15/02/2010

TUTORIAL BLOG: Cara Bagaimana Untuk Membuat Page dan Contact Form Di Blogspot (Siri 1)


TUTORIAL BLOG:
Cara Bagaimana Untuk Membuat
Page dan Contact Form Di Blogspot (Siri 1)





Anda tahu tagline PISS?
Pastikan Ia Sentiasa Senang - PISS.

Sebagai seorang blogger, inilah kunci yang perlu kita selalu ambil berat terhadap blog kita dan aktiviti blogging kita.
Bagaimana blog anda, adakah ia senang diingati (nama dan alamatnya)?

Apakah ia senang dimuat naik ketika pelawat ingin membukanya?

Adakah penulisan di blog anda senang difahami dan menyenangkan hati pembaca anda?

Sekiranya pembaca ada sesuatu yang hendak dikatakan kepada anda, apakah di blog anda mereka mudah untuk mengatakannya?

Soalan yang terakhir di atas adalah perkara yang akan kita bincangkan dalam post bersiri ini. Dalam post bersiri ini, saya menyediakan sebuah tutorial untuk membuat borang dan halaman HUBUNGI SAYA di blog. Borang dan halaman ini, menjadikan blog anda mudah bagi pelawat menyampaikan sesuatu atau bertanyakan sesuatu kepada anda.
Apakah yang diperlukan untuk memudahkan pembaca blog berinteraksi dengan blogger?
Ada empat cara untuk pelawat blog anda berinteraksi dengan anda, iaitu;

1. Melalui ruangan komen.
2. Melalui kotak sembang di sidebar blog.
3. Melalui laman sosial Facebook (tambahkan badge FB di sidebar blog).
4. Melalui email.
Adakah blog anda sudah mempunyai keempat-empat item di atas? Jika belum, sila sediakannya. Cuma, saya suka berpesan; untuk kotak sembang jangan gunakan kotak sembang dari Cbox.com. Mengapa jangan Cbox? Jawapannya ialah, semasa pembaca hendak menggunakan kotak sembang cbox, kerap dipaparkan iklan tidak sopan dan berbaur lucah. Insya Allah, pada masa akan datang saya akan menulis tentang ini. Juga, saya akan membuat tutorial item 1, 2 dan 3 di atas.

Cuma, saya suka berpesan; untuk kotak sembang jangan gunakan kotak sembang dari Cbox.com. Mengapa jangan Cbox? Jawapannya ialah, semasa pembaca hendak menggunakan kotak sembang cbox, kerap dipaparkan iklan tidak sopan dan berbaur lucah.

Dalam tutorial bersiri ini, Insya Allah, kita akan membincangkan perkara ke-4 di atas. Iaitu kemudahan untuk pembaca menghubungi anda melalui email anda. Selain menyiarkan alamat email anda di blog anda, menyediakan borang HUBUNGI di blog anda adalah lebih baik dan praktikal. I

ni kerana, dengan adanya kemudahan ini di blog anda, pembaca hanya perlu menggunakan borang ini untuk berinteraksi dengan anda. Ini juga boleh menambahkan 'durasi' (masa mereka berada di blog anda) lebih lama. Berbanding jika anda hanya meletakkan alamat email anda, mereka terpaksa membuka email mereka dan membuat email untuk dihantar kepada anda.

EMPAT LANGKAH MENYEDIAKAN HALAMAN dan BORANG HUBUNGI DI BLOG

Empat langkah sahaja, iaitu;

1. Mendaftar di Response-O-Matic

2. Membuat borang HUBUNGI di laman web Response-O-Matic.com.

3. Tambah page [HUBUNGI SAYA] di blog anda.

4. Ujicuba halaman dan borang tersebut.
Dengan adanya halaman dan borang HUBUNGI ini, pembaca hanya perlu mengisi borang ini di blog anda, dan mesej pembaca itu akan dihantar terus ke alamat email yang sudah anda tetapkan. Ini menjadikan blog anda lebih interaktif dan menyenangkan pembaca. Disamping itu, halaman dan borang hubungi ini boleh meningkatkan wibawa blog anda.

Sekian dulu untuk kali ni. Doakan agar saya direzekikan Allah (SWT) untuk dapat terus menyediakan tutorial demi tutorial di blog ini. Semoga ada manfaatnya bagi kita bersama. Sesungguhnya, tetap Allah Yang Maha Kaya dan Maha Bijaksana.


PS: Hari ini kerana masih bercuti, saya tuliskan mukaddimah sahaja dulu ya. Saudara juga ingin bercuti, tentunya tidak mahu belajar hari ini kan;-)

Insya Allah, bahagian seterusnya akan saya siarkan pada hari-hari mendatang.
PS1: Jika anda tidak mahu menunggu siri seterusnya, anda boleh teruskan sendiri proses membuat borang dan halaman HUBUNGI SAYA di blog anda berdasarkan 4 langkah yang diberikan di atas.

PS2: Dalam post ini, sekali lagi saya mencuba template post yang baru. Bagaimana, ok tidak template post yang ini?