18/10/2017

Buku Cerpen Untuk Che Man


Buku Cerpen Untuk Che Man





Dipost oleh sahabat saya Che Man 
di Facebook petang tadi:

Petang tadi, sahabat saya Che Man menulis di Facebook tentang buku cerpen yang saya kirimkan kepada dia yang baru diterimanya. Buku Antologi Cerpen Adiwarna 3: Cinta Pertama, terbitan JS Adiwarna tahun 2014. Cerpen saya yang berjudul 'Mari Kita Mengira Sayang' termuat dalam buku antologi cerpen tersebut. Saya mengenali Che Man ketika dia mengadakan bengkel matematik di sekolah tempat saya bertugas di Negara Brunei Darussalam dahulu. Bengkel matematik Che Man saya adaptasikan menjadi bengkel matematik Aidil dalam cerpen 'Mari Kita Mengira Sayang'.

Saya menerima sijil penyertaan bengkel matematik Che Man.
Tahun 2014 di Negara Brunei Darussalam.

Cerpen 'Mari Kita Mengira Sayang' pula dihasilkan dalam tempoh 36 jam. Gara-gara mengejar tarikh tutup penyertaan untuk menghantar cerpen bagi penilaian untuk Antologi Cerpen Adiwarna 3: Cinta Pertama. Cerpen 'Mari Kita Mengira Sayang' mengisahkan tentang cinta pertama Aidil dan Nina. Menggunakan plot yang ringkas iaitu ketika Aidil mengendalikan bengkel matematik di Rumah Kasih Kamariah, iaitu rumah anak yatim di mana Aidil dibesarkan. Bengkel tersebut, Aidil mulakan dengan mendeklamasikan puisi 'Mari Kita Mengira Sayang'.

Ketika Aidil dalam cerpen 'Mari Kita Mengira Sayang' mengendalikan bengkel matematik, Puan Saodah mengimbas kembali kisah cinta pertama Aidil dan Nina yang pernah ditentang oleh dia dan suaminya iaitu ayah Nina. Namun, ketika dia menyaksikan bengkel Aidil itu dia mendoakan agar cinta Aidil dan Nina bertaut kembali.

Cerpen 'Mari Kita Mengira Sayang' saya tulis pada bulan Ramadan tahun 2014 masehi. Ditulis dalam hijrah di Negara Brunei Darussalam dikembangkan dari puisi saya yang berjudul 'Mari Kita Mengira Sayang'. Puisi 'Mari Kita Mengira Sayang' tulis pada bulan Februari 2012. Zaman awal hijrah ke Negara Brunei Darussalam.

'Mari Kita Mengira Sayang' adalah puisi kedua yang saya tulis awal tahun 2012. Percubaan menginspirasikan nombor sebagai bunga bahasa menjadi karya sastera; usaha mendekatkan matematik dan sastera yang dipisahkan oleh sistem pendidikan lama. Sedangkan ilmuwan Islam terdahulu, mereka ramainya adalah pandai bahasa juga adalah ahli sains dan matematik dalam masa yang sama.







10/10/2017

Meja Baharu Dari Jabatan Penjara


Meja Baharu Dari Jabatan Penjara




Kelas Faham Solat
saya kendalikan setiap hari Jumaat
bermula selepas solat fardu maghrib
di Surau Saidina Abu Bakar As-Siddiq,
Taman Pohing, Sandakan, Sabah.

اَلۡحَمۡدُ لِلّٰہِ

Alhamdulillah. Syukur dimudahkan malah digantikan dengan hadiah. Hajat AJK Surau Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Taman Pohing, Sandakan, Sabah pada mulanya mahu membeli meja kuliah untuk kegunaan kelas faham solat yang saya kendalikan di surau itu pada setiap hari Jumaat (selepas maghrib).

Kebetulan ada jualan produk penjara. Pengerusi bersama timbalannya ke kompleks penjara untuk membeli meja. Al-Hasil, pengarah penjara hadiahkan meja kuliah dan tempat Al-Quran untuk kegunaan imam solat.

Mejanya sangat kemas buatannya dan kacak ukirannya. Semoga ada pahalanya yang berpanjangan kepada mereka yang membuat dan menyumbangkan dua perabot ini. Sekiranya yang membuatnya belum beragama Islam, kita doakan semoga dia mendapat hidayah dan kembali kepada agama fitrah Islam.

Malam itu, pertama kali digunakan meja kuliah yang cantik itu. Saya mulakan kuliah dengan peringatan tentang manfaat infaq dan sedekah dengan membawakan hadis yang masyur ini:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ
إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ
وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila mati seorang manusia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah jariah, ilmu bermanfaat yang diajarnya dan doa anak soleh yang mendoakannya”.

