30/07/2010

Buku Sulung UstazCahaya Di Pasaran Ramadan Ini


Buku Sulung UstazCahaya Di Pasaran Ramadan Ini


Alhamdulillah;-)
Hari Jumaat adalah hari kesukaan saya dan hari Jumaat hari ini adalah antara hari yang membahagiakan. Alhamdulillah, buku sulung saya akan berada di pasaran Ramadan ini.. Insya Allah. Mohon doakan segalanya lancar dan ia mendapat sambutan. Perkembangan selanjutnya akan disiarkan di blog ini dari semasa ke semasa. Di bawah adalah cover dan sinopsis buku sulung saya. (Wah buku sulung ni, sampai tak lalu makan dibuatnya;p)

Lagu instrumental Surrender dari Andra and The Backbone ini mungkin boleh menggambarkan mood saya sekarang. (Dengar sambil pejam mata, hehe ;p)




Ini saja yang sempat saya coretkan malam ini. Insya Allah, blog ini akan bersiaran seperti biasa pada bulan Ramadan ini.

PS: Kepada Kak Niza, dan Kak Hajah Ummie, saya akan hubungi kalian dalam masa terdekat.

PSS: Pertandingan yang tertangguh dulu juga akan dijalankan pada bulan Ramadan ini.





Nama Penulis: Norudin Draman
Judul Buku: Reformat Hatimu Dalam 354 Hari
ISBN: 978-967-5711-12-1
Harga Semenanjung: RM18
Harga Sabah & Sarawak: RM21

Editor : Siti Zarinah Bt Husain (siti .zarinah@karangkraf.com.my)
Pengarah Seni : Nor Azam Syah Bin Razmi (azam.syah@karangkraf.com.my)
Pereka Kreati f : Tengku Safrina Bt. Tengku Noorazland (tengku.safrina@karangkraf.com.my)
Ketua Unit Foto : Jasmi Baba

Penerbit:
OASIS BOOKS SDN. BHD. (34682-M)
Tingkat 1, Lot No. 7, Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55106636 Faks : 03-55106637

Sinopsis:

Dalam kehidupan kita setiap hari, kita banyak berurusan dengan hati. Baik atau buruk manusia ditentukan oleh hatinya.

Antara perkara penting yang dibincangkan dalam buku ini ialah:-

Ada apa dengan hati?
Bagaimana mahu melakukan servis dan pemulihan hati?
Mencari rahsia kunci kebaikan hati.
Bagaimana mahu menjadi baik hati sehingga mati?
Apakah harus dilakukan jika hati menjadi sedih?
Bagaimana mahu mengelakkan diri menjadi ‘raja hati’?

Sebenarnya, semua yang sudah kita bicarakan di atas adalah
H – Harapan
A – Agama (akidah)
T – Takwa
I – Ilmu

... itulah hati.


28 ulasan:

  1. salam ustaz..selamat kembali..kemana ustaz menghilang?

    BalasPadam
  2. SAlam ustaz..akhirnya kembali dengan buku sulung... tahniahhh ustaz.. pasal ni rupanya dia menyepi..hehe...insyaAllah nanti saya cari buku sulung ustaz ni di MPH ya...

    tahniah sekali lagi!

    BalasPadam
  3. Salam...
    TAHNIAH!!!!

    Kak e nak satu boleh?

    * camna nak bayar? tanda tangan sekali tau ;)

    BalasPadam
  4. salam ustaz..
    lama menyepi..
    tahniah atas kelahiran
    buku yang nampak gayanya
    pasti box office..insayaallah
    saya akan dapatkan satu nanti

    BalasPadam
  5. Salam...

    Tahniah kitak...

    BalasPadam
  6. salam ustaz
    ohisashiburi
    wahhh
    tahniah Ustaz

    BalasPadam
  7. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom;-)

    Buku kat atas itulah jawapan 'kehilangan' saya..

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam
  8. Afida Anuar:

    Salam Afida;-)

    Alhamdulillah. Fida kena beli dari saya sendiri eh untuk saya tandatangan, sebab erm, nama kamu ada tercatat dalam bahagian PENGHARGAAN;-)

    Terima kasih Afida;-)

    BalasPadam
  9. umi_e:

    Salam Kak E;-)

    Alhamdulillah. Nak autograf, akak beli terus dari saya ya. Cara memesan nanti saya siarkan dalam blog ini dalam dua tiga hari lagi.

    Terima kasih Kak E;-)

    BalasPadam
  10. zulkbo:

    Salam Bang Zul;-)

    Iya saya menyepi agak lama. Apa tu orang kata kaedah 'burn the ship'. Hehe, saya menyepi sehingga buku ini terbit.

