(Video pertama saya untuk Kelas Al-Quran Interaktif di grup Facebook '
Tolong Semak Bacaan Saya')
Di atas adalah rakaman bacaan Quran saya. Surah Al-Baqarah: Ayat 286).Ayat yang setiap hari saya baca pagi, petang, siang dan malam. Lebih banyak dibaca buat memujuk diri ketika menghadapi kesulitan dan kesedihan.
Video pertama saya untuk Kelas Al-Quran Interaktif di grup Facebook 'Tolong Semak Bacaan Saya'.
Hilang Lagi..?
Post terakhir yang saya tulis di blog ini ialah pada hari Rabu, 10 Oktober, 2012. Lebih sebulan yang lalu. Ada idea dan rangka untuk menulis post khas Eidul Adha yang baru berlalu, namun tidak juga. Saya sendiri risau, apakah saya akan mengulangi kesilapan lalu iaitu culas menulis di blog utama saya ini. Na'uzubillah. Semoga Allah mengampuni saya dan melindungi saya daripada mengulangi kesilapan yang sama ulang berulang.
Alhamdulillah, saya tidak hilang ke mana dan saya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu. Dalam tempoh sebulan yang lalu, banyak perkara yang tertangguh yang perlu di selesaikan. Kerja-kerja sekolah yang menuntut disiapkan secepatnya. Kembali semula ke dunia keusahawanan internet juga memerlukan masa dan perhatian. Berbahagilah diri saya yang satu dengan 24 jam sehari anugerah Allah (SWT) untuk kerja-kerja di sekolah sebagai seorang guru dengan usaha-usaha untuk bangkit kembali sebagai seorang usahawan.
Dalam pada itu, sebuah lagi usaha yang saya pernah mulakan lebih setahun yang lalu, menyeru-nyeru hati dan akal saya. Saya menjadi takut untuk menjadi orang yang tidak bertanggungjawab terhadap apa yang saya mulakan atau pernah lakukan. Usaha yang satu itu ialah KIDFA Quran Centre yang saya mulakan bersama ketika memulakan The KAF-FA Band.
(Surat sokongan kepada 'KIDFA Quran Centre' dari YB Datuk Haji Talib Zulpilip, Menteri Muda Pelancongan Sarawak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N 58 Jepak)
Kait-mengait
Alhamdulillah. Rahmat Allah jua semuanya. Usaha-usaha tertangguh itu dapat dikaitkan satu sama lain. Lalu inilah hasilnya..:
1. Kelas Al-Quran Interaktif di grup Facebook 'Tolong Semak Bacaan Saya'. Di grup ini, kita boleh post rakaman bacaan Al-Quran kita untuk disemak oleh ahli yang lain.
2. Kedai Quran. Hidayah Q-Shop. Insya-Allah, sebuah kedai Facebook yang menyediakan keperluan kita berkaitan Al-Quran.
Salam Maal Hijrah Dari Rangkaian UstazCahaya
~" Semoga pada hari-hari mendatang ini, kita lebih mendekati Al-Quran "~
~" '
Tolong Semak Bacaan Saya'. Sebuah usaha berpengkalan di Facebook untuk menjadikan setiap hari dalam tahun mendatang ini, kita lebih dekat dengan Al-Quran "~
~"
Kedai Quran. Hidayah Q-Shop. Insya-Allah, sebuah kedai Facebook yang menyediakan keperluan kita berkaitan Al-Quran. Sebuah kedai berpengkalan di Facebook yang berusaha menyediakan keperluan untuk menjadikan setiap hari dalam tahun mendatang ini, kita lebih dekat dengan Al-Quran "
~"
The KAF-FA Band. Dakwah Muzik dalam usaha semoga hari-hari mendatang dalam tahun ini, kita menjadi lebih dekat dengan Al-Quran "~
Akhir kata untuk kali ini, Salam Maal Hijrah 1434. Dengan limpahan tulus doa, semoga hari-hari mendatang dalam tahun ini, kita menjadi lebih dekat dengan Al-Quran. Amin Ya Rabb al-Alamin.
Keusahawanan internet,satu ilmu yg harus saya ceburi...tunjuk ajar ku sifu hehehe
BalasPadam