(Riwayat Muslim, hadis nombor 1631)

:
Nota Faham Solat
www.facebook.com/fahamsolat
:
Facebook | Instagram
@fahamsolat
#fahamsolat
:
Whatsapp | Telegram
016-8472303
:
Pendidikan Al-Quran Kanak-kanak
www.facebook.com/pandaimuqaddam
:
(11 Muharam 1438/
1 Oktober 2017, 22:12)











.........................................................................
16 tahun pengalaman saya mengajar
Al-Quran sejak tahun 1999.
Insya Allah, di Facebook
'Pendidikan Al-Quran Kanak-kanak'
(www.facebook.com/pandaimuqaddam)
saya berkongsi ilmu, maklumat, tip,
panduan dan pengalaman.
Khususnya untuk para ibu ayah
menjadi guru pertama kepada anak.
Guru pertama yang mengajar tentang
Islam dan Al-Quran di rumah
bermula sejak anak berusia satu (1) hari.

Norudin Draman UstazCahaya
www.ustazcahaya.blogspot.my

Facebook Page:
Dari Blog UstazCahaya
www.ustazcahaya.my

Rangkaian Media Sosial:

Facebook | Instagram | Twitter
@ustazcahaya
#ustazcahaya

Whatsapp | Telegram
016-8472303

Email:
ustazcahaya@gmail.com

09/10/2017

Blog Profit Blueprint


Blog Profit Blueprint




BLOG PROFIT BLUEPRINT
dari problogger antarabangsa bernama Yaro Starak
adalah antara rujukan utama saya ketika
memulakan blog 'Jurnal Online UstazCahaya' (JOUC)
yang sedang anda tatap sekarang ini.

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN PERCUMA
Blog Profit Blueprint oleh Problogger Yaro Starak

Setelah kembali ke alam blogosfera, seminggu lepas saya bercuti blogging kerana faktor kesihatan. Kisahnya, malam Isnin 2 Oktober 2017, jam 1 pagi lebih saya terpaksa membangunkan isteri kerana sakit kepala yang amat sangat. Sakitnya di bahagian kiri seperti dicucuk hingga ke mata sebelah kiri dan badan pula panas. Hampir seminggu sejak itu (iaitu minggu lalu) saya hilang selera makan dan tekak rasa pahit.

Alhamdulillah. Sekarang sudah sihat :)

Sebenarnya sejak kembali menyarung 'topi blogger' saya tergerak hati untuk mencari Blog Profit Blueprint untuk diulangkaji dalam kemunculan semula saya di alam blogosgera ini. Ya Alah, gembiranya rasa hati ini bila mendapat tahu bahawa Yaro Starak sudah menerbitkan Blog Profit Blueprint Edisi 2017. TERBARU dan PERCUMA.

Tidak menunggu tiada menanti, saya pun apalagi terus download Blog Profit Blueprint Yaro Starak terbaru 2017. Lalu, sebelum baca dan mula ulangkaji saya kongsikan di sini berita gembira ini.

Hakikatnya, benarlah ramalan pakar-pakar internet suatu ketika dahulu. Populariti blog berjaya dirampas oleh media sosial Twitter dan Facebook namun tetap blog akan kembali berkuasa dalam tempoh selepas lima tahun. Ramalan ini semakin nyata sekarang didapati ramai blogger sudah kembali aktif berblogging kembali.

Cerita imbas kembali sikit, antara kejayaan blog Jurnal Online UstazCahaya ini adalah mendapat kepercayaan iaitu tawaran menulis buku dari Karangkraf, dan buku tersebut telah terbit sempena Ramadan tahun 2010 dengan judul 'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari'.

Jika dikira segi wang ringgit, dari buku terbitan 'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari' yang diangkat isinya daripada blog Jurnal Online UstazCahaya ini; dalam RM20 ribu sudah saya perolehi secara langsung (dari royalti dan komisyen jual sendiri buku) dan tidak langsung (ceramah dan upah menulis).

Namun sayangnya, duit-duit RM20 ribu itu sudahlah habis. Terus terang risau ada yang mahu pinjam nanti kecewa he he. Cerita lama ba itu. Sejujurnya, come-back saya ke alam blogosfera ini salah satunya adalah untuk mendapat kembali wang sejumlah itu dan lebih lagi bermula tahun 2018. Doakan saya ya.

اَللَّهُمَّ آمــــــــــــــــــين
آمينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Akhir kalam untuk post malam ini, saya adalah pengurus online sah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). ABDR adalah pasukan yang diketuai oleh Puan Masayu Ahmad yang merupakan penulis buku dan kolumnis majalah Mingguan Wanita sehingga kini.

HUBUNGI SAYA di nombor 016 - 847 2303 jika anda berminat untuk sertai ABDR dan menjana pendapatan berpusatkan blog.

:
Saya,
Norudin Draman UstazCahaya
www.ustazcahaya.my
:
Pendidikan Al-Quran Kanak-kanak
www.facebook.com/pandaimuqaddam
:
(11 Muharam 1438/
1 Oktober 2017, 22:12)
















.........................................................................
16 tahun pengalaman saya mengajar
Al-Quran sejak tahun 1999.
Insya Allah, di Facebook
'Pendidikan Al-Quran Kanak-kanak'
(www.facebook.com/pandaimuqaddam)
saya berkongsi ilmu, maklumat, tip,
panduan dan pengalaman.
Khususnya untuk para ibu ayah
menjadi guru pertama kepada anak.
Guru pertama yang mengajar tentang
Islam dan Al-Quran di rumah
bermula sejak anak berusia satu (1) hari.

