Patah Kaki Sewaktu Pergi Mengaji


Patah Kaki Sewaktu Pergi Mengaji



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Nama saya Norudin bin Draman. Lahir pada 16 Ogos 1980 bersamaan 4  Syawal 1400 Hijrah.

Saya lahir di sebuah daerah yang pada masa itu kecil. Daerah Bintulu dalam negeri Sarawak, Malaysia. Kini, daerah Bintulu merupakan sebuah bandar perindustrian yang pesat.

Saya merupakan anak sulung kepada ibu dan ayah saya. Dua insan paling istimewa dan berharga dalam hidup saya dunia akhirat hingga syurga, Insya Allah. Allahumma amin. Amin ya Rabb al-Alamin.

Saya mula guna nama pena UstazCahaya pada tahun 2006. Ketika itu saya baru mengenali alam blog (istilah ITnya blogosphere - saya panggil 'blogogsfera').

Norudin Draman : Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran

Blog 'Didik Anak Pintar Dengan Al-Quran'

Grup Whatsapp 'Dah Baca Quran Belum?'
Taip |Dah Baca Quran Belum?| ke nombor +6737208462

Facebook Peribadi:

Whatsapp/ Telegram:
+6737208462

Email:
ustazcahaya@gmail.com

Instagram:

Twitter

Youtube


Salam Blogosfera dari saya....

Norudin Draman UstazCahaya
www.ustazcahaya.com


1. Patah Kaki Ketika Pergi Mengaji

Waktu menyeberangi jalan itulah, saya dilanggar oleh sebuah lori pick-up yang membawa tong minyak hitam. Sungguh, satu detik dari memori itu tidak ada dalam ingatan saya. Semuanya hitam. Apa yang saya ingat ialah ketika saya sedar, hidung saya sudah dimasukkan hos getah dan dalam hos getah itu saya nampak makanan yang saya tahu itu adalah makanan dari perut saya yang saya makan sebelum kemalangan itu tadi. Tujuan dibuat begitu ialah supaya perut saya kosong untuk saya boleh dibius dan dibedah.

KLIK SINI untuk baca lanjut kisah kemalangan yang menyebabkan kaki kiri Norudin Draman UstazCahaya patah dan bengkok sehingga hari ini.

2. Pendidikan

Saya kira zaman kanak-kanak saya tamat pada tahun 1993, selepas saya habis darjah enam di Sekolah Rendah Orang Kaya Mohammad. Sekolah rendah tempat yang sama mak dan ayah saya bersekolah rendah dan merupakan sekolah Inggeris Melayu pertama dibuka penjajah di  Bintulu, Sarawak. Alhamdulillah, zaman kanak-kanak saya berakhir dengan mendapat keputusan 3A 1B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Keputusan itu melayakkan saya menerima biasiswa Petronas sehingga saya Tingkatan Tiga.

KLIK SINI untuk baca lanjut tentang latar pendidikan Norudin Draman UstazCahaya.

3. Pengalaman menulis blog dan buku

Saya menulis di www.ustazcahaya.com bermula pada tahun 2009. Alhamdulillah, post-post di blog yang saya namakan 'Jurnal Online UstazCahaya' ini pernah saya olah menjadi sebuah buku. Syukur Alhamdulillah, buku itu terbit di bawah anak syarikat Karangkraf pada tahun 2010; dengan judul 'Reformat Hatimu Dalam 354 Hari' (sempena Ramadan tahun 2010). 

KLIK SINI untuk baca lanjut tentang pengalaman Norudin Draman UstazCahaya menulis buku dan blog.

4. Pengalaman kerja

(Sambung kisah saya kerja di stesen Shell tadi) 

Lepas bulan kedua saya kerja sebagai 'pam minyak', saya dapat kerja sebagai guru Al-Quran di sebuah sekolah agama rakyat. Sekolah agama rakyat satu-satunya di Bintulu waktu itu, iaitu Madrasah Al-Islamiyyah Darul Ulum (MADU). Jadi guru di MADU automatik jadi guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Seakan-akan MOU yang tidak bertulis untuk menambah gaji guru MADU dijadikan guru KAFA di Sk Orang Kaya Mohammad Bintulu.

