anda adalah seperti pelbagai jenis masakan telur. Anda perlu tahu, telur masak apa yang disukai oleh orang yang akan dijamu anda dengan nasi lemak anda.
Jadi, jika topik blog boleh disamakan dengan telur, blogger mungkin mempunyai banyak pilihan topik dengan target pembaca yang berbeza-beza. Topik tentang anak-anak, pekerjaan, hobi, perjalanan, resepi, perasaan, masalah dan banyak lagi. Terserah kepada blogger untuk memilih topik yang sesuai dengan mesej dan tema blog.
TIMUN:
Tidak semua orang adalah penggemar sayuran, dan anda harus mengetahui siapa dan yang mana. Seperti halnya ada pelbagai jenis pembaca di luar sana, mencari dan menyukai topik yang berbeza-beza dalam blog.
Contohnya, ketika saya menulis tentang Anuar Zain, saya harus ingat bahawa tidak semua pembaca yang melawat blog saya juga sukakan Anuar Zain, mungkin ada yang tidak. Atau, ketika saya menulis komen negatif tentang filem popular Twilight, saya harus ingat bahawa saya mungkin telah memulakan 'perang' pembaca blog saya yang terdiri daripada peminat Edward.
Jadi, ketika anda blogging, pilih dan tetapkan anda ingin memberi kepuasan kepda siapa. Adakah anda menulis untuk kepuasan dan keseronokan diri anda sendiri semata-mata, atau adakah anda menulis untuk menarik pelawat ke blog anda (trafik), atau anda mensasarkan golongan orang tertentu? Dari sana anda akan tahu apa yang perlu fokus pada topik blog anda.
IKAN BILIS dan KACANG:
Saya ingat lagi, dolu-dolu, saya menghadapi masalah untuk menggoreng ikan bilis dan ikan masin. Haha. Berhenti ketawa, ok! Sehinggalah saya dimahkotakan dengan 'title' SAHM (Stay at Home Muslimah Mother)- kerana mengikut suami ke Dubai, saya belajar untuk memasak setiap hari!
Ok, jika kita memasukkan ikan masin ke dalam kuali ketika minyak belum panas, maka ikan masin akan lembik. Jika kita memasukkan ikan masin ketika minyak terlalu panas, ikan masin akan terbakar. Kita harus suhu minyak yang tepat dan masa yang sesuai untuk memasukkan ikan bilis ke dalam kuali.
Sama seperti blogging. Jika dalam satu hari kita menerbitkan post terlalu banyak sampai empat lima post sehari, pembaca kita mungkin akan bosan dan lari kerana mereka tidak dapat mengikuti blog kita! Terlalu banyak posting dan tidak semua pengunjung membaca blog kita 3 kali sehari! Dari sudut lain, jika anda menulis terlalu sedikit, pembaca mungkin akan berhenti mengunjungi blog anda kerana setiap mereka klik, tidak ada entry baru untuk tempoh sebulan lebih!
Kuncinya adalah konsisten. Jika anda tahu bagaimana anda mendapatkan ikan masin yang rangup dan sedaap, dalam minyak goreng yang telah dipanaskan selama 5 minit, kemudian ulangi proses ini setiap kali anda ingin untuk menggoreng. 5 minit minyak dalam kuali sudah cukup untuk mendapatkan ikan masin yang rangup? Kemudian catatkan nota, dan selalu ingat itu, sehingga anda akan selalu dapat menyediakan nasi lemak dengan ikan masin yang rangup!
Kita perlu tahu kemampuan kita untuk blogging, dan mempunyai pengurusan masa yang baik. Paling penting, konsisten. Tetapkan jadual penulisan di blog anda. Apakah anda ingin menulis setiap hari atau 3 hari sekali dan kemudaian disiplinkan diri terhadap jadual penulisan yang telah anda buat. Contohnya, anda ingin menulis entry untuk blog hanya pada hari Jumaat maka stick to it! Setidak-tidaknya, pembaca setia anda akan bila anda akan mempunyai posting baru, dan akan tetap mengikuti blog anda.
