Malam ini saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana saya merancang permulaan sebuah blog baru. Tips yang mudah dan senang diingati Insya Allah, kerana ia menggunakan kata kunci BLOG itu sendiri. Rujuk perenggan paling atas yang dihighlight itu.
Jum, kita bincangkan satu persatu...
B- Baju blog.
Apa yang saya maksudkan sebagai baju blog di sini ialah template blog yang hendak dibina. Inilah perkara pertama yang perlu dipilih untuk blog baru kita. Oleh kerana post ini bukan untuk membincangkan tentang template, jadi saya cuma boleh mengatakan jangan skip langkah ini jika kita memulakan blog baru. Lebih-lebih lagi jika kita hendak membina blog yang dihost sendiri terutama dengan script Wordpress.
Jika kita mulakan dulu blog kita, kemudian nak pilih template, bukan tidak boleh tetapi akan banyak gangguan nanti. Jadi sewajarnya, pilih dulu baju yang tetap untuk blog itu sebelum mula menambah pelbagai ciri yang lain. Jika kita guna blogger dotcom, bukankah lepas kita buat satu blog kita akan diminta pilih template dahulu.
Untuk
Jurnal Online UstazCahaya ini saya gunakan template yang disediakan dalam dashboard sahaja. Kemudian tambah-tambah perhiasan dan godek-godek html serta ubah-ubah font dan warna. Untuk lebih mem'peribadi'kan blog ini, saya sediakan template khas untuk bahagian post.
Insya Allah, di lain kesempatan kita bincang hal template ini lebih lanjut ya.
L- Lay-out figure.
Lay-out figure adalah patung contoh tubuh manusia yang dibuat daripada kayu yang disambung-sambung yang digunakan oleh pelukis. Walaupun setiap pelukis ada 'stroke' sendiri, tapi jika melukis manusia dan haiwan, mereka masih berpandukan kepada asas anatomi tubuh. Salah satu panduan mereka ialah lay-out figure ini. Contohnya, untuk komik; bagi watak hero ukuran tinggi tubuhnya ialah enam kali ukuran kepala.
Di bawah ini adalah contoh lay figure.
Begitu juga kita sebagai blogger. Semasa merancang sebuah blog baru, sekurang-kurangnya kita ada model dan contoh. Panduan asas ini penting walaupun setiap blogger ada gaya tersendiri. Contohnya jika anda ingin membuat kedai blog, setidak-tidaknya anda tahu bagaimana ciri sebuah kedai blog. Ini juga berkait rapat dengan perkara pertama di atas tadi.
Contohnya saya ingin membuat blog tentang cinta, sekurang-kurangnya saya perlu tahu asas dan ciri blog dengan tema cinta. Saya perlu tengok-tengok blog lain yang menggunakan tema cinta. Tentulah blog dengan tema cinta tidak sesuai dengan 'rupa dan gaya' blog
Jurnal Online UstazCahaya ini yang agak peribadi, serius, akademik dan skema.
Untuk blog dengan niche cinta mungkin saya perlukan baju blog yang ada bunga-bunga ke. Perlukan ciri-ciri yang lebih jiwang. Perlukan bahasa yang indah-indah dan menangkap jiwa pencinta.
Pendek kata, kita perlu ada model dan panduan untuk memulakan blog. Model kita perlu sesuai dengan niche kita.
O- Objektif.
Kita perlu ada matlamat untuk blog yang hendak dibina dan dimulakan itu. Matlamat ini menentukan perjalanan kita seterusnya. Mungkin saya tidak perlu bercerita tentang peri pentingnya matlamat kerana ia diketahui oleh hampir semua orang.
Kita perlu tahu blog kita itu untuk apa? Hendak membincangkan tentang apa? Hendak dipromosikan kepada siapa? Kita hendak perjuangkan apa? Kita buat blog itu untuk faedah apa?
Sekalipun kita buat blog peribadi dan untuk suka suki sahaja, matlamat tetap ada dan tetap perlu. Mungkinkah matlamat blog peribadi kita itu untuk kita melepaskan tension, untuk kita berehat, untuk kita berkawan dengan blogger lain dan macam-macam lagi.
Lagipun, sebagai seorang muslim, hidup kita ini sangat singkat untuk kita persia-siakan dengan perbuatan yang tidak ada matlamat. Hidup tanpa matlamat selalunya kurang selamat dan tidak berkat. Di dunia rugi apatah lagi akhirat. Jadi samalah kita beringat wahai sahabat, jika hendak berbuat sesuatu perlulah dengan ada matlamat. =)
Hidup tanpa matlamat selalunya kurang selamat dan tidak berkat.
Di dunia rugi apatah lagi akhirat.
Jadi samalah kita beringat wahai sahabat,
jika hendak berbuat sesuatu perlulah dengan ada matlamat.
G- General Setting.
Last but not least (hehe prosa ini membuat saya tersenyum..), jika kita hendak memulakan blog baru perkara pertama yang perlu ditetapkan ialah General Setting blog kita. General setting sebuah blog merangkumi URL, diskripsi/ tagline, zon waktu, email rasmi blog itu, tetapan untuk komen moderation, tetapan untuk anti spam dan lain sebagainya tetapan asas dan penting sebuah blog.
Lagi, perkara-perkara berkaitan MyBlogLog, Feedburner akaun, akaun auto-responder, akaun YouTube dan lain-lain juga adalah termasuk dalam hal General Setting ini.
Perlu diingatkan bahawa General Setting ini adalah perkara pertama yang perlu ditetapkan dalam dashboard blog baru kita.
Alhamdulillah, itulah sekadar sedikit perkongsian kita malam ini. Harap saudara yang membaca ini tidak keberatan untuk menambah apa yang kurang. Juga, jika saudara merasakan perkongsian ini juga perlu diketahui oleh pembaca blog anda, silalah kongsikan ia. Dengan syarat perlu ada link balik ya;-)
Pernyataan Hak Cipta bagi Konsep B.L.O.G.:
'Konsep B.L.O.G. untuk Merancang Permulaan Sebuah Blog Baru' dicetuskan oleh Norudin Draman a.k.a. UstazCahaya.
Penggunaan dan perbincangan Konsep B.L.O.G. adalah dibenarkan tanpa perlu mendapat izin dengan syarat tanpa tujuan komersial. Bagaimanapun, adalah wajar memaklumkan Hak Cipta konsep ini dalam penggunaan dan perbincangan tersebut.
Penggunaan dengan tujuan komersial perlu mendapat izin bertulis daripada Norudin Draman a.k.a. UstazCahaya. Sebarang penggunaan dengan tujuan komersial yang tidak mendapatkan izin terlebih dahulu, pemilik hak cipta akan mendapatkan nasihat undang-undang daripada pihak yang pakar dan berkenaan bagi tindakan yang sewajarnya.
Semoga konsep ini ada manfaat untuk para blogger.
Terima kasih.
PS: Apapun segalanya adalah milik Allah dan kembali kepada Allah SWT.