Norudin Draman UstazCahaya
www.ustazcahaya.blogspot.my

Facebook Page:
Dari Blog UstazCahaya
www.ustazcahaya.my

Rangkaian Media Sosial:

Facebook | Instagram | Twitter
@ustazcahaya
#ustazcahaya

Whatsapp | Telegram
016-8472303

Email:
ustazcahaya@gmail.com

02/10/2017

Kami Suami Isteri Kagum Dengan Anak-anak Solehah Seramai 35 Orang Ini


Kami Suami Isteri Kagum Dengan
Anak-anak Solehah Seramai 35 Orang Ini




Majlis usai beberapa minit sebelum azan maghrib. Syukur juga seorang pengasuh dan beberapa anak solehah sudi menaiki kereta kami untuk dihantar pulang ke pusat mereka di Taman Sejati Ujana, Sandakan, Sabah.

Pagi itu selepas memotong dan mengemaskan rambut di tempat biasa, kami suami isteri pergi mencuci kereta. Kereta pun dicuci di kedai yang biasa. Iya, memang beginilah saya yang suka menjadi 'pelanggan setia' jika berkaitan perkhidmatan. Jika satu kedai sudah memberi perkhidmatan yang sesuai di hati saya, tidaklah saya suka bertukar ke tempat lain untuk perkhidmatan tersebut. Contohnya gunting rambut dan cuci kereta. Walaupun terpaksa menunggu lama di kedai cuci kereta itu dan menahan lapar pula, saya sanggup.

Betul-betul ketika kami suami isteri sampai di rumah, saya menerima mesej Whatsapp daripada seorang adik dalam grup #fahamsolat. Mesej tersebut memberitahu majlis di rumahnya diawalkan waktunya ke selepas asar. Asalnya majlis itu mahu dibuat selepas isya. Jam sudah menghampiri pukul 2 petang. Kami suami isteri makan apa adanya nasi goreng yang disediakan untuk sarapan pagi tadi bersama keropok lekor.

Kisahnya, adik ini merupakan seorang artis nyanyian di Sandakan, Sabah. Beberapa hari yang lalu adik  ini menghubungi saya menyatakan hajat untuk menjamu anak-anak yatim di rumahnya. Syukur, dengan bantuan seorang sahabat saya, anak-anak yatim dan asnaf dari Pertubuhan Pengurusan Rumah Amal Selawat Nabi - Pprasn dapat hadir ke jemputan tersebut.

(Page Facebook Pertubuhan Pengurusan Rumah Amal Selawat Nabi - Pprasn https://m.facebook.com/Pertubuhan-Pengurusan-Rumah-Amal-Selawat-Nabi-Pprasn-)

Beberapa orang anak-anak soleh ini makan bersama saya dan isteri di satu tempat duduk. Saya dan isteri melayan mereka dan mereka senang dengan kami. Kami suami isteri kagum dengan anak-anak solehah seramai 35 orang ini. Akhlak mereka sangat baik. Sopan dan mudah diatur. Paling kami kagum anak-anak yang berusia taska dan tadika ini menyusun pinggan mereka selepas makan.

Majlis usai beberapa minit sebelum azan maghrib. Syukur juga seorang pengasuh dan beberapa anak solehah sudi menaiki kereta kami untuk dihantar pulang ke pusat mereka di Taman Sejati Ujana, Sandakan, Sabah.

Ketika memandu pulang ke rumah, saya menguatkan azam untuk memiliki rumah kebajikan sendiri untuk kanak-kanak yatim dan asnaf, seperti mereka itu.

Syukur Alhamdulillah. September 2017 ditutup dengan indah dan semoga diredhai Allah.

اَللَّهُمَّ آمــــــــــــــــــين
آمينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
:
Saya,
Norudin Draman UstazCahaya
www.ustazcahaya.my
:
Pendidikan Al-Quran Kanak-kanak
www.facebook.com/pandaimuqaddam
:
(11 Muharam 1438/
1 Oktober 2017, 22:12)





.........................................................................
16 tahun pengalaman saya mengajar
Al-Quran sejak tahun 1999.
Insya Allah, di Facebook
'Pendidikan Al-Quran Kanak-kanak'
(www.facebook.com/pandaimuqaddam)
saya berkongsi ilmu, maklumat, tip,
panduan dan pengalaman.
Khususnya untuk para ibu ayah
menjadi guru pertama kepada anak.
Guru pertama yang mengajar tentang
Islam dan Al-Quran di rumah
bermula sejak anak berusia satu (1) hari.