LAUK EKSTRA
(Sambal Sotong, Rendang Ayam, Paru goreng, Keropok atau keropok ikan)
Nasi, sambal, telur, ikan bilis dan timun iris adalah ramuan asas dalam sepinggan nasi lemak, tetapi sekarang anda sudah boleh memasak nasi lemak dengan baik, jadi anda perlu menambah beberapa ramuan dan sentuhan peribadi pada nasi lemak anda! Anda boleh membuat tandatangan anda berupa sos di atas telur goreng hidangan nasi lemak anda. agar orang tetap tahu dan ingat itu adalah nasi lemak anda.
Menambahkan ciri-ciri tertentu dan unik dalam blog anda adalah penting. Anda perlukan sedikit kreativiti. Anda perlu membuat sesuatu yang boleh menjadi tanda, untuk menunjukkan 'ini blog anda', dan itu unik serta diingati oleh pelawat yang sampai ke blog anda. Ini disebut sebagai jenama. Pelawat akan mula mengenali blog anda. Anda kini boleh mula mengukir niche anda, mula mengumpul peminat, dan pembaca setia!
BUNGKUSAN:
Di warung atau restoran, bagaimana nasi lemak dipamerkan? Bungkusan nasi lemak mungkin bukanlah perkara yang paling penting, tetapi tidak ada salahnya untuk menghidangkannya dengan cara terbaik yang mampu anda lakukan untuk memikat pelanggan anda. Ini penting untuk mengeluarkan aroma yang menaikkan selera seperti meletakkan nasi lemak di atas daun pisang.
Sebuah blog dapat menarik pada item di sidebar blog anda dan boleh jadi tidak. Ia bergantung pada apa yang anda letakkan di sidebar blog anda. Penampilan boleh membantu sebuah blog, jadi sebaiknya anda mempertimbangkan perkara-perkara berikut:
* Menentukan tema blog anda. Jika anda blogging untuk berkongsi resepi, anda boleh memilih latar belakang (template/ layout) blog dengan imej periuk belanga, kuali dan daput.
* Tentukan warna tema blog anda. Pilih tiga hingga empat warna tema yang menyenangkan mata untuk blog anda.
* Anda tidak perlu menjadi designer atau pengatur huruf, namun anda masih perlu memilih jenis, saiz dan warna font yang sesuai untuk blog anda. Jika anda sendiri tidak selesa dan sukar membaca blog anda, jangan 'bersangka baik' yang orang lain akan senang membacanya. Mungkin juga anda perlukan nasihat daripada orang lain, apakah saiz, jenis dan warna font yang anda pilih itu, kemas dan mudah dibaca. Ada blog yang baik, jika ditaip dengan font yang tidak sesuai, blog anda tidak akan dibaca.
Sama seperti nasi lemak, anda sudah ada nasi lemak yang baik dan sedap, namun anda bungkus dengan kertas surat khabar yang bergambar tragedi kemalangan, dengan keadaan yang menjijikkan. Apakah anda yakin, ada orang akan senang hati membelinya? Atau anda kepalkan nasi lemak anda yang sedap itu, sehingga berbentuk tikus, mungkinkah orang akan membeli dan memakannya? Hehe, sudah tentu kita tahu jawapannya.

KREDIT:
Puan Syigim adalah seorang Stay At Home Muslimah/Mother (SAHM) yang kini berada di Dubai kerana mengikut suami. Puan Syigim saya kenali dari MomBloggersPlanet (MBP) kerana kami sama-sama merupakan penulis di MBP. Sepanjang mengikuti penulisan Puan Syigim di MBP, saya mendapati beliau sangat berbakat dan kreatif dalam menulis.