    Amin, amin. Mudahan buku ini mendapat sambutan dan bermanfaat untuk pembaca.

    Bang Zul, jika nak beli nanti, elok beli terus dari saya, saya nak tandatangan, sebab nama abang ada terakam dalam bahagian PENGHARGAAN;-)

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  11. Abd Razak:

    Salam Razak.

    Alhamdulillah.

    Terima kasih kitak;-)

    BalasPadam
  12. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Alhamdulillah. Psst, kak Fid taknak order ke? Nama Kak Fid ada terpahat indah dalam bahagian PENGHARGAAN buku ini tau;-)

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  13. salam ustaz,

    tahniah atas kelahiran sulung buku tersebut. Knur tumpang gembira.

    BalasPadam
  14. salam ustaz
    la ustaz ni tanya pula
    baru dok berangan tiba tiba nak buat entry kat blog apabila memilik buku tersebutttttttt

    BalasPadam
  15. transformed housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Alhamdulillah. Oh ya, nama Kak Nur juga ada dalam bahagian PENGHARGAAN buku ini;-)

    Terima kasih Kak Nur.

    BalasPadam
  16. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Hehe.. maksud saya, Kak Fid beli direct dari saya.. sebab ada otograf dan freegift;-)

    Trimas banget Kak Fid;-)

    BalasPadam
  17. Owhh..ustaz..terharunya nama saya ada catat kat bahagian penghargaan...subhanaAllah..terima kasih ustaz..

    mcm mana mau beli dengan ustaz tu yer?insyaAllah bole2..teruja saya ni..hehehe...

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah... Tahnia Ustaz....
    Persembahan "cover" juga mantap... dalam hati ada bunga..... sy nantikan kemunculannya.....

    BalasPadam
  19. Afida Anuar:

    Salam Afida;-)

    Dalam masa terdekat, saya akan hubungi Afida melalu email/ FB ya. Saya pun sama teruja, hehehe ;p

    Terima kasih Afida;-)

    BalasPadam
  20. Ari:

    Salam Mbah;-)

    Alhamdulillah. Oh ya, nama Mbah ada saya masukkan dalam bahagian PENGHARGAAN.

    Sebenarnya tu, dalam hati ada taman, hehe;-) Kredit patut diberi kepada pereka grafik. Bukan sahaja cover yang mantap, layout (rekabentuk halaman) buku pun cantik dan menawan. Senang mata yang membacanya.

    Trimas ya Mbah;-)

    BalasPadam
  21. salam Ustaz
    konbanwa....

    macam mana nak order?sila nyatakan ya
    arigatou!

    BalasPadam
  22. Fid:

    Salam Kak Fid;-)

    Ok, untuk Kak Fid dan mereka yang berkenaan, sebagai tanda terima kasih, ada harga istimewa.

    Insya Allah, dalam masa terdekat saya akan email/ mesej fb beritahu detail.

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  23. Salam dan tahniah ustz,
    Saya pun nak buat novel juga la... tajuknya Hati yang retak.....heeee

    BalasPadam
  24. Mama Tanjong:

    Salam Kak MT;-)

    Wah, sangat menangkap tajuk novel Mama tu. Saya doakan semoga ia siap, Amin.

    Mama, dalam bahagian PENGHARGAAN buku ini ada saya kredit Mama Tanjong, kerana menyokong blog ini sejak sekian lama.

    Terima Kasih MamaTanjong;-)

    BalasPadam
  25. salam ustaz..sy telah membalas komen ustaz di blog sy..dan sy jg telah email kpd ustaz..terima kasih ustaz.sy amat menghargainya..muga sy boleh membelinya dari ustaz sendiri..

    :)

    BalasPadam
  26. nuraziera3/10/10 22:38

    salam ustaz.
    bole x klo sy nk beli on9?
    dan dptkn sekali tandan tgn ustaz.
    buku ni menarik hati saya untk nk baca ^^

    BalasPadam
  27. nuraziera3/10/10 22:40

    oh lupa..ape2 bole x inform saya di email ni missc0mot87@gmail.com.

    BalasPadam
  28. nuraziera:

    Salam Nuraziera.

    Dah selamat pun dapat buku tu kan;-)

    Terima kasih kerana sudi membeli buku Reformat Hatimu Dalam 354 Hari. Selamat membaca dan selamat reformat hatimu;-)

    Terima kasih Nuraziera. Datang lagi ya ke blog ini;-)

    BalasPadam