Norudin Draman UstazCahaya
www.ustazcahaya.blogspot.my

Facebook Page:
Dari Blog UstazCahaya
www.ustazcahaya.my

Rangkaian Media Sosial:

Facebook | Instagram | Twitter
@ustazcahaya
#ustazcahaya

Whatsapp | Telegram
016-8472303

Email:
ustazcahaya@gmail.com

01/10/2017

Apa Yang Saya Tahu Tentang Maal Hijrah?


Apa Yang Saya Tahu
Tentang Maal Hijrah?





(Dicadangkan anda cuba jawab dahulu soalan ini tanpa sebarang rujukan. Tujuannya adalah untuk muhasabah diri kita, apa yang kita tahu tentang Maal Hijrah)

1. Sebenarnya, tahun Masehi dan tahun Hijrah sama penting dan perlu diperhatikan oleh kita sebagai umat Islam, kerana kedua-dua sistem kelendar itu penting dalam soal ibadat khusus dalam Islam. Sila tuliskan kepentingan kedua-dua sistem kelendar Masehi dan kalendar Hijrah dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim:

2. Secara mudahnya, apakah yang anda tahu tentang Hijrah?

3. Boleh anda bercerita tentang beberapa peristiwa dalam sejarah Hijrah?

4. Adakah anda tahu salah seorang sahabat yang memainkan peranan penting dalam peristiwa Hijrah. Siapakah sahabat itu dan apakah peranan penting beliau?

5. Boleh anda tuliskan tema sambutan Maal Hijrah 1439 di negara kita tahun ini? 

6. Sebagai muslim, apakah yang boleh anda lakukan untuk menjayakan tema Sambutan Maal Hijrah 1439 ini? 

7. Apa azam Hijrah anda tahun ini? Senaraikan.

8. Boleh anda luangkan sedikit, untuk menilai diri dan menghayati sejarah Hijrah?

⏬ Jawapan ada di bawah ⏬





Soalan-soalan tentang Maal Hijrah di atas saya tulis di blog ini kira-kira lapan tahun yang lalu. Tepatnya pada 18 Disember ketika menyambut Maal Hijrah 1431. Pada waktu itu umat Islam di Malaysia menyambut Tahun Baharu Hijrah 1431 pada hari Jumaat sama seperti Tahun Baharu 1439 yang kita sambut sepuluh hari yang lalu.

Melihat statistik dalam dashboard blogger blog ini, saya mendapati post tentang kuiz Maal Hijrah yang saya buat lapan tahun yang lalu menduduki tempat pertama. Maknanya dalam tempoh seminggu (21-28 September 2017), post tersebut mendapat pembaca yang paling banyak. Melihat statistik itu, saya kira ada baiknya saya "up" post tersebut sekali lagi dalam post malam ini dengan bentuk yang lebih ringkas seperti post ini.

Apa yang perlu kita fahami terlebih dahulu ialah, takwim kalendar tahun Masehi dan tahun Hijrah sama penting dan perlu diperhatikan oleh kita sebagai umat Islam.

Sebagai contoh, untuk ibadat solat fardu lima waktu kita menggunakan matahari dalam menentukan waktu untuk satu-satu solat fardu yang lima. Tahun Masehi adalah takwim (kalendar) yang menggunakan matahari.

Takwim hijrah pula, dikira dari pergerakan bulan di langit sana. Kegunaan kalendar Hirjah pula seperti yang kita maklum adalah untuk menentukan waktu puasa wajib Ramadan, waktu ibadat korban, haji dan zakat. Selain itu, pergerakan bulan juga digunakan dalam bidang meteorologi untuk meramal pasang surut air sungai dan laut.




SOALAN dan JAWAPAN:

Apa Yang Saya Tahu Tentang Maal Hijrah?

1. Sebenarnya, tahun Masehi dan tahun Hijrah sama penting dan perlu diperhatikan oleh kita sebagai umat Islam, kerana kedua-dua sistem kelendar itu penting dalam soal ibadat khusus dalam Islam. Sila tuliskan kepentingan kedua-dua sistem kelendar Masehi dan kalendar Hijrah dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim:

JAWAPAN

Tahun Masehi adalah takwim (kalendar) yang dikira menggunakan pergerakan matahari. Untuk ibadat solat fardu lima waktu kita juga menggunakan pergerakan matahari dalam menentukan waktu untuk satu-satu solat fardu yang lima. 

Takwim hijrah dikira dari pergerakan bulan di langit sana. Kegunaan kalendar Hirjah seperti yang kita maklum adalah untuk menentukan waktu puasa wajib Ramadan, waktu ibadat korban, haji dan zakat.

2. Secara mudahnya, apakah yang anda tahu tentang Hijrah?

JAWAPAN

Takwim Hijrah adalah kalendar Islam yang dipilih oleh Khalifah Saidina Umar al-Khattab.

Peristiwa Hijrah Rasulullah (saw) dan para sahabat adalah peristiwa besar dan penting dalam sejarah Islam.

Hijrah dalam Islam bukan sahaja bermaksud berpindah dari sati tempat ke satu tempat lain. Dalam Islam Hijrah juga adalah perubahan dalam diri kepada diri yang lebih baik.

