15/08/2010

Saya Sudah Berkepala 3 (Aku Terima Hidupku)


Saya Sudah Berkepala 3
(Aku Terima Hidupku)




16 Ogos 1980 adalah hari raya keempat bersamaan 4 Syawal 1400 Hijrah. Pada hari itu, 30 tahun yang lalu.. lahir sekian ramai bayi di seluruh dunia ini.. salah seorang bayi itu adalah saya. Itulah sebabnya mengapa keluarga dan teman-teman rapat memanggil saya dengan nama Edell. (Aidil Fitri adalah nama yang nyaris diberi kepada saya oleh arwah datuk saya. Bila sudah dewasa, saya terfikir; nama Norudin Aidil Fitri pun sedap juga;p).


16 Ogos 2010: Hari ini 6 Ramadan 1431; saya genap berusia 30 tahun. Sudah berkepala 3 (seperti kata Khairul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih). 30 tahun sudah hidup; lagi 30 tahun ke umur 60. Buat masa terdekat, saya tidak berfikir banyak; saya hanya berfikir tentang tiga tahun lagi, iaitu pada umur saya 33. Satu angka yang unik dan menarik-33. Ada apa dengan 33? ;-)


16 Ogos 2013: (Dijangkakan) bersamaan 8 Syawal 1434. Saya berdoa semoga saya masih bernafas dan masih boleh menaip satu post pada tarikh ini kelak. Juga, saya berdoa, semoga anda yang membaca ini, juga masih membaca post yang ditulis pada tarikh ini tiga tahun lagi. Amin ya Rabb Al-alamin.

Untuk segala yang sudah saya lalui dan bakal saya lalui, Alhamdulillah.. syukur Allah;-)




Slank – Kuil Cinta





cinta itu suci, itu putih, itu tinggi
cinta itu murni, itu bersih, itu tinggi
cinta itu suci, itu putih, itu tinggi
cinta itu murni, itu bersih, itu tinggi

kuil cinta menebar kebahagiaan
kuil cinta menebar perdamaian

cinta itu benih, itu jernih, itu tinggi

cinta itu air, itu bening, itu tinggi
cinta itu cantik, itu wangi, itu tinggi

kuil cinta membasuh penyegaran
kuil cinta menyuluh kebenaran

cinta itu api, yang alami, yang tertinggi
cinta itu hati, itu kasih, itu tinggi,
cinta itu api, itu sakit, itu tinggi
cinta itu pasti, yang abadi, yang tertinggi



14 ulasan:

  1. selamat hari lahir Ustaz. Semoga pjg umur dan urah rezeki.

    BalasPadam
  2. salam ustaz..
    tahniah..selamat hari lahir-30
    satu usia yang matang..semoga
    anda selalu di rahmati Allah
    dalam segala perbuatan yang baik
    demi bangsa dan tanah air..

    BalasPadam
  3. salam ramadhan ustaz..selamat ahri lahir ke 30..semoga ustaz kan terus berkarya dgn karya2 yg hebat dan ilmiah

    BalasPadam
  4. Salam...

    Moga Allah anugerahkan kitak umur yang berkat..

    BalasPadam
  5. Salam...
    Selamat menyambut 30 dgn ceria!

    BalasPadam
  6. Salam ustaz din..
    selamat hari tua!!..memetik kata2 seorang kawan setiap kali mengucap ulang tahun hari lahir kepada teman2nya;)

    PS: saya ingatkan apa la yang kepala tiga tu..kehekehke

    BalasPadam
  7. transformed housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Amin amin amin. Saya juga mendoakan yang sama buat akak.

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam
  8. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Amin ya rabb al-Alamin. Saya juga mendoakan yang sama untuk abang dan keluarga.

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam
  9. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Salam Ramadan buat kamu juga. Terima kasih kerana mendoakan dan memberi sokongan. Saya mendoakan yang sama untuk Sahrom, Amin.

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam
  10. Abd Razak:

    Salam Bang Razak.

    Amin. Saya juga mendoakan kitak.

    * Sabda Rasulullah SAW, dari Jabir RA:

    "Sebaik-baik kamu adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya" (Riwayat Hakim).

    Semoga kita semua termasuk golongan itu, amin.

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam
  11. Ari:

    Salam Mbah.

    Saya juga ceria dan teruja menyambut 30 ini deh;-)

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam
  12. Afida Anuar:

    Salam Afida.

    Saya juga suka ungkapan itu, walaupun saya selalu merasa masih muda;p hehe.

    Hehe, itu kata Khairul Azzam dalam KCB;-)

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam
  13. Salam Ustaz. Dah lama tak menyinggah sini.Selamat Ulangtahun & welcome to the 30s club. ;D Wink!

    BalasPadam
  14. Hanz:

    Salam Kak Hanz.

    Saya pun lama juga tak update blog ni. Hehe, dah masuk 30. Muda lagi;-)

    Terima kasih kak Hanz;-)

    BalasPadam