KLIK SINI untuk baca lanjut tentang pengalaman kerja Norudin Draman UstazCahaya.

5. Pengalaman bisnes

Alhamdulillah. Saya minat bisnes sejak saya kanak-kanak lagi. Minat ini berkembang kerana ibu  saya sendiri adalah peniaga kuih muih dari rumah. Ibu buat kuih dan penjual ambil dari rumah kami. Penjual yang jual dengan ambil komisyen. Sejak kanak-kanak saya bantu ibu dan ayah dalam bisnes kuih mereka. Sebenarnya ayah juga dikira sebagai pembantu dalam bisnes ibu sama seperti saya. Ayah saya merupakan kakitangan rendah dalam kerajaan. Kemudian sejak saya tingkatan satu, saya selit bisnes sendiri dalam bisnes mak. Saya buat sosej goreng dan roti sosej.

KLIK SINI untuk baca lanjut tentang pengalaman bisnes Norudin Draman UstazCahaya.

6. Minat, kemahiran dan kepakaran

Ditanya tentang kemahiran dan kepakaran, saya malu-malu dan serba salah untuk memberi jawapan. Hehe. Sebab saya belum mahir dan belum pakar. Namun, jika ditanya tentang minat, Insya Allah saya boleh jawab dengan jujur dan lancar.

KLIK SINI untuk baca lanjut tentang minat, kemahiran dan kepakaran Norudin Draman UstazCahaya.

7. Buku yang suka dibaca

Saya suka membaca buku genre motivasi, pemasaran, pendidikan dan novel. Sehingga kini, berikut adalah sebahagian dari senarai buku yang kerap saya baca ulang:
KLIK SINI untuk baca lanjut tentang buku yang suka dibaca oleh Norudin Draman UstazCahaya.


8. Tentang blog 'Jurnal Online UstazCahaya'

Blog 'Jurnal Online UstazCahaya' ini saya daftar sejak tahun 2007 tetapi mula ditulis sejak Mei 2009. Insya Allah dalam blog ini saya menulis sebagai seorang guru, penulis dan usawahan.

KLIK SINI untuk baca lanjut tentang blog 'Jurnal Online UstazCahaya' ini.


9. Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)

Saya adalah seorang daripada keluarga besar ABDR (^_^)y

Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) adalah sebuah komuniti besar dan berwibawa dalam bidang berkaitan bisnes, kerja dari rumah, blog dan penerbitan ebook. ABDR kini merupakan jamaah bisnes online yang kini mempunyai lebih 1000 ahli yang terdiri daripada usahawan, penulis buku dan blogger. ABDR diasaskan oleh kolumnis majalah Mingguan Wanita iaitu Puan Masayu Ahmad; yang juga merupakan mentor yang membimbing saya pada tahun sejak tahun 2009 dalam bidang penulisan dan bisnes online.

KLIK SINI untuk baca lanjut tentang penglibatan Norudin Draman UstazCahaya dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR).

Baik-baik menimba perahu,
supaya jangan banyak airnya;
Hamba menulis berkongsi ilmu,
semoga berpanjangan kebaikannya.

Baik-baik menebang jati,
biar serpih jangan tumbang;
Hamba biasa bukanlah Nabi,
tentu hamba bersalah berkurang.

Biarlah orang bertanam buluh,
hamba suka bertanam padi;
Biarlah orang bertanam musuh,
semoga hamba bertanam budi.




Salam Perkenalan
dan Salam Blogosfera dari saya,

Norudin Draman UstazCahaya
www.ustazcahaya.com

1 ulasan:

  1. Their attentiveness to realtors as well as their clients was not like I have experienced before within my 6. canadian mortgage calculator If you're comfortable while using the formula to calculate the present valuation on an annuity, this will be the rate you may use, and the number of months inside amortization (300 for twenty five years, 240 for 20 years, etc. mortgage calculator

    BalasPadam