3. Boleh anda bercerita tentang beberapa peristiwa dalam sejarah Hijrah?

JAWAPAN

Salah satu peristiwa penting dalam sejarah Hijrah ialah terbajgunnya masjid pertama dalam sejarah Islam iaitu Masjid Quba. Saya memilih peristiwa ini untuk diingati tentang sejarah Hijrah ialah kerana masjid adalah syiar mercu tanda Islam. Dengan melihat keadaan masjid di sesuatu tempat, kita boleh mengagak keadaan Islam dan umat Islam di sekitar masjid tersebut.

4. Adakah anda tahu salah seorang sahabat yang memainkan peranan penting dalam peristiwa Hijrah. Siapakah sahabat itu dan apakah peranan penting beliau?

JAWAPAN

Saidina Abdul Rahman bin Auf (RA) adalah sahabat Rasulullah (SAW) yang merupakan seorang yang usahawan yang terkenal, hartawan dan jutawan; malah mahsyur kerana tergolong dalam sahabat yang dijamin masuk syurga. Kejayaan Abdul Rahman sebagai usahawan adalah didorang oleh kepakaran baliau berniaga dan akhlaq yang terpuji.

Dalam sejarah hijrah, Saidina Abdul Rahman bin Auf (RA) dipersaudarakan dengan Sa'ad bin Rabi', juga seorang hartawan Islam di Madinah. Saidina Abdul Rahman Bin Auf (RA) menolak tawaran harta benda dan isteri daripada saudara Ansar beliau tetapi meminta ditunjukkan pasar Madinah untuk beliau memulakan kehidupan di bumi Madinah. Maka ayat, "Tolong tunjukkan saya pasar Madinah" boleh dikatakan sebagai tagline yang sinonim dengan Saidina Abdul Rahman bin Auf (RA).

Selepas hijrah ke Madinah, Saidina Abdul Rahman Bin Auf (RA), adalah sahabat yang dilantik oleh Rasulullah (SAW) untuk membangun pasar yang dikelola seratus peratus oleh umat Islam sendiri di lokasi yang tidak jauh dari pasar Yahudi, yang kemudian diberi nama "Suqul Anshar" (bermaksud; Pasar Anshar. Anshar adalah gelaran umat Islam penduduk asal Madinah). Semua orang Islam diajak untuk berjual beli dan melakukan semua aktiviti perdagangan di pasar itu tanpa berkerjasama sedikitpun dengan Yahudi dan tanpa terlibat dengan segala produk atau perkhidmatan mereka. Dengan semangat perpaduan serta ketaatan kepada Allah dan Rasul-NYA, umat Islam pada waktu itu menumpukan kegiatan ekonomi di Suqul Anshar sahaja tanpa menghiraukan pasar Yahudi.

(Baca lanjut di http://ustazcahaya.blogspot.my/2010/01/tolong-tunjukkan-saya-pasar-madinah.html)

5. Boleh anda tuliskan tema sambutan Maal Hijrah 1439 di negara kita tahun ini?

JAWAPAN

Tema Maal Hijrah adalah "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara".

6. Sebagai muslim, apakah yang boleh anda lakukan untuk menjayakan tema Sambutan Maal Hijrah 1439 ini? 

JAWAPAN

Salah satu perkara yang boleh saya lakukan untuk menjayakan tema sambutan Maal Hijrah 1439 ini adalah berkenaan pengunaan media sosial. Media sosial sepatutnya menjadi wadah yang dapat menyatukan ummah. Sebagai seorang muslim antara tanggunjawab saya di media sosial adalah untuk tidak menyebarkan perkara yang merosakkan kesatuan ummah.

7. Apa azam Hijrah anda tahun ini? Senaraikan.

JAWAPAN

Azam saya untuk Maal Hijrah tahun ini adalah berkaitan dakwah solat dan Al-Quran. Saya berazam untuk istiqamah mendirikan solat dan berdakwah mengajak saudara Islam saya mendirikan solat. Berkaitan Al-Quran pula saya berazam untuk istiqamah belajar dan mengajar Al-Quran.

Dua saluran online untuk azam saya ini adalah antaranya di Facebook:

Nota Faham Solat
www.facebook.com/fahamsolat

Dah Baca Quran Belum
www.facebook.com/dahbacaquranbelum

Pendidikan Al-Quran Kanak-kanak
www.facebook.com/pandaimuqaddam

8. Boleh anda luangkan sedikit, untuk menilai diri dan menghayati sejarah Hijrah? 

JAWAPAN

Soalan terakhir ini tidak memerlukan jawapan, cuma perlu dilakukan sendiri dengan ikhlas.



..................................................................................
16 tahun pengalaman saya mengajar
Al-Quran sejak tahun 1999.
Insya Allah, di Facebook
'Pendidikan Al-Quran Kanak-kanak'
(www.facebook.com/pandaimuqaddam)
saya berkongsi ilmu, maklumat, tip,
panduan dan pengalaman.
Khususnya untuk para ibu ayah
menjadi guru pertama kepada anak.
Guru pertama yang mengajar tentang
Islam dan Al-Quran di rumah
bermula sejak anak berusia satu (1) hari.