Untuk membaca penulisan Syigim di MBP, anda boleh KLIK SINI.
Untuk membaca blog peribadi Syigim, anda boleh KLIK SINI.
14/01/2010
MAKLUMAN: Ayah Penulis Skrip Drama TV Kembali Ke Rahmatullah
[Untuk post terbaru hari ini, sila skrol ke bawah]
Al-Fatihah untuk HAJI MOHAMED BIN YASSIN, ayahanda kepada penulis skrip drama tv, Zabidi Mohamed. Ayahanda HAJI MOHAMED BIN YASSIN (73TH) kembali ke Rahmatullah pada jam 1.50 pagi (14 JAN 2010) di Hospital Besar Melaka, akibat sakit tua.
Zabidi Mohamed adalah penulis skrip drama Mujahadah (lakonan Eja), Mencari Nur Khadijah (arahan Erma Fatima), Ihsan dan banyak lagi.
15/12/2009
Rasa Kekok Menjelang Krismas
Rasa Kekok Menjelang Krismas
Artikel ini saya terjemahkan daripada post bertajuk 'The awkward feelings about X-mas & some history behind it' yang ditulis oleh Puan Nuradyani yang kini berada di New Zealand.
Saya hanya menterjemahkan dan menyiarkan artikel ini sebahagian sahaja, untuk artikel penuh anda boleh baca di pautan asalnya.
Tiba masanya pada tahun ini, ketika kebanyakan orang di sini bercakap tentang Krismas. Ketika saya masih di Malaysia, saya tidak begitu terganggu dengan hal ini. Malaysia adalah negara perlbagai bangsa dan kaum, setiap orang mempunyai kebebasan untuk merayakan perayaan mereka sendiri. Namun di sini, saya berasa janggal dan kekok dengan hal ini kerana saya menyertai Peachgrove Arena Playcentre. Mengapa saya mempunyai perasaan seperti ini? Berikut adalah beberapa alasannya:
* Sebahagian besar kegiatan untuk kanak-kanak di Arena Playcentre akan memfokus kepada Krismas. Dah majoritinya menyambut Krismas..
* Krismas adalah pesta untuk kanak-kanak dan juga untuk orang dewasa (pesta untuk orang dewasa adalah mesyuarat bulanan di mana para ahli harus hadir- dan saya adalah antara ahlinya)
* Puteri sulung saya sudah mula bertanyakan soalan dan memberi tumpuan kepada Krismas. Saya sudah mencuba sedapat mungkin untuk menjelaskan kepadanya bahawa kami adalah muslim dan kami merayakan Aidl Fitri.
* Lagu-lagu Krismas diajarkan kepada kanak-kanak di sana dan terkadang susah untuk saya mengalihkan tumpuan anak-anak saya kepada sesuatu yang lain daripada lagu-lagu itu.
* Beberapa ahli lain menganggap bahawa kami juga meraikan Krismas. (dah tudung sah-sah saya pakai pun, tak tahu saya ni orang Islam. Hish ...)
Apa yang harus saya lakukan? Selalunya saya akan menyiapkan kegiatan-kegiatan lain untuk anak-anak. Ketika anak perempuan saya membuat sesuatu yang kelihatan untuk seperti pohon Krismas, saya bertanya kepada mereka apakah mereka ingin membawanya pulang? Anak-anak memang selalunya nak bawa balik. Fuh .. Saya berusaha sekuat tenaga untuk mengajar anak-anak tentang gaya hidup kami sebagai muslim dan saya selalu memberitahu mereka bahawa kami tidak merayakan Krismas dan membiarkan orang-orang yang ingin merayakannya melakukan apa yang mereka inginkan selama tidak mengganggu kami. Ketika datang masanya untuk ke majlis Krismas, saya pasti tidak akan menghadiri majlis tersebut. (Bukan nak jadi anti-social tapi tak nak bersubahat dlm meraikan perayaan diaorg)
Adakah anda menyedari bahawa mereka telah mencipta banyak kebohongan dalam perayaan ini? Mereka mencipta dogengan Santa Claus dengan harapan mencipta perayaan ajaib. Adakah anda tahu tentang asal-usul Santa Claus? Sekali lagi, saya merujuk ke Wikipedia:
Santa Claus, juga dikenali sebagai Saint Nicholas, Father Christmas, Kris kringle atau hanya "Santa", adalah tokoh yang legendaris, dalam banyak budaya Barat, membawa hadiah ke rumah kanak-kanak yang baik pada akhir malam dan tengah malam menjelang Krismas.Legenda Santa Claus mungkin bahagian daripada asas dalam cerita-cerita mengenai hagiographical tokoh sejarah daripada pemberi hadiah Santo Nicholas.