Norudin Draman UstazCahaya
www.ustazcahaya.blogspot.my

Facebook Page:
Dari Blog UstazCahaya
www.ustazcahaya.my

Rangkaian Media Sosial:

Facebook | Instagram | Twitter
@ustazcahaya
#ustazcahaya

Whatsapp | Telegram
016-8472303

Email:
ustazcahaya@gmail.com

28/09/2017

“Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam”


“Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam”





Di Negara Brunei Darusslam, mana-mana restoran/kedai makan yang tidak memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Pemilik orang Islam
2. Pengurus orang Islam
3. Pekerja orang Islam

Pada lazimnya akan dilabel/ditanda dengan "Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam."




Di Negara Brunei Darussalam, kita akan dapat melihat kedai makan/ restoran 'tertutup', yang di depan pintu masuk premis tersebut ada papan notis berwarna merah dengan tulisan putih “Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam”. (Menulis post ini saya rasa ralat kerana tidak ada menyimpan gambar kedai makan/ restoran seperti itu. Cuba mencari di Google pun juga tidak menemuinya).

Jika ke pasar raya atau kedai runcit milik non-muslim, produk non-halal diletakkan di satu bahagian khusus dan tertutup. Dengan ada kaunter pembayaran yang khusus juga.

Alhamdulillah, selama saya hidup di Brunei tidak terdengar apa-apa isu atau masalah yang timbul kerana peraturan-peraturan tersebut di atas di kalangan rakyat Brunei ataupun penduduk yang tinggal di Brunei mahupun pelancong yang datang ke Brunei.

Di bawah saya lampirkan beberapa gambar dan petikan yang berkaitan “Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam” dari buletin Al-Hadaf Tahun 3 Bilangan 1. Ramadan-Zulhijjah 1419/ Januari-Mac 1999 terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.




"Mana-mana restoran/kedai makan yang tidak memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Pemilik orang Islam
2. Pengurus orang Islam
3. Pekerja orang Islam

Pada lazimnya akan dilabel/ditanda dengan "Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam."
-------------------
Restoran dan kedai-kedai makan bukan Islam di negara kita (Brunei Darussalam), sudah lama dilabel: “Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam”. Label ini berunsur pimpinan, irsyâd atau pemberitahuan kepada orang-orang Islam, bahawa mereka janganlah makan minum di tempat-tempat berkenaan, namun label itu tidak mempunyai kuatkuasa undang-undang. Dalam makna yang lain, kalau ada orang Islam makan minum juga di tempat-tempat berkenaan, tidak ada peruntukan undang-undang untuk mengenakan hukuman ke atas mereka.

Tujuan label ini jelas, untuk memandu dan memelihara orang-orang Islam supaya memakan hanya makanan yang halal, bukan yang syubhah, jauh sekali yang haram. Tidak payahlah diperdebatkan, jauh sekali ditengkarkan sesama Islam. Kecuali oleh orang-orang yang keras hati. Tanda keras hati itu apabila seseorang Islam menasihati saudaranya, lalu saudaranya itu berkata: “Aku tidak perlu nasihat …”, “aku punya suka …”, “orang lain apa peduli” dan lain-lain lagi seumpamanya.

Mengenai restoran atau kedai makan yang ditanda “Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam”, diharapkan akan dihormati oleh orang-orang Islam sendiri. Bilamana kita menghormatinya, bermakna kita menghormati diri kita sendiri dan menghormati agama kita yang suci, serta juga bererti kita membawa dan mengajak orang-orang lain itu turut menghormatinya. Jadi bayangkanlah, manakala kita orang Islam sendiri tidak hormat dan tidak ‘ingau’ (peduli) terhadap peraturan yang kita buat sendiri, bagaimanakah boleh diharapkan orang lain akan menghormatinya?

Di samping itu pihak-pihak yang berautoriti di dalam kerajaan Islam pula patutlah mengambil langkah-langkah munasabah di segi perlaksanaannya, supaya tidaklah ia akan tinggal tanda semata-mata tanpa memberi apa-apa makna, atau lebih malang lagi akan menjadi sendaan belaka.

(Sumber: Buletin Al-Hadaf Tahun 3 Bilangan 1. Ramadan-Zulhijjah 1419/ Januari-Mac 1999 terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam)







................................................................................................
16 tahun pengalaman saya mengajar Al-Quran sejak
tahun 1999. Insya Allah, di Facebook
'Pendidikan Al-Quran Kanak-kanak'
(www.facebook.com/pandaimuqaddam)
saya berkongsi ilmu, maklumat, tip,
panduan dan pengalaman.
Khususnya untuk para ibu ayah
menjadi guru pertama kepada anak.
Guru pertama yang mengajar tentang
Islam dan Al-Quran di rumah
bermula sejak anak berusia satu (1) hari.

Norudin Draman UstazCahaya
www.ustazcahaya.blogspot.my

Facebook Page:
Dari Blog UstazCahaya
www.ustazcahaya.my

Rangkaian Media Sosial:

Facebook | Instagram | Twitter
@ustazcahaya
#ustazcahaya

Whatsapp | Telegram
016-8472303

Email:
ustazcahaya@gmail.com

27/09/2017

Solat Tahajud dan Ba'diyah Maghrib


Solat Tahajud dan Ba'diyah Maghrib



وَ مِنَ الَّیۡلِ فَسَبِّحۡہُ وَ اَدۡبَارَ السُّجُوۡدِ

Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya
pada waktu malam dan setiap selesai solat.

(Al-Quran, surah Qaf: ayat 40)

Dicatatkan dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, bahawa bertasbih yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah solat sunat tahajud dan solat sunat selepas solat fardu maghrib.

Dicatatkan juga oleh Ibnu Katsir tentang berzikir selepas solat fardu dengan tasbih, tahmid dan takbir sebanyak 33 kali setiap satunya adalah sama dengan amalan sedekah dan memerdekakan hamba.
:
Rasulullah (saw) bersabda:

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

"Solatlah sepertimana kamu
melihat aku solat"
(Hadis riwayat Bukhari nombor 631)
:
NOTA FAHAM SOLAT
wwwww.facebook.com/fahamsolat
:
Whatsapp | Telegram
016 - 847 2303
(Ustaz Norudin Draman)
:
Facebook | instagram
@fahamsolat
#fahamsolat


[Repost] Kaki Kiri Saya Patah Dalam Perjalanan Pergi Mengaji Muqaddam Di Rumah Arwah Atuk


[Repost] Kaki Kiri Saya Patah Dalam Perjalanan Pergi Mengaji Muqaddam Di Rumah Arwah Atuk




(Saya bersama ayah dan adik lelaki dalam Masjid Muhammad Jamalul Alam di pekan Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Foto pada 25 ‎Disember ‎2014, jam ‏‎14:38:14)

Lihat kaki kiri saya dalam foto di atas. Nampak kaki kiri saya ada sikit 'kelainan'? Kaki kiri saya jadi begini kerana kemalangan jalan raya pada bulan Disember tahun 1987. Ketika itu saya berusia tujuh tahun. Saya lupa tarikh sebenar kemalangan itu, tetapi Insya Allah ayah saya ingat tarikh itu. Hendak saya bertanya kepada ayah atau ibu tarikh itu untuk ditulis dalam post ini, rasa tidak sampai hati pula saya, bimbang mereka risau atau berfikir yang bukan-bukan.

Saya dirawat di Hospital Umum Kuching Sarawak, selama hampir dua bulan. Ayah ambil cuti tanpa gaji masa itu untuk menjaga saya. Ibu pula baru habis pantang selepas kelahiran adik lelaki saya yang dalam gambar di atas. Seingat saya, kemalangan itu berlaku satu bulan selepas ibu melahirkan adik lelaki saya itu. Adik lelaki saya lahir pada 17 November 1987.

Patah Kaki Ketika Pergi Mengaji Al-Quran




(Saya pada tahun 1988. Di lapangan terbang Kuching)



Nenek saya dan arwah datuk saya adalah guru mengaji Al-Quran pertama saya. (Nenek dan datuk sebelah mak - ibu dan bapa kepada ibu saya). Mereka berdua juga adalah guru mengaji pertama ibu dan adik-beradik ibu. Nenek dan arwah datuk mengajar mengaji di rumah mereka. Pada tahun 1987, saya dan keluarga saya tinggal agak jauh dari rumah arwah datuk tetapi masih dalam satu kawasan perumahan yang sama. Cuma perlu melintasi sebatang jalan dua lorong dua hala antara rumah orang tua saya dan rumah arwah datuk (yang sekarang ini didiami nenek bersama adik bongsu ibu saya).

Waktu menyeberangi jalan itulah, saya dilanggar oleh sebuah lori pick-up yang membawa tong minyak hitam. Sungguh, satu detik dari memori itu tidak ada dalam ingatan saya. Semuanya hitam. Apa yang saya ingat ialah ketika saya sedar, hidung saya sudah dimasukkan hos getah dan dalam hos getah itu saya nampak makanan yang saya tahu itu adalah makanan dari perut saya yang saya makan sebelum kemalangan itu tadi. Tujuan dibuat begitu ialah supaya perut saya kosong untuk saya boleh dibius dan dibedah.

Lelaki Cina Yang Melanggar Saya Itu Lari

Pada masa kemalangan terjadi, saya bersama tiga orang sahabat zaman kanak-kanak saya. Dari apa yang mereka ceritakan, sebaik saya 'terlanggar', lelaki Cina yang memandu lori pick-up itu tadi terus melarikan diri bersama lorinya.