Ringkasnya, Santa dicipta untuk tujuan pemasaran. Biasanya pada akhir tahun, orang tua harus menghabiskan sejumlah besar wang membeli hadiah untuk anak-anak mereka. Yang lain juga, harus mengeluarkan wang membeli hadiah untuk ahli keluarga dan kawan-kawan.
Maksud saya menulis entri ini bukanlah untuk mempromosikan perayaan ini atau cuba untuk mengutuknya. Saya hanya ingin berkongsi beberapa fakta dan juga perasaan saya seperti yang 'nak ke tak nak' perlu berhadapan dengan ini sementara saya di sini, di New Zealand. Sementara di Malaysia, kita melihat dekorasi di pusat membeli belah dan hanya itu. Saya ada beberapa rakan yang meraikan Krismas tapi selain daripada mengucapkan selamat Krismas kepada mereka, saya tidak perlu memikirkan hal-hal lain.
Kepada Anda Yang Membaca Post Ini
Mungkin anda ada nasihat atau cadangan kepada rakan-rakan Muslim kita yang berada di luar negara (negara yang mejoriti penduduknya menyambut Krismas). Sila tinggalkan nasihat atau cadangan anda di bawah ya.
Insya Allah, saya sendiri akan menulis juga tentang panduan berkaitan di blog ini.
Apapun, bagi saya, kita adalah 'Duta Islam' di mana pun kita berada. Harap kita semua dapat menunjukkan Islam yang sebenar yang 'indah dan mudah' kepada penganut agama lain. Salah satunya ialah dalam soal sambutan perayaan agama lain seperti ini.
13/12/2009
Jangan Hina Orang Kerja Kilang
Jangan Hina Orang Kerja Kilang
MOHON PERHATIAN
Saudara yang dikasihi Allah.
Saya, Norudin Draman a.k.a. UstazCahaya, bukanlah penulis cerpen ini. Cerpen ini saya baca di blog Kak Ima- Blog Mawar Merah. Seperti yang Kak Ima beritahu dalam blog beliau, beliau menerima cerpen ini daripada email. Beliau juga tidak menyatakan siapa penulisnya. Kebiasaan dalam email yang diforward memang begitu.
Suka saya maklumkan di sini, ada sebuah drama tv yang bertajuk ‘Selagi Ada Waktu’- lakonan Jalil Hamid, Ijul dan Watie- yang seakan mirip kisah ini.
Saya menyediakan format PDF untuk cerpen ini bagi memudahkan pembaca blog saya membacanya.
Terima Kasih.
Ps: Jadilah orang yang menghargai dan menghormati hasil penulisan/ karya orang lain.
Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
'Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,'beritahu pegawai itu lagi.
'Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,' janji Pak Uwei.
Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
'Pah... oo..Pah!' teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
'Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?' tanya Mak Pah.
'Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, ' cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.
'Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.'
'Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.
Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan.'
'Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.' Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
'Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.'
Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.
'Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding,' cadang Pak Uwei.
'Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak.' Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.
'Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.' Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.
'Tapi bang?... '
'Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu,' pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
'Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik sama?' tanya Balkis.
'Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ,' balas Pak Uwei.
Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram . Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.
'Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi.' Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.
'Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram .' bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.
'Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?'
'Itulah abah, selalu nam pak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah.' Intan cuba membuat abahnya faham .
'Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah mac am kau ni!'
'Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang,' balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.
'Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!'
Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap sel am ba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.
Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Mal am itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.
'Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit,' Pak Uwei memulakan bicara.
'Hajat apa pula abah?' tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
'Abah dan mak kau nak ke Mekah, n am a dah ada dal am senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,' Pak Uwei mengutarakanhasratnya.
Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,' ujar Muaz.
'Tapi... pegawai T abun g Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.'
'Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,' jawab Muaz serba salah.
'Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?' Tanya PakUwei melindungi kekecewaannya.
'Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga,' sampuk Mira isteri Muaz.
Pak Uwei terdiam , harapannya kini cuma pada Balkis. 'Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit k am u tu bila ada rezeki durian berbuah kat dusun kita tu nanti,' Pak Uwei berpaling Pada Balkis.
'Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.'
Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
'Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.'
'Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,' sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menik am dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.
'Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi,' Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.
'Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat mac am mana?' Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan fah am kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang sel am a ini disanjung akan mengecewakannya begitu. 'Anak awak tu tak balik ke?' tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.
'Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,' balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.
'Nak ke mana pulak tu?' tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.
'Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi kegemarannya. ' Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.
Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.
'Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?'
'Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.'
'Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan,' suruh Mak Pah.
'Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu.'sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.
Kadangkala sedih hatinya melihat sikap su am inya yang keras hati, membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.
'Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.
Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api. 'Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya,' usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.
'Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,' jawab Pak Uwei sinis.
Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
'Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ,' ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.
'Apa hal... kamu nak kahwin ke?' soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.
Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. 'Abah ni... ke situ pulak....'
'Habis tu?'
'Ini... Buku T abun g Haji mak. Tadi Intan ambil dal am laci tu. Yang ni, resit memasukkan duit ke akaun mak.
Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.' Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.
'Apa??' Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya.
'Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang tak seberapa ini dari Intan,' tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dim am ah usia.
'Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah,' luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.
'Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan.'
'Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan...' ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.
'Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni,' MakPah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran. 'Mak ni... ,' gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.
Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang dating menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.
'Semua dah siap ke mak?' tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.
'Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?' 'Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.'
'Hah, awak dengar tu.... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nakmembeli-belah, ' tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.
'Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,' pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
............ ......... ......... .......
Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akanpergi jauh.
'Kenapa resah aje ni, bang?' Mak Pah terjaga.
'Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.'
'Sabarlah, dah nak sampai dah ni,' pujuk Mak Pah.
Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. 'Mak... abah... ,' Muaz meraih emaknya dal am pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.
'Mana yang lain ni, kamu berdua aje?' Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.
'Mereka menanti di rumah, abah,' beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei. 'Intan pun tak datang juga ke?' Tanya PakUwei terasa hampa.
'Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.' Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.
'Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.' cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang memandu.
'Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,' balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.
'Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu,abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?'
'Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,'ajak Azman menukar tajuk perbualan.
'Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,' tolak Pak Uwei.
Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.
'Mak dengan abah sihat ke?' tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.
'Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?' Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.
'Naik dulu Ngahnya...,' suruh Long Semah.
'Intan mana?' Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.
'Az... mana Intan? Mana adik kau Az?' tanya Pak Uwei dengan suara yangmenggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.
'Sabar abah... ,' Muaz menggosok belakang abahnya.
'Kenapa Az ... kenapa?' Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.
'Mak... Intan dah tak ada mak,' Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah.
Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.
'Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat k am u naik haji dah tertunai,' pujuk Long Semah yang masih belum pulang.
'Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,' Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.
'Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?' tanya Mak Pah tersedu sedan.
'Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum mak dan abah balik. Masa s ampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,' cerita Muaz.
Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, 'Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana .. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat..'
Tamat....

Langgan:
Catatan (Atom)