Rupa-rupanya, dia lari dan menyerah diri di balai polis berhampiran. Setelah dewasa baharu saya faham akan langkah ini. Untuk keselamatan, jika berlaku kemalangan seeloknya segera pergi ke balai polis berhampiran. Kemungkinan kita dicederakan oleh orang ramai sangat tinggi jika menunggu di tempat kejadian. Jangan pula langgar lari dan menghilangkan diri.

Alhamdulillah. Lelaki Cina itu sangat baik hati dan bertanggungjawab. Dia menanggung segala kos rawatan saya. Paling besar ialah kos penerbangan, kerana dia perlu membeli empat tempat duduk kapal terbang hanya untuk saya seorang. Sehingga setahun selepas kemalangan, dia selalu menziarahi saya dengan memberi wang dan buah tangan setiap kali dia datang melawat.

Kemudian kami terputus hubungan sehingga kini. Namun, saya selalu mendoakan lelaki Cina itu yang melanggar saya dahulu. Saya berdoa semoga dia mendapat hidayah sebelum kembali kepada Allah. Allahumma, Amin Amin Amin. Amin Ya Rabb al-Alamin.





(Ibu dan ayah saya ketika datang ke Brunei dan bercuti bersama saya. Alhamdulilah, itulah kereta yang Allah rezekikan sebagai kenderaan saya ketika di Brunei)


Kemalangan Ini Antara Kekuatan Saya Dalam Dakwah Belajar dan Mengajar Al-Quran

Alhamdulillah. Saya bersyukur untuk semuanya. Bersyukur dengan sedikit kelainan dan keistimewaan yang Allah beri kepada fizikal saya. Namun, Allah tetap merezekikan saya untuk mudah bergerak dan beraktiviti. Saya boleh menunggang basikal, menunggang motorsikal dan memandu kereta.

Sejujurnya, kemalangan pada tahun 1987 itulah yang memaut hati saya kepada dunia belajar dan mengajar Al-Quran. Ia sesuatu yang sangat 'sentimental' sekali. Sukar untuk saya luahkan dalam bentuk perkataan. Bagi ibu saya juga begitu. Ibu selalu kaitkan Al-Quran dan kemalangan yang mengubah sedikit keadaan fizikal saya pada kaki sebelah kiri.

16 tahun pengalaman saya mengajar Al-Quran sejak tahun 1999. Insya Allah, di Facebook 'Pendidikan Al-Quran Kanak-kanak' (www.facebook.com/pandaimuqaddam) saya berkongsi ilmu, maklumat, tip, panduan dan pengalaman. Khususnya untuk para ibu menjadi guru pertama kepada anak. Guru pertama yang mengajar tentang Islam dan Al-Quran di rumah bermula sejak anak berusia satu (1) hari.

Norudin Draman UstazCahaya
www.ustazcahaya.blogspot.my

Facebook Page:
Dari Blog UstazCahaya
www.ustazcahaya.my

Rangkaian Media Sosial:

Facebook | Instagram | Twitter
@ustazcahaya
#ustazcahaya

Whatsapp | Telegram
016-8472303

Email:
ustazcahaya@gmail.com

26/09/2017

Tuhan Mahu Apa? (Puisi)


Tuhan Mahu Apa?
(Puisi)




Judul 'Tuhan Mahu Apa?' saya simpan sejak awal hijrah saya ke Sandakan, Sabah. Insya Allah, mahu dijadikan buku umum. Semasa membuat rujukan di perpustakaan pada hari Isnin tanggal 20 Mac 2017, spontan saya menulis puisi 'Tuhan Mahu Apa? ini ketika memerhati barisan pohon kelapa yang saya nampak melalui jendela dekat tempat saya duduk ketika itu.


Tuhan Mahu Apa?

Barisan pohon kelapa
berderetan di luar jendela
menangkap pandangan mata
menghidupkan pancaindera

Dipaut pandangan mata
kepada barisan pohon kelapa
di luar jendela
otak mencerna satu tanya
tentang 'Tuhan Mahu Apa?'

Tuhan Mahu Apa
untuk terciptanya 
pohon kelapa
yang diakui semua
banyak berguna

Begitu banyaknya guna
sebatang pohon kelapa
dan manfaat semuanya
adalah kepada manusia

Barisan pohon kelapa
di luar jendela
yang dipandang mata
membawa seluruh pancaindera
bersama segenap jiwa raga
jujur mencerna satu tanya
tentang 'Tuhan Mahu Apa?'
untuk terciptanya manusia
yang diberi sepasang mata
bersama pancaindera 
dan jiwa raga
yang pandangan matanya
memandang barisan pohon kelapa
di luar jendela.

(C) Hak Cipta Terpelihara
Norudin Draman UstazCahaya
Isnin, 20 Mac 2017
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Sandakan.



Selalulah bertanya diri, 'Tuhan Mahu Apa' dengan diberi-NYA kita hidup di dunia ini? Dalam kehidupan kita pula, sudah Tuhan suratkan dengan yang paling layak dan sesuai untuk kita. Tinggal lagi, bagaimana kita melaluinya. (Al-Baqarah: 286)